Halaman

Friday 29 March 2013

Art of Con: Isyarat deseptif

Gaya bahasa con-artist
Language of con






“If it sounds too good to be true, then it is not true.”


FAKTOR terpenting dalam menjayakan sesebuah con-job ialah kemampuan untuk meyakinkan para mangsa (marks). Keadaan di mana wujudnya kesangsian (skeptic) terhadap seseorang conman akan menyebabkan sesebuah con-job itu sulit untuk dijayakan.

Maka dengan itu, seseorang conman perlu melakukan kerja meyakinkan (convincing)  mangsa dengan sangat berhati-hati. Ia biasanya dilakukan dengan penuh berseni terutama dalam seni berkomunikasi dan seni menyusun kata-kata (wordsmith) atau bermulut manis.

Jika anda gagal mengesan tipu daya di sebalik kata-kata yang manis, maka anda dengan mudah akan dijadikan mangsa yang sukar untuk dipulihkan kerana telah termakan kata-kata yang penuh desepsi (pembohongan).
--

Dalam seni kemahiran penjenayahan, terutama jika anda terlibat dalam usaha menangani jenayah terancang (organized crime), anda akan dapati sesuatu jenayah itu dilakukan dengan cukup hampir teliti atau sekadar hampir sempurna. Tiada jenayah yang dilakukan dengan sempurna kerana manusia juga tidak ada yang sempurna.

Seseorang penjenayah akan berkomunikasi dengan rakan jenayahnya yang lain menggunakan bahasa-bahasa yang penuh perlambangan, orang yang tidak memahaminya akan memanggil ia sebagai bahasa kod. Namun, ia bukanlah kod.

Katakan, jika anda seorang con-artist dan mahu menjalankan quail drop job bersama rakan-rakan jenayah yang lain, maka anda perlu berkomunikasi dengan rakan jenayah anda menggunakan elemen-elemen yang terdapat dalam perlambangan quail drop.

Sila ingat semula pengertian quail drop, ia seperti memburu burung puyuh yang bersembunyi di dalam semak atau di celah-celah pokok. Tempat persembunyian puyuh-puyuh itu perlu diganggu seperti menggoyangkan pokok dengan apa cara yang sesuai (membaling kayu atau menghantar anjing untuk mengusik semak).

Apabila tempat persembunyian itu terusik atau pokok-pokok sudah digoyangkan, maka puyuh-puyuh akan berterbangan menyelamatkan diri.  Sebaik sahaja burung-burung itu terbang, pemburu akan menghala laras senapang dan menembak puyuh-puyuh itu dari jarak dekat.

Jadi, apakah elemen-elemen yang terdapat dalam quail drop? Ia boleh jadi; semak, pokok, anjing, usik, menggoncang, menggoyang dahan atau apa-apa sahaja yang terlibat dalam usaha menjayakan quail drop.




Untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan jenayah jika mereka mahu menjayakan quail drop, seseorang conman tidak perlu menghubungi rakan jenayah dan berkata: “hello, kita jayakan quail drop.

Tidak perlu bagi seseorang conman untuk berkata begitu kepada rakan-rakan conyang lain. Cukup kalau conman itu berkata sesuatu yang melambangkan elemen-elemen itu biarpun sedang berada di tempat awam sekali pun.

Katakan, contoh, seorang conman mahu melakukan quail drop, tetapi dia tidak boleh berkata secara terang-terangan kerana berada di tempat awam, dia sebaliknya perlu berhati-hati dengan menggunakan bahasa perlambangan, dia hanya perlu berkata; “tebas semak itu” atau goncang dahan itu” atau bernyanyi “tanya sama pokok.. apa sebab goyang” tanpa anda fahami biarpun anda sedang berada di hadapan conman itu.

Apabila rakan-rakan jenayahnya mendengar ucapan seperti itu melalui perbualan telefon atau dalam ucapan awam, maka mereka sendiri akan memahami bahawa quail drop job akan dilakukan dan akan melakukan persiapan bagi menjayakan jobitu. Belum faham?

Contoh lain: katakan, kami mahu melakukan fire sale job pula. Pertama, perlu difahami ialah fire sale adalah mewujudkan situasi panik bagi mencipta satu peluang baharu (peluang merompak, mengalih perhatian, melakukan fake swapatau sebagainya).

Fire sale secara konsepnya, ia mengenai pemahaman terhadap situasi di mana sesebuah premis mengalami kebakaran, ia akan menyebabkan keadaan di tempat yang berhampiran dengan premis itu turut mengalami panik. Maka, orang ramai, polis, bomba, penguasa tempatan dan orang-orang lain yang berada di sekitarnya akan pergi menyaksikan kebakaran itu.

Apabila semua pihak berkuasa terutama polis memberi tumpuan terhadap premis yang terbakar itu, ia secara tidak langsung menyebabkan kawalan keselamatan oleh pihak polis di premis-premis lain tidak dapat diberi tumpuan 100 peratus. Manakala, jalan menuju dan jalan keluar dari kawasan berhampiran premis terbakar itu juga mengalami kesesakan.

Bilamana jalan raya sesak disebabkan orang ramai berkerumun menyaksikan kebakaran, maka pergerakan polis menjadi perlahan. Maka, kami dengan kumpulan penyamun akan melakukan rompakan di peti besi bank dan melarikan wang berbilion dollar atau mencuri lukisan bernilai $10 juta di muzium seni pada masa yang sama kebakaran itu berlaku.

Siren keselamatan di bank atau di muzium sudah tidak lagi kedengaran kerana ditenggelami oleh bunyi suara orang ramai yang menyaksikan kebakaran atau ditenggelami oleh bunyi api yang membakar premis. Pergerakan polis untuk ke bank dan muzium juga menjadi sukar kerana laluannya sudah dihalang oleh orang ramai yang berkerumun menyaksikan kebakaran.

Secara tidak langsung, kami dan kumpulan penyamun akan mudah melakukan rompakan di bank atau muzium. Perkara yang perlu dilakukan hanya membakar sebuah premis yang berada di laluan untuk ke bank atau muzium.

Jika kami pada masa itu sedang berada di hadapan penguasa polis sekali pun dan mahu memberi signal kepada rakan-rakan penyamun untuk memulakan fire sale job, kami hanya perlu berkomunikasi (contoh, menelefon atau menghantar mesej daripada perlakuan) dengan rakan-rakan jenayah.

Katakan anda adalah rakan jenayah kami, dan anda memerhati kami dari jauh untuk menunggu mesej dari kami sebelum melakukan fire sale. Kami mungkin hanya perlu mengeluarkan rokok atau cerut dan menyalakan ia dengan api semasa sedang bersembang dengan polis itu. Ia kerana elemen komunikasi dalam memaklumkan fire saleialah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan api.

Atau, kami hanya perlu menunjukkan aksi seperti sedang mengangkat beg di kedua-dua belah tangan meskipun tiada beg di tangan kami (seperti orang membawa beg plastik di kedua-dua belah tangan semasa membeli-belah di pasar raya).




Ia boleh dilakukan dengan berkata: “I don’t know” sambil mengangkat kedua-dua tangan semasa bersembang dengan polis itu tanpa difahami oleh polis itu. Kami hanya perlu menghantar mesej kepada anda mengikut kesesuaian pada masa itu supaya tidak menimbulkan sebarang syak di mata orang lain. Jika pada masa itu sesuai untuk berkata “I don’t know” sambil mengangkat kedua-dua tangan, maka kami akan buat begitu.

Kalau pada masa itu sesuai untuk kami menyalakan rokok, maka kami akan buat begitu. Mesej itu akan segera dihantar selepas mengambilkira pelbagai perkara seperti keadaan lalu lintas, bilangan orang awam yang akan dilibatkan, rentak lampu isyarat jalan raya dan sebagainya.

