Halaman

Friday 23 March 2012

Nota STALKER: Perintah yang kita lalai untuk patuhi

Perhatikan kaki-kaki mereka dan bahu-bahu mereka



SEMASA saya masih bersekolah, masih belum pandai berdikari dan masih dijaga keluarga, saya dan abang-abang saya selalu bersolat jemaah yang diimankan oleh arwah bapa saya. Manakala dua kakak saya pula menjadi makmum di belakang yang sebaris dengan ibu saya, iaitu di belakang saff pertama yang membariskan saya dan abang-abang saya.

Dalam solat berjemaah itu, arwah bapa saya selalu berpesan supaya merapatkan dan meluruskan saff sebelum dia membaca niat dan melafazkan takbir membuka solat. Dia tidak akan memulakan niat solat selagi saff kami tidak disempurnakan dengan betul.

Arwah bapa saya akan pastikan arah jari-jari kaki kami lurus ke hadapan menghadap kiblat sebagaimana lurusnya arah jari kaki menghadap ke hadapan semasa berjalan.

Bukan senget seperti orang yang kengkang semasa berjalan, kalau kengkang semasa berjalan maka pincanglah gaya berjalan, seperti itulah dia umpamakan kalau arah jari kaki tidak diluruskan menghadap kiblat dalam saff.

Kalau jari kaki senget, ia sudah tidak menghadap kiblat kerana garis lurus dari hujung jari itu tidak lagi betul-betul menghadap kiblat dengan tepat.

Sisi kaki kiri dan kaki kanan kami akan dia pastikan supaya saling bersentuhan, dia akan pastikan supaya tiada jarak yang memisahkan. Kalau arah jari kaki dipastikan lurus, maka barulah dapat dipastikan setiap sisi kaki kami saling bersentuhan. Jika arah jari kaki tidak lurus atau senget, sudah pasti sisi kaki kiri dan kaki kanan kami tidak dapat dirapatkan.

Bahu-bahu kami, juga dia suruh rapatkan supaya tiada ruang yang memisahkan. Selepas semua dipastikan lurus dan rapat, dia berkata dengan terang lagi tegas: “Itu barulah meluruskan saff dan merapatkan saff.” Masih segar di dalam memori walaupun sudah lebih 12 tahun bapa telah meninggalkan kami untuk bertemu Penciptanya.

Setiap kali ahli keluarga kami pulang ke kampung asal untuk bertemu dan berkumpul, kami juga akan mengumpulkan saudara-saudara kami dari kalangan sepupu terdekat yang rumah asal mereka berhampiran dengan kampung kami. Ketika itu, kalau kami berjemaah, saff itu akan dipastikan lurus dan rapat. Hubungan keluarga tidak pernah renggang, ia kekal rapat dan akrab sepertimana rapatnya saff itu.

Hari ini, Jumaat, saya tiba-tiba ‘rindu’ kepada saff yang rapat seperti itu.

Selepas habis khutbah Jumaat, saya bangun mencari tempat yang paling hadapan sekadar saya mampu kerana barisan yang lebih hadapan telah penuh. Semasa mencari tempat, kebetulan saya lihat ada dua lelaki berdiri dengan arah jari kaki yang lurus, manakala kebanyakan yang lain pula berdiri dengan arah jari kaki yang senget.

Saya gembira sebentar kerana itulah tempat yang saya pilih kerana melihat kaki mereka lurus dan pergi duduk di tengah-tengah antara dua lelaki itu. Saya sedikit terlambat untuk membaca niat kerana imam telah pun membuka solat dengan melafazkan takbir.

Saya membetulkan dan meluruskan kaki, merapatkan sisi kedua-dua kaki dengan kaki mereka. Bahu pula tidak dapat saya rapatkan kerana jaraknya jauh, tidak dapat saya minta mereka berdiri rapat sedikit dengan saya kerana mereka sudah mengangkat takbir, maka saya kembangkan bukaan kaki supaya rapat dengan kaki mereka dan kembangkan bukaan siku supaya kedua-dua siku saya menyentuh lengan mereka. Saya kemudian membaca niat dan melafazkan takbir. Di situ, saya insaf kerana terlambat untuk menyempurnakan saff dengan mereka, tapi saya cuba juga untuk rapatkan.

Doa iftitah kemudian dibaca, belum habis dibaca, kemudian saya sebak, seperti mahu menangis. Bukan disebabkan gembira kerana saya berpeluang berdiri dalam saff seperti yang saya rindu selama ini, bukan kerana itu yang buat saya rasa sebak.

Rasa sebak itu terlahir apabila kedua-dua makmum di kiri dan kanan saya itu menjauhkan sisi kaki mereka dengan sisi kaki saya. Mereka menjauhkan sisi kaki mereka sedikit demi sedikit. Semakin sisi kaki saya dijauhi oleh sisi kaki mereka, semakin sebak dan bergenang air mata namun tidak tumpah ke lantai permaidani masjid.

Tetapi saya tetap pastikan hujung siku saya sentiasa menyentuh lengan mereka yang sedang qiam sehingga imam selesai memberi salam. Saya tidak mahu melayan rasa sebak itu ketika sedang bersolat. Perasaan ketika itu hanyalah mahu bersolat kerana Allah.

---

Selepas selesai solat Jumaat, barulah saya berfikir. Mengapa orang Melayu yang beragama Islam tidak mampu memahami perintah Allah dan Rasul-Nya, kemudian berpecah belah. Apabila saff mahu dirapatkan, mereka memilih untuk menjauhkan. Mungkin mereka rasa geli geleman kerana kulit sesama lelaki bersentuhan walaupun sentuhan itu hanya untuk merapatkan saff sesama jemaah solat.

Saya rindu kepada saff seperti itu. Saff seperti itulah yang membuatkan saya dan kaum keluarga saya tidak pernah bergaduh atau berpecah meskipun kadang kala dihimpit salah faham yang sememangnya lumrah.

