Halaman

Sunday 19 February 2012

Yahadut Mizrah: Laluan Sutera

SUMBER-SUMBER teks Yahudi kerap menyebut bahawa Gog dan Magog (Yakjuj dan Makjuj) lahir daripada keturunan Yaphet bin Nuh. Daripada keturunan Yaphet, lahir suku-suku bangsa yang berlegar sekitar padang ragut Eurasia, sebuah padang luas yang merangkumi sebahagian Eropah Timur dan sebahagian Asia.

Sebilangan mereka berpindah ke Eropah dan dipanggil suku Scythia dan Saxon. Sebilangan lagi berpindah ke Asia dan dipanggil Mongol dan Tartar. Kumpulan barbar nomad itu yang memasuki Asia pula kemudian menetap di sekitar Mongolia, sebahagian wilayah di tanah besar China dan Turki.

Perjalanan suku bangsa (Gog Magog) dari jurai keturunan Yaphet itu pula mempunyai hubungan induk bangsa dengan suku-suku Yahudi yang telah lama hilang. Kenyataan itu dikuatkan dengan perjalan sejarah mereka sendiri yang direkodkan dalam pelbagai sumber, malah kajian genetik pada sekitar 1990-an di Jerman juga membuktikan bahawa suku Mongol mempunyai kod genetik yang menyamai Scythia dan juga Yahudi.

Dari segi hubungan Scythia(Saxon)-Mongol-Yahudi secara sejarahnya dan genetiknya, ia sudah dibuktikan secara saintifik. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, ia boleh dirujuk melalui hasil penerangan terhadap kajian genetik Yahudi di Jerman seperti yang dimaksudkan.

Kemudian pada sekitar 960 Masehi (zaman Dinasti Song), direkodkan mengenai kemasukan orang Yahudi di China akibat kesan daripada peristiwa diaspora bangsa itu pada abad awal Masehi. Bangsa Yahudi yang memasuki China kemudian menetap di Kaifeng (salah satu kawasan di wilayah Hennan) dan berasimilasi dengan masyarakat Cina di sana. Ia seterusnya melahirkan bangsa baru hasil campuran darah Yahudi dengan darah Cina. Agama mereka pula ialah agama Yahudi dan lain-lain agama yang terlahir daripada kepercayaan ketuhanan mengikut cara Yahudi (sesetengahnya beragama Nasrani mengikut fahaman Yahudi). Dari segi pengkelompokan sub-bangsa Yahudi, ia disebut Yahadut Mizrah (minta izin untuk memanggil mereka sebagai bangsa hybrid).

Yahadut Mizrah bukan hanya melibatkan percampuran darah Yahudi dengan darah orang Cina sahaja. Malah di beberapa negara lain, bangsa Yahudi turut berasimilasi dengan lain-lain bangsa selain mereka melalui ikatan perkahwinan bagi melahirkan bangsa-bangsa baru yang mempunyai campuran darah mereka.

Di Ethopia, bangsa Yahudi berkahwin dengan bangsa Habsyah yang berkulit hitam dan melahirkan keturunan Yahudi kulit hitam. Manakala di Eropah moden juga menyaksikan perkara yang sama melibatkan percampuran darah sehingga melahirkan bangsa-bangsa baru yang berdarah Yahudi.

Semua anak-anak mereka dibesarkan mengikut cara Yahudi, berfikir seperti Yahudi dan berkelakuan seperti Yahudi. Ia kerana bangsa Yahudi sangat dominan dalam memastikan bangsa-bangsa lain mengikut cara mereka dan sikap sedemikian itu disebut jelas oleh Allah dalam al-Quran sebagai peringatan kepada umat Islam.

Bermula tahun 960 Masehi, bangsa Yahudi yang bercampur dengan darah orang Asia Timur terus berkembang. Ia ditambah lagi dengan kemasukan awal oleh suku Mongol ke Asia Timur sejak Sebelum Masehi, keadaan itu menyebabkan Asia Timur yang agak hampir dengan padang ragut Eurasia terus menyaksikan kelahiran demi kelahiran anak-anak bangsa baru yang mempunyai darah Yahudi dan Mongol-Scythia (Indo-Scyth).

Antara tempoh 960 Masehi hingga 1100 Masehi, bangsa hybrid ini pada awalnya hanya berlegar sekitar tempat mereka berhenti (menetap) iaitu di sekitar wilayah-wilayah yang mereka duduki termasuk Asia Timur, sebahagian Eropah serta sebahagian wilayah di utara Asia Barat dan wilayah bahagian utara Asia Selatan atas beberapa sebab seperti kekalahan Scythia ketika diserang balas oleh Assyria dan peristiwa diaspora.

Seperti sedang mengalami trauma akibat dua peristiwa itu, bangsa hybrid ini mengambil langkah untuk menetap sebelum meledakkan gelombang ‘kebangkitan’ bangsa campuran darah itu yang membawa kehancuran di pentas dunia sebagaimana direkodkan oleh pencatat-pencatat sejarah.

Ia dimulakan dengan kebangkitan Scythia dari saudara sama darah mereka yang juga mahir menunggang kuda serta memanah iaitu Mongol. Bermula dengan gelombang itu, tanah-tanah orang Arab diserbu dan diserang serta diranapkan sehingga menyaksikan keruntuhan pemerintahan Islam terutama kerajaan Abbassiyah oleh orang-orang pagan Mongol. Daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam itu, dicatatkan terdapat gerombolan orang Arab yang mengekori orang Mongol untuk melakukan serangan balas.

Pecahan suku Scythia di beberapa bahagian Eropah pula turut berkembang melalui kelahiran demi kelahiran meskipun melalui zaman tidak menentu di sana. Peredaran zaman pula terus menyaksikan perkembangan suku bangsa itu yang akhirnya tersebar ke seluruh Eropah yang mana digelarkan nenek moyang orang Eropah adalah sebagai dari suku Saxon.

Sebutan Saxon pula terhasil daripada perubahan sebutan Scyth-Shetia-Shatka-Shetka-Shakashu-Shakashun-Saksun-Seaxen-Sasun-Sahson-Sahuns-Saxon. Perubahan sebutan itu berlaku disebabkan oleh sebutan lidah bangsa-bangsa yang pernah diserang oleh mereka pada sepanjang perjalanan bangsa mereka sebelum sampai ke Eropah selepas kurun kelima.

Orang-orang Saxon yang menjadi nenek moyang bangsa Eropah paling ramai menduduki Germania (Jerman) pada awal kedatangan mereka ke Eropah sebelum berkembang ke seluruh Eropah. Ia termasuk berkembang sehingga ke England, Portugal, Sepanyol dan sekitar gugusan Scandinavia. Bagaimanapun, cara mereka berkembang di Eropah juga adalah dengan cara yang sama seperti sebelum suku Scythia meninggalkan Asia Tengah iaitu dengan cara melakukan kerosakan serta gemar berperang.

Ketika orang Saxon gigih berkembang di Eropah, berlaku banyak siri perang sepertimana sejarah orang-orang Viking (orang Sahuns atau orang Huns) dalam sejarah awal Eropah. Pada ketika itu, agama mereka ialah Pagan.

Apabila Eropah (Scythia moden) memasuki zaman perluasan kuasa terhadap beberapa bahagian dunia, ia menyaksikan perubahan yang sangat besar dalam pelbagai keadaan. Sub-bangsa Yahadut Mizrah yang bergerak perlahan-lahan ke seluruh pelosok dunia untuk terus berkembang juga semakin mudah digerakkan ketika era kolonial Eropah.

--

Berbekalkan wajah yang tidak kelihatan seperti Yahudi, golongan hybrid ini sebenarnya lebih mudah menjayakan cita-cita Yahudi berbanding orang Yahudi teras itu sendiri pada ketika bangsa-bangsa lain tidak menerima bangsa Yahudi (bangsa teras) untuk dijadikan kawan yang boleh dipercayai.

Ia kerana walaupun wajah mereka tidak mewarisi alis rupa seperti bangsa teras mereka, namun hati dan jiwa mereka adalah Yahudi. Cita-cita mereka ialah untuk menjadikan cita-cita bangsa teras mereka itu berjaya. Segala perlakuan, urusan, dan sokongan diberikan sepenuhnya terhadap bangsa teras mereka bagi melihat kejayaan yang dicita-citakan bersama.

Mereka bekerja untuk kepentingan bangsa teras mereka dan untuk bangsa-bangsa yang mempunyai profil darah yang sama dengan darah mereka. Darah itu ialah darah Yahudi. Begitu juga dengan suku Syth (kini Eropah), sama-sama bekerja untuk kepentingan bangsa teras mereka.

Apabila dihitung Yahadut Mizrah dan bangsa-bangsa utama Scyth di Eropah dan dibandingkan dengan kekuatan orang Islam hari ini, ia menyamai maksud hadis Rasulullah bahawa pada akhir zaman kita akan melihat bahawa setiap 9 daripada 10 orang manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, manakala hanya seorang sahaja orang Islam daripada jumlah 10 orang itu. Namun, usah gentar.

Sub-bangsa hybrid Yahudi yang lahir di Kaifeng kemudian berkembang sekitar Asia Timur. Mereka memasuki wilayah-wilayah lain sekitar tanah besar China, hidup bersama orang-orang Han, Manchu, Chin dan lain-lain suku bangsa Cina melalui asimilasi perkahwinan.

Pada masa yang sama, mereka mengekalkan cara berfikir seperti orang Yahudi dan melaksanakan tindak tanduk yang menguntungkan bangsa teras mereka. Sesetengahnya mengekalkan ajaran agama Yahudi dan sesetengah yang lain menganut agama Nasrani yang juga lahir daripada Yahudi. Mereka hanya menerima nilai-nilai yang dibawa Yahudi termasuk dari aspek perniagaan, perdagangan dan juga keagamaan di sepanjang perjalanan mereka di seluruh pelosok dunia.