Sesudah anda menerima mesej itu dengan memerhati kami dari jauh, maka anda akan faham bahawa ia adalah masa sesuai untuk memulakan fire sale.

Begitu juga dengan conman yang lain jika mereka mahu melakukan sesebuah job. Mereka hanya perlu memastikan mesej itu sampai kepada rakan-rakan mereka. Walaupun anda sedang berada di hadapan mereka, anda tetap tidak akan berupaya untuk memahami segala maksud mereka yang sebenar.

Atau, kami boleh mengarahkan rakan-rakan jenayah untuk mencuri (steal) sebuah trak panjang dan memastikan trak itu terbalik merentangi jalan raya. Secara tidak langsung, laluan untuk ke muzium atau bank akan terhalang kerana perhatian orang ramai dan polis akan tertumpu kepada trak yang terbalik itu.

Fire sale bukan semata-mata bermaksud mencipta kebakaran, ia lebih kepada mencipta damage bagi tujuan mengalih perhatian.

Katakan mesej quail drop sudah dihantar dan rakan-rakan jenayah sang conman itu sudah bersedia untuk melakukan salah satu daripada requirements sebelum melakukan big-job yang sebenar, ia bagaimanapun masih memberi kesulitan kepada orang-orang yang mahu menghalangnya walaupun mempunyai sedikit pengetahuan (maklumat) mengenainya.

Katakan lagi, anda tahu apa maksud mesej yang dihantar itu. Tetapi anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai di mana quail dropitu akan dijalankan. Adakah ia akan dijalankan di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, sempadan Thailand, sempadan Kalimantan Indonesia atau lain-lain tempat. Bagi situasi ini, perisikan (intelligence/spying) amat diperlukan bagi mengetahui rancangan sebenar seseorang conman.
--

Manakala bagi seseorang conman yang bergiat dalam kelompok masyarakat (pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik atau sebagainya) mereka ini juga mempunyai bahasa-bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi sesama mereka dalam linkatau network yang terahsia.

Katakan, seorang conman mahu meraih simpati orang awam, dia boleh sahaja melakukan banyak con-job seperti wrong bird job. Ia membawa pengertian seseorang pemburu tersalah menembak burung lain iaitu bukan burung yang diinginkannya, dia mahu menembak puyuh tetapi tertembak burung punai. Ia pula tidak bermakna conmanitu akan menyuruh orang lain membunuh dirinya sendiri, tetapi dia meletakkan risiko kematian itu sangat hampir dengan dirinya sendiri.

Contohnya begini, katakan dengan cara meraih simpati melalui ugutan membunuh sahaja yang dapat membuatkan conman itu mendapat kepercayaan daripada majoriti masyarakat, maka dia akan merancang pembunuhan. Seperti dikatakan, dia tidak akan membunuh dirinya sendiri.

Dia mungkin akan mengupah seseorang untuk menembak orang lain yang hampir dengannya di sesebuah lokasi pada satu-satu masa. Katakan, dia mengatur ceramah di tempat awam dan seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menembak mati sesiapa sahaja yang berada di sebelah kanannya semasa dia sedang berucap dalam ceramah.

Apabila orang awam menyaksikan kejadian itu, secara automatik mereka akan beranggapan bahawa lelaki itu (conman) adalah orang yang teraniaya dan berada di pihak benar. Maka, secara tidak langsung conman itu berjaya mencuri (steal) kepercayaan orang awam terhadap dirinya dan pada masa sama meletakkan kesalahan itu di atas muka musuhnya (frame-job).

Bagi melakukan job itu, seseorang conman mungkin akan berkomunikasi dengan rakan komplotnya di hadapan orang awam melalui kata-kata seperti “mereka mahu saya mati” atau “mereka kalau boleh akan hapuskan saya dengan apa cara sekalipun” atau “inilah jahatnya mereka” atau apa-apa sahaja yang menggambarkan seolah-olah musuhnya itu terlalu jahat terhadap dirinya (terlalu jahat mengalahkan rejim Zionis barangkali).
--

Kita sudah menerangkan dalam siri Art of Consebelum ini mengenai keperluan seseorang conmanuntuk melakukan sesebuah con-jobiaitu mereka perlu melakukan kecurian (steal) terlebih dahulu.

Tanpa peralatan yang cukup, maka sesebuah jobtidak dapat dilakukan dengan sempurna dan bagi mendapatkan peralatan itu, mereka terlebih dahulu perlu mencuri kerana mereka tidak akan mengeluarkan wang mereka walau satu sen pun.

Jadi untuk mendapatkan peralatan, mereka perlu mencuri sama ada mencuri peralatan itu (seperti treler yang dicuri tadi) atau mencuri wang bagi membeli peralatan itu. Ingat, conman tidak akan mencuri dengan cara mengambil barang itu kemudian memasukkannya ke dalam poket dan meninggalkan tempat itu, bukan begitu, dia tidak akan mencuri seperti itu.

Kalau kita mahu mencuri bulan, kita tidak akan mengambil bulan itu senyap-senyap dan memasukkannya ke dalam poket dan meninggalkan peta galaksi ini. Bukan begitu caranya. Anda perlu memahami the highest art of scam and robbery bagi mendalami taktik mencuri di tahap tertinggi. Ini semua ilmu-ilmu penjenayahan di tahap tertinggi.

Namun, seseorang scammer yang bodoh akan melakukan scam-job dengan cara paling bodoh dan paling tidak cekap (badly organized). Mujurlah di Malaysia tidak ramai penjenayah yang mengetahui ilmu seni penjenayahan ini kecuali dalam beberapa buah kes seperti pada penghujung 1990-an yang lalu.

Jika di negara ini ada sangat ramai penjenayah berhati jahat yang bijak pandai, maka kita semua akan menghadapi masalah besar dan orang-orang seperti kami pula tidak akan ada masa untuk berehat barang sekejap untuk berfikir bagi menggagalkan plot penjenayahan terancang.

Jadi, apa yang perlu anda tahu dalam art of scam? Baiklah, boleh dikatakan bahawa ada dua jenis scam yang sangat bodoh di Malaysia ini iaitu gores dan menang serta kutipan derma (hanya sekadar contoh). Meskipun ia hanya kerja scam yang berada di tahap paling bodoh, namun ramai juga yang berjaya diperbodohkan oleh scammersitu semua.

Dalam kes gores dan menang, para mangsa selalunya gagal membaca body language yang terdapat pada diri scammers. Apabila seseorang itu sedang menipu, maka dia akan mengeluarkan petanda-petanda bahawa dia sedang menipu. Ia adalah perkara yang wajar anda ketahui.

Dalam sains penjenayahan, body languageadalah salah satu daripada sudut pengkajian. Apabila seseorang menipu, tubuhnya akan mengeluarkan hormon-hormon sebagai tindakan memprotes perbuatan menipu yang dilakukan seseorang. Hormon itu akan mempengaruhi otak supaya berhenti daripada menipu.

Apabila ia terjadi, beberapa bahagian di tubuh biasanya akan berasa gatal sehingga menyebabkan seseorang yang menipu itu menggaru di bahagian yang gatal itu. Dalam sesetengah orang pula, hormon itu akan mengganggu pertuturan sehingga menyebabkan pertuturannya terhenti atau tersekat-sekat (tidak lancar).

Kes-kes lain, hormon tersebut juga akan mengganggu ritma jantung, tekanan darah, rentak pernafasan, kerlipan mata, otot-otot (berlaku getaran kecil di bahagian tertentu) dan sebagainya. Ia dipanggil poligraphic signals (pernah dengar ujian poligraf bagi mengesan pembohongan?).

Akibat daripada gangguan hormon, tubuh akan mengalami protes dan ia biasanya gagal dikawal oleh empunya tubuh sehingga menampakkan tanda-tanda dia sedang menipu. Jadi, ia akan menghasilkan body languagedan dapat dikesan oleh orang-orang yang memahaminya.

