Halaman

Monday 26 November 2012

Sebelum Berakhir

 SEBELUM BEREHAT

MASA sangat cepat berlalu. Antara sedar dan tidak sedar, sudah satu setengah tahun Edisi Ketiga ini diterbitkan di ruang maya. Sepanjang tempoh itu, anda yang kerap membaca di blog ini telah diberikan banyak input untuk memahami setiap inci yang berlaku di luar sana. Andai tidak berdaya memahami sampai ke dasar, sebilangan besar sudah pasti mampu memahami setiap ‘kocakan’ yang berlaku di permukaan air.

Input-input pemahaman seperti dalam siri Mind Game, memberi beberapa petunjuk asas mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh sebilangan manusia untuk melemahkan dan seterusnya menguasai minda anda. Minda anda sangat senang untuk diperlemahkan. Semudah memetik jari. Kecelaruan demi kecelaruan dipaksa masuk ke dalam minda anda dan akhirnya anda menjadi orang-orang yang mudah terpedaya.

Apabila anda diberikan beberapa atau sesuatu pernyataan, anda seterusnya akan diperdayakan dengan cara diberikan penerangan yang jauh menyimpang daripada konteks pernyataan asal yang dibuat. Kelekaan dalam menganalisa maksud asal pernyataan dan niat asal pernyataan itu dibuat menjadikan anda sebagai orang-orang yang sangat mudah diperdayakan.


Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber. Orang yang bijak pula ialah orang yang kaya dengan maklumat. Kebijaksanaan itu bukan mengenai apa yang anda rasa, tetapi mengenai apa yang anda simpulkan dengan penuh kewajaran dan kewarasan selepas menganalisa setiap maklumat yang diperolehi daripada setiap sumber berbeza.

Ada yang selalu berkata: “Kami rasa, orang itu bukan proksi Zionis.” Walhal, itu adalah berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa yang mereka tahu dan jauh sekali bukan berdasarkan apa yang mereka analisa dengan penuh waras dan wajar walaupun terdapat banyak sumber maklumat yang tidak mereka cuba untuk ketahui yang sebenarnya membantu dan boleh membawa mereka kepada sesuatu jawapan secara konkrit yang sukar untuk disangkal.

Sama juga kalau mereka berkata: “Kami rasa…itu..” atau “Kami rasa…ini…” ia masih berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa yang mereka tahu dan bukan bersandarkan kewarasan dan kewajaran dalam menilai sesuatu berlandaskan setiap maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber secara 360 darjah.

Masalah orang-orang seperti itu ialah mereka tidak suka mencari maklumat daripada pelbagai sumber, mereka hanya bergantung kepada satu atau beberapa sumber maklumat tertentu sahaja. Mereka tidak kaya dengan maklumat, mereka hanya kaya dengan ‘rasa itu’ dan ‘rasa ini’. Boleh sahaja dikatakan mereka itu adalah mangsa ‘monopoli propaganda’ yang dikongkong oleh beberapa sumber yang dikhaskan untuk mereka percaya. Mereka tidak terdorong dan ada juga yang dihalang untuk mencari lebih banyak maklumat daripada pelbagai sumber lain.

Mereka dihalang untuk mendapatkan lebih banyak sumber maklumat berlainan. Namun, mereka tidak dihalang secara nyata. Mereka dihalang secara halus iaitu setelah (minda) mereka diarahkan supaya tidak merujuk kepada lain-lain sumber dan hanya bergantung kepada input-input maklumat yang dikhaskan kepada mereka sahaja. Kata lain, minda mereka dikawal supaya hanya merujuk kepada sumber-sumber terpilih. Apabila minda telah berjaya dikawal, maka tubuh juga akan lebih mudah diperkudakan.


Orang-orang yang dibelenggu akal memang mudah dipergunakan untuk menjayakan agenda sulit The Hidden Hand. Salah satu gerak kerja yang terkandung dalam workprint untuk menjayakan gelombang kedua New World Order (NWO) ialah dengan melancarkan huru-hara atau riot.Huru-hara ini tidak akan terlaksana sekiranya tiada penglibatan orang-orang yang sudah dibelenggu minda mereka. Maka, mereka itulah yang menjadi salah satu punca kepada tertegaknya NWO gelombang kedua.

Mission Occupy dilaksanakan di banyak tempat di seluruh dunia berdasarkan sebab-sebab yang berbeza. Lokasi-lokasi tumpuan awam dijadikan tempat berkumpul sebelum tercetusnya huru-hara apabila peledak atau trigger diaktifkan. Ada mission occupy yang tercetus disebabkan motif politik, ada pula bermotifkan ekonomi yang turut diperisakan dengan sedikit sentimen politik yang simbah dengan api kemarahan.