Begitu juga dengan rakan-rakan keluarga saya yang pernah berjemaah bersama ketika kami semua masih bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa kami. Mereka juga tidak pernah berasa renggang dengan keluarga kami kerana dapat merasai dan menghayati nikmat saff itu. Nikmat saff yang menyatukan hati dan jiwa sehingga dapat menghayati persaudaraan walaupun mereka itu bukan saudara kandung kami.

Andai saff diluruskan dan dirapatkan, hati kita akan lebih mudah disatukan. Timbul rasa kasih sesama umat, timbul rasa mahu ‘menjaga’ sesama umat, timbul rasa mahu sama-sama menjaga hubungan sesama umat. Hubungan sesama umat menjadi rapat, tidak renggang walau satu milimeter.

Andai ada yang bertelagah sesama umat, akan lebih mudah untuk mendamaikan kerana saff yang rapat itulah salah satunya yang akan mendamaikan. Saya tidak mampu untuk menyusun perkataan saya kali ini, saya tidak mampu untuk memilih perkataan yang sesuai untuk kali ini.

Apakah perintah yang kita gagal patuhi?

“Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus baginda bertakbir, sebelum melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka (di dalam saff) dan bersabda: Janganlah kamu maju (menghadap kiblat) dengan mundur (tidak lurus), yang menyebabkan mundurnya jiwa-jiwa kamu. - (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Allah memerintahkan supaya kita mentaati Rasul-Nya. Ingkar perintah Rasul juga bererti kita ingkar perintah-Nya.

Saya hanya mahu minta para pembaca blog ini memahami maksud saya dalam menghayati pengertian merapatkan dan meluruskan saff walaupun tidak mampu untuk saya ungkapkan semua perkataan yang sesuai buat kali ini.

Kepada kedua-dua saudara sesama umat yang menjauhkan kaki mereka dengan kaki saya di masjid tadi, sayalah orang yang berkopiah hitam itu yang tidak berasa geli geleman untuk merapatkan kulit saya dengan kulit kamu meskipun saya sedar bahawa kamu mahu menjauhkan kaki kamu daripada kaki saya yang sedang berada dalam satu saff dengan kamu. Saya mahu merapatkan saff, tetapi kamu memilih untuk sekadar berbaris. Saya tidak marah kedua-dua mereka.

Berbaris dalam solat tidak sesempurna maksudnya dengan pengertian saff.



Saya tidak mahu menulis panjang untuk kali ini, cukuplah saya berhenti di baris ayat ini.




-STALKER-

Monday 19 March 2012

Yahadut Mizrah: Sedikit jejak

BERSANDAR hanya kepada rekod sejarah kemasukan Yahudi di India, China serta secebis catatan Alfonse de Albuquerque sahaja belum cukup untuk menyakinkan bahawa orang Yahudi sebenarnya sudah berada di seluruh dunia termasuk negeri-negeri orang Melayu yang mana memungkinan keturunan campuran bangsa itu berjiran dengan rumah kita, tinggal di kawasan perumahan atau menetap dalam bandar yang sama dengan kita.

Kita wajar juga melihat kepada seluruh sejarah kemasukan bangsa Yahudi di negara-negara Asia Tenggara. Apabila dikatakan bangsa Yahudi memasuki negeri-negeri Melayu melalui jalan darat, kita harus melihat kepada rekod-rekod di negara-negara yang menjadi laluan mereka sebelum sampai ke negeri-negeri Melayu.

Untuk sampai ke negeri-negeri Melayu melalui jalan darat, bangsa Yahudi harus melintasi tanah orang Siam (Thailand) sebelum boleh sampai ke tanah orang Melayu. Mereka harus melintasi Siam sebelum sampai ke tanah orang Melayu. Oleh yang demikian, kita wajar melihat catatan yang terdapat di Siam berhubung kemasukan bangsa Yahudi di negeri mereka dalam tempoh masa yang sepadan.

Dikatakan, orang Yahudi sudah memasuki China sejak 960 Masehi atau jauh lebih awal daripada tempoh masa itu. Maka jika mereka melakukan perjalanan dari China sebelum sampai ke tanah orang Melayu, mereka juga harus melalui beberapa negara lain sebelum sampai ke Siam dan kemudian masuk ke tanah orang Melayu.

Jika dari China untuk ke Siam sebelum masuk ke tanah orang Melayu, mereka pasti melalui kawasan-kawasan Siam yang hampir dengan China. Tanah orang Siam (kini Thailand moden) yang paling hampir dengan China pula ialah Chiang Mai.

Melalui rekod-rekod yang dicatatkan orang Eropah (British) yang tinggal di Siam, dikatakan kemasukan Yahudi ke tanah orang Siam bermula sejak abad ke-17 atau lebih awal. Penghijrahan itu melibatkan Yahudi Baghdadi, dari keturunan Ashkenazi yang melarikan diri dari Rusia. Kumpulan pertama hadir ke tanah Siam pula kira-kira 2,000 orang dan tinggal sementara (sebilangannya tinggal menetap) di sekitar Chiang Mai dan Phuket.

Dalam rekod yang berlainan, dikatakan kumpulan yang lain dari kalangan Yahudi Baghdadi (Ben Israel) pula datang dari India dan Parsi sampai ke Burma pada sekitar abad ke-18 dan awal abad ke-19. Dalam masa yang sama, kumpulan Yahudi dari China juga masuk ke Burma dan mengadakan perniagaan candu di Rangoon sebelum berhijrah ke Singapura pada abad ke-20. Daripada China, mereka membuat perjalanan ke tanah orang Siam dan juga sebilangan lagi membuat perjalanan ke Burma.

Pada tahun 1851 (setahun sebelum Rangoon jatuh ke tangan British pada 1852), kumpulan Yahudi dari Romania juga direkodkan menjalankan perdagangan di Burma. Dalam masa yang sama, kumpulan Yahudi itu menjadi pembekal barang-barang keperluan askar kolonial British yang bertugas sekitar Asia Tenggara.