Dalam edisi kedua, blog ini pernah menjelaskan bahawa kita tahu siapa ahli politik yang kuat menipu. Malangnya, ramai masih mempercayai sang penipu tersebut. Sekarang, anda boleh memerhati isyarat-isyarat yang dikeluarkan oleh tubuhnya pada setiap kali dia melakukan pembohongan atau penafian selepas kita memberikan anda secebis daripada sekian banyak kaedah mengesan penipuan.

Anda juga mungkin salah seorang yang pernah menghulurkan derma semasa ceramah-ceramah umum dan anda mungkin sudah terpedaya. Contohnya bagi menjadikan scam tabung derma itu blown out, anda harus bijak dan berani bertanya kepada pihak yang mengutip derma itu mengenai akaun bank yang digunakan untuk menyimpan hasil derma. Minta ditunjukkan bukti ke mana wang derma anda disimpan sebelum disalurkan kepada pihak yang dikatakan mahu dibantu. Apabila pihak itu menjawab, maka lihatlah isyarat-isyarat tubuh yang terbit dari dalam diri mereka. Berdiam diri tanpa memberikan jawapan pula ialah cara terbaik untuk ‘memenjarakan’ hormon tersebut daripada memberi tindak balas.

Sebenarnya, manusia dilahirkan dengan hati dan jiwa yang suci bersih. Maka, sifat hati dan jiwa yang suci bersih itu tidak akan pernah terpadam seluruhnya. Biarpun seseorang itu sejahat mana sekali pun, masih ada tertinggal sisa-sisa kesucian di dalam hati dan jiwanya. Apabila orang yang jahat itu menipu, maka hormon-hormon di dalam tubuhnya akan bertindak balas bagi tujuan memprotes perbuatannya yang tidak sejajar dengan sisa-sisa kesucian yang masih berbekas dalam dirinya.



Mungkin sekali, secara metafiziknya, hormon itu adalah ‘sesuatu’ yang sentiasa mengingatkan manusia mengenai perkara buruk dan baik, ia sentiasa memberontak apabila anda melakukan perkara-perkara tidak baik. Maka dengan itu, tiada jenayah yang dilakukan dengan sempurna, sudah faham perkaitan antara hormon itu dengan terma tiada jenayah dilakukan sempurna?

Seseorang conman yang hebat adalah berjaya atau mampu mengawal diri pada setiap kali hormon itu bertindak. Dia seboleh-bolehnya akan mengawal diri daripada menunjukkan isyarat-isyarat yang boleh menyebabkan pembohongannya terdedah. Namun, dia tidak akan pernah mengawal diri selama-lamanya kerana hormon itu akan sentiasa berubah menjadi lebih kuat (evolusi). Apabila dia terus menerus menafikan hormon itu, maka jiwanya akan bertambah keras (jiwa mati) dalam usaha menghalang hormon yang sentiasa memprotes kejahatannya.

Benar, secara metafiziknya, jika kita terus melakukan kejahatan, maka hati dan jiwa akan ‘mati’. Ia kerana hati dan jiwa kita sudah terlalu keras untuk menerima ‘teguran’ daripada hormon yang suci itu. Kerana apa? Kerana tubuh kita sentiasa belajar menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku di dalaman tubuh kita.

“if it sounds too good to be true, then it is not true.”Modern English proverbs.

“jika ia kedengaran terlalu benar, maka ia tidak benar sama sekali,”Pepatah Inggeris moden.


Pepatah itu adalah pepatah yang sangat popular dalam dunia con-artist. Pengertian bagi pepatah itu secara keseluruhan sudut pandangnya pula sangat difahami oleh kebanyakan con-artist yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan con-jobs.

Maka, seseorang conman yang bijak, tidak sekali-kali akan memperdengarkan perkhabaran yang terlalu baik kepada para mangsa mereka. Mungkin sekali dia akan memperdengarkan kononnya kehidupan semua orang akan bertambah baik sekiranya dia yang jadi pemimpin menganggantikan pemimpin sedia ada, serba-serbi menjadi jauh lebih murah dan ada pula yang percuma, kedengaran terlalu mempesona, terlalu baik.

Walhal jika diambilkira daripada sudut pandang yang lebih berkredibiliti atau memandang janji-janji itu dari sudut rantaian ekonomi (economy chain effects), sosial, kewangan atau sebagainya yang relevan, maka akan didapati ia tidaklah sebagaimana yang dijanjikan. Jika anda seorang conman, maka anda akan berupaya melihat semua ini dengan hanya mengamati maksud pepatah Inggeris yang seperti di perenggan atas. “If it is too good to be true, then it is not true.”

Sseorang conman adalah orang yang pandai mengeluarkan kata-kata yang bertujuan mempengaruhi (wordsmith) tahap kepercayaan orang lain ke atas dirinya. Dia akan mengkhabarkan seolah-olah dia adalah orang yang benar dan boleh dipercayai.

Namun, apabila disoal dengan pertanyaan yang mereka sukar untuk memberikan jawapan, maka mereka akan sedaya upaya untuk mengelak daripada menjawab. Contohnya, apabila wartawan bertanya soalan kepada mereka yang mana jawapan kepada soalan itu pula akan menyebabkan penipuan mereka terbongkar, maka mereka akan cuba mengelak daripada menjawab.

Keengganan untuk menjawab itu juga sebenarnya adalah isyarat yang sudah pun dikeluarkan daripada homon mereka. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika wartawan diherdik dan dihina apabila setiap kali bertanya sesuatu soalan yang amat sulit untuk dijawab. Ia juga kerana wartawan adalah kumpulan manusia yang mampu menjadikan sesebuah con-job itu blown out.

“Sesebuah pernyataan yang benar mestilah bersambung-sambung dengan keterangan-keterangan yang mempunyai keterangan dan ia tidak seharusnya terputus-putus.”


Anda hanya diperlihatkan di permukaan, menyelamlah ke dasar dengan sendiri.
--

Sekadar selingan, sila fahami keadaan ini:

Dengar khabar, dalam pilihan raya akan datang, calon-calon DAP akan bertanding menggunakan lambang PAS sekiranya DAP dibatalkan pertubuhannya oleh ROS gara-gara isu pemilihan CEC baru-baru ini. Maka dengan itu, calon-calon DAP yang (sekiranya) menang pilihan raya itu, akan menjadi YB di bawah PAS selepas DAP dibatalkan. Tidak nampak steal job di situ?

Sila cuba lihat dari perspektif art of con.


-MASTER’s CHAMBER-


Nota ADMIN: Master’s Chamber adalah Lembaga Mesyuarat (?) (tidak perlu disebutkan nama organisasi rahsia ini)  dan badan pemikir yang berada di belakang blog Umat Terakhir. Artikel ini adalah antara sebahagian intipati yang dibincangkan oleh ahli-ahli lembaga dengan responden-responden mereka dari kalangan profesional, pengkaji jenayah terancang, penganalisa politik dan sebagainya.

Para panel penulis pula adalah dari kalangan penulis-penulis profesional yang berpengalaman dalam bidang persuratan dan perbahasaan. ADMIN pula hanya sebagai penterjemah yang menterjemah artikel asal yang dihantar secara e-mail dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh yang demikian, beberapa perkataan tidak di-Melayu-kan bagi mengelak perkataan itu terkeluar daripada konteks pemahaman.

Respon panel penulis dalam ruang komen sebagai menjawab komen pembaca juga dihantar melalui e-mail kepada ADMIN dan ia kemudian disalin oleh ADMIN ke dalam ruang komen. Para panel penulis tidak membalas komen secara terus menerus di dalam talian internet atas sebab-sebab tertentu. - HARAP MAKLUM.

.

Sunday 17 March 2013

Yahadut Mizrah: Kisah golongan beriman





YAHADUT MIZRAH adalah bangsa hybrid yang misteri. Tafsiran pengertian misteri itu pula merujuk kepada golongan bangsa-bangsa yang tidak pernah mengenali genetik Yahadut Mizrah mahupun salasilah keturunan atau sejarah mereka.