Namun, walau apa pun sebab mission occupy itu diadakan, tujuannya adalah sama, iaitu untuk mencipta ketegangan yang terhasil apabila manusia-manusia minoriti yang sedang marah dikumpulkan di satu tempat yang sama, pada masa yang sama ia bagi mencipta majority wipe-out, iaitu mewujudkan keadaan di mana golongan minoriti akan menjatuhkan golongan majoriti melalui sikap agresif yang akan merebak menjadi huru-hara.

Mission Occupy adalah salah satu print orde baru yang sedang menjadi trend. Dalam perkara ini, manusia-manusia minoriti yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu dikumpulkan di satu tempat tumpuan awam, kumpulan minoriti itu pula cuba meyakinkan orang ramai bahawa kononnya mereka mewakili majoriti. Apabila majoriti tidak berpihak kepada mereka, maka majoriti itu akan disingkirkan melalui perlakuan yang tidak masuk akal mengikut modul majority wipe-out, kadang-kala pula melalui perlakuan agresif, subversif malah militan.

Kekeliruan adalah salah satu sebab mengapa orang-orang yang malas berfikir dengan waras boleh dijadikan mangsa dengan mudah. Kekeliruan pula wujud apabila orang-orang malas itu tidak berusaha mendapatkan maklumat yang pelbagai daripada sumber-sumber yang berbeza. Akibatnya, kekurangan maklumat menjadikan mereka lebih mudah diperdayakan.

Kekeliruan boleh tercipta apabila wujud dua atau lebih kenyataan yang tidak selari. Ia juga ditambah dengan pernyataan putar belit atau spin atau twist yang menyebabkan sesuatu kenyataan itu menjadi bersalahan antara satu sama lain. Jadi, komponen-komponen inilah yang menyebabkan minda seseorang itu mudah dikawal oleh orang yang bertindak licik dan bijak yang  mahu mengawalnya.

Edisi Ketiga blog ini menyediakan beberapa perkara asas dalam Mind Game untuk difahami oleh anda semua, ia supaya anda tidak menjadi orang yang mudah diperdayakan.  Anda perlu menjadi orang yang cermat dalam membuat pemerhatian dan penilaian. Cermat itu juga harus disulami dengan kebijaksanaan dalam mengesan setiap perbuatan yang bersalahan dengan pernyataan.

Akhir ini, gerakan politik dalam negara ini mempunyai begitu banyak kekeliruan. Kekeliruan itu pula semakin meracuni pemikiran orang-orang yang sangat malas untuk berfikir. Sesetengah gerakan politik berkata mereka tidak seperti itu atau tidak seperti ini, tetapi balik-balik mereka membuat perkara yang sama.

Dalam negara ini, sebenarnya, sudah ada golongan Yahadut Mizrah yang menyelinap masuk dalam gerakan politik. Susur galur bloodline Yahudi sekular dan sesat yang memasuki Asia Timur sejak hampir satu abad lalu, sedang galak mengembangkan generasi mereka ke merata Asia. Mereka bukan lagi menjadi penduduk Asia yang hidup dalam kitaran sesama masyarakat mereka sahaja, mereka telah keluar ke tengah-tengah masyarakat.

Berbeza dengan sekitar 500 tahun lalu, golongan Yahadut Asia ini hanya memberi tumpuan kepada kegiatan menjalankan perdagangan dan perniagaan untuk mengumpul kekayaan peribadi. Mereka langsung tidak mendedahkan identiti keyahudian mereka kepada umum disebabkan sudah banyak kali diusir keluar oleh bangsa-bangsa lain sebelum itu, banyak rekod sejarah mencatatkan pengusiran keturunan Yahudi di seluruh dunia.

Mereka hanya menjalankan perniagaan dengan menutup segala identiti, sambil mengumpul kekayaan. Apabila kekayaan itu sudah dicapai, mereka menyalurkan dana kepada gerakan Zionis untuk menjajah tanah orang Palestin.

Pada masa yang sama, mereka terus mengumpul kekayaan dan mencapai status yang tinggi dalam kalangan masyarakat di negara-negara Asia. Ketinggian status itu pula dicapai melalui pemilikan harta. Apabila status kemuliaan dalam masyarakat sudah diraih, maka mereka mula menyusun strategi seterusnya untuk mengemudi hala tuju Asia mengikut hawa nafsu mereka.

Ketinggian status dalam masyarakat itu juga menjadikan mereka lebih yakin untuk tampil di tengah-tengah masyarakat. Namun, identiti sebenar keyahudian mereka masih kekal dirahsiakan bagi mengelak daripada ditolak oleh orang Asia. Maka berbekalkan status kemuliaan darjat yang diukur daripada kekayaan material, golongan Yahadut Asia mula terlibat dalam politik di negara-negara Asia dalam keadaan identiti mereka tersimpan kemas daripada diketahui orang ramai.

