Halaman

Saturday 23 November 2013

Tenaga: Stalking you

DALAM banyak topik mengenai tenaga, kita di Umat Terakhir sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai tenaga. Kita (kata nama ‘kita’ - merujuk kepada para penulis di blog ini) hanya memberitahu mengenai apa yang kita faham perihal tenaga.

Jika dikatakan mengenai apa yang kita faham, sudah tentulah pemahaman para penulis di Umat Terakhir ini berbeza-beza dengan tingkat kefahaman kamu semua. Sebab itulah kita mengatakan kita tidak tahu apa-apa.

Melainkan, kita hanya memberitahu mengenai apa yang kita faham berdasarkan pertalian-pertalian sesuatu kejadian dengan hikmah kejadian yang lain. Itu sahaja.

Namun, jika ada kalangan kamu yang menganggap setiap apa yang kita beritahu itu dapat memberi manfaat terhadap tingkat kefahaman kamu mengenai tenaga, maka manfaatkan ia.

Topik tenaga yang ditulis dalam blog ini bukanlah seperti menerangkan tenaga atom atau tenaga yang diterangkan secara ilmu fizik. Bukan. Kita mengkhabarkan perihal tenaga dari sudut yang keluar daripada fizik.

Pun begitu, kita sesekali mengutip hukum-hukum saintifik sebagai panduan atau hikmah untuk memahami sesuatu kejadian itu dengan lebih teratur. Ia kerana, Pencipta tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Maka, untuk memahami mengapa Dia menciptakan sesuatu itu dengan sifat-sifat tertentu, kita semua wajar belajar daripada hikmah kejadian itu sendiri. Kita perlu faham mengapa setiap satu molekul karbon itu mengikat dua molekul oksigen dalam satu ikatan. Mengapa diperlukan dua molekul oksigen. Mengapa tidak tiga atau empat.

Jadi, pasti ada hikmah mengapa dua molekul oksigen yang diikat dan mengapa pula oksigen tetapi tidak pula molekul-molekul gas lain selain oksigen. Itu juga ada hikmah di sebalik kejadian ikatan itu.

Kita pula bukan mahu mengajak kamu semua untuk mencari sebab-sebab ikatan itu dalam nota sambungan ini.

--



Dalam banyak kes pengalaman psikik paranormal di Amerika dan Eropah, seseorang psikik itu biasanya perlu hadir ke crime scene(lokasi berlakunya kejadian jenayah) untuk membolehkan seseorang psikik itu mendapatkan vision perihal kejadian itu.

Kaedah khidmat psikik biasanya digunakan FBI sebagai jalan alternatif untuk menyelesaikan kes-kes yang tergantung (unsolved), atau disebut sebagai x-files.

Jadi, mengapa seorang psikik itu perlu hadir ke tempat berlakunya jenayah. Salah satu sebabnya ialah karbon.

Mungkin psikik itu tidak menyedari bahawa dia perlu hadir ke situ kerana dia perlu menjejak tempat-tempat yang mempunyai karbon, iaitu karbon yang memerangkap mesej audio dan visual. Dia menganggap dia perlu hadir ke situ untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Barangkali tanpa dia sedari sebenarnya dia perlu ‘make contact’ dengan karbon-karbon tertentu untuk mendapatkan mesej mengenai kejadian.

Kamu semua sudah diberitahu bahawa karbon mempunyai keupayaan memerangkap audio dan visual. Malah, turut direkodkan mengenai penemuan tembikar di sebuah tinggalan purba (ancient ruin) milik sebuah tamadun lama (maaf, saya tidak ingat tamadun apa).

Tembikar itu kemudian dibawa pulang oleh para pengkaji dan mendapati tembikar tersebut mengeluarkan bunyi seperti muzik atau suara manusia (dalam frekuensi rendah) apabila dipusing secara perlahan menggunakan (sejenis alat pemutar) dalam bilik pameran muzium yang berkaca.

Sudah tentulah tembikar itu juga mempunyai bahan karbon. Bukan tembikar itu sahaja yang mempunyai bahan karbon, malah setiap kewujudan fizikal di dunia ini juga memiliki bahan karbon. Maka, karbon ada di mana-mana.

Katakan, selepas kejadian pembunuhan di sebuah kawasan semak. Karbon-karbon tertentu ‘memerangkap’ kejadian itu dalam bentuk audio dan visual. Selepas dirakam, karbon-karbon itu masih ada di situ, mungkin ia terlekat pada daun-daun pokok, terselit pada rumput atau terhampar atas tanah.

Kemudian datang psikik tadi meninjau kawasan untuk mendapatkan pembayang. Dia berjalan ke sana ke mari di sekitar kawasan kejadian jenayah itu tadi. Tiba-tiba dia mampu menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, berapa orang terlibat dan ke arah mana suspek pembunuhan itu melarikan diri, serta bagaimana rupa wajah suspek.

Walaupun maklumat psikik tidak boleh dijadikan asas atau saksi dalam perbicaraan mahkamah apabila suspek itu berjaya diberkas, sekurang-kurangnya psikik itu tadi telah membantu penguatkuasa menangkap suspek itu. Jadi, bantuan psikik dalam kes itu tadi tidak dimasukkan dalam proses siasatan.

Baiklah, kamu memang tahu karbon ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Ia pula ada yang bergerak bersama angin ke seluruh dunia. Jadi, simpan dulu kenyataan dalam perenggan ini.