Kata lain, bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka serta tidak mampu mengenal pasti ciri-ciri pengenalan yang terdapat pada wajah mereka.

Bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka. Andai diletakkan dua gambar atau 100 atau 1,000 gambar wajah-wajah lelaki dan wanita berlainan bangsa, sudah pasti bangsa-bangsa lain tidak mampu untuk menentukan siapa di kalangan pada gambar-gambar itu adalah Yahadut hybrid.

Andai diletakkan 10 gambar yang mana ada seorang berbangsa Yahudi tulen, seorang Arab tulen, seorang Kaukasia, seorang Inggeris dan lain-lain, sebilangan orang juga tidak mampu membezakan yang mana satu wajah Yahudi, mana satu Arab dan mana satu Kaukasia.

Namun, kemisterian Yahadut Mizrah tidaklah semisteri keturunan Yakjuj dan Makjuj bagi sebilangan orang. Bagaimanapun, Yahadut hybridmengenali keturunan Yakjuj dan Makjuj kerana mereka juga berkongsi genetik yang sama (Nuh), berasal dari keturunan Sem dan Yafit (dua putera Nabi Nuh).

Yahadut terbahagi kepada beberapa kelompok keturunan. Kelompok yang tinggal di Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dipanggil Yahadut Mizrah; kelompok Afrika pula dipanggil Black Jews (Aswad); kelompok Eropah dipanggil Caucasian Jews atau Yahadut Kaukus; kelompok yang berasimilasi dengan darah keturunan Semitik yang lain (Arab, Babylonia, Assyr dan lain-lain) dipanggil Beriyyeth atau dengan istilah Pure Blood (darah tulen).

Sama seperti lain-lain bangsa, keturunan Yahadut juga menganut pelbagai agama berbeza. Ada yang Islam, ada pula yang Nasrani (Yehuda Nasaro), ada yang sekular, ada yang atheis, ada yang Judais, ada yang Kabbalah dan lain-lain.

Maka, tidak wajar bagi bangsa Muslim menghukum kesemua Yahadut dengan mengatakan mereka itu kafir kerana ada sebilangan mereka yang hidup dalam agama Islam.
--


Kelompok Issyim

Lebih 2,000 tahun lalu, sekelompok Yahudi melarikan diri ke lembah yang asing serta jauh daripada komuniti bagi menyelamatkan akidah mereka.

Para pengkaji dan ilmuan Nasrani moden beranggapan bahawa kelompok Issyim (mengikut sebutan Hebrew) itu adalah generasi yang menganut agama Nasrani sejak sebelum kelahiran Isa (para ilmuan Nasrani percaya agama Nasrani telah wujud lama sebelum Isa dilahirkan mengikut perspektif Nasrani). Issyim atau dalam sebutan Inggeris dipanggil Essene.

Sebilangan ilmuan Islam pula berpendapat bahawa Issyim itu adalah kelompok al-kahfi yang disebut dalam al-Quran. Ia berikutan penemuan dokumen keagamaan bertulisan Hebrew kuno yang diberi nama The Dead Sea Scrolls (dijumpai pada 1946) yang ditulis oleh kelompok Issyim itu di dalam sebuah gua di pesisir Laut Mati yang sunyi.

Menjadi misteri bagi sebilangan pengkaji sejarah Semitism ialah, ke mana hilangnya golongan Essene itu selepas mereka meninggalkan Dead Sea Scrolls di dalam gua tersebut.

Pada mulanya (sebelum Dead Sea Scrollsselesai dibaca dan dikaji), para pengkaji dan ilmuan Nasrani beranggapan Dead Sea Scrolls itu mengandungi maklumat agama yang selari dengan akidah Nasrani.

Tetapi, apabila selesai dibaca dan dikaji, para ilmuan Nasrani menyimpulkan bahawa Dead Sea Scrolls mengandungi kesalahan-kesalahan teologi kerana tidak menepati konsep ketuhanan sebagaimana dalam agama Nasrani.

Sebaliknya, Dead Sea Scrolls secara keseluruhannya mengungkapkan “the oneness of the supreme divine creator” atau ‘sifat keesaan satu kuasa pencipta yang maha suci’.

Maka atas sebab itulah Dead Sea Scrollsdisimpulkan oleh para ilmuan Nasrani sebagai mengandungi kesalahan secara teologi dan ia kemudian ditolak oleh pihak gereja Nasrani sebagai bahan dokumen agama Nasrani. Mereka menolaknya sebagaimana mereka menolak dokumen Persaksian Barnabas (Gospel of Barnabas).

Selain itu, juga terkandung frasa-frasa yang mempunyai unsur keterangan (dalam format perlambangan) mengenai messianic(Messiah atau Imam Mahdi). Ia menunjukkan bahawa mereka juga faham (atau sangat arif?) mengenai tanda-tanda messianic.

Jadi, selepas Issyim menulis Dead Sea Scrollsdan menyorokkan ia di dalam gua, ke manakah mereka menghilang selepas itu sehingga tidak meninggalkan sebarang jejak-jejak sejarah? Mereka langsung tidak dapat dikesan oleh pengkaji sejarah.

Mungkinkah mereka tertidur (hibernasi) selama beratus tahun di dalam gua itu sebagaimana pendapat para ilmuan Islam yang mengaitkan mereka dengan kelompok al-kahfi?

Atau, mereka tinggal barang sekejap di gua itu untuk berteduh selama beberapa purnama sambil menulis segala isi kandungan ajaran nabi mereka sebelum meneruskan perjalanan tanpa meninggalkan sebarang jejak?

Atas sebab tidak dapat dikesan, para pengkaji sejarah yang mengkaji perjalanan bangsa Semitik memasukkan mereka dalam senarai khas suku Yahudi yang hilang dalam lipatan sejarah (the lost tribe of Israel’s sons).
--



Musafir yang miskin di gurun pasir

Gurun pasir adalah satu kawasan tandus yang sangat luas di rantau Semitik. Para pengembara yang tidak mempunyai pengetahuan akan mudah tersesat sekiranya membuat perjalanan tanpa arah tuju di gurun pasir. Keadaan lebih buruk sekiranya gagal menemui oasis atau lembah subur di gurun pasir bagi mendapatkan bekalan air dan makanan.

Sejarah bangsa Yahudi merekodkan banyak kejadian tersesat semasa membuat perjalanan merentas gurun pasir. Sebagai contoh, golongan umat Nabi Musa juga pernah tersesat selama 40 tahun di gurun pasir.

Kaum Nabi Musa tersesat di gurun pasir semasa menyelamatkan akidah mereka yang terancam oleh kegilaan firaun. Peristiwa itu terkandung dalam naskah agama Yahudi dan ia direkodkan. Tetapi, golongan Issyim sebagaimana dipersetujui para pengkaji Semitism history berpendapat bahawa mereka bukanlah daripada kalangan umat Nabi Musa pada latar masa ketika itu.

Motif golongan Issyim menjauhkan diri dan bersembunyi di dalam gua juga masih kurang jelas dan ia menimbulkan kekeliruan kepada para pengkaji. Pendapat-pendapat pengkaji pula berkisar mengenai cubaan golongan Issyim melarikan diri kerana fahaman agama mereka tidak sama dengan komuniti di negeri mereka pada ketika itu.

Namun demikian, ciri-ciri keterangan dalam dokumen Dead Sea Scrolls menampakkan seperti mereka beriman kepada kenabian Musa. Tambahan pula, Musa pernah mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai kedatangan Muhammad sebagai penghibur dan penyelamat terakhir dari kalangan saudara terdekat mereka.

Atas dasar itu, Dead Sea Scrollsmengandungi frasa-frasa bersifat messianicyang merujuk kepada kenabian Muhammad iaitu manusia yang memimpin manusia ke arah the supreme divine creator di akhir zaman sebagaimana dikhabarkan Musa kepada kaumnya.