Kekayaan material berjaya meletakkan mereka di tahap tinggi dalam susun lapis masyarakat materialistik. Kini, mereka sudah yakin untuk keluar ke khalayak. Mereka keluar beramai-ramai, bagai meluru turun dari tempat-tempat yang tinggi. Beramai-ramai bermain demokrasi, mereka terus kekal bermain dengan konsisten walaupun sebilangan daripada mereka sedar bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat sebarang kuasa penuh melalui politik demokrasi di beberapa buah negara di Asia.

Namun, mereka sedar bahawa demokrasi adalah alat terbaik untuk mencipta perpecahan walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang dalam demokrasi, tetapi mereka tahu mereka akan menang dalam permainan yang lain. Demokrasi, alat terbaik untuk menjadikan dua saudara bercakaran sesama sendiri, sehingga tercetusnya huru-hara apabila dua saudara bersengketa. Mereka menggunakan senjata itu sebaik mungkin dalam persekitaran yang sangat kompleks untuk difahami oleh orang-orang yang lemah minda dan cetek akal.

The Hidden Hand melalui alat mereka iaitu pertubuhan-pertubuhan jahat yang efektif bergerak dalam modus operandi yang bijak. Tahun 2013 pula padat dengan jadual-jadual perang dan kekecohan di hampir semua negara yang mempunyai kepentingan strategik.

Keganasan rejim Yahudi di Asia Barat dan Timur Tengah akan berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga sampai ke kemuncak yang sulit dan gerun untuk difahami. Di negara-negara Islam pula, umat menghadapi ancaman golongan munafik dan khawarij yang digembleng oleh proksi-proksi Zionis secara besar-besaran.



Golongan murtad pula semakin galak dengan slogan ‘proud to be kafir’ dan buat masa ini, slogan itu semakin kerap berkumandang di kalangan mereka sendiri dan hanya menunggu masa untuk mereka keluar menghadapi umat Islam yang masih setia dengan akidah. Mereka mahu menghadapi umat Islam dengan pengertian ‘menghadapi’ yang sebenar.

Umat Islam tidak hanya akan menghadapi Yahudi sekular Zionis semata-mata, umat Islam juga akan menghadapi kumpulan-kumpulan lain termasuk golongan murtad, munafik, lain-lain golongan sesat dan ajaran-ajaran sesat. Islam memanggil mereka itu sebagai kafir, dan mereka pula semakin hari semakin bangga dengan panggilan kafir. Iaitu satu terma yang membezakan mereka dengan umat Islam. Dalam keadaan itu, akan terpampang nisbah 999 Yakjuj Makjuj bagi setiap 1 orang Islam sebagaimana yang pernah disebut oleh baginda Nabi.

Disebabkan mereka bangga dengan panggilan kafir kerana hanya terma itu yang secara tegas dan jelas membezakan mereka dengan umat Islam, maka mereka secara terbuka akan mengisytiharkan kekafiran mereka dalam menghadapi umat Islam di penghujung zaman. Tidak mustahil jika susunan huruf kaf-fa-rho akan ditulis sendiri oleh mereka sendiri di dahi-dahi mereka sendiri kerana huruf-huruf itu sudah tentu dikenali oleh orang Islam yang tahu membaca huruf-huruf Arab (huruf-huruf yang terdapat dalam kitab suci al-Quran), ia juga sebagai memberi cabaran kepada umat Islam supaya menentang mereka secara terbuka.

Mungkin mereka yang munafik atau murtad atau sudah sesat akan berkata: “Nah, lihat. Kami orang kafir dan kami tulis perkataan kafir di dahi supaya kamu orang Islam dapat mengenal kami dengan mudah, kami tidak lagi berselindung. Sekarang, berlawanlah dengan kami atau kami akan membunuh kamu.”

Pada penghujung zaman, nisbah 999:1 akan jadi nyata. Tidak mustahil umat Islam akan dicabar sehingga sedemikian secara terang-terangan dan orang-orang kafir dengan penuh berani meminta umat Islam berlawan dengan mereka. Mereka juga tidak mustahil menulis perkataan kafir di dahi mereka sendiri supaya mereka dapat dikenali oleh orang Islam. Itu adalah sesuatu yang tidak mustahil memandangkan slogan ‘proud to be kafir’ sudah menjadi ucapan yang sering dilaungkan oleh golongan murtad ketika bercakap sesama mereka.

Golongan murtad yang keluar dari Islam memang wujud di negara ini. Kewujudan mereka adalah secara senyap. Malah, golongan itu membina jaringan komuniti mereka sendiri melalui pertubuhan-pertubuhan yang mereka tubuhkan untuk kepentingan akidah baru mereka.

