Halaman

Wednesday 18 April 2012

NOTA: Islam mengangkat Melayu & Melayu pula mengangkat Islam

Bahagian Dua

ISLAM itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut Islam itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka sebagaimana yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari segi pengertiannya melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di tempat tinggi, di tempat selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan segala usaha untuk memastikan ia terpelihara.

Sejarah bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi dari kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad (ucaplah selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan suasana yang berbeza dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka seperti Isaac (Ishaq), Yakob (Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa), Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman (Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes (Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut beberapa nama nabi-nabi suci orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi sendiri.

Bangsa buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom tidak berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak ada minat untuk menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat terhadap mereka, begitu juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan mereka. Bangsa Arab hidup dengan kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan dari tamadun-tamadun luar.

Berlainan pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik kepada bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada dengan mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan mereka pasti akan menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu peringkat, bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir dan dalam peristiwa The Great Diaspora di Jerusalem selepas ketiadaan Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah sepi, dan mereka yang tidak buta huruf itu mencatatkan sendiri ‘kemeriahan’ sejarah mereka.

Orang Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil dan mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak ada ilmu, maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun lain di sekitar mereka.

Ia kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak (tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang dimiliki orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar menjajah mereka.

Langkah menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula amat susah untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka berperang sesama sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu tamadun pun yang sanggup untuk mentadbir mereka.

Dari sisi lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu sebenarnya dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di kalangan mereka, manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka melalui satu ajaran paling sempurna.

Manusia agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa degil itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian dan tidak pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan fahaman kabilah mereka yang melampau.

Orang Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka walaupun pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka selama beratus tahun mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup jahil selama tempoh abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung, Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi) pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik (Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke timur dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap ketinggian ilmu orang Yahudi.

Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga di kalangan tamadun-tamadun besar.

Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah, dan pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan mereka memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat keimanan mereka. Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar sebagai balasan terhadap keingkaran mereka terhadap perintah mentaati Allah dan perintah nabi-nabi mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal memartabatkan agama Tauhid di dalam jiwa mereka. Malah, mereka sengaja memilih untuk tidak taat kepada perintah Allah.

Akhirnya, bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah melalui kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.

Sebelum kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua (Jesus atau Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan kepada orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Lama sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara mereka (saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan seorang ayah, dan manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para nabi. Musa mengkhabarkan dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).

Nabi Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac sudah tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac melahirkan bangsa Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali kepada permulaan Ibrahim. Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap kelahiran seorang penyelamat yang penghabisan dari kalangan saudara kepada orang Yahudi.

Maksud yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani apabila terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak seperti Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia, malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan bahawa manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan bukan dari kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu adalah seperti dirinya iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di kalangan manusia, tetapi Musa memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan dari kalangan orang Yahudi.

Semasa manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu dan diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka. Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah perubahan di kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad seterusnya, di Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah menjadi satu bangsa yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke atas baginda dengan penuh kasih sayang dari hati yang jujur), mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Ajaran Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam yang satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga mereka berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun di sekitar mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu merobohkan kemegahan Rom yang kufur.

Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa bermaruah. Bangsa Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi Islam. Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum itu dihina kepada menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam agama Tauhid di muka bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------

KONTEKS ORANG MELAYU

Sejarah bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah.

Banyak tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.

Berita mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka.

Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.

Tumpah darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka.

Melayu megah mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya.

Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.

Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini, kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka.

Orang Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu.

Jika orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.

Tetapi Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.

Allah Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.

Daripada menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi.

Melayu, Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam.

Orang Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik.

Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian?

Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.

Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai.

Martabat apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman.

Apabila orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah.

Martabat orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.

Malangnya, orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan Islam.

Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya.

Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”

Memang benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan.

Orang Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam.

Islam mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan seperti itu?

Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan?

Perlu ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum) baik.

Bukankah Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara ini?

Dipusing lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan sebaris dengan Islam.

Maka bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama rata.

Mereka kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?

Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka.

Kita tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.

Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang Melayu.
Semasa zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung harap kepada British.

Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu.

Mereka berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi daripada orang bukan Islam.

Jadi, mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?

Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata.
Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang Yahudi.

Islam mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap Abdullah bin Salam.

Allah menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam?

Seruan dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah.

Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan ketinggian agama Allah.

Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.

Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.

Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya.

Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa.

Seseorang manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa.

Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama.

Masalah dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia?

Dan, wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?

Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah.

Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.

Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.

Kalau masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul.

Hak sama rata tidak betul, liberalism juga tidak betul.

Berdakwahlah.
------

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)


[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]

La-ila-ha-illa-anta, sub-ha-na-ka-inni-kuntu-minaz-zholimin
-SHAHi-

Sunday 8 April 2012

Nota SHAHi: Islam lebih tinggi daripada bangsa

ISLAM LEBIH TINGGI DARIPADA BANGSA.
Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh majoriti sesuatu bangsa manusia yang menganuti agama Allah.


Bahagian Satu

AKIBAT daripada usaha demotivate [rujuk arkib Umat Terakhir di laman Abatasa di link: http://abatasa2.blogspot.com/2011/10/mind-game-demotivate.html] yang digerakkan oleh sebilangan pemimpin politik untuk menghakis semangat kebangsaan Melayu - demi mencapai cita-cita politik - kelompok orang Melayu yang mengikuti jalan politik itu akhirnya mengalami konflik jati diri.