Ketara sekali ialah, golongan Issyim beriman terhadap ajaran Nabi Musa. Mengikut kajian yang dijalankan di Eropah dan Timur Tengah, kelompok Issyim dipercayai turut mempunyai perkaitan akidah yang ada kesinambungan terhadap risalah yang dibawa Nabi Yahya (Yohanes atau John) atau sezaman dengan Nabi Isa.

Mereka dikatakan melarikan diri selepas Yohanes dipenggal kepala oleh Raja Herod di Makherus. Mengikut sejarah, Yohanes dipenggal kepala selepas menegur perbuatan Herod mengahwini saudara perempuannya sendiri yang diharamkan oleh agama.

Sekumpulan pendita Yahudi yang takut dengan kekuasaan Herod serta-merta bertindak mengubah hukum agama (seperti yang terkandung dalam ajaran Musa) dan bertindak menghalalkan perbuatan Herod dan pada masa yang sama menghasut Herod supaya menghapuskan Yohanes dan juga orang-orang yang bersetuju dengan Yahya.

Bertitik tolak dengan itu, golongan Issyim yang mengikut jalan lurus Yohanes bertindak melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dibunuh oleh tentera-tentera Herod dan hanya berbekalkan isi kandungan Taurat yang masih tersisa dalam ingatan mereka.

Mereka meredah ke padang pasir tanpa arah tuju sehingga sampai ke pesisir Laut Mati dan bersembunyi di dalam sebuah gua (gua yang dimasuki cahaya). Bagi mengelak isi kandungan Taurat dilupakan, mereka menulis semula ayat-ayat dari Taurat dan disimpan dalam gua.

Pada ketika Nabi Isa (Yeshua atau Jesus) menjalankan dakwah, golongan Issyim sudah tidak lagi berada di tempat-tempat yang pernah dijejak oleh para nabi Yahudi. Mereka berada di tempat yang jauh daripada komuniti Yahudi (ditidurkan?), melarikan diri ke padang pasir tandus yang tidak dihuni manusia selepas meninggalkan gua.

Mengikut sirah para nabi, Muhammad dibangkitkan di Tanah Arab kira-kira 600 tahun selepas ketiadaan Isa. Tempoh masa antara Yeshua dan Muhammad ialah kira-kira 600 tahun. Jadi, apakah golongan Issyim yang beriman itu hilang begitu sahaja selepas 600 tahun?

Berdasarkan sumber-sumber di bumi Syams (Syria), Urdun (Jordan) dan Semenanjung Arab, terdapat rekod yang menjelaskan kedatangan golongan Issyim ke wilayah-wilayah itu pada ketika era penyebaran agama Nasrani yang dibawa Rom (Antioch).

Golongan Issyim menyusup masuk ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab bagi mengelak dikesan oleh golongan Yahudi yang membelot terhadap agama (golongan pendita yang mengubah hukum dalam kitab) dan juga yang membelot terhadap Yeshua. Ia berlaku pada sebelum Muhammad dibangkitkan sebagai nabi.

Kemasukan kumpulan-kumpulan kecil dari kelompok Issyim ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab juga menandakan golongan Issyim sedang mengalami diaspora kecil (minor dispersions) akibat terpaksa berpecah selepas terpaksa membawa haluan masing-masing untuk mengecilkan dan meminima risiko dihadapi kelompok mereka.

Ia kerana, jika semua mereka tidak berpecah dan kemudian ditangkap, maka semua mereka akan dihapuskan sama sekali. Tetapi, apabila mereka berpecah, risiko yang membawa kepada kemusnahan seluruh keturunan mereka dapat dikurangkan. Andai ada kumpulan kecil yang ditangkap, masih ada lagi kumpulan-kumpulan kecil yang lain.

Diakibatkan gentar diburu, kelompok ini tidak meninggalkan tanah Arab selama beratus tahun. Sesekali, mereka akan berada selama berminggu di gurun pasir apabila kawasan bandar atau pekan kecil yang mereka tumpang itu dimasuki diplomat asing untuk berurusan dengan pihak tempatan.

Tanah Arab diduduki oleh orang-orang Arab yang jahil lagi bodoh pada zaman jahiliah (pagan). Kejahilan dan kebodohan orang Arab jahiliah menyebabkan mereka sangat sukar untuk diurus tadbir. Malah, kekurangan sumber hasil bumi menyebabkan tiada kepentingan untuk kuasa asing menjajah atau menakluk bumi Arab pada masa itu.

Menjajah bumi Arab pada zaman jahiliah akan menyebabkan pihak penjajah terpaksa berbelanja besar bagi membayar gaji gabenor dan pegawai-pegawai jajahan. Malah, kos yang besar itu pula tidak menjanjikan hasil pulangan kerana ketiadaan sumber yang bernilai komersial melainkan perdagangan unta dan ladang kurma semata-mata.

Sikap orang Arab yang hidup berpuak dan berperang sesama sendiri juga menyebabkan mereka itu amat sukar untuk diurus tadbir. Maka, kuasa-kuasa besar seperti Rom (pada zaman itu) tidak berminat untuk menjajah bumi Arab.

Keadaan itu menyebabkan golongan Issyim terselamat sepanjang berada di tanah orang Arab. Maka sudah tentulah Allah memelihara dan menjaga keselamatan mereka yang beriman dan berusaha menyelamatkan akidah.

Allah yang Maha Mengetahui sesungguhnya lebih tahu mengenai mengapa Dia membiarkan orang Arab dan tanah Arab sedemikian keadaannya pada masa itu sehingga kuasa-kuasa besar tidak mahu mencampuri urusan konflik orang Arab.

Di sebalik keadaan orang Arab yang jahil, terselinap orang Yahudi Issyim di celah-celah mereka. Sudah menjadi resam orang Semitik pada masa itu, mereka tidak akan menganggu saudara suku bangsa Semitik mereka yang lain. Maka dengan itu, orang Issyim berdiam di bumi Arab.

Selang beratus tahun kemudian, generasi Issyim kemudian bertambah dengan kelahiran-kelahiran Berriyeth (darah tulen) terutama di Syams dan Urdun.

Apabila Muhammad diangkat menjadi nabi, berita itu sampai sehingga Yathrib, Syams dan beberapa wilayah di rantau Semitik. Golongan minoriti Issyim yang sudah lama berasimilasi dengan orang Arab di Yathrib sebelum itu mengkhabarkan ciri-ciri nabi akhir zaman kepada orang Yathrib. Pada masa sama, turut terdapat golongan Yahudi yang degil di Yathrib.

Selepas 13 tahun, Muhammad diundang ke Yathrib dan Yathrib ditukar menjadi Madinah. Sepanjang dakwah Nabi Muhammad di Madinah, baginda mengutuskan sahabat ke Syams untuk menyampaikan Islam kepada penduduk di Syams yang mana juga terdapat golongan Issyim di sana.

Ada hikmahnya mengapa nabi menghantar utusan ke Syams untuk membawa syiar Islam. Manakala golongan generasi Issyim yang masih bersembunyi di gurun pasir sejak 600 tahun lalu itu terlepas berita mengenai kenabian Muhammad. Ia kerana mereka memencilkan diri daripada orang asing yang tidak mudah untuk mereka percayai.
--

Menjadi nomad yang miskin

Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Islam tersebar ke seluruh tanah Arab yang didakwahkan oleh para sahabat dan golongan mukmin. Pada ketika itu jugalah keturunan generasi Issyim yang masih berada di gurun pasir Arab menerima Islam sebagai agama yang memperbaharui akidah Tauhid yang mereka pertahankan sejak bermusafir.

Meskipun mereka terlepas peluang untuk bersama-sama Muhammad di Madinah, namun keterangan dalam al-Quran sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Islam itu adalah agama yang datangnya daripada the supreme divine creator.