Kita tidak bercakap mengenai hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang telah murtad. Namun, (dalam surah al-Baqarah) Islam menggariskan bahawa orang-orang murtad yang keluar Islam secara senyap-senyap tanpa mengisytiharkan kemurtadannya itu serta tidak pula mengajak orang Islam yang lain turut murtad sama sepertinya, adalah tidak dikenakan hukuman di dunia. Walaupun demikian, Allah menjanjikan balasan neraka kepada golongan itu sekiranya mereka mati dalam kekafiran tanpa sempat kembali kepada Islam.

Orang murtad yang dikenakan hukuman mati di dunia ialah orang yang telah keluar Islam dan mengisytiharkan pula kemurtadannya secara terang-terangan, dan juga orang murtad yang mengajak orang Islam yang lain turut sama murtad sepertinya. Kita tidak mahu bercakap soal hukum, tetapi perlu diketahui dan disedari (walaupun ada pihak dalam kalangan orang Islam sendiri yang menafikan) bahawa golongan murtad dan kegiatan memurtadkan orang Islam di negara ini memang wujud.

Saya sendiri pernah bertemu dengan sebuah keluarga yang menyatakan hasrat untuk menukar agama. Melalui pertemuan itu, saya dimaklumkan bahawa mereka didekati golongan penyampai agama lain dan diberikan penerangan mengenai agama mereka. Pada masa yang sama, keluarga itu dihimpit masalah bebanan hidup yang semakin menekan. Malah, keluarga itu turut kecewa apabila tiada saudara sesama Islam yang sudi membantu mereka yang sedang kesusahan, sedangkan penyampai agama lain begitu bersungguh-sungguh membantu mereka sehingga menawarkan akidah lain kepada mereka.

Golongan penyampai agama itu kemudian mengajak keluarga itu masuk ke dalam agama mereka pada ketika para penyampai agama itu semakin kerap bertandang ke rumah keluarga itu bersama beberapa orang Melayu yang telah murtad. Selepas mendapat maklumat, saya kemudian bertemu dengan keluarga itu untuk mendapatkan kisah sebenar dan  meminta jabatan agama Islam mendekati keluarga itu untuk memurnikan akidah mereka semula dan memindahkan mereka ke tempat lain yang tidak diketahui oleh kumpulan yang mahu memurtadkan mereka.

Melalui kes yang pernah saya hadapi dengan mata kepala saya sendiri pada tahun lalu itu, terang lagi jelas komuniti Melayu murtad dan gerakan memurtadkan orang Melayu itu memang ada. Saya juga pernah bersua muka dengan komuniti Melayu yang telah murtad ketika mereka bertandang ke rumah keluarga miskin itu. Namun, setelah kes itu menerima campur tangan jabatan agama Islam, golongan Melayu murtad yang cuba memurtadkan keluarga miskin itu terus menghilang tanpa dikesan lagi.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, golongan Melayu murtad itu hidup bersama dalam komuniti Melayu Islam. Mereka pada waktu tertentu berlagak seperti orang Islam, memasuki masjid, kadang-kala bersolat jemaah bersama, menghadiri kenduri kendara, nama mereka juga seperti orang Islam, tercatat perkataan ISLAM pada kad pengenalan, dan tiada sesiapa akan mengetahui agama sebenar mereka yang bukan lagi Islam itu. Cara hidup mereka adalah munafik yang memusuhi Islam secara senyap-senyap.

Kes yang saya hadapi dengan mata kepala sendiri itu adalah sebahagian daripada sekian banyak kes. Itu belum lagi dipetik beberapa kes lain yang pernah dilaporkan dalam akhbar pada setahun lalu.

Menjadi aneh ialah apabila terdapat (segolongan) di kalangan orang Islam sendiri yang menafikan kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Segolongan yang begitu lantang menafikan itu itu mungkin tidak pernah bertemu dengan gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini dan juga tidak pernah bersua dengan mangsa-mangsa gerakan-gerakan ini. Mungkin segolongan itu terlalu sibuk dengan ‘matlamat kuasa keduniaan’ sehingga lalai daripada mengambil tahu perkara ini. Tidak guna jika hanya tahu menafikan kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam sekiranya tidak pernah cuba untuk mendekati gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam yang majoriti Melayu di negara ini.

Jadi, ancaman terhadap umat Islam di negara ini bukan sedikit. Jika kita memahami maksud nisbah 999:1 (999 berbanding 1), maka kita akan sentiasa sedar bahawa di pelosok dunia mana sekalipun, setiap seorang daripada kita akan berhadapan dengan 999 orang musuh.