Mungkin istilah konflik jati diri itu kurang tepat untuk menggambarkan situasi ini, namun orang-orang Melayu yang mengikut jalan politik itu kelihatan tidak terdetik rasa bangga dan kecintaan terhadap perjuangan bangsa mereka sendiri yang tidak pernah letih berjuang demi agama yang dijadikan kompas kehidupan.

Islam hadir ke bumi Melayu pada ketika negeri-negeri Melayu berada di ambang kegemilangan perdagangan dunia. Sejak raja-raja Melayu menerima Islam sebagai ad-deen, orang-orang Melayu sentiasa berjuang demi agama mereka sehingga melangkau ke beberapa generasi seterusnya. Selama beratus tahun sejak sebelum zaman imperial, orang Melayu yang majoriti di bumi Malaysia moden sangat setia mempertahankan Islam.

Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi para penganutnya kerana agama wahyu yang terakhir itu bersifat universal. Namun, bangsa-bangsa manusia secara kolektif melibatkan bilangan majoriti penganut yang menganut agama itulah yang bertindak mempertahankan agama Islam.

Memang Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi penganutnya, tetapi bangsa-bangsa manusialah yang bertindak mempertahankan agama itu. Ia kerana Allah menciptakan manusia berlainan bangsa, dan, bangsa-bangsa yang menganut agama itulah yang wajib mempertahankan agama-Nya.

Di rantau Timur Tengah atau Asia Barat, orang Arab menjadi bangsa majoriti yang mempertahankan Islam meskipun ada sebilangan Arab yang menganut Nasrani. Terasnya ialah orang Arab mempertahankan Islam di rantau sebelah sana. Maka, survival bangsa Arab yang beragama Islam dari segi maruah mereka, ekonomi, politik dan sosial harus dipertahankan oleh orang Arab sendiri.

Manakala di rantau sebelah sini, orang Melayu (induk bangsa di Asia Tenggara) menjadi bangsa majoriti yang menganut dan mempertahankan Islam. Maka, survival orang Melayu beragama Islam dalam segala aspek termasuk maruah, politik, ekonomi dan sosio-kehidupan juga harus dipertahankan oleh orang Melayu sendiri.

Bangsa-bangsa manusia sentiasa meletakkan maruah di tempat pertama, melibatkan maruah agama dan maruah bangsa, maruah itulah yang wajar dipertahankan supaya tidak dipandang hina dan supaya tidak mudah dihina sewenang-wenangnya. Dalam sejarah manusia, siri peperangan dalam tamadun-tamadun besar selalunya berpunca daripada rasa tercabar maruah mereka oleh sesuatu bangsa. Tamadun-tamadun besar itu akan melancarkan perang apabila maruah dan kedaulatan mereka diperlekehkan atau tidak dihormati oleh tamadun lain.

Kalau disingkap sejarah Perang Salib, bangsa Eropah memasuki Palestin dan menyembelih orang Arab Palestin yang beragama Islam. Laskar-laskar Eropah bertindak sedemikian selepas seorang pembesar agama Nasrani (ulama Nasrani) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Arab adalah seperti ‘roh yang tersesat’ (lost souls) yang tercari-cari erti ketuhanan Jesus. Akibat daripada fatwa itu, laskar-laskar Eropah memburu semua orang Arab di Palestin dan sekitar Jerusalem untuk dibunuh, ia kerana langkah berkesan untuk mencari orang Islam ialah mereka harus mencari orang Arab terlebih dahulu kerana majoriti orang Arab adalah Muslim. Di rantau sebelah sana, orang Arab adalah majoriti bangsa yang menganut dan mempertahankan Islam, maka mereka dicari untuk dibunuh pada ketika era Perang Salib.

Akibat daripada itu, tentera Arab beragama Islam (majoriti adalah tentera Arab, ada juga tentera Islam dari lain-lain bangsa) pimpinan Salahuddin al-Ayoubi melancarkan serangan balas demi mempertahankan agama yang dianuti oleh majoriti bangsa mereka di rantau sebelah sana. Andai hilang bangsa Arab di rantau sana, maka lemahlah Islam di rantau itu. Maruah bangsa itu diangkat semula oleh Salahuddin demi survival agama Islam.

Di rantau sebelah sini pula, hanya orang Melayu (bersama sub-sub bangsanya: Bugis, Jawa, Palembang dan sebagainya) yang mempertahankan Islam, jika semangat orang Melayu dilemahkan dalam kewajipan mempertahankan maruah mereka, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mengembalikan maruah orang Melayu.

Andai maruah itu dipermain-mainkan oleh orang Melayu sendiri di halaman rumah mereka sendiri, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mempertahankan maruah mereka. Jangan harap ada bangsa lain yang akan membantu kita untuk mempertahankan maruah kita. Jangan harap.

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

Allah berkata dengan jelas bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Allah juga berkata dengan jelas bahawa Dia akan mendatangkan bencana kepada mereka andai melakukan kesalahan terhadap diri mereka sendiri. Jadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?

Antara kesalahan itu ialah tidak berusaha mengubah nasib, maruah agama dan maruah bangsa ke arah yang lebih tinggi selari dengan tuntutan agama-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berubah jika mahu berjaya di jalan-Nya. Itu perintah.

Kalau orang Melayu bertindak mempertahankan Islam di rantau ini, maka taatilah perintah itu. Bangsa yang disegani dalam apa jua tamadun ialah bangsa yang bangga dengan semangat kebangsaan mereka, simpan dulu ayat penyata ini. Itu dari segi semangat kebangsaan politikal perang zaman tamadun besar awal.