Bilangan Yahudi di Burma menjadi lebih besar apabila British menawan Rangoon pada tahun 1852 dan pada 1857 pula, Synagog Musmeah Yeshua dibuka di Rangoon sebelum populasi mereka semakin bertambah di Mandalay, Bassin, Aikab dan Tongyi.

Ketika Perang Dunia Kedua (Disember 1941) apabila Burma dimasuki tentera Jepun, kumpulan Yahudi di Rangoon melarikan ke India (mereka gelar India sebagai Erez Israel) selepas Rangoon digempur hebat oleh tentera Jepun.

Sejak permulaan abad ke-19, kumpulan mubaligh Nasrani dan sesetengah Yahudi percaya bahawa segolongan pecahan kecil daripada suku Kayyin (Karren) di Burma adalah berasal daripada keturunan Bani Israel atau sekurang-kurangnya menerima pengaruh agama Yahudi hasil daripada asimilasi suku Kayyin dengan suku-suku Yahudi yang telah lama hilang.

Ia berikutan sub-suku (sebilangan Kayyin) itu mempercayai tuhan yang dipanggil Yuhwah yang menyamai nama YHWH (Yahweh) sepertimana yang dipercayai oleh orang Yahudi. Perkara itu terjadi adalah (berkemungkinan besar) disebabkan asimilasi segolongan Yahudi dengan orang-orang Kayyin sejak beberapa generasi yang lalu.

Lalu, kumpulan mubaligh Nasrani dan orang-orang Yahudi menamakan sub-suku Kayyin yang berasal daripada kawasan pergunungan Tibet itu sebagai salah satu daripada keturunan dua belas suku Yahudi yang telah lama hilang (rujuk: The Lost Jews of Burma, J.E Joshua).

Dalam pada itu di Vietnam, kemasukan orang Yahudi terutama dari China dan Eropah ke negara itu juga bermula sekitar abad ke-19 iaitu selepas Perancis memasuki Vietnam. Kebanyakan mereka pula berkhidmat sebagai askar-askar kolonial Perancis dan memegang jawatan penting.

Menurut Lauren Markoe dalam laporannya bertajuk The Most Migratory Religious Group yang diterbitkan buletin Christian Century mengatakan, bangsa Yahudi mula gigih mencari tanah yang dijanjikan dengan cara mengembara ke seluruh dunia sebaik sahaja meninggalkan Mesir sebagaimana menurut alur kisah peristiwa Exodus.

Dalam usaha mencari tanah yang dijanjikan itulah menyebabkan beberapa suku mereka hilang dalam catatan sejarah. Kajian yang dilakukan Markoe juga mendapati bangsa Yahudi bergerak ke seluruh dunia sehingga sampai ke Eropah dan beberapa buah negara di Asia yang bermula sejak beribu tahun lalu.

“The findings are part of a comprehensive new study on religion and global migration, released Thursday (March 8, 2012) by the Jew Forum on Religion & Public Life, which tracked the journeys of the world's 214 million (Jewish) migrants.” – Markoe.

Markoe kemudian memetik pendapat profesor Jonathan Sarna di American Jewish History Department, Brandeis Universiti yang mengatakan: "The world Jewish community is consolidating," dan membawa maksud bangsa Yahudi di seluruh dunia kini sedang bersatu untuk bangkit di bawah satu fahaman penyatuan global bermotif etnosentrik yang didukungi mereka (faham maksud tersirat?) setelah kebersatuan mereka terpisah oleh sejarah sejak beribu tahun. Ia juga membawa maksud, orang berdarah Yahudi (termasuk berdarah campuran) di seluruh dunia sedang melakukan penyatuan semula keturunan mereka selepas terpisah selama beribu-ribu tahun lampau. Ia adalah satu gerakan besar-besaran dari segi ideologi dan cita-cita tanah yang dijanjikan.

Melalui laporan Sarna, daripada keseluruhan 13.3 juta orang Yahudi (dari kalangan bangsa teras, tidak melibatkan darah campur) yang wujud di dunia moden hari ini, sebanyak 43 peratus orang Yahudi tinggal di Israel, 39 peratus lagi tinggal di Amerika, 10 peratus di Eropah dan selebihnya di lain-lain negara Asia.

Sebanyak 13.3 juta orang Yahudi wujud di serata dunia, ia pula angka bancian yang hanya melibatkan bangsa Yahudi yang dilahirkan hasil perkahwinan sesama Yahudi.

Manakala orang berdarah Yahudi campuran pula sudah pasti jauh lebih ramai walaupun tiada angka sah yang merujuk kepada perangkaan itu. Andaian itu dibuat berdasarkan identiti mereka yang tersembunyi di celah-celah bangsa Asia dan bangsa Eropah yang mana mereka sedang tinggal di negara-negara dunia sebagai migran dan warganegara.

Sarna sebagaimana dilaporkan Markoe pula memberi kata-kata yang mempunyai pembayang sejarah dengan kenyataan: "what we're losing is one of the great themes of Jewish history," sambil merujuk kepada sejarah perpecahan bangsa Yahudi di Afrika (peristiwa Exodus di Mesir), Timur Tengah (peristiwa diaspora) dan lain-lain peristiwa di lain-lain bahagian dunia yang menyebabkan perpecahan bangsa Yahudi sehingga memaksa mereka melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Kini, seluruh bangsa Yahudi yang sekular (termasuk dari kalangan berdarah campuran), sedang melakukan penyatuan secara ideologi. Ia adalah penyatuan yang menjadi ‘ubat’ kepada kisah silam bangsa mereka yang terpaksa hidup merempat dalam keadaan hina selama beraibu-ribu tahun dengan beberapa siri pengusiran, peperangan dan penindasan di beberapa sudut dunia akibat keangkuhan dan ketamakan mereka sendiri.