Golongan 999 itu juga termasuk golongan kafir, murtad, munafik, Yakjuj Makjuj, golongan Yahuda dan Nasara serta golongan-golongan yang sentiasa mendendami Islam. Angka 999 itu kalau diterbalikkan, ia menjadi 666 (huruf kaf-fa-rhojuga dalam jenis font tertentu akan membentuk formasi angka 666). Tetapi angka 1 itu kalau diterbalikkan, ia tetap angka yang sama nilai walaupun kepala dan ekor sahaja yang terbalik. Jadi, 1 tetap 1 walau dalam apa jenis keadaan sekali pun.


Ancaman itu baru sahaja memasuki fasa baharu, dan akan diperhebatkan lagi menjelang tahun 2013. Bagi menyambut ‘keghairahan dan kegilaan’ pada tahun 2013, negara haram Israel sekular Zionis memulakan bedilan dengan kegilaan mereka mengebom penempatan orang Arab Palestin sebagaimana yang kita ketahui baru-baru ini (November).

Itu adalah ‘buah’ awal sebelum kita memasuki tahun 2013. Apa yang perlu diketahui ialah, tahun hadapan ialah tahun yang sibuk. Segala perancangan the hidden hand untuk menghuru-harakan beberapa negara lokasi strategik akan memasuki fasa kemuncak pada tahun hadapan. Ia adalah kemuncak kepada perancangan sulit mereka sejak tahun 2001 dan bagi mengetahui sama ada segala rancangan itu berjaya atau tidak berjaya dalam tempoh 300 hari sepanjang 2013.

Berpesan-pesanlah kepada yang masih leka tidur supaya segera bangkit dan mengikuti perkembangan dunia melalui pelbagai sumber maklumat supaya sentiasa berwaspada. Edisi Ketiga ini sedikit sebanyak telah memberi beberapa maklumat kepada anda supaya sedar dengan keadaan yang sedang dihadapi, anda juga sewajarnya sudah maklum mengenai siapa sebenarnya kawan walaupun tidak begitu sempurna dan siapa sebenarnya musuh. (Terpulang kepada anda untuk menganggap Edisi Ketiga ini sebagai pemberi khabar atau sebagai sampah).

Untuk tahun 2013 (tidak pasti akan bermula semula pada bulan berapa), Edisi Ketiga Umat Terakhir sedang menyusun bahan-bahan yang sesuai untuk anda. Perkara yang wajar dikhabarkan akan tetap dikhabarkan, dan perkara yang wajar dirahsiakan akan kekal dirahsiakan.

Paling utama ialah minda anda wajar bebas daripada kongkongan orang-orang yang mahu mengongkong pemikiran anda. Anda hanya akan benar-benar faham segala maksud Umat Terakhir sekiranya minda anda bebas mengikut landasan pemikiran yang waras dan wajar.

Saya juga pernah berjumpa di beberapa laman maya, ada yang berkata: “Selepas membaca beberapa blog (termasuk) Umat Terakhir, barulah saya faham dengan keadaan sebenar yang sulit untuk kita semua fahami.”

Kami tidak meminta wang daripada anda, tidak pula meminta anda membayar kepada kami. Kami tidak pula meminta anda menghulurkan derma kepada kami pada ketika kami menyampaikan khabar kepada anda. Kami hanya mahu anda faham dan menjadi orang-orang yang faham dan tidak menjadi orang-orang yang dikongkong mindanya.


Blog ini bukan blog ilmu agama, bukan juga blog politik.


Izinkan Umat Terakhir berehat sebelum kembali bila-bila masa pada 2013.







Get ready to get even

-STALKER-
I’m stalking you



.

Friday 23 November 2012

Artikel terakhir


BARU-BARUini, sebilangan daripada anda dikejutkan dengan kenyataan curang daripada seorang pemimpin wanita daripada sebuah parti politik di negara kita, kenyataan mengenai kebebasan memilih agama yang dikatakan wajar terbuka kepada orang Melayu juga.

Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani, pemimpin wanita itu ditanya:

“Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?”

Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat menawarkan jawapan:

“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum, maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang dari semua sudut.

“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”- (Quran, al-Baqarah: 256)

Bagi saya, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut (Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang dalam keadaan embargo yang hanya menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau berdepan dengan hukuman mati.

Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian, dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani. Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di luar sana akan ada bunyi guruh di langit.

Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’ pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan daripada tepukan gemuruh itu.

Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.

Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana (wilayah Bimi) ada manusia cannibalyang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya  kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak makan daging manusia. Common sense..kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.

Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram Israel, pun saya tidak terkejut.

Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya. Kerana apa? Kerana saya STALKER. I’m stalking you. I’m stalking every each of you. You do know me a little, but I do know you a lot.

Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”

Maka saya minta dia fahami semula ayat ini:

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Pemimpin wanita itu dan juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah juga wajar faham ayat ini:

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.  “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”.(Quran, al-Kafirun)

Dan jangan pula lupa dengan ayat ini:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

Saya tidak mahu tulis lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam daripada DRIFTER dalam menempelak kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam artikel sebelum ini.

Cuma, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan cerdas, jangan lembap-lembap.

Saya tidak mahu kata apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya sebelum mula berkata-kata.

Pengikut-pengikut politik di luar sana, anda sedang diperlembukan. Anda sedang diperbodohkan dengan kata-kata. Anda sedang disibukkan dengan perjuangan yang anda sendiri tidak faham dengan baik. Anda adalah Goyyim.


Artikel terakhir untuk tahun ini. : )





-STALKER-
I’m stalking you


.

Thursday 15 November 2012

Mind Game: Sindrom naif

Bodoh lagi memperbodohkan
Diperbodohkan oleh orang-orang bodoh


APABILA anda diperbodohkan oleh orang-orang yang sedia bodoh tetapi berlagak pandai, ia adalah satu peringkat yang sangat memalukan kerana anda telah gagal memanfaatkan akal ketika anda diperbodohkan oleh orang-orang yang juga tidak menggunakan akal.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya diperbodohkan oleh orang-orang yang bodoh ialah segera memajak (pawn) akal anda di mana-mana premis pajak gadai (pawn shop) dan membayar kadar bunga (interest) pada setiap bulan sebelum menebusnya kembali. Kerana apa anda disuruh berbuat kerja bodoh memajak akal di kedai pajak dan membayar wang faedah seperti itu? Itu memang satu kerja bodoh, kan?

Orang bodoh yang berlagak bijak biasanya cuba mengelak daripada memetik fakta ketika dia bercakap, kerana ia akan memalukan dirinya sendiri apabila tersalah memetik fakta. Itulah yang orang bodoh lakukan ketika bercakap dengan anda. Dia seboleh-bolehnya mahu kelihatan sangat bijak meskipun dia terang-terang bodoh bercakap tanpa fakta, lebih banyak auta berbanding fakta.

Sebaliknya, orang bodoh itu lebih gemar bercakap menggunakan 'perumpamaan-perumpamaan' yang bodoh-bodoh belaka, ia dengan harapan supaya perumpamaan-perumpamaan itu dapat mempengaruhi tahap kewarasan pengikut-pengikutnya yang sedang cuba diperbodohkan.

Akibatnya, semakin ramai orang diperbodohkan oleh orang-orang yang bodoh. Tidak ubah pula seperti filem-filem zombie, apabila seorang zombie itu menggigit seorang manusia sihat, maka manusia sihat itu pun akan bertukar menjadi zombie.

Ia kerana zombie-zombie itu sudah tidak ada akal, sudah tidak guna otak, itulah sebab zombie-zombie dalam filem Zombie Kampung Pisang itu merayau-rayau mencari mangsa di sekeliling kampung sambil menyebut "otak...otak.." kerana mahu menjamah otak orang lain kerana otak mereka sendiri sudah tidak boleh 'dipakai'. Ada mesej sinis dalam Zombie Kampung Pisang, anda juga tidak terlalu bodoh untuk memahaminya.

Dalam kes orang bodoh yang memperbodohkan orang lain itu pula adalah sama macam keadaan seorang zombie menggigit mangsa dan mangsa itu juga berubah menjadi zombie. Zombie yang sudah tidak ada akal dan mahu merosakkan akal orang lain pula.
-----

Sindrom naif

Naif (naive), boleh dikatakan maksudnya hampir sama dengan lurus bendul yang disebabkan tidak tahu apa-apa atau disebabkan tiada pengalaman dalam menghadapi sesuatu perkara yang sedang dialami. Akibatnya, hanya ikut sahaja kata-kata orang lain kerana mudah terpengaruh.

Terlalu lurus dan hanya tahu mengangguk-angguk tanpa tahu membantah sehingga tidak sedar yang diri itu sedang diperbodohkan.

Sindrom ini juga berlaku dalam suasana pemimpin-pengikut (leaders-followers). Pemimpin dan pengikut boleh sama-sama menjadi naif. Bezanya ialah pemimpin yang naif itu cuba berlagak pandai di hadapan pengikutnya yang juga naif, manakala pengikut pula hanya tahu mengangguk kepada setiap perkataan pemimpin mereka.

Apabila pemimpin yang naif itu berbicara mengenai sesuatu perkara yang dia sendiri tidak mahir, maka pemimpin itu cenderung untuk bercakap secara bodoh yang tidak bersandar kepada fakta atau pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya.