Namun kita diterangi Islam, walaupun begitu, Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu mengubah diri mereka dan Allah akan menurunkan bencana apabila sesuatu kaum itu melakukan kesalahan kepada diri mereka sendiri. Ingat perintah itu. Ulang soalan tadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?

Orang Melayu tidak harus malu menjadi Melayu, ia kerana Melayu itu ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau sebelah sini. Wajarkah malu kepada diri sendiri kerana ditakdirkan untuk mempertahankan agama Allah? Orang Melayu sewajarnya bersemangat dan berbangga menjadi Melayu, ia kerana semangat itulah yang akan mendorong kita supaya lebih tabah mempertahankan agama-Nya. Andai kita dalam keadaan rendah maruah, adakah kita akan mampu berhadapan dengan musuh yang bangga dengan bangsa mereka sendiri?

Kalau dipelajari daripada sejarah-sejarah perang, panglima perang akan berucap di hadapan ribuan askar untuk menaikkan semangat askar-askarnya. Semangat askar wajar disemarakkan terlebih dahulu sebelum anak panah pertama dilancarkan terhadap musuh. Itulah pentingnya semangat. Kalau orang Melayu malu kepada diri sendiri, berasa rendah diri terhadap bangsa lain, tidak bersemangat, agak-agaknya boleh berjayakah orang Melayu dalam menempuh cabaran?

Namun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)

Di sebalik ayat di atas, difahami secara langsung bahawa Allah memerintahkan kepada kita supaya berlaku adil kepada bangsa lain. Untuk berlaku adil, orang Islam terlebih dahulu harus mempunyai kelebihan iaitu kelebihan dalam pemerintahan. Bagi menepati terhadap maksud ayat itu, orang Melayu beragama Islam wajar sentiasa berada dalam kategori dominan pemerintahan di Malaysia. Dengan menjadi bangsa yang bermaruah dan mendominasi pemerintahan, maka baharulah orang Islam boleh menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan, maka selarikah perintah Allah kepada orang Islam terhadap ayat itu?

Allah memerintahkan (melalui kata hendaklah seperti dalam ayat 8 surah al-Maedah) supaya orang Islam sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan. Jadi, apa syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum keadilan dapat ditegakkan? Mestilah terlebih dahulu orang Islam perlu menjadi orang bermaruah tinggi yang mentadbir keadilan, setuju?

Masih tidak faham? Untuk berlaku adil, orang Islam harus menjadi pemerintah yang bermaruah, bukan menjadi ‘orang melukut di tepi gantang’ yang tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan keadilan. Pemerintah adalah orang yang menjalankan keadilan, bukan menjadi orang yang tertakluk kepada keadilan yang ditetapkan oleh orang bukan Islam.

Untuk menjalankan keadilan, seseorang harus menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah, bagaimana orang Islam mahu menjalankan atau memberi keadilan? Untuk menjalankan keadilan, orang Islam harus menjadi dominan terlebih dahulu, dalam erti kata lain ialah mempunyai maruah dan disegani. Itu dari segi konteks negara, bukan dari konteks individual.

Untuk berlaku adil, orang Islam harus mempertahankan maruah mereka sebagai pemerintah andai berada di sebuah negara yang bermajoriti orang Islam seperti negara anda ini. Kalau sesebuah negara yang majoriti orang Islam diperintah oleh orang bukan Islam dari segi penetapan dasarnya, di manakah maruah orang Islam? Siapa pula orang Islam di negara ini kalau bukan majoriti orang Melayu?

Jangan hanya membaca al-Quran tanpa memahami pengertian perintah-Nya. Jangan pula ambil ayat itu sekerat-sekerat seperti yang biasa diucapkan di pentas-pentas politik, fahamilah keseluruhan ayat itu dan taatilah perintah itu. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berlaku adil kepada kaum yang lain. Maka berfikirlah mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum mampu menjalankan keadilan

Antara syaratnya ialah menjadi pemerintah yang berkuasa terhadap sistem keadilan. Bukan menjadi pak turut yang tidak bermaruah, malu menjadi Melayu yang ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini, tidak bermaruah sehingga tanpa segan menunduk taat di hadapan orang bukan Islam.

Orang Melayu harus mengembalikan semangat mereka, berbangga menjadi Melayu yang beragama Islam dan ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini. Semangat memperjuangkan agama yang dianuti oleh orang Melayu, semangat itu harus disemarakkan, bukan dilemahkan dengan sentimen tidak bermaruah sehingga berasa malu dilahirkan sebagai orang Melayu.

Memang, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.

Untuk memahami perkara yang mana perlu didahulukan, wajar kita mengingati satu riwayat hadis. Saya tidak ingat keseluruhan susunan ayat hadis itu secara tepat bagi tiap-tiap pemilihan perkataan, cukuplah sekadar mengimbas kisah yang terdapat di dalam hadis itu.

Penceritaan hadis itu berbunyi seperti ini (bukan dari segi susunan ayat hadis, tetapi dari segi penceritaan):

Fatimah bertanya kepada Rasulullah (ayahandanya) mengenai siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga kerana taat kepada suami dan agama Allah. Rasulullah menjawab, ia adalah seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di Madinah. Mendengar jawapan daripada baginda, Fatimah pun pergi ke rumah wanita itu dan melihat bagaimana wanita itu taat kepada suaminya dan perintah Allah. Setelah menyaksikan sendiri ketaatan wanita itu, Fatimah kembali menemui Rasulullah dan bertanya adakah dia akan menjadi wanita pertama memasuki syurga andai melakukan perkara yang sama. Baginda menjawab, tidak, baginda memberitahu bahawa Fatimah akan menjadi wanita kedua memasuki syurga selepas wanita itu masuk. Fatimah kemudian menangis kerana tidak menjadi wanita pertama masuk ke syurga. Rasulullah tersenyum melihat tangisan puterinya dan berkata, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dialah yang akan menyambut dan meraikan kehadiran Fatimah ke dalam syurga Allah. Fatimah kemudian tersenyum.