Kemasukan bangsa Yahudi ke Kaifeng mempunyai sejarah yang berkaitan dengan Laluan Sutera atau Silk Road (206 Sebelum Masehi hingga 220 Masehi). Ia adalah tempoh alur masa (time line) yang sama dengan era Rom, hampir kira-kira 100 tahun selepas peristiwa pembakaran Jerusalem yang menyaksikan orang Nasrani dan Yahudi digempur tentera Rom.

Petunjuk kepada kemasukan itu selari dengan tempoh Laluan Sutera dijadikan laluan utama darat ke Asia yang turut melintasi padang ragut Eurasia (Afro-Eurasia) yang menghubungkan Asia Timur dengan Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Barat, Meditteranean, Afrika dan Eropah.

Laluan itu terkenal pada tempoh waktu tersebut (206 Sebelum Masehi hingga 220 Masehi) sebagai laluan untuk ke bahagian Timur dunia di Asia. Disebabkan ia juga menghubungkan Asia Tengah dan Asia Barat, ia membolehkan bangsa Yahudi mengikut laluan yang sama untuk ke Asia dan sampai ke China (Kaifeng) pada kira-kira 900 Masehi yang lalu.

Laluan Sutera digunakan sebagai jalan darat ke Asia pada tempoh yang sama dengan era Rom. Dalam tempoh yang lebih awal (antara tahun 66 Masehi hingga 135 Masehi), Rom melakukan kekejaman melalui tiga episod perang terhadap orang Yahudi dan Nasrani di Jerusalem dalam tempoh itu. Orang Yahudi memanggil peristiwa itu sebagai ha-Mred-ha-Gdol atau juga disebut The Great Diaspora atau The Great Revolt yang menyaksikan bangsa Yahudi berpecah ke serata dunia untuk menyelamatkan diri.

Ia hukuman daripada Allah selepas Yahudi mendustakan risalah yang dibawa Nabi Isa. Akibatnya, Allah menurunkan bala kepada mereka berupa peperangan hebat daripada tentera Rom yang sebelum itu bersekutu dengan mereka untuk menjayakan komplot membunuh Nabi Isa.

Atas faktor The Great Diaspora itu, mereka juga melarikan diri sampai ke Asia, orang Yahudi melarikan diri ke beberapa bahagian di dunia termasuk ke Asia dengan menggunakan Laluan Sutera yang berakhir di tanah besar China. Ia tidak mustahil kerana Laluan Sutera sememangnya menghubungkan Asia Barat dan Asia Tengah dengan melalui utara Arab dan Parsi sebelum masuk ke Asia melalui utara India.

Barangkali, kemasukan orang Yahudi adalah jauh lebih awal daripada 960 Masehi (tarikh yang dipersetujui dan direkodkan secara rasmi oleh komuniti Yahudi Yewtai Kaifeng). Kemasukan mereka ke Asia Timur mungkin lebih awal iaitu sekitar abad pertama Masehi atau abad kedua Masehi lagi iaitu semasa atau selepas tragedi pembedilan Jerusalem oleh Rom.

Di antara Yahudi yang melarikan diri tersebut ialah para Yahudi yang berpegang kepada ajaran lama (Judai), serta para Yahudi yang berpegang kepada ajaran baru (Nasrani). Asia Timur dijadikan tempat bersembunyi mungkin disebabkan oleh jaraknya yang jauh daripada Jerusalem yang sedang dibedil tentera Rom ketika itu. Sebaik sampai ke Asia, mereka berdiam diri dan berasimilasi dengan orang Asia Timur.

Dalam sesetengah pendapat, dikatakan Rom menjalin hubungan dengan China pada tahun 78 Masehi dalam hal ehwal perdagangan dan membina hubungan dua hala. Hubungan itu terjalin semasa berlakunya perang Rom-Yahudi di Jerusalem. Hubungan ini pula cuba ditentang oleh Empayar Kushan (kini Afghanistan dan sebahagian Pakistan) ketika itu atas beberapa faktor.

Pada masa yang sama juga, orang Yahudi sebilangannya mungkin sudah sampai ke Asia Timur atau dalam perjalanan ke sana. Hubungan yang dijalinkan Rom dengan China adalah mungkin pada masa yang sama untuk menjejak kumpulan-kumpulan bangsa Yahudi yang melarikan diri ke Asia Timur. Jarak masa itu sangat selari dan secocok apabila dipadankan dengan populariti Laluan Sutera dan Perang Rom-Yahudi ketika itu.

Tanah besar China menjadi sebuah kuasa besar di Asia Timur ketika Sebelum Masehi dan abad-abad awal Masehi sebelum kemasukan British semasa zaman kolonial. Kerancakan aktiviti perdagangan menjadi antara sumber ekonomi utama China walaupun sering menerima ancaman daripada kuasa-kuasa asing sejak Sebelum Masehi dan semasa Masehi.

Yahudi yang bersembunyi di China pula seperti dikatakan sebelum ini, sudah berkembang dan bertebaran di tanah besar China. Mereka memasuki wilayah-wilayah lain di tanah besar China dan membina penempatan komuniti untuk sama-sama terlibat dalam perdagangan. Ia tidak mustahil kerana manusia sememangnya sentiasa bergerak.

Menjadi kelebihan golongan itu ialah wajah mereka yang saling tidak tumpah dengan etnik-etnik Cina yang lain di tanah besar kerana turut memiliki genetik Cina. Walhal, mereka mempunyai darah Yahudi dan mempunyai jiwa serta pemikiran Yahudi.

Tembelang mereka ini boleh dikesan ketika Perang Candu di China pada tahun 1839 hingga 1842 apabila dikesan kewujudan kumpulan pembelot yang bergerak secara bawah tanah (kongsi gelap, secret society) dan bekerjasama dengan British untuk membawa masuk bekalan candu secara berlebihan iaitu tidak mengikut syarat perjanjian perdagangan candu di China ketika itu.

Mereka terus bergerak ke seluruh Asia menggunakan jalan darat sehingga memasuki Siam (melalui Chiang Mai) sebelum masuk ke Tanah Melayu (sebelah utara semenanjung). Ia berlaku sekitar era kolonial British di Asia.

Kita tidak mengatakan semua kaum Cina itu sebagai Yahadut Mizrah, tidak sekali-kali dan tidak perlu ada salah faham. Ia kerana kaum Cina itu sendiri merupakan bangsa yang besar dan mempunyai suku-suku tersendiri.

Manakala Yahadut Mizrah pula dikesan sebagai satu suku Cina di Kaifeng yang mempunyai darah Yahudi disebabkan perkahwinan selepas kemasukan Yahudi di kawasan itu (dalam artikel ini kita hanya menggunakan rekod popular dan bukan rekod-rekod lisan atau catatan-catatan lama). Bukan semua kaum Cina, tetapi hanya melibatkan beberapa komuniti bangsa Cina sahaja yang berasimilasi dengan Yahudi.

Selain Kaifeng, terdapat beberapa kawasan lain yang turut menjadi tempat persinggahan Yahudi di tanah besar China. Asimilasi yang berlaku bukan sahaja melahirkan zuriat-zuriat yang mempunyai darah campuran Yahudi, malah turut mewariskan agama serta ideologi (superiority) yang dibawa oleh Yahudi.

Berdasarkan rekod di Hennan, Canton dan Shanxi, nama-nama keluarga (surname) mereka pula ialah Ai, Gao, Gaw, Shi, Chee, Jin, Li, Lee, Lim, Lin, Zhang dan Zhao. Dalam rekod lain, sebilangan keluarga Zhang dilaporkan memeluk agama Islam pada awal abad ke-20.

Pemberontakan Taipeng (1850-1864) yang melibatkan perang saudara melibatkan ketegangan beberapa suku di China menyebabkan suku Yahudi Kaifeng mengalami keadaan yang hampir sama dengan diaspora. Sesetengah pendapat mengatakan pemberontakan tercetus akibat perbalahan akidah antara tiga komuniti iaitu Nasrani, Yahadut Kaifeng dan Muslim berdarah Cina.

Akibat pemberontakan, sebahagian Yahadut melarikan diri pulang ke Kaifeng dan sebahagian lagi melarikan diri ke kawasan-kawasan lain tanpa rekod yang jelas. Sebahagian lagi dikatakan melarikan diri ke kawasan berdekatan laut di sekitar tanah besar China dan memainkan peranan membantu memperbesar kegiatan perdagangan di China pada awal abad ke-20. Sesetengahnya pula memeluk Islam.

Selepas Perang Dunia Pertama pula, direkodkan ramai Yahudi Ashkenazi dari Eropah dilaporkan tiba ke China dan berlaku sekali lagi asimilasi dengan bangsa tempatan sehingga melahirkan satu lagi kelompok Yahadut Mizrah terutama di Canton, Shanghai serta lain-lain wilayah.

Kedatangan British ke China memberi impak besar kepada perkembangan Yahadut Mizrah yang melarikan diri dan hidup melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan di sekitar pelabuhan-pelabuhan. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan serta menjalin hubungan dengan British. Hubungan dengan British membolehkan Yahadut Mizrah terlibat dalam perdagangan dengan jajahan takluk British merangkumi Tanah Melayu, Borneo dan India.

Kegiatan perdagangan tersebut juga membolehkan Yahadut Mizrah berpindah dari China ke jajahan-jajahan British di sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk membina komuniti mereka di jajahan-jajahan tersebut serta menguasai sektor-sektor ekonomi dan mendapat perhatian secukupnya oleh British.

Kemasukan Yahudi ke China tidak berlaku hanya sekali, ia berlaku sebanyak berkali-kali terutama ketika era kolonial Eropah ke atas tanah-tanah Asia. Zuriat-zuriat berdarah campuran Yahudi itu pula diberi kelebihan oleh pihak kolonial untuk terlibat dalam kegiatan perdagangan East India Company.

Kegiatan perdagangan East India Company menjadi salah satu faktor yang membawa kepada tersebarnya Yahadut Mizrah ke seluruh tanah jajahan mereka di Asia.