Jika dikatakan orang Yahudi (berdarah campuran) datang ke tanah orang Melayu melalui jalan darat, maka mereka harus melalui beberapa buah kawasan di Asia Tenggara. Rekod-rekod di Thailand, Burma dan Vietnam menunjukkan bahawa bangsa Yahudi dari India, Parsi, Eropah dan China pernah masuk ke negara mereka.

Dengan memasuki Burma, Vietnam dan Siam, ia memberi gambaran bahawa bangsa Yahudi juga memasuki tanah orang Melayu dengan menjadikan negara-negara itu sebagai laluan mereka untuk sampai ke sini.

Catatan Alfonse de Albuqueque pula mengatakan orang Yahudi telah memasuki negeri-negeri orang Melayu menggunakan jalan darat sejak sebelum Portugis sampai ke Melaka pada 1511 melalui berita yang disampaikan kepadanya oleh Rui de Araujo (tinggal di Melaka sejak 1509).

Orang Burma, Vietnam dan Thailand mempunyai rekod mereka sendiri mengenai kemasukan dan perjalanan bangsa Yahudi ke tanah-tanah mereka. Jika berpandukan kepada petunjuk yang dicatatkan Albuquerque, orang Yahudi semestinya melalui Siam terlebih dahulu sebelum sampai ke negeri-negeri Melayu. Daripada mana-mana arah sekalipun, jika mengikut jalan darat, orang Yahudi harus melintasi Siam terlebih dahulu.

Jika pula orang Yahudi dari China mahu sampai ke negeri Melayu, mereka semestinya mengikut jalan-jalan yang hampir dengan China seperti Vietnam dan Burma sebelum masuk ke Siam dan kemudian negeri Melayu. Manakala di Siam dan Burma memang ada mencatat kemasukan bangsa Yahudi ke negara mereka.

Itulah jejak-jejak mereka.

Cuma sedikit jejak mereka yang diberikan kepada anda semua yang disayangi supaya sentiasa sedar, waspada dan bersedia.

Kalau orang Siam, Vietnam dan Burma ada merekodkan perjalanan Yahudi ke tanah-tanah mereka, bagaimana pula dengan kita yang menjadi penghuni di tanah besar (semenanjung yang bersambung dengan tanah besar benua yang tidak dipisahkan oleh laut) iaitu tanah yang ‘paling hujung’ dan ‘paling bawah’ dalam peta Asia?

Adakah kita mempunyai rekod-rekod bertulis yang sama?



-STALKER-

Thursday 15 March 2012

Kalau mahu berubah

RAMAI sebenarnya yang mahu berubah menjadi insan yang lebih baik dalam meniti kehidupan ini. Tetapi, ramai juga yang gagal untuk melakukan perubahan kepada diri dalam menuju ke arah kebaikan.

Hati manusia diciptakan suci dan bersih. Kesucian itu masih ada tersisa walaupun telah terlalu banyak melakukan dosa. Walaupun seseorang itu sudah bertahun-tahun tidak mengerjakan solat dan ibadat, namun masih terdetik di hati untuk melakukan sedekah, menolong orang miskin, anak-anak yatim dan lain-lain kebaikan. Jika pernah dan kerap melakukan kebaikan itu walaupun malas beribadat, sila teruskan mengerjakan kebaikan-kebaikan itu. Mengapa kita berkata begitu? Nanti kita beritahu.

Apa yang kita kejar dalam hidup ini? Wang? Harta? Kedudukan? Semua itu tidak boleh dibawa masuk kubur. Kita takut dengan haiwan berbisa seperti kala jengking, ular tedung, lipan, labah-labah dan sebagainya? Takut disengat sehingga mati? Ketahuilah juga bahawa haiwan-haiwan berbisa itulah yang akan menyengat dan menggigit kita di alam kubur andai tidak beribadat di dunia seperti yang diperintahkan-Nya.

Kita tidak tahu mengenai perit siksaan di alam kubur kerana kita juga masih hidup di atas muka bumi, tetapi ketahuilah sekiranya Allah berkehendakkan haiwan-haiwan berbisa itu menyental kita semua di dalam kubur kerana lalai dalam mengerjakan ibadat, maka ia bukanlah sesuatu yang sukar bagi Allah untuk melakukannya.


Ular, kalau ia menggigit, ia akan menggigit sehingga semua bisa dilepaskan masuk ke dalam tubuh kita. Apabila kita melihat seseorang yang digigit ular, maka kita akan melihat betapa ular itu sebenarnya bukan sekali mematuk dan kemudian beredar. Tidak, bukan begitu. Ular hanya akan melepaskan gigitannya apabila ia puas. Ia akan menggigit dengan sangat kuat, kalau cuba ditarik ular itu untuk melepaskan gigitannya, maka kita akan dapati ia seperti menarik seutas tali yang diikat kuat pada tiang. Kalau berterusan ditarik, taring ular itu akan mengoyakkan daging yang digigit. Manakala bisa ular itu akan lebih cepat bergerak ke seluruh tubuh melalui saluran darah. Organ-organ akan rosak akibat kepanasan racun bisa ular. Dalam tempoh 15 minit, itu tempoh kebiasaan yang paling lama, seseorang mangsa akan mati. Itu baru ular berbisa di dunia.

Ular sawa, kalau ia membelit, boleh hancur tulang-tulang dalam tubuh. Kalau ia menumbuk dengan kepalanya, boleh patah tulang rusuk. Kalau ia mengigit, boleh terburai keluar daging. Kalau ia membaham menelan menjadikan kita sebagai makanannya, boleh hancur tubuh akibat panasnya asid penghadaman di dalam perutnya. Itu baru ular sawa di dunia.