Setelah menerima Islam dan setelah mengetahui Rom yang Nasrani diperangi oleh orang Islam, mereka kemudian mula yakin untuk meninggalkan padang pasir Arab dan meredah gurun pasir sehingga merempuh tanah orang Parsi dan merempuh tanah orang India. Perjalanan darat oleh golongan Issyim yang miskin tanpa kenderaan dan mengambil masa beratus tahun dan beberapa asimilasi.

Tiba di India (beberapa abad kemudian selepas Islam berkembang pesat di Asia), mereka menemui pedagang Arab yang berdagang di India. Pedagang Arab itu kemudian memberitakan bahawa mereka mahu berlayar berdagang dan berdakwah ke negeri milik bangsa yang menguasai Asia Tenggara dan juga negeri milik bangsa yang menguasai Asia Timur.

Namun, kapal dagang orang Arab tidak cukup untuk membawa kelompok hybrid itu untuk berdagang sambil berdakwah di Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak mula mengerti seruan dakwah, golongan hybrid itu mula mengenangkan kesilapan mereka yang dilakukan pada lebih 600 tahun lalu kerana gagal bersama Yeshua untuk berdakwah dan memilih untuk melarikan diri.

Kesilapan itu tidak akan diulangi dan dakwah menjadi tujuan baharu perjalanan bangsa mereka. Sambil membayangkan apakah rupa bentuk bumi di Asia Tenggara dan bangsanya, dan juga apakah bentuk bumi Asia Timur dan bangsanya, mereka meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat, merempuh denai, bukit-bukau dan gunung-ganang.

Pada selang masa sebelum era Islam, golongan Yahudi yang melarikan diri akibat dibedil tentera Rom di Yerusalem turut menjadikan jalan darat untuk mencari tempat berselindung (era the great diaspora). Sebilangan mereka melarikan diri ke pergunungan Kaukasia, memasuki Eropah Timur dan sebahagian Asia sehingga sampai ke Kaifeng di China dan berasimilasi dengan bangsa tempatan.

Manakala, keturunan Issyim juga menggunakan jalan darat kerana terlalu miskin untuk menggunakan jalan laut. Maka, skala diasporasemakin membesar melibatkan Yahudi dan Yahadut hybrid yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia.

Akibat penghijrahan golongan Yahudi sesat dengan kelompok generasi Issyim di China, berlaku pertembungan apabila tercetus peperangan melibatkan orang Islam (dipimpin generasi Issyim), Nasrani dan Yahudi dalam Pemberontakan Taipeng (1850).

Sebilangan Issyim sampai ke China melalui jalan darat merentasi Parsi dan tanah orang Siam sejak zaman berzaman. Sebilangan masuk ke tanah orang Siam dan meneruskan perjalanan ke tanah orang Melayu di Selatan Siam (tanah orang Melayu pada ketika itu juga melibatkan sebahagian besar Selatan Thailand hari ini).

Kelompok Yahudi termasuk generasi hybridIssyim yang memasuki Tanah Melayu kemudian direkodkan oleh Alfonse de Albuquerque pada tahun 1513 iaitu dua tahun selepas kejatuhan Melaka terhadap Portugis. Albuquerque merekodkan:

“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana orang Jawa, Gores (bangsa seperti Jepun dan Korea) dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.”Alfonso de Albuquerque.


Generasi hybrid (bukan kelompok pertama) kemudian terus berasimilasi dengan orang tempatan di tanah orang Melayu pada ketika orang Melayu sudah lama menerima Islam sejak sebelum ketibaan generasi Issyim.

Sebelum ketibaan generasi itu, sudah beberapa generasi sebelumnya telah sampai ke Tanah Melayu. Kelompok itu bukanlah kelompok pertama yang tiba di Tanah Melayu.

Disebabkan Tanah Melayu pada ketika penjajahan Portugis dihuni oleh orang-orang Melayu beragama Islam, maka penerimaan orang Melayu terhadap orang asing yang beragama Islam (termasuk generasi hybrid Issyim) adalah positif.

Sebilangan mereka berkahwin dengan pembesar-pembesar Melayu dan sebilangan lagi berkahwin dengan golongan istana (elit). Sebilangan lain pula berkahwin dengan orang-orang kebanyakan (rakyat biasa) dan terus berkembang.

Manakala golongan Yahudi sesat yang turut masuk ke Tanah Melayu sejak beratus tahun lalu juga menjalani asimilasi dengan orang-orang bukan Islam seperti pelombong-pelombong Cina bagi meneruskan survivalbangsa mereka di Tanah Melayu.

Yahudi yang masuk ke China juga melalui proses asimilasi. Begitu juga dengan yang memasuki Eropah Timur, mereka berkembang (asimilasi) ke seluruh Eropah dan kemudian menaiki kapal dari Eropah untuk berhijrah ke Amerika. Demikianlah bagaimana Yahadut hybrid ini bertebaran di seluruh pelosok bumi.

Bergerak bersama generasi Issyim ini ialah pengetahuan mengenai messianic knowledge. Mereka tahu mengenai tanda-tanda messianic. Mereka sentiasa memerhatikan tanda-tanda messianic sejak ia dikhabarkan kepada mereka.

Mungkinkah keturunan mereka (Issyim) itu akan menjadi golongan yang akan mengesan siapakah Mahdi yang sebenar? Namun, Mahdi tidak mungkin lahir dari kalangan mereka. Tidak mungkin. Mereka bukan keturunan Muhammad, melainkan jika ada darah beriyyeth navi (darah tulen dari keturunan nabi Muhammad) dalam kelompok kalangan mereka. Itu pun belum tentu lagi kerana tidak lahir dari kalangan Arab di kota Mekah.

Mahdi tidak akan lahir di sini. Berhentilah.
--


DNA Yahudi

Sebagaimana kajian yang dilakukan para pengkaji genetik di Amerika pada tahun 2011, seramai 1,000 individu berlainan warna kulit dikumpulkan sebagai sampel. Mereka kemudian menjalani ujian DNA bagi mengenalpasti garis keturunan mereka.

Daripada jumlah itu, beberapa lelaki yang mempunyai wajah keturunan Afrika didapati sebenarnya bukan daripada keturunan orang kulit hitam Afrika. Mereka langsung bukan orang yang berketurunan Afrika walaupun ibu bapa mereka juga kelihatan seperti African American.

Profil DNA mereka menunjukkan mereka adalah orang Kaukasia yang pernah berasimilasi dengan Yahudi dari Timur Tengah dan DNA mereka juga menunjukkan mereka tidak langsung mempunyai persamaan genetik dengan bangsa-bangsa Afrika walaupun wajah mereka persis orang kulit hitam Afrika.

Andai mereka ada genetik Afrika, sudah pasti maklumat itu terkandung dalam profil DNA. Namun, ia sama sekali tidak berlaku kerana tiada langsung profil DNA yang menunjukkan mereka itu adalah bangsa Afrika.

Manakala beberapa lelaki kulit putih (bangsa Kaukasia) didapati mempunyai pertalian genetik dengan orang Arab walaupun mereka merasakan bahawa mereka itu bukan berasal dari Asia, lebih-lebih lagi dari rantau Semitik.

Jika anda mempunyai darah yang mengandungi profil DNA Yahudi, anda boleh membawa dokumen DNA itu ke Israel dan anda akan diberikan kerakyatan di negara haram Israel.

Mungkin, di kalangan anda juga ada profil DNA yang sama (jenis profil DNA yang ada kekuatan dari segi genetik) iaitu bukan sekadar DNA yang ada kebarangkalian yang menghampiri profil DNA Yahudi. Bukan yang hampir, tetapi yang ada kekuatan genetik.