Bangsa Yahudi memiliki sejarah yang sangat panjang dan sentiasa menyelinap masuk ke dalam hampir semua peradaban demi survival bangsa mereka. Sejarah silam Sebelum Masehi menyaksikan kewujudan mereka di hampir semua tamadun termasuk Babilon, Mesir, Assyria dan sebagainya. Manakala sejarah semasa Masehi pula menyaksikan situasi yang sama, mereka terus berkembang dan hidup di seluruh pelosok dunia.

Apabila tiba waktunya, mereka akan timbul di celah-celah kita semua tanpa disedari. Timbulnya mereka adalah bersama semangat menjayakan cita-cita bangsa teras mereka. East India Company telah membawa mereka ke serata dunia. Bukan semua yang memiliki wajah hampir sama itu adalah Yahadut Mizrah. Bukan semua.


Yahadut Mizrah dari Asia Timur terus bergerak ke seluruh Asia


Ada di antara mereka yang memeluk Islam dan beriman kepada Allah.



-STALKER-

Wednesday 15 February 2012

Two state solution?

Rajah: Penguncupan saiz negara Palestin sejak pendudukan haram Zionis Israel


KESELURUHAN rakyat Palestin tidak bersetuju dengan idea Two-State-Solution yang mana negara haram Zionis Israel akan diiktiraf secara automatik. Biarpun negara-negara Arab dikatakan bersetuju dengan idea itu, namun rakyat Palestin tetap tidak bersetuju.

Andai rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis tidak bersetuju dengan idea penuh muslihat itu, mengapa pihak lain yang tidak merasai penderitaan mereka mesti bersetuju dengan idea Two-State-Solution? Rakyat Palestin mempunyai hak untuk tidak bersetuju kerana mereka adalah mangsa Zionis sejak lebih 60 tahun lalu.

Agensi berita New York Times pada 5 Mei 2011 melaporkan pemimpin Hamas Palestin, Khaled Meshal sebagai berkata: “Where there is occupation and settlement (by the Zionist), there is a right (for Palestinians) to do resistance..”

Terjemahan: “Apabila ada pendudukan dan penempatan (secara haram oleh Zionis), terdapat hak (bagi rakyat Palestin) untuk menentang..”

Khaled Meshal menambah: “If occupation (of the Zionists) ends, resistance (by the Palestinians) also ends. If Israel stops firing, we also stop firing.”

Terjemahan: “Jika pendudukan (Zionis) ditamatkan, penentangan (oleh rakyat Palestin) juga akan ditamatkan. Jika Israel berhenti menyerang, kami (Palestin) juga akan berhenti menyerang.”

Apabila ditanya mengenai Two-State-Solution yang dikatakan akan menamatkan konflik Israel-Palestin, Meshal menjawab: “I don’t want to talk about that.” Atau diterjemahkan kepada bahasa Melayu ia berbunyi: “Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu.”

Meshal menunjukkan ketegasannya untuk tidak mahu bercakap mengenai Two-State-Solution kerana rakyat Palestin sememangnya tidak bersetuju dengan idea penuh muslihat itu.

Nada-nada yang dikeluarkan Khaled Meshal juga jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar bermaksud mahu Zionis Israel menghentikan pendudukan secara haram di atas tanah milik orang Palestin.

Nada itu juga merujuk kepada setiap inci tanah milik orang Palestin yang dirampas sejak 1948. Secara tersirat, Meshal mahu Zionis Israel segera keluar daripada setiap inci tanah yang menjadi hak orang Palestin. Maka dengan itu, adakah ia menunjukkan bahawa rakyat Palestin bersetuju dengan Two-State-Solution? Jawapannya, tidak. Secara tegasnya juga tidak. Secara lembutnya juga tidak. Khaled Meshal menegaskan ia seperti kenyataan di bawah:

“When Israel made agreements with Egypt and Jordan (but denying Palestinians right to speak), no one conditioned it on how Israel should think (upon their actions). The Arabs (Arabic countries) and the West did not ask Israel what it was thinking deep inside. All Palestinians know that 60 years ago they were living on their own historic Palestine from the river to the sea. It is no secret.”Khaled Meshal.

Terjemahan: “Apabila Israel membuat perjanjian dengan Mesir dan Jordan (tetapi menafikan hak rakyat Palestin untuk bersuara), tiada pihak yang mensyaratkan mengenai bagaimana Israel harus berfikir (dalam setiap tindakannya). Negara-negara Arab dan Barat tidak bertanya kepada Israel mengenai niat sebenar mereka (Zionis). Semua rakyat Palestin tahu bahawa pada 60 tahun lalu, mereka hidup di atas tanah bersejarah Palestin milik mereka dari sungai hingga ke laut. Tiada rahsia mengenai perkara itu.”

Oleh yang demikian, Meshal menegaskan bahawa Zionis Israel harus ditentang selagi Zionis melakukan pendudukan di tanah-tanah milik mereka kerana menentang tanpa menggunakan kekerasan sebagaimana dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel:

“Unfortunately, nonviolence (actions) doesn’t work against the Israelis.”Khaled Meshal.

Namun, nada-nada Barat tidak selari dengan Hamas dalam memperkatakan Two-State-Solution sebagai penyelesaian terbaik. Perdana Menteri Britain, David Cameron sambil menuduh rakyat Palestin sebagai pengganas memberi reaksi segera kepada Khaled Meshal berhubung idea Two-State-Solution dengan kenyataan berikut, Cameron berkata: “Any Palestinian new government must reject violence, recognize Israel’s right to exist (through two-state-solution) and engage in the peace process,”

Terjemahan: “Mana-mana kerajaan baru yang memimpin Palestin harus menolak keganasan, mengiktiraf kewujudan Israel (melalui Two-State-Solution) dan melibatkan diri dalam proses keamanan.”

Nada David Cameron semasa menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di London itu bukan hanya berbunyi seperti memujuk Palestin supaya bersetuju dengan idea Two-State-Solution tetapi memaksa Palestin menerima idea itu secara halus dan tersirat supaya mengiktiraf kewujudan Israel.

Rakyat Palestin tidak pernah bersetuju dengan Two-State-Solution, idea itu hanya disokong penuh oleh pihak-pihak yang menyokong Zionis Israel. Jika seluruh dunia bersetuju dengan idea Two-State-Solution sekalipun, dunia tidak wajar meminggirkan kehendak dan hak rakyat Palestin. Rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolak dan dunia tidak mempunyai hak untuk memaksa rakyat Palestin menerima idea Two-State-Solution.

--

Idea Two-State-Solution bukanlah satu perkara yang sudah dipersetujui, ia belum dipersetujui secara hitam putih. Walaupun beberapa negara Arab dikatakan bersetuju dengan Two-State-Solution, ia sebenarnya belum mencapai kata sepakat kerana rakyat Palestin sendiri tidak bersetuju dengan idea itu.

Hak rakyat Palestin untuk tidak bersetuju adalah satu perkara yang harus dihormati oleh Israel, Barat dan penduduk dunia. Ia adalah soal kemanusiaan yang dinafikan oleh Israel dan sekutu dengan penuh tipu daya. Jika hak asasi manusia dan hak kebebasan menjadi asas perjuangan Barat, maka hak rakyat Palestin untuk tidak bersetuju terhadap Two-State-Solution juga harus dihormati.

Apabila dikatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan Two-State-Solution, jangan pula menafikan atau buat-buat lupa kepada hak rakyat Palestin untuk menolak Two-State-Solution.

Idea Two-State-Solution dicetuskan selepas Barat buntu dalam mencari penyelesaian terhadap isu Palestin-Israel. Ia secara tidak langsung berperanan mengiktiraf negara Palestin dan membolehkan Palestin mengiktiraf negara haram Israel serta sempadan-sempadan antara kedua-dua negara sah dan negara haram itu.

Idea tersebut secara tersirat akan menutup segala usaha rakyat Palestin untuk membebaskan tanah-tanah mereka daripada penjajahan Zionis Israel. Apabila Two-State-Solution diterima oleh rakyat Palestin, maka secara automatik Palestin akan kehilangan tanah-tanah yang telah dirampas oleh Zionis sejak 60 tahun lalu.

Keluasan tanah yang telah dirampas Israel daripada rakyat Palestin pula bukan sekangkang kera. Sebaliknya, tanah yang masih tinggal kepada orang Palestin pula hanya sekangkang kera dan sangat sempit jika dibandingkan dengan keluasan kawasan yang telah dirampas Zionis. Apabila Two-State-Solution diterima, rakyat Palestin akan kehilangan banyak tanah.

Zionis sentiasa menunjukkan kerakusan dalam merampas tanah-tanah di rantau sebelah sana. Perang Padang Sinai pada 1948 antara Mesir dengan negara haram Israel yang sedang diperluaskan ketika itu jelas memperlihatkan kerakusan Zionis. Pada masa yang sama, tanah-tanah milik orang Palestin dirampas dan keluasan negara haram Israel semakin bertambah dari dekad ke dekad yang seterusnya.

Kewujudan negara haram Israel pada masa yang sama juga memperlihatkan kehilangan skala besar tanah milik rakyat Palestin. Sejak 1948, rakyat Palestin gigih berjuang membebaskan tanah mereka daripada Zionis dan semua orang tahu perkara itu.

Zionis Israel adalah penjajah yang menjajah serta merampas tanah-tanah milik Palestin, semua orang tahu perkara itu. Menjadi hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah mereka dan mengusir Zionis keluar daripada tanah-tanah mereka untuk hidup merdeka. Pengertian usaha mencapai kemerdekaan pula ialah mendapatkan kembali hak dan maruah daripada pihak penjajah.

Ketika rakyat Palestin gigih berjuang mengusir Zionis Israel keluar daripada tanah mereka, adakah wajar mereka ditawarkan Two-State-Solution yang akan menyebabkan sebahagian besar tanah mereka diserahkan secara sah kepada penjajah dan seterusnya mengiktiraf negara haram yang dibangunkan penjajah?