Lipan, kalau ia mengigit, ia juga akan menggigit sehingga ia puas. Semasa ia menggigit, ia akan memusing-musingkan badannya. Kesan gigitan pula akan kelihatan seperti lecuran terkena besi panas. Dalam tempoh empat hingga lapan jam, seseorang mangsa boleh mati. Itu pun baru lipan di dunia.

Kala jengking, kalau ia menyengat, ia akan melepaskan bisa sepuas-puasnya. Ia akan mencakar kulit kita dengan kaki-kakinya semasa ia melepaskan bisa. Dalam tempoh lapan jam, boleh maut. Itu baru kala jengking di dunia.

Labah-labah berbisa, kalau ia menggigit, ia akan meronta-ronta semasa ia melepaskan bisa. Semasa ia meronta-ronta melepaskan bisa, kita akan terasa panasnya bisa di tempat yang digigit. Kulit boleh melecur. Dalam tempoh empat jam, boleh mati. Itu baru labah-labah berbisa yang ada di dunia.

Sama juga dengan haiwan berbisa yang lain, haiwan-haiwan itu seperti ‘mengamuk’ apabila ia menyerang manusia, bisa yang dilepaskan ke dalam tubuh akan terasa panas seperti terkena bara api.

Cuba minum air panas, pasti tidak tertelan kalau ia masih belum suam. Dengan air panas pun kita sudah kalah, apatah lagi dengan bisa-bisa haiwan-haiwan itu. Takut dengan haiwan-haiwan itu? Sebaliknya, takutlah kepada Allah Maha Pencipta yang menciptakan haiwan-haiwan itu. Kalau haiwan-haiwan itu sudah cukup mengerikan, ingatlah bahawa siksaan dari Allah jauh lebih tidak terbayangkan.

Kalau kita mendapat siksaan Allah kerana dosa-dosa yang telah dilakukan, tiada orang yang dapat membantu kita lagi. Wanita-wanita cantik atau jejaka-jejaka tampan, artis-artis yang membintangi kaca TV atau panggung wayang yang dikejar di dunia ini, mereka tidak akan datang untuk membantu kita. Wang ringgit emas berlian, itu semua tidak akan setanding dengan syafaat Rasulullah.

Berubahlah menjadi insan yang lebih baik. Mulakan dengan mengerjakan kebaikan. Bersedekahlah kepada orang miskin dan anak yatim yang memerlukan. Teruskan membuat kebaikan. Kita mahu beritahu mengenai kenapa kita perlu melakukan kebaikan walaupun masih malas untuk beribadat bilamana hati sentiasa terdetik untuk berubah.

Amalan yang baik seperti bersedekah, membantu orang miskin dan menghormati orang tua serta mentaati ibu bapa, akan membantu kita melembutkan hati. Ia perkara yang sangat mudah dilakukan, apabila melihat orang miskin atau anak yatim, hulurkan sedekah, kalau hanya ada 20 sen dalam kocek, berikan 10 sen kepada orang itu, bukan susah pun untuk bersedekah. Apabila melihat orang tua, senyumlah kepada mereka, ucapkan tutur kata yang sopan, tunduk sedikit di hadapan mereka sebagai tanda hormat, layanlah mereka seperti ibu bapa anda sendiri tetapi ingatlah batas-batasnya, bukan susah sangat pun. Apabila bersama ibu bapa, peluklah mereka dengan penuh kasih sayang, ciumlah mereka selagi mereka masih hidup dengan penuh kasih sayang, bukan susah sangat pun.

Apabila kita melaksanakan sedekah, berniatlah kerana Allah. Apabila kita menghormati orang tua, berniatlah kerana Allah. Apabila kita melakukan pekara yang menggembirakan ibu bapa, berniatlah kerana Allah. Itulah kuncinya untuk berubah, berniatlah kerana Allah. Jika ingin berubah tetapi masih belum mampu untuk berubah sepenuhnya, lakukanlah amalan kebaikan yang mudah-mudah seperti itu terlebih dahulu dengan niat kerana Allah. Insya-Allah, akan lebih mudah untuk kita berubah. Latih diri untuk lakukan kebaikan-kebaikan itu secara perlahan-lahan walaupun masih malas untuk beribadat mengerjakan tiang-tiang agama dalam rukun-rukunnya.

Dengan melakukan kebaikan yang mudah-mudah itu semua, hati akan lebih mudah untuk menerima lain-lain kebaikan untuk dijadikan amalan soleh. Kesucian yang tersisa di dalam hati akan lebih mudah untuk bercambah mekar. Daripada hanya sebagai sisa kesucian, ia akan bertukar menjadi biji benih, kemudian bertunas di dalam hati, tumbuh sebagai pohon yang membuahkan lebih banyak buah kesucian, buah-buah itu pula menghasilkan lebih banyak benih dan tumbuh lebih banyak tunas dengan izin Allah. Jangan hanya menunggu Allah mencampakkan hidayah ke dalam hati kita, sebaliknya carilah hidayah itu dengan melakukan kebaikan yang mudah-mudah seperti itu.

Ketika kita bersedekah dengan niat kerana Allah, orang yang kita beri sedekah itu akan mendoakan kita. Apabila kita menghormati orang tua dengan niat kerana Allah, orang tua itu juga akan mendoakan kita. Apabila kita menyayangi ibu bapa dengan niat kerana Allah, ibu bapa juga akan mendoakan kita. Itu juga kuncinya.

Rasulullah amat sayang kepada orang miskin dan anak yatim, lakukanlah kebaikan kepada mereka. Rasulullah amat menghormati orang tua-tua, lakukanlah kebaikan kepada mereka yang lebih tua. Rasulullah berpesan supaya mentaati ibu bapa, lakukanlah kebaikan kepada mereka. Apabila kita melakukan perkara yang disukai Rasulullah, insya-Allah kita akan dapat berubah. Bukan susah untuk melakukan kebaikan kepada golongan-golongan yang disebutkan tadi, orang tua, anak yatim, orang miskin dan ibu bapa, lakukanlah segera kebaikan kepada mereka.