Ia bermaksud, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dia akan menyambut dan meraikan Fatimah yang masuk selepas itu.

Melalui kisah antara Rasulullah dengan puterinya, fahamkah kita terhadap pengertian yang mana satu di-kemudiankan dan mengapa ia tidak didahulukan?

Diulangi, memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.

Allah sentiasa memelihara Islam, tetapi Islam juga akan terus terbela jika ada kelompok manusia yang mempertahankannya. Di Malaysia, siapakah kelompok itu? Andai Melayu adalah bangsa yang majoriti mempertahankan Islam, maka orang Melayu wajar diperkuatkan semangat mereka, bukan diperlemahkan oleh doktrin politik yang dicanang bangsa mereka sendiri. Tanpa semangat yang kental iaitu berselaput rasa malu dalam diri dengan tidak bangga menjadi Melayu, adakah orang Melayu beragama Islam akan mampu menghadapi cabaran yang sengit daripada bangsa lain?

Cuba lihat bangsa lain di Malaysia. Adakah mereka menghina bangsa sendiri dan berasa malu dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka? Tidak, mereka tidak menghina bangsa mereka dan mereka berbangga dengan kebangsaan mereka. Apabila ada orang Melayu yang menghina bangsa sendiri dan malu menjadi Melayu, adakah bangsa lain melahirkan simpati kepada bangsa Melayu? Jawapannya juga tidak. Mereka langsung tidak ambil peduli kalau orang Melayu berasa begitu.

Tetapi apabila bangsa lain berasa terhina akibat sesuatu perbuatan kaum-kaum lain, apakah yang bangsa itu akan lakukan terhadap kaum-kaum yang disifatkan menghina mereka apabila mereka berasa seperti dihina?

Mereka akan segera bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka. Mereka akan tegas mengatakan bahawa kaum yang membuat mereka berasa terhina itu sebagai racist. Tetapi apakah yang orang Melayu lakukan kepada bangsa lain apabila orang Melayu dihina? Orang Melayu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, kerana apa? Kerana orang Melayu berasa malu kepada diri sendiri, apatah lagi untuk mempertahankan maruah bangsa sendiri.

Apabila Melayu melaungkan semangat kebangsaan, orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Orang Melayu seperti tidak boleh langsung berbuat apa-apa untuk membangkitkan semangat kecintaan terhadap bangsa mereka yang ditakdirkan mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. Apa sahaja yang orang Melayu lakukan demi survival agama dan bangsa, orang Melayu akan sentiasa segera dilabel sebagai racist. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Semua serba salah jadinya.

Untuk memahami keadaan sedemikian kita wajar meneliti sikap orang Yahudi yang sangat mudah melabel seseorang sebagai anti-Semitik apabila bangsa mereka dikritik, ditempelak atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membuat mereka berasa seperti dihina.

Namun apabila ada orang menghina bangsa Arab, tidak pula orang Yahudi terhegeh-hegeh melabel orang itu sebagai anti-Semitik kerana orang Arab juga adalah dari keluarga bangsa Semitik. Hanya apabila bangsa Yahudi dikritik, maka orang yang mengkritik itu akan segera dilabel sebagai anti-Semit, tetapi tidak berlaku perkara yang sama apabila keluarga bangsa Semitik lain yang dikritik.

Yahudi dan Arab adalah dari kelompok bangsa Semitik dari keturunan Sem iaitu salah seorang daripada putera Nabi Nuh selepas peristiwa Banjir Besar. Namun, apabila dirujuk kepada istilah anti-Semitik, ia diistilahkan kepada anti-Yahudi semata-mata tanpa merujuk kepada pengertian Semitik yang sebenarnya. Malah di Amerika, seseorang yang mengeluarkan kenyataan anti-Semitik akan segera dihadap ke mahkamah untuk dibicarakan dan diberi hukuman kerana bersikap racist.

Keadaan yang berlaku di Malaysia pula hampir sama, namun hukumannya pula adalah dari segi tekanan kepada bangsa Melayu. Hal ehwal agama, budaya dan hak orang Melayu sentiasa dipersoal, ia bukan sahaja dipersoal oleh bangsa lain, tetapi ada di kalangan bangsa Melayu sendiri yang melakukannya. Namun apabila ada orang Melayu yang mempersoal kebiadapan bangsa lain, maka orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Bangsa lain boleh mempersoalkan, tetapi orang Melayu tidak boleh mempersoalkan mereka. Hampir sama dengan situasi masalah istilah anti-Semitik.

-----

Orang Melayu menghadapi konflik identiti yang kronik dalam sudut semangat kebangsaan mereka. Ia menjadi lebih parah apabila ada orang Melayu sendiri yang melemahkan semangat itu sebagai alasan supaya berlaku adil kepada bangsa lain sebagaimana diperintahkan Allah. Cuba renungkan kembali pengertian ayat 8 dalam surah al-Maedah, apakah yang kita faham mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum boleh menjalankan keadilan?