Saya juga boleh mendapat kerakyatan negara haram Israel jika saya mahu, saya hanya perlu membawa sebotol darah saya bersama dokumen DNA untuk diserahkan kepada makmal di Israel bagi tujuan pembuktian susur galur keturunan Yahudi saya.

Selepas semua dibuktikan, saya akan diberikan kerakyatan dan sudah ada hak melepasi Lapangan Terbang Ben Gurion sebagai warganegara. Ia kerana setiap manusia yang mempunyai DNA Yahudi layak mendapat kerakyatan Israel.

Namun, saya sentiasa jijik melihat Israel kerana zalim terhadap umat Islam yang sama agama dengan saya. Jijik melihat negara haram Israel yang menjunjung sekularism bagi menyesatkan umat manusia. Jijik melihat negara haram Israel yang sedang menyediakan takhta kepada Si Pendusta Terakhir untuk memerintah The Greater Israel dan The Greater World.

Yahadut Mizrah yang Muslim sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berlebihan (melampau) dalam beragama, maka sebilangan daripada mereka akan bangkit dan menentang pelampau agama yang bermain-main sesuka hati dengan hukum-hukum agama seperti mengulangi perbuatan pendita Yahudi. Ia kerana mereka bersetia dengan ikrar mereka untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti lebih 2,000 tahun lalu.

Yahadut Mizrah yang sesat (sesetengahnya munafik berlagak seperti orang Islam) juga sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berselisih faham dalam beragama, maka sebilangan mereka akan bertindak menghasut sehingga umat Islam seperti kamu akan gagal untuk bersatu selama-lamanya. Apabila sesama kamu bercakaran, pasti ada yang memainkan peranan.

Kedua-dua golongan minoriti ini (Yahadut Mizrah) yang Islam dan tidak Islam sentiasa memerhati tindak-tanduk masing-masing dalam rentak perlahan yang penuh kerahsiaan sambil menyembunyikan identiti bangsa induk mereka. Gerakan penuh rahsia kedua-dua golongan ini mengiringi konflik yang berlarutan sejak Melayu mula berpecah.

Kamu semua tidak perlu tahu rahsia ini. Cukuplah di sini.

Yahadut Mizrah yang Muslim sudah sejak beratus tahun lalu sentiasa mahu bersama anda. Tetapi generasi Yahadut Mizrah yang baharu masa kini sudah mula bosan dengan sikap anda semua yang lebih indah khabar dari rupa.

Jika kamu mahu bersama generasi Yahadut Mizrah yang Muslim supaya mereka dapat keluar tampil tanpa berselindung, maka mainkanlah peranan kamu.


Hanya satu peranan yang boleh kamu semua lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati:


“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”



-STALKER-



.

Thursday 14 March 2013

Nota SHAHi: Kejayaan terbesar orang Melayu


MELAYU yang beragama Islam hari ini sedikit mujur kerana masih ada kuasa dalam politik negara. Ada dua parti besar yang diterajui orang Melayu sejak sebelum merdeka, kedua-dua parti itu hari ini mengadakan kerjasama dengan parti lain yang bukan diterajui orang Islam.

Bagi satu golongan Melayu, mereka berhasil menjadi dominan terhadap rakan parti sekutu mereka yang bukan Muslim. Manakala segolongan lagi tidaklah sedominan seperti yang mereka war-warkan kepada umum kerana setiap kali mereka cuba untuk mengaku dominan, rakan-rakan politik mereka akan segera menjeling bengis sehingga membuat mereka terkedu seminit dua.

Namun, kedua-dua parti Melayu itu masih mempunyai rekod-rekod kejayaan masing-masing terhadap bangsa dan agama dari perspektif yang berbeza. Ia bagaimanapun bukanlah jenis kejayaan besar yang boleh dibanggakan sehingga tujuh generasi yang seterusnya.

Kita di blog ini pernah menjelaskan mengenai Melayu dan Islam di negara ini. Rujuk klik di sini dan di sini. Kita menjelaskan betapa Melayu perlu menjunjung Islam dan kita memperjelas berhubung persoalan mengenai yang mana satu perlu didahulukan antara Melayu dengan Islam.

Islam itu diturunkan (antaranya) kepada manusia. Manakala manusia itu pula berbilang bangsa. Kita tidak boleh menafikan hakikat manusia itu dijadikan berlainan bangsa. Pernyataan yang mengatakan Islam tidak memandang bangsa atau kaum adalah satu pernyataan yang tidak salah, tetapi ia tidak dihuraikan dengan cukup jujur oleh orang yang mengucapkan pernyataan itu.

Orang yang mengucapkan pernyataan itu tidak pernah melihat pengertian secara menyeluruh. Atas sebab itu, kita pernah menjelaskan (di sini dan di sini) mengenai pengertian itu sebagai pencerahan terhadap kekaburan yang terselindung di sebalik pernyataan itu. Kalau tidak bersetuju dengan perenggan ini, adalah lebih baik mereka terlebih dahulu membaca penjelasan kita sebelum ini sehingga faham.

Akibat tidak faham mengenai kepentingan bangsa terhadap agama, maka wujudlah golongan yang mempersenda perjuangan segolongan lain yang dilihat terlalu bersifat kebangsaan. Di sinilah bermulanya siri kejayaan demi kejayaan yang dicipta kedua-dua golongan Melayu itu di persada dunia.

Jadi, apakah kejayaan terbesar kedua-dua parti teras Melayu itu?

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menanam kebencian terhadap sesama bangsa.

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menyemarakkan api kebencian terhadap sesama umat. Itulah kejayaan terbesar bangsa Melayu yang mana kejayaan seperti itu tidak pernah dicapai oleh bangsa-bangsa lain di mana-mana pelosok dunia.

Orang Melayu barangkali sangat berbangga dengan kejayaan itu apabila sikap mereka itu disebut-sebut dan disanjung-sanjung oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
--

Islam adalah agama yang sangat dekat di hati orang Melayu, mungkin sekali Islam itu juga adalah hati orang Melayu. Namun, mereka tidak pernah menjadikan agama itu sebagai jambatan untuk menyatupadukan mereka. Sebaliknya, mereka membanding-bandingkan sesama mereka dengan menggunakan agama.

Saya bukanlah berdarah Melayu sejati. Ada darah Arab dalam tubuh saya. Darah itu pula bercampur dengan darah Yahudi yang berhijrah ke Asia melalui jalan darat merentasi tanah orang Parsi, tanah orang India dan tanah orang Siam sebelum sampai ke Tanah Melayu. Dalam tubuh saya ada banyak darah yang sudah bercampur dari Arab, Yahudi, Parsi, India, Siam, Palembang dan Acheh sebelum saya dilahirkan.

Disebabkan saya mempunyai salasilah Semitik (Arab dan Yahudi), maka keturunan saya sejak beratus tahun mencatat semua garis keturunan sejak permulaan Shem bin Nuh. Saya tahu nama datuk kepada datuk saya. Saya juga tahu nama datuk dan nenek kepada moyang-moyang saya. Saya tahu asal usul saya. Adakah anda juga tahu siapa ibu bapa atau datuk dan nenek kepada moyang-moyang anda?

Tidak keterlaluan jika saya memberitahu anda semua bahawa STALKER adalah sepupu saya, sama darah keturunan dengan saya. STALKER, izinkan saya bercerita sedikit.

Saya dan STALKER berasal dari moyang yang sama. Datuknya memilih untuk hidup sederhana dan meninggalkan segala kekayaan dengan tidak mahu diketahui orang ramai mengenai status elit yang mereka warisi. Namun, datuknya dihadiahkan sebidang tanah seluas dua buah kampung sejak lebih 80 tahun yang lalu. Datuknya kemudian membuka kampung di tanah hutan itu.