Apabila hati sudah mula terasa aman sedikit selepas rajin melakukan kebaikan kepada golongan itu, maka teruskan lagi, jangan pernah berhenti. Kalau hanya tinggal 20 sen di dalam poket, berilah 10 sen kepada mereka yang memerlukan. Kalau sudah tiada lagi wang di dalam saku, lakukanlah lain-lain kebaikan yang dapat menggembirakan mereka. Kalau ada minyak wangi di dalam saku, sapulah sedikit di tubuh mereka, itu pun kebaikan juga. Kalau langsung tiada wang, tiada minyak wangi, tiada apa-apa pun milik kita yang boleh diberikan kepada mereka, berilah tenaga kita untuk membantu mereka mengerjakan apa yang sedang mereka kerjakan pada masa itu asalkan ia tidak bertentangan dengan perintah Allah, itu pun kebaikan juga.

Kalau mahu berubah, lakukanlah kebaikan-kebaikan itu semua sebagai titik permulaan. Insya-Allah, kita akan lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama, berusahalah untuk menjauhkan diri daripada perkara yang dimurkai Allah. Hidayah itu perlu dicari, bukan menunggu ia dicampakkan datang bergolek kepada kita. Carilah hidayah itu dengan membantu anak yatim, orang tua, orang miskin dan ibu bapa. Jangan berasa susah untuk melakukan perkara yang mudah-mudah seperti itu.

Bilamana terasa mahu melakukan perkara yang salah seperti minum arak, berzina dan sebagainya, ingatlah kepada siksaan-siksaan yang akan menunggu kita nanti. Pasangan zina itu tidak akan membantu kita semasa diberi balasan siksa oleh Allah, rakan mabuk yang minum arak bersama kita itu juga tidak akan membantu, semua itu tidak akan membantu. Apa yang membantu ialah amal jariah dan amalan kebaikan yang kita lakukan. Belanjakanlah harta di jalan yang ada kebaikan.

Apabila mengejar harta kekayaan, belanjakanlah ia di jalan kebaikan. Gunakan harta itu untuk memberi banyak ‘bonus’ kepada kita di alam kekal nanti. Emas itu semua, bukan untuk dibawa ke kubur dan akhirat. Tetapi kalau emas itu digunakan untuk berbelanja ke jalan Allah, insya-Allah ‘nilai’ emas itu yang dibelanjakan ke jalan Allah sahaja akan dibawa ke akhirat. Jangan asyik kumpul emas, tetapi lebih wajar kalau belanjakan hasil emas itu ke jalan Allah, zakat emas sebagai contohnya.

Tidak susah untuk melakukan kebaikan yang mudah-mudah itu semua. Mulakan ia hari ini, mudah-mudahan hati kita akan lebih mudah untuk mengerjakan lebih banyak kebaikan. Hati yang masih ada sisa kesucian itu wajar dibenihkan dengan perkara-perkara kebaikan, semoga sisa dari buah iman yang mereput itu akan keluar tunas dari biji benih yang sudah lama terpendam bersama sisa-sisa kesucian. Tumbuhnya tunas itu akan mengeluarkan pohon yang rendang nyaman, mengeluarkan lebih banyak buah dan di dalam buah itu terdapat lebih banyak biji benih yang juga akan mengeluarkan tunas-tunas baru. Bunga-bunga dari pohon itu akan mengharumkan hati dan jiwa. Wangian-wangian dari bunga-bunga itu akan mengusir segala syaitan yang beraja di hati.

Kalau tidak mampu membuat kebaikan dengan wang ringgit yang banyak untuk membantu orang yang memerlukan, melakukan kebaikan dengan menyapu minyak wangi ke tubuh orang lain juga adalah satu perkara kebaikan. Pakailah minyak wangi, sapulah ia ke tubuh orang lain, ia kerana iblis dan syaitan amat benci kepada wangi-wangian.


Lakukanlah kebaikan yang mudah-mudah terlebih dahulu, semoga kita akan lebih mudah untuk kembali ke jalan-Nya yang lurus.


Bukan susah sangat pun... : )



-UMAT TERAKHIR-

Monday 12 March 2012

Yahadut Mizrah: Petunjuk dari Alfonse de Albuquerque

ALFONSE d’ Albuquerque, seorang panglima perang Portugis, sahabat karib kepada Putera John of Portuguesa, pernah terlibat dalam banyak siri peperangan menawan dan menjajah negara lain terutama sejak tahun 1476.

Empat tahun kemudian (1480), dia mengetuai misi menyelamat Ferdinand II de Aragon dari tawanan Empayar Turki Uthmaniyah. Kemudian pada 1481, Putera John (ketika itu sudah ditabal menjadi Raja John II) menganugerahkan beliau kedudukan sebagai pegawai khas kepada istana Portugal untuk memikul tanggungjawab perluasan kuasa.

Albuquerque banyak terlibat dalam misi ketenteraan termasuk di India pada tahun 1503 dan 1506, kemudian misi ke Socotra dan Hormuz pada 1507. Dalam misi-misi awal itu, Albuquerque lebih banyak menumpukan persediaan awal untuk melakukan langkah seterusnya iaitu menyerang untuk menakluk.

Pada 1510, angkatan Portugis di bawah perintah Albuqueque menyerang Goa dan pada masa yang sama membuat persediaan untuk menuju Selat Melaka bagi misi seterusnya.

Dalam misi itu, pedagang borong dari Goa iaitu Ninna Chattu mengadakan hubungan maklumat dengan Rui de Araujo (salah seorang daripada 19 orang Portugis yang berada di Melaka sejak 1509) untuk mendapatkan maklumat mengenai Melaka sebelum misi serangan dimulakan (1511).