Semasa perang dingin antara Amerika dan Rusia, kita ambil tempoh perang dingin ini untuk perenggan seterusnya. Amerika menggunakan khidmat antara enam hingga lapan orang psikik untuk mendapatkan maklumat mengenai Rusia pada sepanjang tempoh perang dingin tersebut.

Para psikik tersebut berkhidmat dengan CIA. Malah dalam satu rekod, salah seorang psikik tersebut berupaya menggambarkan serta melakar sebuah loji senjata milik Rusia secara tepat dari segi kiraan dan jarak antara setiap silo bangunan. Ketepatan itu hanya diketahui beberapa tahun selepas tamat perang dingin.

Mengapa psikik itu mampu mendapatkan gambaran tepat sedemikian? Sekarang, ambil semula perenggan yang kita suruh kamu simpan sebelum ini. Karbon ada di mana-mana. Barangkali, psikik itu tahu cara untuk menyusun maklumat itu dengan mengambil mesej daripada karbon-karbon tertentu dan menyusunnya sebagaimana dia menyusun kepingan jigsaw puzzle sehingga mendapat gambar yang besar.

Percayakah kamu sekiranya dikatakan kamu semua diintip sepanjang masa andainya khidmat psikik seperti itu masih digunakan sehingga hari ini? Di luar pemikiran, bukankah?
--

Kalau di Amerika kedengaran begitu ramai yang memiliki kebolehan psikik, tiada terdapatkah individu seperti itu di lain-lain negara seperti Malaysia ini?

Mungkin ada, ramai atau sedikit kita tidak tahu.

Kita ambil contoh beberapa kes orang hilang di Malaysia. Ada yang mengambil khidmat individu yang dipanggil bomoh untuk mengesan kedudukan orang hilang. Jika orang itu mampu mengesan kedudukan barang hilang atau orang hilang dengan tepat (bukan dengan cara menipu atau melakukan shamanscam untuk mendapatkan wang), maka kita tidak panggil dia bomoh, kita panggil dia psikik. Itu pun kalau dia tidak menipu.

Jadi, psikik memang ada di mana-mana dan bilangan mereka tidak ramai dan jumlah mereka pula tidak diketahui. Tetapi, adakah kebolehan mereka itu digunakan secara yang sepatutnya untuk keselamatan kita semua?
--

Pernah dengar mengenai semua makhluk yang ada atas muka bumi ini akan menjadi saksi terhadap perbuatan kita di Akhirat nanti?

Mungkinkah karbon-karbon itu juga yang akan mempersembahkan mesej audio dan visual mengenai setiap perbuatan kita di Hari Pengadilan nanti? Kita tidak tahu apa-apa.


Sesungguhnya, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


“Bertilik nasib itu haram hukumnya.”




-CLOVER-


.




11 comments:

  1. Klu karbon mnyimpan rekod, ia menyimpan dlm bntuk apa? Dlm udara, karbon x bleh hdup single.
    Tiba2 je terfikir mcm ni

    ReplyDelete
  2. lebih kurng mcm cite jumper tu eh tuan? bila paladin detect tempat wormhole/karbon jumper teleport

    ReplyDelete
  3. dari tiado kepada addo pon sesonang potik jaghi..
    apo tah laie yg dah addo.
    fayakun paddo aku.

    ReplyDelete
  4. Setiap atom rasanya memang semua vibrate.

    Dari mana sebenarnya pendapat yang diambil yang mengatakan karbon adalah atom yang vibrate mengikut keadaan sekeliling, paling tidak merupakan antara atom yang paling mudah dipengaruhi?

    Adakah ia diasas dari pengetahuan yang sulit?

    >>Dua yang paling asas berterusan menyedut dan menyembur. Gabungan dari keduanya menyebabkan vibration. Dalam nisbah betul gabungan keduanya, segala keajaiban boleh dilakukan. Eg: Telekinesis.

    http://www.youtube.com/playlist?list=PL2C2FBAB7E002EE3E

    Space Dude B-(

    ReplyDelete
  5. Esok dijangka komet ISON akan melalui matahari. Januari pula dijangka lalu kat bumi. Komet ini dikatakan perangkap masa. Apa yg ahli ahli akan dapat apabila partikel2 komet ini terkena kita yek ? Rahsia apa yg terbuka nanti?

    ReplyDelete
  6. Carbon dioksida dan karbon monokskda didalam rokok... bolehkah memori dihantar menggunakan rokok?.... mcm pukau dgn asap rokok...mmmmmm more puzzle......

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik la statement kamu ctmy. sy tak pernah terfikir macam ni. hakikatnya memang dalam isu rokok, kita dapati yang rokok itu, baik asapnya ataupun elemen lain dalam rokok meninggalkan kesan emosi kepada perokok. sebab tu dalam usaha untuk berhenti merokok, sangat penting untuk memastikan individu tersebut menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh mencetus ingatannya terhadap rokok. termasuk la menjauhi kawan2 perokok lain bahkan kotak abu rokok sendiri. kerana semua ini akan mendatangkan memori keseronokan merokok pada orang itu.

      semakin nampak la asas kebenaran karbon menyimpan memori.

      Delete
  7. ctmy, keep thinking

    it's a forbidden knowledge.

    ReplyDelete
  8. nogaro ameriko tongah terhegey-hegey nak smuggle rokok murah dio ko somonanjung.
    2 ghinggit setongah ajo sekotak hargo kek pasor..murah sungguh.
    apo kono eh jang???
    info.

    ReplyDelete
  9. Ohh... dapat la lepaskan rindu untuk artikel tenaga.

    ReplyDelete