Mahukah anda berkompromi dengan orang yang menceroboh masuk ke rumah anda dan merampas bilik-bilik serta dapur yang berada di dalam rumah anda. Untuk menyelesaikan masalah itu, maka ditawarkan penyelesaian bahawa penceroboh itu mendapat sebahagian daripada rumah anda itu sedangkan hanya tinggal tandas dan jamban sahaja untuk anda. Anda mahu bersetuju dengan cara penyelesaian seperti itu? Mengapa tidak diusir sahaja penceroboh itu dan mendapatkan rumah anda semula?


Orang-orang Muslim yang menyokong Two-State-Solution, di manakah pendirian anda sedang berdiri sekarang?


-CLOVER-

Monday 13 February 2012

Mind Game: Double Check

PERMAINAN ini agak mengelirukan. Dalam sesetengah situasi, ia boleh menjadi sangat mengelirukan. Namun bagi mereka yang benar-benar faham dengan karakter para pemainnya, ia bukan lagi sesuatu yang mengelirukan. Permainan ini hampir sama dengan Blame Game, namun ia lebih licik dan lebih kotor daripada itu.

Ia seperti seorang penyamun yang menuduh orang lain sebagai penyamun atau seorang pembunuh yang menuduh orang lain sebagai pembunuh. Kesannya, timbul kekeliruan dalam menentukan siapa sebenarnya penyamun atau siapa sebenarnya pembunuh atau penjenayah.

Mangsanya pula ialah orang-orang yang menyaksikan drama pertuduhan itu berlangsung dalam suasana yang amat menjijikkan dan mempercayai kata-kata sang penyamun, pembunuh atau penjenayah itu tadi tanpa menyelidik segala bukti. Mangsa yang paling akut ialah orang-orang yang mempercayai kata-kata sang pendusta.

--

Mob Game


Dalam permainan ini, watak yang perlu dimainkan oleh sang pemain ialah keperluannya untuk dilihat sebagai seorang yang sangat ‘bersih’ di mata para audiens (orang awam) atau pengikut. Imej bersih perlu ditonjolkan supaya audiens dapat menanam persepsi yang baik-baik sahaja terhadap si pemain.

Dalam masa yang sama, sang pemain itu seboleh-bolehnya akan mempertahankan imej ‘baik’ tersebut di mata para audiens meskipun imejnya beberapa kali tercalar akibat kesalahan-kesalahan (terutama kesalahan yang mempunyai keterangan yang berketerangan) yang dilakukannya sendiri.

Keadaan ini akan menekan sang pemain itu untuk melakukan deceptions bagi mengalih tumpuan secara red herring terhadap fokus para audiens. Keupayaan audiens untuk fokus terhadap sesuatu isu besar akan dipecah-pecahkan kepada beberapa isu lain yang sebenarnya kecil tetapi diperlihatkan sebagai besar.

Untuk memahami permainan ini, kita ambil beberapa contoh. Katakan pemain A mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng Z yang dikenali semua orang sebagai kumpulan penjenayah paling jahat di kawasan itu, tetapi A tidak mahu dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan Z kerana ia akan menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya di mata audiens.

Bagaimanapun, A perlu menjaga hubungannya dengan samseng Z. Jadi, A pada masa ini mempunyai masalah untuk mengekalkan kepercayaan audiens yang secara nyata tidak menyukai Z. Untuk menyelesaikan masalah ini, A perlu ‘memohon kompromi’ daripada Z dengan cara ‘menghentam’ perbuatan Z dalam isu-isu terpilih bagi menjaga nama baik A sendiri.

Sekiranya Z tidak kisah dengan permintaan A kerana ia tidak akan sedikitpun menjejaskan kekuatan Z, maka A dibenarkan untuk ‘memburukkan’ Z dalam isu-isu tertentu yang terpilih (bukan semua isu) dengan menjadikan B sebagai kambing hitam. Ia diberikan kerana sokongan yang diterima A daripada audiens akan mendatangkan lebih banyak keuntungan kepada kegiatan Z pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, A akan menuduh B berhubungan dengan Z bagi menutup hubungannya sendiri dengan Z. Dalam masa yang sama juga, A mengekalkan hubungan baiknya dengan Z meskipun B sudah dikaitkan dengan kejahatan Z. Situasi ini memperlihatkan seolah-olah seorang penjenayah telah menuduh orang lain pula sebagai penjenayah bagi menutup ‘topengnya’ sendiri. B dijadikan kambing hitam yang dikaitkan dengan Z, walhal A sebenarnya berhubungan secara senyap dengan Z untuk kepentingan peribadinya.

Dalam keadaan ini, A perlu memburukkan B melalui cara mengaitkan B dengan Z. Apabila pengaruh audiens terhadap B berkurangan, maka A akan mendapat kelebihan. Walaupun imej Z sentiasa dipandang buruk, ia bagaimanapun tidak akan menjejaskan Z.

Dalam hal ini juga, A dan Z mendapat kelebihan yang sama banyak kerana Z tidak sedikitpun terjejas dari segi kekuatan pengoperasiannya disebabkan isu yang ditimbulkan A mengenai tuduhan terhadap B yang dikatakan berhubungan dengan Z.

Mangsanya ialah audiens yang semakin keliru apabila banyak keterangan yang bertembung sesama sendiri melibatkan A terhadap Z, dan B terhadap Z. Kekeliruan itu timbul apabila A memulakan langkah menuduh B mempunyai hubungan dengan Z sedangkan keterangan yang berketerangan pula menunjukkan pembayang sebaliknya iaitu kebarangkalian A mempunyai hubungan dengan Z adalah lebih jelas berbanding B yang dikatakan berhubungan dengan Z melalui keterangan yang meragukan.

Audiens pula menjadi keliru dengan keterangan bertindih-tindih yang dibuat A bagi membuktikan kesahihan hubungan B dengan Z. Audiens adalah mangsa, manakala B pula ialah kambing hitam. Namun, perlakuan A boleh diselidik melalui pelbagai sumber dari semua arah. B juga boleh membuktikan kepalsuan tuduhan itu melalui pelbagai keterangan yang berketerangan dari semua arah. Audiens juga boleh mendapat jawapan sebenar dengan meneliti maklumat dan keterangan yang datang dari semua arah.

Jadi, apa yang perlu audiens lakukan?

--

Menyemak semula semua bukti dan keterangan


Setiap pernyataan yang berbentuk tuduhan perlu dibuktikan dengan pelbagai bahan bukti bersangkutan dengan kes, perlu mengemukakan barang kes yang mempunyai keterangan bagi setiap barang kes itu, juga perlu mengemukakan keterangan saksi dan lain-lain keterangan sebelum ia disahkan sebagai kesalahan yang sudah dibuktikan.

Apabila banyak bahan bukti dan keterangan dikemukakan dalam proses pembuktian, maka semua bahan bukti serta keterangan-keterangan itu wajar disemak semula untuk mengenal pasti kadar kesahihannya.

Ada sesetengah bukti yang dikemukakan itu sangat relevan untuk disabitkan dengan tuduhan, ada pula sesetengah bukti itu tidak mempunyai perkaitan yang benar-benar kukuh untuk disabitkan dengan tuduhan.

Perlu diketahui bahawa terdapat pengukur kekuatan sesuatu bahan bukti iaitu sama ada ia kuat, lemah, meragukan atau tidak berkaitan. Maka, perkara-perkara ini yang harus diteliti dan disemak semula oleh audiens.

Audiens harus menjadi hakim yang bijak dalam memproses semua maklumat yang diterima dari semua arah melalui penilaian berlandaskan bukti dan keterangan berfakta (keterangan yang berketerangan, dan keterangan yang dibuktikan oleh keterangan dalam keterangan) yang waras. Namun, kita tidak mengikut sebagaimana proses pembuktian yang dilakukan di mahkamah yang hanya fokus kepada fakta kes yang dituduh sahaja.

Memahami keseluruhan ‘cerita’ sangat diperlukan. Ia membolehkan kita mendapat maklumat dari semua arah tanpa terlepas atau tercicir walau secebis keterangan yang bersangkutan dengan isu.

Cerita-cerita yang sebahagiannya membantu pembinaan keterangan perlu diteliti dengan memadankan semua keterangan itu yang diperoleh daripada sumber-sumber yang tidak dinafikan oleh orang-orang yang terlibat dalam kes atau isu itu. Andai sesuatu keterangan itu tidak dinafikan atau gagal dinafikan dengan keterangan yang mempunyai keterangan, maka keterangan itu diterima pakai sebagai keterangan yang boleh dipertimbangkan.

Keterangan itu pula diterima untuk dipertimbangkan, tetapi belum boleh diterima untuk dijadikan sebagai keterangan yang sudah dibuktikan. Keterangan itu perlu dibuktikan dengan mencari ‘benang-benang’ keterangan lain yang menyokong keterangan sebelum itu.

Benang-benang terhadap keterangan itu perlu disemak semula dan disusun untuk meneliti konsistensi dan keselarian antara setiap satu bagi mengenal pasti sama ada wujud percanggahan antara satu dengan yang lain.

Andai tiada percanggahan di mana keterangan itu sentiasa menyokong keterangan yang lain, maka keterangan-keterangan itu selari dalam benang yang lebih jelas. Apabila ada percanggahan, maka ia adalah keterangan yang meragukan; dalam situasi lain pula yang seolah-olah menunjukkan ada keterangan yang menyokong keterangan lain tetapi tidak membawa kepada keterangan yang lebih jelas terhadap tuduhan asal, ia tidak diterima sebagai keterangan bukti selagi tiada pembuktian terhadap pertalian yang lebih jelas.

Setiap orang yang terlibat dalam sesebuah isu itu perlu diselidik segala maklumat yang ada membabitkan orang-orang itu. Dalam kes-kes jenayah, setiap orang yang mengenali mangsa perlu disoal siasat dan juga perlu disiasat mengenai orang terakhir yang bertemu dengan mangsa. Perlu difahami di sini ialah terma orang-orang yang ditemui oleh orang-orang yang terlibat di dalam sesebuah kes.