Kita tidak mahu bercerita mengenai bagaimana Portugis merancang untuk menawan Melaka sehingga jatuhnya negeri Melayu itu pada 1511. Tetapi kita mahu melihat satu benang halus yang tersembunyi (secara sengaja atau tidak sengaja) di sebalik catatan-catatan yang dibuat oleh Albuquerque selepas dia mengamati Melaka.

Di sini, dalam artikel ini, kita tidak menyentuh mengenai bagaimana dan apakah sebenar-benarnya yang telah dilakukan Albuquerque untuk menawan Melaka yang jauh berlainan daripada apa yang diberitahu kepada kebanyakan kita, kita kali ini hanya berminat untuk menyatakan secebis catatan Albuquerque yang menerangkan laluan ke Melaka (Tanah Melayu) melalui jalan laut dan jalan darat yang dimasuki pelbagai bangsa sejak beratus tahun lama sebelum Portugis berlayar sekitar Selat Melaka.

---

“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Islam Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana (sesetengahnya pula) orang Jawa, Gores dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.”Alfonso de Albuquerque.

Albuquerque menyambung dengan catatan berikut:

Sesetengah mereka sampai ke Melaka yang sungguh kaya untuk berdagang. Melaka sangat kaya dan orang-orangnya (Melayu) adalah orang yang bermaruah, berpakaian segak, sungguh gagah apabila berperang dan sangat halus bersopan santun.

“Semasa Portugis menyerang Melaka, angkatan saya mengambil masa 14 hari dan 14 malam tidak tidur sebelum mampu masuk ke kota Melaka. Saat jambatan (di pelabuhan) Melaka didekati, 700 orang Jawa di pantai menyerang Portugis membantu Melaka, orang Melaka pula 10,000 orang bersiap sedia dengan 20 ekor gajah tidak jauh dari pantai. Dalam kota, jauh lebih ramai.

“Araujo memberitakan kepada saya, sebanyak 3,000 meriam kepunyaan Melaka. Tidak kurang 2,000 meriam dibuat daripada gangsa dan tembaga, dan selebihnya dari timah. Salah satu meriam tembaga itu pemberian Raja Calicut kepada Raja Melaka.

“Saya tahu, tidak ada yang akan percaya apabila saya beritahu bahawa meriam-meriam orang Melaka adalah sebaik meriam orang Jerman (pelurunya boleh menenggelamkan kapal-kapal).

“Angkatan Portugis di selat tidak mampu menghadapi Melaka kerana kehebatan meriam-meriamnya, askar-askarnya, sekutu-sekutunya dan gajah-gajahnya. Lalu diupah oleh Portugis kepada tukang-tukang besi dari Goa untuk membaiki senjata-senjata crossbow yang sangat-sangat diperlukan sebelum menyerang semula.” - Alfonso de Albuquerque.

Saya berasa cukup bangga dengan kenyataan di perenggan-perenggan di atas walaupun berparut pilu mengenangkan kejatuhan Melaka. Ia merupakan penghormatan dan pengiktirafan kekuatan yang diberikan Albuquerque kepada Melaka. Perenggan-perenggan itu tidak disusun seperti di atas, ia sebenarnya ditulis dalam berlainan helaian.

Walaupun perenggan-perenggan di atas tidak berkaitan dengan apa yang mahu ditulis dalam artikel ini, saya menulisnya juga kerana berasa bangga dengan Melaka yang hampir-hampir membuat Portugis berputus asa.

---

Albuquerque mencatatkan bahawa sesetengah orang Parsi, Arab, Yahudi serta Cina memasuki Melaka melalui jalan darat. Manakala orang Jawa, Gores (dari kalangan bangsa Korea dan Jepun) serta orang Sulu pula datang melalui jalan laut. Mereka sesetengahnya datang dengan tujuan untuk berdagang sejak beratus tahun sebelum kedatangan Portugis.

Beratus tahun sebelum kedatangan Portugis ke Melaka. Ia bermaksud, orang Yahudi sudah lama memasuki tanah-tanah orang Melayu.

Catatan Albuquerque itu juga memperlihatkan kemungkinan kejelasan ada satu kaitan benang lain iaitu orang Yahudi memang sudah lama sampai ke tanah orang Melayu sebaik selepas peristiwa diaspora (The Great Dispersion) yang menyebabkan ramai orang Yahudi melarikan diri dari Jerusalem akibat berperang dengan tentera Rom.

Dalam masa yang sama, sebilangan orang Arab juga datang ke tanah Melaka melalui jalan darat sebagaimana dicatat oleh Albuquerque. Ia menguatkan andaian sebelum ini bahawa memang terdapat kemasukan orang Yahudi, dan memperjelaskan andaian bahawa ada pengembara Arab yang mengekori orang Yahudi sehingga sampai ke negeri-negeri orang Melayu sejak ratusan tahun yang lalu. Namun, andaian ini kita biarkan kabur buat masa ini.

---

Catatan-catatan lain yang menyokong.

Dalam catatan lain terutama di India (yang direkodkan oleh orang Eropah di India), direkodkan bangsa Yahudi yang memasuki Asia Selatan termasuk Asia Tenggara adalah sekitar sekitar 2000 tahun lalu, dalam rekod yang lebih jelas pula disebut sekitar abad ke-16 hingga abad ke-17.

Dalam kitaran abad ke-16, ia adalah tempoh yang selari dengan kedatangan Portugis ke Asia melalui Goa dan Melaka. Kelompok Yahudi itu adalah dari kalangan Yahudi Baghdadi dari Baghdad. Sebilangan Yahudi lagi adalah dari Parsi.

Komuniti Yahudi Baghdadi paling ramai boleh ditemui di India terutama pada abad ke-16, sebelum abad itu pula direkodkan sudah ramai dari kalangan kelompok itu memasuki Asia di sebelah selatan dan timur. Juga direkodkan, kelompok Yahudi itu juga memasuki Yangoon dan Singapura sejak sekian lama.