Pertama sekali ialah orang Islam wajar menjadi pemerintah yang bermaruah, mempunyai kuasa membuat keputusan dalam menjalankan keadilan, berperanan dominan dalam hal ehwal yang teras demi kepentingan semua pihak terutama umat Islam, tidak malu menjadi diri sendiri untuk mengubah nasib diri, tidak berasa rendah diri, tetapi tidak pula bongkak di atas muka bumi. Apabila sudah cukup syarat-syarat itu, baharulah orang Islam yang majoritinya orang Melayu di negara ini akan dihormati dan menghormati diri sendiri serta berupaya menjalankan keadilan seperti yang diperintahkan Allah.

Andai orang Melayu beragama Islam yang rendah maruah dirinya tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan rendah maruah diri, adakah orang Melayu akan dihormati? Tidak, tidak dan tidak. Kalau orang Islam tidak menghormati diri sendiri, jangan harap akan ada orang lain yang akan menghormati kita. Jangan harap.

Kalau syarat-syarat itu tidak dipenuhi, bagaimana orang Islam mahu menjalankan keadilan terhadap kaum lain? Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang lelaki harus berkahwin dan mempunyai anak terlebih dahulu sebagai langkah pertama. Itulah syarat pertama yang wajar dipenuhi untuk menjadi bapa yang baik.

Bagaimana untuk menjalankan keadilan kepada kaum-kaum lain? Syarat pertama ialah menjadi dominan dalam pemerintahan terlebih dahulu supaya semua urusan keadilan tertakluk di bawah keputusan orang Islam. Bukannya menjadi orang Islam yang melukut di tepi gantang mengharapkan ehsan supaya diberikan sedikit kuasa oleh orang bukan Islam. Faham?

Bagi memenuhi syarat itu, langkah pertama ialah orang Melayu wajar kembali bersemangat mempertahankan maruah, bukan terus hidup terhimpit bagai ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Bangsa-bangsa lain tidak pernah merendah-rendahkan bangsa mereka sendiri, tetapi mengapa mesti ada orang Melayu yang berasa malu dengan bangsa sendiri sedangkan orang Melayu adalah ditakdirkan untuk menjaga maruah Islam di rantau sebelah sini? Allah memilih orang Melayu untuk menjadi bangsa majoriti di rantau ini untuk menganut agama-Nya. Andai semangat bangsa Melayu makin lemah disebabkan oleh lidah-lidah pemimpin yang melemahkan jati diri mereka, bagaimana orang Melayu mahu terus kuat dalam mempertahankan Islam?

Ada yang berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu tetapi berbangga menjadi Islam. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Manusia dijadikan berbilang bangsa, agama Allah pula adalah untuk seluruh manusia, manakala bangsa-bangsa manusia yang menganut agama Islam itulah yang mempertahankan agama Allah.

Sama juga kalau diibaratkan seperti: Hanya roh yang kekal, tetapi bukan jasad. Tetapi ingatlah bahawa jasad itulah yang menjadi alat kepada roh untuk melakukan kebaikan. Islam diibaratkan sebagai roh, jasad itu pula adalah Melayu. Andai jasad itu mati, maka jasad akan hanya tinggal jasad yang akan musnah reput di dalam tanah. Maka roh akan kembali kepada Tuhannya. Apabila Melayu menjadi lemah dan tidak bersemangat dalam mempertahankan bangsanya yang majoriti Islam, maka Islam akan terkapai-kapai di Malaysia.

Mungkin akan ada yang mengatakan Umat Terakhir sebagai racist apabila berbicara mengenai Melayu. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi sebaliknya kita menjelaskan bahawa bangsa lain sangat berbangga dengan diri mereka. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi kita menceritakan mengenai ada orang Melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai Melayu sehingga luntur semangat jati dirinya. Malu tidak bertempat di tempat sendiri seperti sudah tiada tempat untuk memahkotakan maruah di bumi sendiri.

Kalau mahu berperang, pilihlah panglima yang mampu menaikkan semangat para laskar-laskarnya. Bukan memilih sang pengecut yang luntur semangatnya dan galak pula melemahkan semangat orang lain supaya menjadi pengecut dan pemalu sepertinya. Orang tidak menunduk malu di medan juang kerana kepala yang tunduk itu lebih mudah dicantas pedang pihak lawan. Orang berperang dengan penuh semangat juang, berbangga menjadi bangsa bermaruah di medan juang untuk agamanya. Itulah caranya orang pergi berperang.

Maruah orang Melayu diperlekeh selama 457 tahun. Sepanjang 457 tahun, orang Melayu berusaha mengembalikan maruah mereka sehingga mengecap merdeka. Sesudah merdeka pula, orang Melayu terus cekal berusaha mengembalikan maruah mereka supaya tidak lagi dipermain-mainkan di tanah air mereka sendiri, gigih memartabatkan bangsa serta agama dan institusi raja-raja Melayu. Malangnya, ada orang Melayu sendiri yang memperlekeh perjuangan bangsa sendiri disebabkan bantal dan tilam empuk yang menghadirkan mimpi-mimpi politik, kuasa membuat keputusan dalam berpolitik pula tidaklah sehebat mana, hanya seperti hidup berpoligami dalam politik. Wajarkah orang seperti itu yang diangkat menjadi panglima bagi orang Melayu beragama Islam?

Melayu dan Islam itu tidak sama. Islam itu lebih tinggi daripada Melayu. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu. Berbanggalah menjadi Melayu, bersemangatlah Melayu, bermaruahlah Melayu, demi agama mu.

Aku pula bukan 100 peratus berdarah Melayu. Tetapi aku meminta supaya orang Melayu berbanggalah menjadi Melayu, tanpa rasa malu, bersemangat kental menempuh cabaran dan tidak mudah layu apabila ada di kalangan bangsamu sendiri yang melemahkan jati diri mu, bersemangatlah Melayu demi agama mu, Islam, yang sama dengan agama ku.