Di kampung itu, datuknya membenarkan orang-orang miskin membina rumah dan bercucuk tanam di atas tanah yang dikurniakan itu sehingga hari ini. STALKER berasal dari keturunan yang sama dengan saya. Cuma yang membezakan ialah datuknya memilih untuk hidup sederhana dengan membina rumah kayu beratap nipah sejak membuka kampung yang dikurniakan itu. Rumah itu kemudian di-upgrade-kan sedikit untuk memberi keselesaan terhadap ibu bapa STALKER dan rumah itu masih ada hingga hari ini. Sejak datuknya memilih hidup sederhana, kesederhanaan itu kemudian diwarisi ibu bapa STALKER dan hingga kepada STALKER sendiri.

Manakala saya pula tidak melalui cara hidup yang sama dengan STALKER. Datuk saya dikehendaki berada di ruang hadapan elit (?), manakala datuk STALKER memilih untuk berada bersama orang-orang biasa di luar sana. Namun, kami kenal sesama kami. Kami tahu asal usul kami, kami tahu keturunan kami.

Ketika STALKER menyambung pelajaran di universiti, seorang guru silat dihantar ke kampusnya untuk mengajar dia mempertahankan diri. Begitu juga dengan saya. Selepas guru silat, guru pedang dari Jepun pula dihantar kepada kami di kampus masing-masing. Kami menerima perhatian yang setara daripada (?). Bezanya cuma, saya berduit dan STALKER tidak berduit disebabkan jalan hidup yang dipilih keluarga masing-masing.

STALKER adalah lebih dekat dengan anda kerana dia hidup seperti kebanyakan daripada anda. Tetapi saya pula agak jauh daripada anda (juga secara geografinya). Namun, STALKER sentiasa mendekatkan saya kepada anda semua. Keturunan kami datang ke Tanah Melayu adalah untuk berjuang bersama-sama anda. Tidak perlu untuk anda mengetahui keseluruhan kisah kami.

Mungkin anda agak sulit untuk faham mengenai apa yang kami rasai saat ini apabila melihat Melayu sesama Melayu membenci sesama sendiri.

Cuba anda meletakkan diri anda di tempat kami.

Katakan, anda terpinga-pinga menyembunyikan diri di padang pasir selama beratus tahun untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman, kemudian memeluk Islam bagi memperbaharui akidah yang diajarkan Musa selepas berjumpa orang Arab dan beranak-pinak sepanjang membuat perjalanan ke sebuah negeri di Asia Tenggara yang menjadi sebutan orang-orang Arab.

Anda datang daripada jauh merentas bukit-bukau dan gunung-ganang untuk berjumpa dengan bangsa yang menguasai Asia Tenggara setelah mendengar khabar berita mengenai kemegahan mereka yang disampaikan orang Arab ke telinga anda semasa anda berlegar-legar di padang pasir. Tetapi apabila anda sampai ke sana, anda melihat bangsa itu sudah mula bercakaran sesama mereka.

Maka, perjalanan anda merentas bukit dan gunung-ganang menjadi seperti sia-sia. Anda mengharapkan untuk bersama bangsa yang gah itu, tetapi apa yang anda lihat ialah bangsa yang gah itu sedang bermusuhan sesama mereka. Apa yang anda rasa selepas melihat bangsa itu bercakaran? Jadi, untuk bersama bangsa yang gah itu, apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu mendamaikan mereka supaya anda dapat bersama mereka untuk mencipta kegemilangan. Selagi mereka tidak didamaikan, selagi itulah hasrat mencapai kegemilangan tidak akan tercapai.

Anda perlu mendamaikan mereka pada saat anda perlu menyembunyikan identiti Yahudi yang anda warisi kerana bangsa gah itu sangat membenci Yahudi sebagaimana mereka membenci sesama mereka sendiri.

Apa yang kita lihat dengan jelas ialah, kejayaan terbesar orang Melayu ialah kejayaan para pemimpinnya menanam kebencian terhadap sesama bangsa. Ia adalah kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh bangsa Yahudi sendiri. Bukan Yahudi sekular yang membunuh Yahudi ortodoks di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, bukan, ia bukan seperti yang diperkatakan teori-teori konspirasi yang popular bagi memperkatakan kewujudan negara haram Israel yang didirikan atas fahaman nafsu sekular Zionis yang menjauhi agama.

Seorang Yahudi tidak akan berkata buruk kepada Yahudi yang lain meskipun saudara Yahudinya itu beragama Islam atau Nasrani sekalipun. Andai berkata buruk pun mereka tidak tergamak, apatah lagi untuk membunuh sesama bangsa dengan mereka. Berkata dengan ucapan keras adalah tidak sama dengan berkata dengan ucapan buruk. Rabbai Aaron Cohen tidak pernah berhenti mengutuk dan mendedahkan kekejaman Yahudi Zionis kepada dunia, namun Zionis juga tidak tergamak untuk mengapa-apakan Aaron Cohen kerana dia sebangsa dengan Yahudi.

Berbeza dengan orang Melayu, mereka tidak teragak-agak untuk menghambur kata-kata buruk kepada saudara sebangsa dengan harapan akan ada saudara sebangsa mereka akan membenci saudara sebangsa yang tidak sefahaman dengan mereka. Apabila wujud kumpulan sefahaman yang membenci saudara sebangsa, mereka fikir mereka akan lebih bertambah kuat. Mereka fikir mereka telah berjaya kerana ada di kalangan saudara sebangsa mereka mula membenci bangsa mereka sendiri dari kumpulan yang lain, tetapi kita melihatnya sebagai satu kerugian.

Menyayangi bangsa sendiri tidak bermakna anda memeluk mentaliti Yahudi. Melayu adalah bangsa yang ditakdirkan untuk memimpin umat Islam di Asia Tenggara. Andai lemah Melayu di Asia Tenggara diakibatkan permusuhan sesama sendiri, maka lemahlah Islam yang dianuti mereka. Ia kerana Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganuti agama itu. Kalau lemah bangsa itu, maka lemahlah juga kedaulatan agama yang dianuti mereka. Islam tidak lemah, ia kuat dari segala sudut kehidupan, tetapi kedaulatannya dilemahkan oleh sikap orang Melayu sendiri.

Akhir ini, sangat ramai orang Melayu yang mengucapkan kata-kata buruk terhadap Melayu yang lain. Mereka mengucapkan kata-kata buruk itu di setiap keadaan, di Facebook, di Twitter, di blog-blog dan sebagainya. Mereka sudah tidak tahu apa maksud kesopanan, kesantunan dan kehalusan budi bicara dalam menyampaikan maksud. Mereka seperti sudah tidak ada budi bahasa. Orang UMNO atau orang PAS, sama sahaja. Maki-makian, carut-mencarut terhadap sesama mereka sudah seperti makanan sehari-hari disebabkan perbezaan fahaman.

Ada satu ketika, orang PAS memulakan kata-kata buruk di laman-laman sosial dan di blog-blog. Dalam satu ketika yang lain pula, orang UMNO memulakan kata-kata yang sama. Kesannya, orang Melayu sentiasa bertelingkah kerana sudah tidak tahu bagaimana untuk bersantun.

Pada ketika lain, orang PAS menyalahkan orang UMNO. Pada ketika lain, orang UMNO pula menyalahkan PAS. Kesannya juga sama, terus-menerus bertelingkah tanpa ada kesudahan. Sama juga dengan memulakan pergaduhan, ada masa ia dimulakan orang PAS dan ada masa lain ia dimulakan orang UMNO. Berterusan lagi bertelingkah.

Orang Melayu bersama pemimpin mereka menyandang rekod kejayaan yang tidak dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Ia adalah kejayaan menyemai sikap benci-membenci sesama bangsa, sesama umat. Pada ketika agama seperti sedang tersepit di tengah-tengah, mereka masih bertelingkah menghimpit agama. Jangan sampai apabila kedaulatan agama turut musnah pada ketika mereka musnah akibat tersepit dan menghimpit sesama mereka.


Marilah menuju kejayaan.


Suka saya memetik kata-kata STALKER:
“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”



-SHAHi-



.