Orang-orang yang ditemui tersebut juga akan membantu dalam membawa kepada keterangan-keterangan yang lain. Ia membantu dalam mengetahui motif, tujuan mengapa orang-orang itu ditemui atau dihubungi oleh orang-orang yang terlibat di dalam kes, ia juga membantu dalam mengetahui dengan cara menyelidik orang-orang yang ditemui.

Maklumat-maklumat seperti itu hanya akan diperoleh apabila audiens melakukan pemerhatian atau siasatan menyeluruh dengan mengambil kira setiap maklumat yang datang dari semua arah. Maklumat-maklumat itu pula tidak wajar ditolak selagi tiada keterangan yang membolehkan ia ditolak. Maklumat yang diterima wajar diproses berpandukan keterangan-keterangan yang membantu siasatan.

Maka dengan itu, setiap maklumat yang datang itu tidak wajar ditolak mentah-mentah selagi ia tidak diselidik atau disiasat dengan teliti. Siasatan yang dibuat juga wajar berpandukan keterangan-keterangan yang saling berkaitan untuk merungkai misteri sesebuah kes. Setiap keterangan perlu disemak, dipadankan setiap satu bagi melihat keselarian dan bagi mengenal pasti keterangan yang tidak bersangkutan dengan kes.

Apabila semua keterangan dipadankan, wajar juga melihat ke mana keterangan itu membawa kepada perkara yang menjadi kes. Ruang-ruang kosong yang menjadi persoalan dalam sesebuah kes akan lebih mudah diisi apabila kita mengutip dan memadankan semua keterangan yang boleh diterima bilamana ada konsistensi.

Atas sebab itu, adalah perlu untuk meneliti setiap maklumat yang datang dari semua arah kerana ia akan membantu kita mengisi ruang-ruang kosong yang memerlukan jawapan sebelum kes itu dirumuskan dengan satu jawapan yang waras.

Ruang-ruang kosong itu perlu diisi dengan keterangan yang berketerangan.

Tidak mahu terus menjadi mangsa? Harap tidak buntu lagi, isilah ruang-ruang kosong itu. Buatlah double check, lihat siapa yang kena checkmate.



-STALKER-

Wednesday 8 February 2012

Nota: Tangan

ANAK adalah anugerah daripada Allah kepada para hamba-Nya. Tanggungjawab ibu bapa pula ialah mendidik anak-anak supaya mengenal perkara haq dan bathil sebagai persiapan sebelum anak itu mencapai umur baligh. Apabila sudah akhil baligh, maka tiada lagi istilah budak-budak terhadap anak itu kerana anak itu telah cukup umur.

Memang benar kalau dikatakan semua orang melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang diulang-ulang tanpa sedikit pun rasa sedar, ia bukan lagi kesilapan, ia sebaliknya menjadi kesalahan. Kesilapan yang pertama kali dilakukan ialah kesilapan, tetapi apabila kesilapan itu berulang berkali-kali, maka ia adalah kesalahan. Apabila anak-anak melakukan kesilapan berulang kali, maka ia adalah kesalahan dan wajib dihukum sebagai memberi pengajaran.

“Sesiapa melihat sesuatu kemungkaran, maka HENDAKLAH (wajib) mencegahnnya dengan TANGAN, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” - (Hadis Riwayat Muslim)

Andai anak itu melakukan kesalahan (khususnya perkara mungkar), dia wajar dihukum dengan tangan andai nasihat (dengan lidah) sudah tidak memadai untuk mendisiplinkan kembali anak itu. Ia kerana Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda) memerintahkan kita supaya mencegah kemungkaran itu dengan tangan. Itu satu perintah.

Banyak perkara dapat diubah apabila kita melakukan perubahan itu dengan tangan kita sendiri, syaratnya perbuatan itu haruslah untuk menegakkan perintah Allah dan Rasul-Nya. Untuk mengembalikan seseorang kepada jalan Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak bererti memukul dengan tangan, tetapi memukul dengan tangan itu adalah sebahagian daripada pengertian mencegahnya dengan tangan.

“Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan PUKUL jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” - (Hadis Riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah berpesan kepada kita supaya memukul anak jika mereka enggan mendirikan solat. Pengertian hadis itu tidak hanya berkisar dalam hal solat. Tidak mendirikan solat itu adalah satu perbuatan mungkar. Apa pula pesan Nabi kepada kita apabila melihat kemungkaran? Pesan Nabi ialah HENDAKLAH mencegahnya dengan TANGAN. Pesanan mencegah dengan tangan itu pula ditujukan kepada semua umat, tidak hanya kepada ibu bapa yang dipertanggungjawab mendidik anak. Mencegah dengan tangan itu lebih utama dan sangat besar pengertian serta kesan baik yang akan kita terima. Maka, PUKUL itu juga selari dengan perbuatan menggunakan TANGAN.

Maka dengan itu, Rasululllah konsisten dalam setiap ucapannya (yang diungkap sebagai hadis). Apabila melihat kemungkaran, Nabi perintahkan kita supaya mencegah dengan TANGAN. Apabila anak-anak tidak solat, Nabi perintahkan kita supaya memukul, juga berkisar dalam maksud perbuatan dengan TANGAN. Nabi tidak suruh menendang atau sepak terajang, tetapi Nabi perintahkan supaya melakukannya dengan TANGAN.

Dalam dunia New World Order (NWO) hari ini, manusia terdedah kepada pelbagai anasir dan corak pemikiran yang menyesatkan kewarasan sehingga kita terlupa kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Modul-modul kesesatan rancangan kultus Illuminatus pula sedang ligat memutarkan akal-akal manusia supaya berpaling daripada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Anak-anak remaja Melayu yang beragama Islam pula semakin berubah, sedih melihat anak-anak orang Islam menjadi lebih kurang ajar daripada anak-anak orang kafir. Tidak menghormati ibu bapa dan menderhaka tanpa rasa bersalah. Lebih parah apabila ibu bapa langsung tidak menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan yang terang salah.

Apa pesan Nabi kalau kita melihat kemungkaran termasuk anak yang derhaka? HENDAKLAH mencegahnya dengan TANGAN. Maka, taatilah perintah itu, berilah pengajaran kepada anak-anak yang melakukan kesalahan, berilah pengajaran kepada anak kamu menggunakan TANGAN kamu sendiri.

Andai ada orang lain yang berasa bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan anak kamu dengan mencegahnya dengan TANGAN mereka sendiri kerana mereka taat kepada perintah Nabi, maka apa pula dengan kamu yang tidak taat kepada perintah Nabi kerana tidak mencegah kemungkaran anak kamu dengan tangan kamu sendiri? Bukankah bermakna kamu ingkar perintah Nabi? Andai kamu pula memusuhi orang yang memukul anak kamu kerana mereka hanya melaksanakan perintah Nabi, maka wajarkah dikatakan kamu juga memusuhi orang-orang yang melaksanakan perintah Nabi. Atau, wajarkah dikatakan kamu juga memusuhi perkara yang telah Nabi perintahkan?

Anak-anak perlu dididik dengan agama supaya mereka mengenal Allah, mengenal serta taat segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Andai esok kamu mati, adakah anak kamu itu yang akan memandikan jenazah kamu? Adakah anak kamu itu yang akan mengkafankan kamu? Adakah anak kamu itu yang akan mendirikan solat kepada jenazah kamu? Adakah anak kamu itu akan mengebumikan kamu? Adakah anak kamu itu akan menghadiahkan bacaan al-Quran dan doa-doa untuk roh kamu? Atau, adakah anak kamu itu yang akan memalukan kamu dan terus memalukan kamu walaupun kamu telah mati?

“Setiap anak yang dilahirkan fitrah itu bagaikan kain putih, ibu bapalah yang MENCORAKKAN (kata kerja yang berkaitan dengan tangan) anak itu sama ada menjadi seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.”- (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud mencorakkan anak yang diumpamakan dengan kain putih itu juga selari dengan pengertian TANGAN. Ia kerana mencorakkkan itu juga perbuatan menggunakan TANGAN. Oleh itu, ucapan Nabi sentiasa konsisten kerana setiap yang keluar daripada mulut Nabi adalah datangnya daripada Allah. Maka, perintah Nabi itu juga datangnya daripada Allah.

Mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya akan membawa kita kepada keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Malukah kita apabila ditanya di hadapan Allah: “Apa yang kamu buat untuk mendidik anak kamu supaya taat kepada Allah, Rasul dan kamu sendiri sebagai ibu bapa?”

Tidak malukah untuk mengaku di hadapan Allah bahawa kamu langsung tidak berbuat apa-apa dalam mendidik anak kamu sedangkan Nabi-Nya memerintahkan kamu supaya mencegah kemungkaran dengan menggunakan TANGAN termasuk kemungkaran yang dilakukan anak kamu itu, kamu sudah diberi peluang oleh Allah, tetapi kenapa ingkar perintah Allah dan Rasul? Derhaka itu mungkar, meninggikan suara kepada orang lebih tua itu juga mungkar, tidak menghormati orang lebih tua itu juga mungkar, maka cegahlah ia dengan TANGAN.

Barat mengajar manusia hari ini dengan cara kononnya moden dalam mendidik anak-anak. Barat mengutamakan pendekatan yang tidak selari dengan perintah Nabi. Andai memukul anak, seseorang boleh dituduh mendera anak di mahkamah. Kesannya, kita langsung tidak boleh memukul anak kerana tidak mahu dituduh di mahkamah sebagai mendera atau melakukan kekasaran sehingga mendatangkan kecederaan teruk.

Hakikatnya, itulah yang kultus Illuminatus mahukan iaitu prejudis kepada perintah Allah dan Rasul-Nya meskipun dalam hal mendidik anak. Itulah salah satu catur yang mengehadkan kita daripada mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Namun, kita sekali lagi lupa bahawa kesederhanaan itu juga diajar dalam Islam. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara,memukul juga biarlah sederhana. Pun begitu, pastikan perbuatan memukul itu mampu meninggalkan pengajaran yang besar kepada si anak supaya dia faham bahawa dia dipukul kerana melakukan kesalahan dan supaya dia ingat bahawa kesalahan itu tidak wajar diulangi.