Orang-orang Melayu yang memahami maksud aku ini, aku mohon bantuan kamu semua supaya bersegera bangkitkan semangat bangsa kamu tanpa menyakiti bangsa lain, jadikan bangsa kamu sebagai bangsa yang bermaruah dan berbangga dilahirkan Melayu untuk memartabatkan Islam di rantau ini. Ajarkan Islam kepada sesama manusia, jangan terlalu asyik mengajar politik kepada mereka hanya semata-mata mahu sokongan bangsa lain. Jatuh bangun bangsa Melayu berada di atas bahu orang Melayu sendiri. Jangan harap bangsa lain akan membantu kamu melainkan orang Melayu sendiri berusaha mengubah diri sendiri.

-----

Fahamilah ayat Allah, taatilah perintah-Nya:

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)

[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]



-SHAHi-

Sunday 1 April 2012

Mind Game: Snake & Ladders




“Cause you know sometimes words have two meanings.. and if you listen very hard, the tune will come to you at last...”Jimmy Page.


MENGELUARKAN kenyataan dengan penggunaan perkataan-perkataan atau susunan ayat-ayat yang mengelirukan adalah salah satu model komunikasi dua hala yang dimatikan dalam satu hala seperti diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Zionis ketika berhadapan dengan media.

Bukan setakat pemimpin-pemimpin tertinggi Zionis menggunakan kaedah komunikasi seperti itu, malah proksi-proksi mereka juga menggunakan taktik yang sama ketika berurusan dengan pihak media. Setiap kali kenyataan dikeluarkan kepada media, ia akan ‘mengganggu’ penterjemahan maksud bagi sesuatu ucapan.

Kesannya, ia akan mewujudkan dua maksud yang mempunyai pengertian terhadap pelaksanaan yang berbeza bagi ucapan yang telah dikeluarkan itu. Dalam keadaan tertentu, ia berubah menjadi satu atau lebih kenyataan yang membawa pentafsiran berbeza sekiranya kenyataan atau ucapan itu dibawa masuk ke mahkamah atau ruang-ruang perbincangan yang membincangkan maksud sesuatu terma yang diucapkan.

Apabila sesuatu kenyataan itu diucapkan di hadapan media, ia mengundang penterjemahan maksud yang berbeza-beza di tingkat pemahaman para pelapor media atau wartawan. Bukan wartawan tidak faham maksud itu, tetapi maksud itu sendiri tidak diucapkan dengan terma yang jelas oleh si pemberi kenyataan.

Akibatnya, orang yang menjadi mangsa terhadap pentafsiran secara cuai dalam memahami maksud sebenar sesuatu ucapan itu ialah orang awam sendiri. Dalam kes-kes seperti itu, wartawan atau media hanya melaporkan sebagaimana yang diucapkan setelah si pemberi ucapan itu enggan menjelaskan maksud apabila ditanya soalan tambahan, media bagaimanapun tetap juga melaporkan tanpa maksud yang jelas meskipun susunan ayat yang diucapkan oleh seseorang pemimpin itu mempunyai maksud yang kabur.

Komunikasi dua hala yang dimatikan dalam satu hala adalah satu kemahiran bahasa. Dalam susunan ayat-ayat melalui komunikasi sedemikian, biasanya ia disusun dalam satu ayat yang menggabungkan dua atau lebih banyak ayat dalam satu ayat kompleks berpancangan yang hanya mempunyai satu noktah.

Contoh kenyataan:

“Kita tidak menggalakkan mereka pergi, tetapi kalau ada dari kalangan pemimpin kita yang pergi, tindakan mesti diambil kalau terbukti keputusan mereka untuk pergi ke sana itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi.” – Faham maksud sebenar?

“Secara peribadi, saya setuju dengan cadangan itu walaupun pendapat gabungan pertubuhan ini tidak mencapai persetujuan secara rasmi memandangkan ada di kalangan ketua-ketua dalam pertubuhan ini yang masih berselisih pendapat mengenai perkara itu dan saya juga tertakluk kepada setiap keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini.” - Faham maksudnya?

“Kita tidak membantah kalau mereka mahu buat begitu, tetapi kita tidak akan menghantar mana-mana wakil untuk beri sokongan kepada mereka kerana kita berpendapat bahawa ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan tumpuan.” – Anda faham maksudnya?

Oleh yang demikian untuk memahami maksud sebenar bagi kenyataan-kenyataan seperti itu, ayat yang panjang dan kompleks itu wajar dipecahkan menjadi ayat-ayat kecil yang boleh berdiri sendiri.

------

Ulangkaji kenyataan:

“Kita tidak menggalakkan mereka pergi..” - Ini ayat pertama. Ia kedengaran seperti mempunyai maksud seolah-olah berpendirian tidak kisah kalau ada yang pergi tetapi cuma tidak digalakkan pergi.

“..tetapi kalau ada dari kalangan pemimpin kita yang pergi, tindakan mesti diambil kalau terbukti keputusan mereka untuk pergi ke sana itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi.” – Ini pula ayat kedua.

Jadi, core atau inti bagi ayat itu ialah ayat kedua yang mempunyai unsur maksud yang menafikan ayat pertama. Maksud bagi ayat pertama dinafikan dengan ucapan ayat yang kedua.

------

“Secara peribadi, saya setuju dengan cadangan itu..” – Ini ayat pertama. Kedengaran seperti teguh hati bersetuju dengan sesuatu pendapat daripada kelompok lain.