Katakan, pemimpin di zaman moden itu SPM pun tak lepas atau belajar di universiti pun tak sempat nak habis sebab kena 'tendang' kerana 'pointer' berada di bawah mata lulus minima atau kena 'buang' sebab ada masalah disiplin. Ada juga orang yang berjaya dalam hidup walaupun tidak berpelajaran tinggi, walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi dia tetap memiliki kecerdasan akal, ia membezakan antara orang yang tidak berpelajaran tinggi tetapi berjaya dalam hidup dengan orang tidak berpelajaran tinggi yang menjadi pemimpin.

Tetapi, disebabkan dia diangkat menjadi pemimpin, maka dia 'kena' tunjuk pandai di hadapan para pengikutnya. Kemudian, pemimpin itu diminta mengulas mengenai ekonomi negara walaupun dia sendiri tidak lulus SPM dan tidak faham sangat mengenai ekonomi kerana SPM pun tak lulus dan LCE pun cukup-cukup makan saja. Tetapi dia 'kena' juga tunjuk pandai, sebab dia itu pemimpin, pemimpin mestilah 'nampak' macam pandai. Jadi, dia cakap, ekonomi negara macam ini, macam itu dan bla..bla..bla tanpa merujuk fakta atau angka yang membayangkan keadaan sebenar ekonomi negara. Dan, dia hanya tahu memburukkan orang lain, mengherdik orang lain, namun fakta ekonomi tidak juga dirujuk atau dipetik dalam setiap kata-katanya.

Dia hanya tahu bercakap seperti burung kakak tua yang tidak tahu apa-apa, seperti burung kakak tua yang otaknya lebih kecil daripada bebola matanya. Lihat dunia dari mata burung (yang lebih besar daripada otaknya) atau lihat dunia dari bawah tempurung (yang terletak di atas bumi yang nyata), mana lebih baik?
Para pengikut pula hanya tahu mengangguk. Langsung tidak mempersoal setiap kata-kata bodoh tanpa fakta yang keluar daripada mulut pemimpin mereka. Tidak mahu mempersoal atau tidak berani mempersoal, itu bukan persoalannya.

Pemimpin biasanya dipilih dalam kalangan orang-orang yang bijak, iaitu jauh lebih bijak daripada para pengikutnya. Kalau pemimpin itu sangat bijak, maka ia memperlihatkan seperti pengikutnya juga bijak walaupun tidak sebijak  pemimpin mereka.

Tetapi, apabila seseorang yang bodoh diangkat menjadi pemimpin, ia memperlihatkan seperti pemimpin bodoh yang diangkat itu hanya lebih pandai sedikit daripada para pengikut.

Kalau pemimpin itu bodoh, maka pengikutnya pula adalah jauh lebih bodoh. Maka, jadilah mereka golongan yang bodoh dan dipimpin pula oleh orang-orang yang bodoh. Tetapi, ada juga pengikut yang cerdik pandai, ada ijazah, ada sarjana, ada kedoktoran dan sebagainya. Namun, mengapa pula seorang bodoh juga yang mahu diangkat menjadi pemimpin?

Lebih memalukan, orang yang ada ijazah, ada sarjana dan ada kedoktoran pula yang terhegeh-hegeh mengangguk terhadap setiap kata-kata bodoh yang keluar daripada mulut pemimpin mereka. Langsung tidak mempersoalkan setiap kenyataan bodoh yang keluar daripada mulut pemimpin bodoh itu. Sekarang, siapa lebih bodoh? Atau, sedang diperbodoh?

Jadi, ada beberapa masalah di situ, itu pun kalau anda memerhatikan masalah-masalah itu dengan pandangan yang sangat cermat lagi halus. Ia salah satunya ialah sindrom naif di kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan pengikut.

Pemimpin dan pengikut adalah sama-sama naif dalam konteks yang berbeza. Ia terbelit dalam ruang lingkup pemimpin-pengikut.

Jika anda adalah orang yang sentiasa mencari keterangan yang benar, maka anda tidak akan hanya duduk diam sambil mengangguk-angguk, sebaliknya anda akan terus mempersoalkan setiap kata-kata bodoh pemimpin itu dengan meminta penjelasan-penjelasan yang lebih masuk akal, ia juga melambangkan anda adalah orang-orang yang berakal.
--

Untuk tidak mahu menjadi mangsa kepada kata-kata bodoh yang keluar daripada mulut pemimpin yang bodoh, maka anda harus melakukan sesuatu yang bijak, iaitu sesuatu yang akan menguji kebijaksanaan pemimpin itu. Jika pemimpin itu memang bodoh di tahap yang sangat bebal, maka ia akan jelas terpampang. Jika pemimpin itu memang bijak di tahap yang bergeliga otaknya, maka ia juga akan terpampang dengan jelas.

Sesuatu yang bijak itu ialah meminta pemimpin mereka mengulas sesuatu perkara dengan bijak, bersandar kepada fakta dan keterangan yang sewajarnya, dan bukan hanya bersandar kepada rasa hasad dengki yang hanya tahu memperlekeh atau merendah-rendahkan usaha orang lain.