Memang benar semua orang melakukan kesalahan. Namun kesalahan itu tetap kesalahan dan ia wajar diberi pengajaran. Cukup sekadar member pengajaran dan lakukanlah ia dengan sederhana sebagaimana diperintahkan. Kalau sayangkan anak, tidak perlu dimanja-manjakan berlebih-lebihan kerana itu akan memusnahkan anak itu sendiri.

Andai semua anak remaja melakukan kesalahan dan semua ibu bapa berkata: “Semua orang buat salah, lagipun dia tu budak lagi.” Maka boleh runtuh agama. Sampai bila-bila pun si anak itu tidak akan faham setiap butir kesalahannya dan tidak akan berasa insaf sebenar-benar insaf atas segala kesalahannya. Lebih parah, anak tidak melakukan perkara yang sepatutnya apabila ibu bapa telah meninggal dunia kerana tidak pernah diajar dengan TANGAN.

Saya tidak mahu cakap lebih dalam nota kali ini, ia hanya sebagai peringatan kepada kita semua supaya taat perintah Allah dan Rasul-Nya dalam hal mendidik anak.


Pepatah Melayu dalam hal mendidik anak juga berkisar dalam perbuatan dengan tangan.


MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.”(Perbendaharaan pepatah Melayu) Melentur itu perbuatan menggunakan tangan.


“Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak TANGAN-TANGANKAN.”(Perbendaharaan pepatah Melayu)



Andai kita melihat sesuatu kehancuran, ia juga disebabkan oleh TANGAN-TANGAN kita sendiri yang tidak memainkan peranan dengan sebaiknya. Anak yang hancur akidah dan masa depannya juga disebabkan oleh kegagalan kita sendiri yang gagal taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.


Apabila kita melihat akidah dan akhlak masyarakat hancur, maka ia salah kita kerana tidak mendidik masyarakat bermula dari rumah kita sendiri. Jangan hanya tahu geleng kepala kalau melihat kemungkaran anak sendiri, it is our own fault.


Apa yang kita buat, itulah yang kita dapat.



-

Thursday 2 February 2012

Tinggalkan satu peluru

ZIONIS sanggup melakukan apa sahaja cara bagi menggagalkan sebarang usaha orang Arab Palestin untuk memerdekakan negara mereka daripada penjajahan. Terlalu banyak peristiwa berdarah yang menyaksikan kematian dan pembunuhan rakyat Palestin sejak tahun 1948, malah peristiwa berdarah pada sebelum 1948 juga sudah ada yang berlaku.

Benjamin Netanyahu pernah berkata, semua itu (serangan terhadap orang Palestin) dilakukan adalah untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan negara dan rakyat Israel kerana sering menjadi sasaran serangan orang Palestin yang dianggap sebagai pengganas.

Sebelum itu, Ariel Sharon juga pernah menyuarakan nada yang serupa iaitu Israel tidak akan teragak-agak untuk membedil rakyat Palestin tanpa sebarang belas kasihan sekiranya negara Yahudi itu berasa tidak selamat akibat perkembangan (gerakan pembebasan) yang dianggap sebagai meragukan di Palestin. Baru berasa (paranoid) seperti akan diserang oleh orang Palestin, tetapi Zionis telah menyerang terlebih dahulu hanya kerana sikap paranoia.

Nada-nada daripada lidah para pemimpin Zionis tidak pernah berubah, ia tetap konsisten dalam usaha meluaskan penguasaan secara haram terhadap tanah Palestin sejak 1948. Amerika dibonekakan dengan cara ditekan secara politik dan ekonomi oleh Zionis supaya sentiasa menyokong setiap usaha jahat Israel. Kuasa besar seperti Amerika juga senang-senang dibonekakan oleh Zionis Israel.

Ia ditambah lagi dengan peranan yang dimainkan oleh beberapa individu berdarah Yahudi yang berada dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi Amerika. Nama-nama seperti Paul Wolfowitz, George Soros, Madelyn Albright serta beberapa nama lagi adalah antara individu berdarah Yahudi anggota Zionis dan berpengaruh di Amerika.

Kali ini, saya tidak mahu bercakap soal politik Malaysia walaupun saya akan memetik beberapa nama orang politik yang bercakap dengan alasan tidak masuk akal. Saya bercakap atas dasar isu Israel-Palestin, saya tidak bercakap soal politik sempit dalam periuk politik Malaysia yang mendidih bersama kahak-kahak dan muntah-muntah bercampur fitnah dari kedua-dua belah pihak.

Minggu ini, rakyat Malaysia didedahkan dengan laporan Wall Street Journal yang memetik pernyataan De Facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim mengenai isu Israel-Palestin. Baiklah, kita bercakap soal isu Israel-Palestin, bukan politik Malaysia.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel.”Anwar Ibrahim, seperti laporan Wall Street Journal.

Terjemahan: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Saya tidak terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu, sungguh tidak terkejut. Malah, sudah lama saya menunggu kalau-kalau kenyataan itu keluar dari mulutnya dan akhirnya keluar juga dan dilaporkan media antarabangsa untuk kita semua baca dan fikir.

Pernyataan yang diucapkan itu adalah sangat selari dengan kata-kata yang pernah diucapkan Benjamin Netanyahu, Ariel Sharon, Ehud Barak dan beberapa lagi pemimpin Zionis. Saya tidak mahu mengaitkan isu ini dengan sebarang bentuk konspirasi Zionis, saya hanya mahu ia difikirkan dengan akal yang waras mengenai terma segala usaha melindungi keselamatan Israel. Terma yang sama maksud itu juga pernah diucapkan Netanyahu, Sharon, Barak dan lain-lain anggota Zionis. Media seluruh dunia telah merekodkan semua ucapan mereka.

Gambar bawah: Memo ringkas daripada kerajaan Amerika pada 1948 yang menyatakan sokongan kepada negara haram Israel untuk menjamin keselamatan rakyat haram Israel daripada sebarang ancaman termasuk 'ancaman' dari kalangan rakyat sah Palestin sendiri.

Israel adalah sebuah negara haram yang dibina di atas tanah rakyat Palestin. Darah orang Palestin menjadi baja yang menyuburkan tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis. Kesengsaraan dan tangisan kanak-kanak Palestin menjadi lagu paling merdu untuk didengari oleh Zionis. Tidak ada yang lebih membahagiakan sang Zionis melainkan penderitaan umat Islam.

Malaysia ialah salah sebuah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Brunei yang tidak mengiktiraf negara haram Israel sehingga hari ini. Dalam passport Malaysia, dinyatakan dengan jelas iaitu pemegang passport Malaysia tidak boleh menjejakkan kaki atau masuk ke Israel. Pendirian Malaysia dan seluruh majoriti rakyatnya yang beragama Islam memang tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah dari dahulu hingga hari ini. Dasar menutup sebarang usaha untuk mengadakan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara haram Israel tidak akan berubah selagi ada kekuatan orang Islam di negara ini yang tegas untuk tidak mahu dasar itu diubah, ia hanya akan diubah apabila umat Islam di Malaysia yang sedia ada kini berubah menjadi lembik akibat mengikut rentak tipu daya para proksi Zionis yang sentiasa menjanjikan dunia.

Kenyataan yang diucapkan kepada Wall Street Journal itu tidak dinafikan oleh Anwar. Apabila tidak dinafikan oleh individu responden yang bercakap, kadar kesahihannya adalah tinggi dan kenyataan itu sah dengan sendirinya (automatik) sebagaimana yang dilaporkan. Penilaian kesahihan itu adalah berdasarkan amalan penilaian organisasi-organisasi media antarabangsa terhadap sesebuah kenyataan yang dilaporkan. Jika tidak benar sebagaimana dilaporkan, maka buatlah penafian menggunakan media yang sama. Perlu diingat, setiap perbualan seseorang dengan wartawan media, ia akan direkodkan dan rekod percakapan itu disimpan sebagai rekod sejarah moden. Rekod tetap ada.

If there is no denial, then it is true as it reported.

Mengikut amalan kebebasan bersuara melalui media, seseorang boleh mengemukakan saman terhadap sesebuah organisasi media apabila sesuatu kenyataan diputar belit. Adakah Wall Street Journal akan disaman disebabkan kenyataan itu? Saya rasa tidak.

Kemudian beberapa media lain (pro-pakatan) melaporkan kenyataan Anwar yang cuba menangkis kecaman yang diterima daripada banyak pihak di negara ini dengan mengatakan kenyataan yang menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel itu adalah selari dengan prinsip penyelesaian two states solution yang dikatakan turut dipersetujui Hamas dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Hakikatnya, Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak pernah mengiktiraf Israel. Hamas dan rakyat Palestin tidak pernah memilih untuk bersetuju kerana ia secara automatik menandakan bahawa Palestin mengiktiraf Israel jika ia bersetuju. Ia juga ada direkodkan. Carilah maklumat itu dan berfikirlah mengenai siapa yang sedang bercakap sumbang dalam hal Palestin-Israel.

Bagi rakyat Palestin, rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk menyerang rakyat Palestin demi kononnya menjaga keselamatannya, alasan tidak masuk akal daripada lidah Zionis itu tidak pernah dipersetujui Palestin dan seluruh isi dunia Islam. Hanya orang yang tidak ada akal sahaja akan bersetuju dengan alasan Zionis yang tidak masuk akal itu.

Sudah berapa banyak rundingan Palestin-Israel telah gagal? Bagaimana pula dikatakan Hamas bersetuju kalau rundingan telah beberapa kali gagal? Hamas dikatakan bersetuju berdasarkan ‘press statement’ daripada lidah rasmi Hamas sendiri atau dari lidah PBB? Jangan cuba kelentong dalam soal press statement dan press report. Ini pun ada rekod-rekodnya. Carilah maklumat dari semua arah, jangan jadi hilang akal disebabkan alasan-alasan yang tidak masuk akal.