“...walaupun pendapat gabungan pertubuhan ini tidak mencapai persetujuan secara rasmi...” – Ini ayat kedua. Kedengaran seperti memperkukuh kekuatan maksud bagi ayat pertama tadi.

“..ada di kalangan ketua-ketua dalam pertubuhan ini yang masih berselisih pendapat mengenai perkara itu..” – Ini ayat ketiga. Masih cuba memperkukuh ayat pertama tetapi mempunyai unsur melemahkan maksud ayat pertama yang akan menyokong ayat seterusnya iaitu ayat terakhir.

“...saya juga tertakluk kepada setiap keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini.” – Ayat keempat. Ucapan yang memperjelaskan maksud ayat ketiga, bukan memperjelaskan maksud ayat pertama kerana ayat pertama telah dilemahkan atau diabaikan oleh ayat ketiga.

Untuk memahami ucapan ini, kita juga harus melihat core bagi ayat itu. Ia adalah ayat yang menafikan ayat pertama. Ayat yang menafikan ayat pertama ialah ayat ketiga dan keempat. Ia bermaksud, si pemberi kenyataan itu tidak mempunyai pendirian dalam membuat keputusan walaupun telah memberi pendapat secara peribadi di ayat pertama. Namun, ia tidak membawa apa-apa erti kepada ayat pertama itu apabila ayat ketiga dan keempat diucapkan.

-----

“Kita tidak membantah kalau mereka mahu buat begitu...” – Ayat pertama. Kedengaran seperti bersifat terbuka dalam berhadapan sesuatu isu, dalam keadaan tertentu pula ia memperlihat seolah-olah menyatakan sokongan.

“... tetapi kita tidak akan menghantar mana-mana wakil untuk beri sokongan kepada mereka...” – Ayat kedua. Maksud ayat pertama tadi mula dilemahkan oleh ayat kedua ini dari sudut pengertian bagi perkataan sokongan seperti dalam ayat ini.

“...kita berpendapat bahawa ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan tumpuan.” – Ayat ketiga. Ayat ini pula menafikan sebulat-bulatnya ayat pertama tadi dengan memperlihat seolah-olah motif bagi ayat pertama sudah tidak jadi sama penting dengan ayat ketiga.

Cuba kesan mana satu ayat yang menjadi teras kepada maksud sebenar bagi kenyataan yang diucapkan itu.

-----

Kenyataan-kenyataan sedemikian adalah kemahiran bahasa yang cuba mewujudkan dua maksud berbeza apabila ditafsirkan secara cuai oleh audiens (orang awam). Apabila cuai dalam menterjemah maksud bagi setiap pengucapan itu, audiens akan menjadi mangsa yang telah diperangkap minda mereka oleh perkataan-perkataan yang mengelirukan kerana hanya memberatkan ayat pertama tanpa meneliti maksud keseluruhan kenyataan yang diucapkan atau gagal mengesan core bagi sesuatu kenyataan.

Ia adalah permainan minda (mind game) yang cuba melalaikan minda daripada terus menumpukan perhatian terhadap keseluruhan ucapan apabila mendapat berita gembira melalui ayat pertama dalam sesuatu set ucapan.

Dari segi psikologi, manusia sentiasa mengharapkan berita-berita gembira. Maka, Zionis dan para proksinya tahu akan kelemahan minda manusia dalam melakukan pentafsiran terhadap pengertian asal sesuatu ucapan. Itu dari segi taktik politikal Zionis.

Minda harus diberikan berita gembira terlebih dahulu.

Kita lampirkan contoh mudah di bawah ini:

“Bulan ini, abang dapat gaji $9,000 termasuk OT..” kata seorang suami kepada isterinya.

Suaminya menyambung: “Nak kena senaraikan dulu apa yang patut dibayar, barulah dapat jumlah bersih. Lagipun, bulan lepas banyak yang tak bayar, makan ribu (ringgit) juga kalau nak dikira. Jangan risau, ada lagi baki..”

Ia memberi maksud bahawa gaji $9,000 itu bukan keseluruhan nilai yang diperoleh oleh keluarga itu selepas membayar setiap hutang yang perlu diselesaikan pada bulan itu.

Si isteri pula gembira mendengar wang gaji $9,000 kerana pada bulan-bulan sebelum itu wang gaji suaminya hanya sekitar $4,000 sahaja walaupun hakikatnya wang itu harus dibelanjakan untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.

Penjelasan terpenting bagi maksud keseluruhan sesuatu pengucapan ialah hakikat kepada maksud keseluruhan pengucapan itu sendiri.

-----


Membelit seperti ular.

Ia adalah salah satu daripada pengertian terhadap polisi Zionis dan proksi-proksinya dalam berurusan dengan media serta orang awam. Media pula adalah sekadar jambatan maklumat yang menghubungan ucapan si pemberi ucapan dengan si pendengar ucapan iaitu orang awam dalam konteks media hanya melaporkan ucapan dari mulut orang yang berucap. Untuk menyampaikan sesuatu kenyataan, media adalah medium komunikasi yang sangat diperlukan semua pihak dalam persekitaran maklumat.

Dalam tatacara Zionis dan proksi-proksinya mengeluarkan kenyataan terhadap media, kenyataan yang dikeluarkan itu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri pengucapan yang mempunyai maksud yang berbelit-belit. Seperti ular yang membelit dan membelenggu tingkat pemahaman orang awam terhadap kenyataan itu.

Apabila timbul keraguan di kalangan kelompok awam terhadap kenyataan itu, maka lebih mudah untuk media dipersalahkan dan dituduh melakukan putar belit terhadap kenyataan itu. Ia adalah seperti ular yang akan membelit semua pihak, membelit tingkat pemahaman orang awam dan juga membelit ketelusan laporan media apabila timbul pertikaian di kalangan kelompok-kelompok awam.