Contohnya, apabila kita bercakap mengenai kereta Honda, kita sekurang-kurangnya kena tahu varian atau teknologi enjin VTEC atau i-VTEC yang dipasang pada sesebuah kereta Honda itu serta teknologi-teknologi lain yang diguna pakai dalam sesebuah model kereta Honda itu, sistem brek, sistem kotak gear CVT, AT atau sebagainya.

Jadi, kalau ditanya kepada pemimpin itu mengenai prestasi  enjin kereta keluaran Honda, akan terlihat satu masalah kalau pemimpin yang bodoh itu bercakap pula mengenai betapa cantiknya setiap model kereta Honda dengan memetik contoh yang tidak berkaitan, contohnya membandingkan pula model Honda Integra dengan model kereta pengeluar lain.

Yang ditanya ialah mengenai prestasi kereta Honda iaitu berkait dengan enjin dan segala sistem teknologi yang ada pada sesebuah model yang mempengaruhi prestasi sesebuah kereta, tetapi yang dijawab pula ialah kereta Honda itu cantik. Tidakkah bodoh?

Kalau anda menjadi orang yang mengajukan soalan (seperti  wartawan), tidakkah anda berasa bahawa orang yang memberikan jawapan yang tidak memenuhi kehendak soalan itu sebagai satu perbuatan yang bodoh? Tetapi, anda bukan wartawan, anda hanya jadi pengikut yang hanya tahu angguk-angguk apabila disuruh angguk dan geleng-geleng apabila disuruh geleng.

Jangan kecil hati, anda sebenarnya adalah orang-orang yang bijak. Dan, anda juga tidak akan puas hati apabila seseorang itu memberikan jawapan yang tidak menjawab soalan anda secara bijak dengan keterangan yang sepatutnya.

Mulakan dengan bertanya kalau anda berasa bahawa pemimpin anda tidak bijak dan kerap memberi jawapan yang bodoh-bodoh sehingga anda berasa seperti bodoh dan diperbodohkan.

Apabila jawapan diberikan, maka berfikirlah sejenak mengenainya, mencongak jawapan itu dengan cara yang lebih pantas daripada komputer. Kemudian jika ada pergeseran antara fakta dan keterangan, maka persembahkanlah pula soalan tambahan yang seterusnya. Teruskan bertanya sampai anda mendapat jawapan yang solid lagi kukuh bersandar kepada fakta. Pemimpin yang bodoh selalunya lebih banyak auta bermain kata-kata berbanding fakta.

Jika pemimpin anda memberikan jawapan yang bodoh, ia juga melambangkan diri anda sendiri kerana anda adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat orang bodoh itu menjadi pemimpin. Mahukah anda menanggung malu akibat dibayangi oleh kebodohan para pemimpin anda?

Sedarkah bahawa ada di kalangan kamu yang sedang dipimpin oleh orang-orang bodoh sehingga mula sanggup menyisihkan orang-orang berilmu seorang demi seorang? Maka, akan tiada lagi orang-orang berilmu dalam kelompok itu apabila orang-orang bodoh mula diangkat menjadi pemimpin.

Apabila kebodohan sudah diangkat sebagai kebijaksanaan, maka kebijaksanaan akan pupus dengan sendirinya. Dan apabila kebijaksanaan itu telah pupus akibat dilenyapkan oleh kebodohan yang semakin menggila, maka kebijaksanaan itu akan menjadi hina seperti najis yang bertempek dalam mangkuk tandas.  Kutiplah kembali akal yang bijaksana itu dari mangkuk tandas dan tempeklah ia kembali ke dinding akal walaupun berasa hina sebagaimana mengutip najis untuk dilumurkan di kepala.
 
Ingat, pemimpin yang baik ialah orang yang menjadikan anda lebih bijak dengan pertimbangan-pertimbangan yang masuk akal. Bukan pula orang yang memberikan penjelasan-penjelasan bodoh lagi tidak masuk akal dan tidak menjawab sesuatu perkara dengan bijaksana.

Apabila seorang zombie menggigit manusia sihat, maka manusia sihat itu juga akan bertukar menjadi zombie, itu selalu kita lihat dalam filem-filem fiksyen mengenai zombie.

Anda juga adalah watak-watak dalam filem-filem zombie di alam 'matrix-nyata' ini.



Jangan jadi naif.
Jangan jadi bodoh.
Tersurat atau tersirat dalam artikel ini, terpulanglah kepada anda.



Berhijrahlah daripada bodoh kepada cerdik



Salam Maal Hijrah.

-DRIFTER-
maaf, kata-kata aku memang keras.





.