Andai Palestin bersetuju dengan kononnya dikatakan PBB mensyaratkan Israel menjamin hak rakyat Palestin, ia bermakna Palestin telah mengiktiraf Israel. Hakikatnya Palestin tidak mengiktiraf pendudukan haram Zionis Israel di tanah mereka. Ia juga bermakna Palestin tidak bersetuju dengan syarat penuh muslihat dan tidak masuk akal itu. Orang Palestin yang hidup tertekan di tanah mereka sendiri akibat tindakan Israel yang tidak masuk akal pun dapat berfikir dengan waras menggunakan akal sihat mereka, tetapi mengapa orang yang dapat tidur nyenyak di Malaysia ini tidak dapat berfikir waras menggunakan akal untuk memahami tipu daya alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan Zionis kepada dunia.

Mengapa pernyataan itu dikeluarkan dan dilaporkan Wall Street Journal? Itu soalan terbaru. Soalan yang sudah agak basi pula ialah mengapa perlu bergegas tergesa-gesa ke Amerika (berjumpa siapa di sana?) selepas timbul isu menghentam slogan One Israel? Mengapa sampai begitu demi menjaga hati Yahudi Zionis? Tapi, saya tidak mahu mengaitkan konspirasi Zionis di sini. Artikel ini hanya mengenai terma menyokong sebarang usaha melindungi Israel sebagaimana pernah diucapkan pemimpin-pemimpin Zionis sebelum ini.

Setiap kali Israel menyerang Palestin, alasan yang diberikan ialah untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat negara Zionis itu yang kononnya sedang terancam oleh ‘pengganas’ Palestin. Serangan yang dibuat ke atas Palestin itu adalah untuk memusnahkan kumpulan ‘pengganas’ di Palestin. Itu alasan Zionis. Alasan yang tidak masuk akal. Alasan yang cuba memperbodohkan semua orang di seluruh dunia.

Jika anda adalah orang Islam yang waras dan sihat akalnya, perkara yang mana satu akan menjadi keutamaan anda apabila diberi dua pilihan ini; usaha membantu menamatkan penderitaan rakyat Palestin dengan sokongan mengusir Zionis atau secara liberal menyokong usaha melindungi keselamatan Zionis Israel?

Perkara mana yang menjadi keutamaan? Mengutamakan kesejahteraan saudara sama akidah atau kesejahteraan pihak yang menjadi penyembelih saudara-saudara Islam kita?

Mungkin akan ada di antara kita yang berkata, “walau apa pun usaha kita untuk bebaskan Palestin, kita tetap tidak boleh buat apa-apa.” Baiklah, saya hormat kata-kata itu, kerana hanya dengan pertolongan Allah sahaja kita akan dapat melakukannya, saya terima kata-kata itu kalau orang yang mengucapkan kata-kata itu menyerahkan segala-galanya kepada kehendak Allah. Tetapi, kalau kata-kata itu disulami dengan niat hati yang merelakan atau bersetuju perlakuan jahat Zionis terhadap rakyat Palestin hanya semata-mata untuk menjamin keselamatan Israel, maka ia tidak boleh diterima.

Haifa, Ramallah, Jenin dan Gaza serta beberapa wilayah lain, adalah kawasan-kawasan yang pernah menyaksikan pertumpahan darah rakyat Palestin pada setiap kali Israel menyerang bumi Palestin hanya dengan alasan untuk menjaga keselamatan Israel. Lubnan/Lebanon juga pernah diserang hanya kerana alasan Israel untuk menegaskan niatnya untuk menjaga keselamatan negara haram Israel. Bukan Palestin sahaja yang menjadi mangsa terhadap alasan Zionis mahu melindungi keselamatan negara haram Israel, tetapi negara-negara Islam yang lain juga turut menjadi mangsa kerakusan Zionis. Sudah banyak kita saksikan Zionis menyerang orang Islam hanya dengan alasan yang tidak masuk akal itu. Kalau kita ini orang Islam yang mempunyai akal yang waras, mahukah kita menerima alasan Zionis itu yang langsung tidak boleh diterima akal?

Apabila rumah kamu dimasuki perompak, kemudian perompak itu bertindak membunuh ibu bapa kamu kerana perompak itu berasa dirinya terancam apabila ibu bapa kamu melawan mempertahankan harta benda supaya tidak dirompak. Perompak itu membunuh ibu bapa kamu kerana perompak itu mahu melindungi keselamatan dirinya sendiri sedangkan sudah terang-terang perompak itu memang bersalah kerana menceroboh? Mahukah kita menerima baik alasan perompak itu di mahkamah yang terang-terang berniat menceroboh rumah kita dan melakukan kejahatan sehingga membunuh ibu bapa kita?

Kalau Malaysia pula diserang mana-mana kuasa asing yang mengatakan mereka menyerang Malaysia adalah untuk menjaga keselamatan negara mereka sedangkan kita tidak pernah mengacu senapang atau meriam kepada mereka, adakah alasan seperti itu boleh diterima? Bermaruahkan kita kalau menerima alasan tidak masuk akal itu yang akhirnya memusnahkan diri kita sendiri? Kalau mati pun, mati lah dengan cara bermaruah.

“Kami tidak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.” - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.

Israel negara (berstatus haram) keempat dunia yang memiliki senjata canggih dan fasiliti ketenteraan yang canggih setanding Amerika. Palestin pula antara negara yang sangat mundur dan miskin. Dalam konteks kemiskinan dan ketenteraan, apa yang ada pada Palestin sehingga boleh dikatakan sebagai berbahaya kepada Israel? Masuk akal kah kalau dikatakan Israel mengebom dan menembak mati rakyat Palestin hanya kerana berasa keselamatan dirinya terancam? Siapa sebenarnya yang perlu dilindungi? Adakah yang kuat lagi jahat itu perlu dilindungi termasuk dengan cara memberi sokongan terhadap mereka?

Ada juga beberapa pemimpin dalam pakatan turut terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan bagi pihak Anwar. Tidak perlu ada orang (orang politik, blogger atau sebagainya) yang tolong menjawab bagi pihak Anwar kerana itu adalah pernyataannya sendiri . Biarlah Anwar menjelaskannya sendiri dengan alasan yang lebih masuk akal. Tidak perlu terhegeh-hegeh menawarkan jawapan dan alasan, andai tuan badan sendiri tidak memberi penjelasan dengan alasan yang lebih waras dan masuk akal. Daripada terhegeh-hegeh menjadi seperti tikus membaiki labu, adalah lebih baik meminta tuan punya lidah memberi penjelasan.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.” – Terjemahan ucapan daripada laporan Wall Street Journal.

Wall Street Journal adalah sebuah agensi media milik Yahudi Amerika. Agensi berita itu sentiasa bersikap terbuka terhadap sesiapa sahaja menyatakan sokongan terhadap dasar Amerika yang pro-Israel. Ia termasuk dengan berani tanpa sebarang rasa takut melaporkan kenyataan-kenyataan para pemimpin negara haram Israel yang mengancam mahu membunuh Presiden Obama kerana semakin dilihat mengabaikan kepentingan Israel seperti dilaporkan pada awal Januari baru-baru ini. Ia juga secara berani menyebarkan spekulasi dan bad rumours untuk menjatuhkan karier politik Obama supaya tidak menyambung tugas dalam penggal akan datang kerana mengabaikan kepentingan Israel.

Pada masa yang sama, agensi berita itu juga akan melindungi sesiapa sahaja yang pro-Israel dengan cara melaporkan ‘statements’ bertaraf ‘play safe’ jika sesuatu laporan sebelum itu menimbulkan ketegangan di mana-mana sudut dunia. Laporan playsafe itu biasanya akan memanipulasi statements sebelum ini dengan penggunaan terma bahasa yang mengelirukan dan mempunyai dua maksud. Saya orang media, saya tahu semua itu. Tetapi saya bukan hamba politik yang sanggup menjaga hati Zionis demi mencapai cita-cita politik peribadi.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.” Mengapa tidak berani terang-terang menyebut sebagai negara haram Israel supaya didengari oleh seluruh dunia dan orang-orang Zionis bahawa itulah pendirian seorang pemimpin Islam dari Malaysia yang sentiasa menganggap Israel sebagai sebuah penempatan haram. Tetapi, mengapa disebut negara Israel seolah-olah sudah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara? Apabila ada peluang untuk bercakap melalui media antarabangsa, maka tunjukkanlah ketegasan sebagai seorang pemimpin Islam, yang akan mengundi kamu bukanlah Yahudi-Yahudi Zionis dari seluruh dunia, tetapi yang akan mengundi kamu ialah rakyat Malaysia yang tentunya akan bangga kalau kamu menghentam Zionis melalui media milik mereka sendiri. Malangnya, Zionis diberikan berita gembira melalui statement: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” Zionis cukup gembira dengan khabar itu, orang Palestin hanya mampu mencebik kecewa apabila ada pemimpin Islam berkata seperti itu seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai keutamaan walaupun di pandangan sesama Islam jika dibandingkan dengan kepentingan negara haram Isarel.

Tidak perlu juga melakukan spin untuk memutar isu bagi membela sebuah pernyataan yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara haram Israel. Lebih menepati keperluan ialah menjelaskan maksud sebenar pernyataan itu diucapkan. Pernyataan itu juga menawarkan maksud bahawa individu yang mengucapkannya juga mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara walhal Zionis dengan rakus membina penempatan haram di tanah milik orang Palestin yang dibunuh dan ditindas selama lebih 60 tahun.

Segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel itu sudah banyak kali Zionis terjemahkan secara nyata melalui siri-siri serangan terhadap rakyat Palestin, alasannya ialah sama dengan alasan yang tidak masuk akal itu, iaitu melindungi keselamatan Israel.

Ia termasuk menyekat segala cubaan membawa masuk bekalan makanan kepada rakyat Palestin. Israel sudah lama mengidam mahu semua rakyat Palestin mati, termasuk dengan cara mati perlahan-lahan dalam keadaan kebuluran tanpa makanan sehingga kematian mereka itu tidak diketahui penduduk dunia.