Kelompok Yahudi yang berbahasa Arab (tidak berbahasa Hebrew atau Yiddish seperti kebiasaan) itu sampai ke India semasa era perluasan kuasa oleh Portugis, Belanda dan British dan membina Synagogue di India.

Kumpulan Yahudi dari Parsi pula sampai ke India pada abad ke-11. Sama seperti kehadiran mereka ke lain-lain sudut dunia, kelompok itu juga turut berasimilasi dengan orang-orang India dan seterusnya melibatkan diri dalam perdagangan ke seluruh Asia termasuk Asia Tenggara khususnya Melaka.

Kata kunci penting di sini ialah Yahudi dari Baghdad dan Parsi memasuki India sejak 2000 tahun lalu, berasimilasi di sana dan melibatkan diri dengan perdagangan antarabangsa India. Manakala India pula turut menjalin hubungan perdagangan antarabangsa dengan Melaka sejak berabad lama.

Tempoh 2000 tahun lalu pula sangat hampir dan boleh diterima sebagai selari dengan peristiwa The Great Dispersion di Jerusalem akibat dibedil tentera Rom.

Maka, tidak ditolak kemungkinan bahawa Yahudi memang memasuki negeri-negeri Melayu sejak sekian lama dengan jalan laut serta jalan darat bagi tujuan dagang.

Catatan Albuquerque walaupun tidak banyak menyentuh perihal kemasukan orang Yahudi ke Melaka, ia masih membantu dalam menjalin benang-benang keterangan lain yang terdapat di India berdasarkan kunci keterangan yang ditemui.

Pada tahun 1290, seramai 12,900 kaum Yahudi diusir dari England akibat sentimen anti-Yahudi di kalangan penganut Nasrani. Lapan tahun kemudian di Austria, Bavaria dan Franconia, kaum Yahudi turut diusir. Kemudian pada tahun 1306, seramai 100,000 Yahudi diusir dari Peranchis. Pada 1391 pula, diusir dari Sepanyol.

Bagi golongan Yahudi yang menukar agama kepada Nasrani, mereka terselamat dan dibenarkan tinggal di Eropah.

Pada 1497, kaum Yahudi diusir dari Portugal. Dalam tempoh ini, Alfonse de Albuquerque sudah dilantik oleh Raja John II sebagai panglima perang. Selepas Yahudi diusir dari Portugal, Albuquerque turut memantau pergerakan Yahudi supaya tidak kembali ke Portugal. Maka dengan itu, Rui de Araujo menghantar berita kepada Albuquerque mengenai kemasukan orang Yahudi ke negeri-negeri orang Melayu.

Keterangan-keterangan dan fakta-fakta sejarah memandu ke arah satu penjelasan iaitu kaum Yahudi memasuki Asia selepas beberapa kali terjebak dalam pengusiran oleh kaum-kaum lain di seluruh dunia terutama pada abad ke-13 hingga abad ke-15.

Disebabkan orang Eropah pada masa itu kuat dan ekstrem dengan sentimen anti-Yahudi, maka pergerakan mereka sentiasa dipantau supaya tidak kembali memasuki negara-negara Eropah selagi mereka tidak menganut Nasrani. Maka, kemasukan mereka ke Asia termasuk Melaka memang dikesan dan dicatat oleh rekod Portugis pada ketika itu.

Rekod yang dicatatkan oleh Albuquerque itu dihantar ke istana Portugal bagi menyampaikan berita mengenai pergerakan kaum Yahudi pada semasa Portugis mengumpul maklumat sebelum menyerang Melaka yang makmur.

---

Tidak dapat ditolak bahawa kaum Yahudi masuk ke Asia dan jelas turut memasuki negeri-negeri Melayu selepas melarikan diri dari Jerusalem dan selepas diusir dari beberapa buah negara Eropah. Mereka berasimilasi sejak beberapa generasi yang lalu dengan bangsa-bangsa yang ada di tanah-tanah tumpangan mereka.

Catatan-catatan yang direkodkan Portugis dan orang Eropah di India pula seperti memperjelas dan mengesahkan semua kemasukan dan penghijrahan itu. Jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan Yahadut Mizrah di celah-celah bangsa Asia, maka adalah wajar mencari dan merujuk rekod-rekod yang dimaksudkan.

Ia bukan satu perkara yang dibuat main-main. Ia adalah berdasarkan rekod-rekod yang tertulis di atas lembaran-lembaran sejarah yang tersembunyi dan disembunyikan oleh Eropah selepas mereka mengusir Yahudi. Kehadiran kaum Yahudi di negara-negara Asia dirahsiakan daripada pengetahuan orang Asia, ia supaya kaum Yahudi dapat bebas melakukan kemusnahan dan kekuatan bangsa Asia di sebelah timur dan tenggara dalam senyap.

Orang Eropah tahu bahawa Asia sedang dilemahkan oleh orang Yahudi yang tidak mereka sukai. Orang Eropah tidak mahu kekuatan mereka dilemahkan oleh orang Yahudi, lalu Yahudi diusir dari benua mereka. Apabila Yahudi memasuki Asia, maka Asia menjadi lemah apabila Yahudi mula menguasai banyak aspek.

Saat kelemahan Asia semakin membarah akibat tangan-tangan Yahudi, maka lebih mudah untuk Eropah menakluk segala kepentingan yang ada di Asia. Itulah caturnya yang tidak kelihatan dengan jelas.

Permainan catur menjadi lebih berbahaya apabila Yahudi yang memasuki Nasrani di Eropah (Yahudi yang munafik dalam konteks Nasrani, hanya berpura-pura menganut Nasrani) bekerjasama dengan Eropah demi kepentingan saudara-saudara mereka (Yahudi) yang ada di Asia Timur dan Asia Tenggara.



Adakah Yahudi memasuki negeri-negeri Melayu?

Alfonse de Albuquerque ada jawapannya.



-STALKER-