Dalam situasi semasa (currently) hari ini, pihak-pihak yang bertali arus dengan Zionis semakin galak mengguna pakai polis-polisi Zionis ketika berhadapan dengan keperluan untuk memberi kenyataan kepada media. Ia berlaku di seluruh dunia dan dilakukan oleh proksi-proksi yang semakin galak menggunakan prosa-prosa mengelirukan dalam kenyataan-kenyataan terhadap media.

Melalui laporan sulit yang diperoleh daripada sumber-sumber dalaman CIA dan FBI, banyak dianjurkan seminar-seminar kepada beberapa pertubuhan di seluruh dunia dalam usaha melobi pemikiran masyarakat dunia terhadap sesuatu isu bagi mencapai satu matlamat global dengan menjadikan media sebagai alat.

Media pula secara profesional, sentiasa melaporkan setiap ucapan yang dibuat seseorang secara terbuka supaya dapat disampaikan kepada orang awam dalam persekitaran maklumat. Profesionalisme yang diamalkan media digunakan sebagai alat untuk menyampaikan maksud ucapan mereka yang berbelit-belit.

Seperti yang dijelaskan, semua media hanya melaporkan mengenai apa yang diucapkan seseorang, tidak lebih daripada itu kecuali dalam penulisan analisa yang mengambil kira kepentingan awam. Setiap laporan berita yang ditulis itu juga harus mempunyai nama individu atau orang (sumber) daripada sesebuah pertubuhan yang mengucapkan sesuatu kenyataan dalam bentuk “quotations”.

Tanpa quotations daripada individu (si pembuat ucapan) yang sah, sesuatu berita itu tidak memberi apa-apa nilai kepada sesuatu laporan yang ditulis. Maka, Zionis tahu peranan media dalam menyediakan laporan berdasarkan ucapan. Dengan itu, media digunakan untuk menyampaikan idea mereka (melalui ucapan atau kenyataan terbuka) supaya dapat disampaikan kepada orang awam dalam usaha melobi sokongan kepada proksi-proksi mereka di seluruh dunia.

Seminar-seminar yang disertai pelbagai pertubuhan (termasuk pertubuhan hak asasi manusia, politik, alam sekitar dan sebagainya) anjuran CIA dan FBI juga menyelitkan modul-modul media. Para peserta daripada pertubuhan-pertubuhan itu diajar mengenai cara mengeksplotasi tingkat pemahaman minda manusia melalui eksploitasi perkataan dan ucapan iaitu gaya berbahasa ketika berurusan dengan media.

Media pula ialah organisasi yang berurusan dengan kenyataan-kenyataan (statements) yang dikeluarkan atau diucapkan oleh individu-individu yang sedia memberi kenyataan kepada media. Maka untuk berurusan dengan media, gaya berbahasa di kalangan individu dalam sesebuah organisasi proksi perlu diberikan kemahiran yang mampu menyemai persepsi di kalangan orang awam.

Salah satu daripada kemahiran bahasa ketika berurusan dengan media ialah kemampuan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu menyemai persepsi orang awam sebaik sahaja ayat pertama diucapkan. Orang awam harus diberi berita gembira terlebih dahulu, itu secara psikologinya.

Dalam keadaan sekarang, banyak seminar dianjurkan pertubuhan-pertubuhan asing yang mendapat dana CIA dan FBI yang disertai pertubuhan-pertubuhan proksi di seluruh dunia. Semakin hari, para penulis media berhadapan dengan pelbagai kenyataan-kenyataan mengelirukan daripada pelbagai pertubuhan di seluruh dunia. Ia dihadapi oleh hampir semua media seluruh dunia.

Sesetengah media pula mempunyai sumber dalaman CIA dan FBI (golongan yang dianggap ‘pembelot’ dalam CIA dan FBI) yang dijalinkan secara senyap sehingga media dapat mengetahui kewujudan seminar-seminar seperti itu. Ia kerana media perlu mempunyai banyak sumber dalam menjalankan tugas-tugas mereka untuk mendapatkan maklumat melalui apa jua cara demi kepentingan awam.

Apabila terbaca kenyataan media yang melaporkan ucapan seseorang individu dalam susunan ayat yang berbelit-belit dan mengelirukan, ia memberi petunjuk terhadap satu gerakan besar bermotif huru-hara global. Jangan pula menyalahkan media dan menuduh media melakukan putar belit, ia kerana kenyataan itu sendiri yang berbelit-belit.

Ia sebenarnya adalah komunikasi satu hala yang kelihatan seperti dua hala membabitkan media (orang awam) dengan si pemberi ucapan. Ia menjadi satu hala apabila kenyataan tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh kelompok-kelompok yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Apabila dipersoalkan, maka akan ada pihak yang akan dipersalahkan. Ia tidak akan berubah menjadi komunikasi dua hala kerana pintu perbincangan akan ditutup oleh si pemberi ucapan bilamana ada pihak yang mula mempersoalkan dan tidak bersetuju dengan maksud sebenar sesuatu kenyataan (kontroversi) itu. Apabila dipersoalkan, maka akan timbul situasi yang tidak masuk akal. Apabila kita memerhati situasi ini dengan rapat, maka kita akan mampu melihat.


Anda setuju dengan penyampaian maksud artikel Umat Terakhir kali ini? Atau... anda sepakat bersetuju untuk tidak bersetuju seolah-olah anda bersetuju?




-CLOVER-





---