Segala usaha melindungi keselamatan negara Israel itu juga termasuk dengan cara menembak kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua Palestin. Mengebom kawasan yang ada penduduk dengan menggunakan jet pejuang yang berisi bom peledak. Menembak mati sesiapa sahaja yang mereka curiga asalkan orang yang mahu ditembak itu tidak mewarisi wajah Yahudi.

Saya tidak bercakap mengenai politik Malaysia. Saya bercakap mengenai sebuah pernyataan yang sangat tidak masuk akal apabila menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel biarpun Zionis terang-terang membunuh dan mengebom rakyat Palestin. Tidak perlu spin-spin melibatkan hal ehwal ekonomi Malaysia yang direncanakan Pakatan Rakyat. Ini bukan soal ekonomi Malaysia yang menjadi bahan kempen pakatan, sebaliknya ia adalah soal menghalalkan kekejaman Zionis yang kononnya melindungi keselamatan negara haramnya sendiri seperti yang dilafazkan de facto pakatan.

Saya tahu seorang penyokong tegar yang tidak habis-habis mengatakan orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel itu sebagai pemimpin terbaik yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia, tidak pernah saya melihat si penyokong terhadap orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel itu benar-benar fokus dalam setiap perkataannya walaupun kerap bersembur air liur mencanang bahawa dia itu kononnya sangat fokus. Terlebih dahulu, biar saya tegaskan sekali lagi, saya bukan orang UMNO, saya juga bukan orang PAS atau PKR di Malaysia, saya bukan ahli dalam mana-mana parti politik.

“TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” Sekadar memetik ayat pemula sebuah entri yang dimuatkan di dalam blog yang suka menggunakan HURUF BESAR milik seorang penyokong yang sentiasa menyokong orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel.

Jika ayat pemula itu benar-benar dimaksudkan sedemikian sehingga diterima oleh hati nurani blogger itu sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun, adakah perbuatan menyokong Israel itu juga boleh dianggap sebagai tidak salah hanya kerana ia diucapkan oleh Anwar yang disokongnya? Adakah pula pula perbuatan Zionis Israel itu tidak salah hanya kerana Anwar menyokong segala usaha untuk keselamatan Israel? Adakah pula perjuangan rakyat Palestin memperjuangkan kemerdekaan mereka sejak 60 tahun lalu itu dianggap sebagai satu kesalahan hanya kerana Anwar menyokong segala usaha untuk keselamatan Israel termasuklah dengan cara membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam?

Sudah terang lagi nyata, perbuatan Zionis Israel itu terang-terang sebuah kesalahan. Semua orang Islam dan majoriti penduduk dunia bersetuju dengan perkara yang tidak masuk akal ini, ia cuma tidak dipersetujui oleh penyokong-penyokong Zionis yang sentiasa mahu menyesatkan akal kita semua Kalau mahu mempertahankan orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel, maka teruskanlah secara terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan bagi menjawab pernyataan Anwar yang menyokong Israel. Anwar pun tidak terhegeh-hegeh menjawab dalam setiap isu yang memerangkap dirinya, kenapa orang lain pula yang mesti dua kali ganda lebih terhegeh-hegeh menawarkan jawapan?

Bukan isu ini sahaja Anwar berdiam diri, banyak lagi isu lain yang tidak diberikan penjelasan. Oleh itu, mengapa mesti ada orang yang terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan sedangkan Anwar sendiri tidak memberikan penjelasan yang masuk akal lebih-lebih lagi dalam hal keselamatan negara haram Yahudi.

Perkara yang benar itu akan tetap menjadi benar, perkara yang salah itu akan tetap menjadi salah selama-lamanya. Perkara haq itu akan tetap menjadi haq, perkara bathil akan tetap menjadi bathil selama-lamanya. Memahami baris ayat kedua dalam perenggan ini adalah jauh lebih penting daripada ayat pertama. Kalau tidak berpuas hati, eloklah kita berbicara di ruang komen di blog ini kalau takut untuk membuka ruang komen dan dihentam di blog kamu sendiri.

Kalau daging babi itu haram (salah/berdosa kalau dimakan), maka selama-lamanya ia kekal haram. Tetapi kalau kita tersesat di dalam hutan dan tiada makanan selain menjamah babi yang banyak berkeliaran di dalam hutan, maka daging babi dihalalkan kerana ia menjadi perkara haq pada waktu itu, tetapi ia tidak selama-lamanya menjadi haq. Itulah peri pentingnya mengenali perkara haq. Ia soal haq, bukan soal tidak semua perkara salah adalah salah. Itu pun kalau pernyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” itu diguna pakai dalam semua perkara sehingga menjadi pegangan hidup. Fokusnya ialah haq, bukannya “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...”.

Memang pernyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” tidak dimaksudkan dalam isu penyataan sokongan Anwar terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel, tetapi ia akan menjadi masalah sekiranya penyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” dijadikan panduan dalam semua perkara sehingga mengenepikan pengertian haq yang mengatasi pengertian perkara betul dan salah. Saya hanya perlu tahu pendirian blogger itu dalam isu “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” selepas pernyataan itu diucapkan oleh Anwar, iaitu pemimpin yang dikagumi blogger itu dalam segenap hal sebagaimana yang saya faham tingkah katanya.

Kalau mahu mempertahankan dengan menawarkan penjelasan sedangkan Anwar sendiri belum menawarkan penjelasan dengan alasan yang lebih waras daripada penjelasan sebelum ini, maka tidak perlu terhegeh-hegeh berbuat demikian. Itu perkataan Anwar, biar dia sendiri yang menjelaskan. Kalau Anwar mahu berpolitik, itu hak dia. Tapi kalau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel, ia menjadi hak saya pula untuk bersuara. Ada orang yang lantang membicarakan hak rakyat, tetapi biarlah adil iaitu biarlah hak orang lain untuk mempersoalkan tingkah laku kamu juga tidak dipersoalkan kerana itu juga hak rakyat.

Isu Palestin dan Israel adalah isu yang sensitif bagi umat Islam. Allah juga memberi penjelasan mengenai bahaya Yahudi dan memerintahkan supaya umat Islam supaya berwaspada.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

Jika seseorang umat Islam mengkhianati agama dengan menurut kehendak Yahudi dan Nasrani, Allah telah memberi amaran-Nya untuk tidak memberi pertolongan kepada pengkhianat itu melalui baris ayat: “Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Andai pernyataan “saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” itu benar-benar bermaksud seperti yang dinyatakan, maka amaran-Nya itu bukan satu gurauan kepada para hamba-Nya. Dalam sesetengah tafsir pula menjelaskan pengertian ‘maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu’ itu bermaksud terputus hubungan iman dengan Allah.

Rejim Zionis Israel seboleh-bolehnya mahu seluruh isi dunia ini tunduk kepada kemahuan mereka. Keselamatan mereka tergugat oleh tingkah laku rakyat Palestin yang memusuhi mereka adalah alasan yang sangat tidak masuk akal. Orang yang bersetuju untuk memberi sokongan terhadap segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel juga adalah sangat tidak masuk akal.

Ia soal pendirian Anwar yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel. Seorang pemimpin parti dalam pakatan di Selangor dengan terhegeh-hegeh memberi penjelasan kononnya itu adalah pernyataan yang tidak mewakili pakatan. Namun andai si penyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel itu diangkat menjadi ketua kerajaan, maka ia menjadi penyataan daripada seorang ketua kerajaan pakatan atas kapasiti iaitu penyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel itu akan dilantik menjadi ketua kerajaan yang dipersetujui perlantikannya oleh rakan-rakan pakatan. Tidak perlu terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan, ia masih tidak masuk akal.

Lebih baik orang-orang Islam dalam pakatan berpakat mendesak minta Anwar beri penjelasan daripada mulutnya sendiri. Mendesak Anwar memberi penjelasan juga sebagai jalan terbaik mengelak fitnah, bukankah siang malam pakatan berjuang ‘melawan fitnah’ daripada musuh politik? Maka berilah penjelasan untuk elakkan fitnah. Ini bukan soal politik Malaysia yang sangat-sangat diperjuang dan diguling-guling oleh para dungu-dungu, ini soal pendirian seseorang yang diangkat sebagai pemimpin Islam terhadap pandangannya mengenai negara haram Israel.

Kalau membunuh rakyat Palestin dan mengebom penempatan Arab Palestin itu menjadi langkah utama dalam melindungi keselamatan Israel, maka tinggalkan satu peluru untuk saya juga. Saya lebih sanggup mati ditembak peluru Zionis andai ditakdir kembali berjuang bersama rakyat Palestin daripada mati sia-sia bersama orang yang menyokong segala usaha untuk melindungi Israel. Saya sanggup mati demi agama Islam dan saudara-saudara Islam saya di Palestin andai saya juga dikatakan sebagai orang yang menggugat keselamatan Israel.

Saya langsung tidak berminat dengan politik Malaysia. Saya juga langsung tidak berminat dengan slogan-slogan ke arah dunia yang liberal mengikut acuan Zionis dan American dream. Sebaliknya, isu Palestin yang dijajah Israel telah memanggil saya untuk menulis artikel ini.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Adakah pernyatan sokongan di atas itu selari dengan maksud ayat perintah Allah di bawah ini:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

Berfikirlah menggunakan akal supaya tidak diperbodohkan oleh alasan-alasan yang tidak masuk akal. Juga berfikirlah menggunakan akal supaya tidak mengatakan artikel ini sebagai sebuah artikel politik dengan alasan-alasan yang juga tidak masuk akal.

Kalau tidak mahu menawarkan penjelasan yang masuk akal di atas dunia ini, maka saya bersama rakyat Palestin akan tetap menunggu penjelasan itu walaupun terpaksa menunggu lama dengan menuntutnya di Akhirat.


"Tinggalkan satu peluru Zionis untuk aku supaya dapat kamu gunakan untuk menembak aku andai aku juga dikatakan menggugat keselamatan negara haram Israel."



-DRIFTER-