Halaman

Saturday 23 November 2013

Tenaga: Belajarlah daripada hikmah kejadian

TOPIK tenaga selalu mendapat perhatian setiap kali disiar di blog ini. Kadang-kala, kita sampaikan subjek yang sukar diterima akal mengenai tenaga, namun ada juga sebilangan kamu yang mampu memahami kerana pernah melalui pengalaman berkaitan tenaga yang disebutkan dalam nota-nota berkenaan.

Apabila ada yang pernah merasai pengalaman itu, maka ia bukanlah sesuatu yang dongeng atau rekaan. Andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian.

Seperti yang sudah banyak kali diberitahu, tenaga tidak musnah selagi Pencipta tidak berkehendak ia musnah. Disebabkan ia tidak musnah, maka ia berpindah daripada satu ‘bentuk’ kepada “bentuk” yang lain.

Atas sebab itu kita mengatakan “andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian” sebagaimana dalam perenggan kedua di atas. Tenaga itu singgah kepada kamu.

“Aku mungkin akan mati di mata kamu semua wahai murid-muridku, tetapi percayalah aku tidak mati seluruhnya. Umpama air (roh)  yang ada di dalam tangki (jasad), apabila tangki itu pecah atau dipecahkan (mati atau dibunuh), airnya tidak musnah, ia sebaliknya mengalir ke laut, kepada kehidupan yang lain, mungkin lebih baik,”Socrates.

Daripada petikan di atas, Socrates (ahli falsafah Athens) sudah memahami perkara itu.

Dia memahami dengan hikmah bahawa manusia itu tidak mati seluruhnya, melainkan hanya jasad yang beralih kaku tanpa nyawa. Sebaliknya, nyawa atau roh itu sebagaimana difahaminya, akan berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain.

 “Apa kamu mahu jadi bodoh seperti orang Athens yang lain yang mengatakan guruh petir itu kerja Zeus? Petir dan guruh itu wujud apabila awan-awan berat yang sarat dengan air bergeseran sesama mereka di atas sana (angkasa).

“Ambil contoh perut kamu yang kekenyangan, sudah tentu banyak angin di dalam perut kamu. Disebabkan isi dalam perut kamu itu bergelodak sesama mereka, kamu pun terkentut seperti guruh, kalau tak tertahan mungkin kamu akan tercirit.

“Itu cuma di dalam perut kamu, tidak bolehkah kamu bayangkan perkara yang sama berlaku di atas awan sana? Kalau perut kamu pun sudah boleh hasilkan kentut yang kuat, apatah lagi awan di atas langit yang luas itu?

“Sudah tentu pula guruh dan petir itu bukan sekali kentut atau cirit Zeus yang kekenyangan di atas langit (dialog Socrates menempelak seorang bapa di Athens mengenai kepercayaan karut pagan orang-orang Athens).”Socrates, dipetik dari laporan Xenophanes (The Symposium). Xenophanes - penulis bebas yang gemar menulis biografi Socrates dalam genre komedi, hidup sezaman dengan Socrates.

Apa pula yang kamu faham mengenai petikan kedua di atas ini?

--

Baiklah, topik tenaga kali ini bukanlah seperti topik tenaga sebagaimana yang terdahulu yang pernah disiarkan sebelum ini. Kita tidak mahu kamu semua terbuai dengan topik tenaga sebagaimana yang dahulu sedangkan sebilangan kamu tidak mampu memahaminya dengan baik.

Seperti kitab-kitab (buku) ilmu hisab karangan al-Khawarizmi, tiada terdapat langsung topik pengiraan matematik di dalamnya. Sebaliknya, al-Khawarizmi menceritakan bagaimana sesuatu nombor itu berganda atau bertukar nilai mengikut prinsip-prinsip hisab. Namun, walaupun tiada apa-apa contoh pengiraan, ia tetap menjadi rujukan para ahli matematik moden dalam membincangkan masalah linear, algebra dan alogaritma.

Dengan algebra, tentera Islam mampu membina teknologi balistik yang tepat dalam membuat sasaran balingan batu kepada musuh semasa era panglima Salahuddin al-Ayoubi. Melalui pengiraan yang tepat dalam pembinaan teknologi balistik, alat senjata yang digunakan mampu memberikan tenaga yang cukup untuk balingan batu, tepat dan mengena sasaran.

Ia kerana, kapasiti tenaga yang digunakan adalah secocok dengan beban (batu) yang mahu dilontar pada jarak tertentu menggunakan alat balistik. Kata lainnya, tenaga yang digunakan itu perlu cukup untuk menampung berat batu, melontar, tujahan daripada lentikan balistik pada paksi darjah tertentu pula mampu menghasilkan lontaran pada jarak tertentu.

Tentera musuh yang pada masa itu masih tiada ‘pengetahuan’ mengenai algebra, menerima akibatnya kerana tidak mampu membina senjata yang boleh membuat bidikan tepat (accurate shots). Jadi, apa pula yang kamu faham mengenai semua ini?  Tenaga fizikal itu berbeza mengikut kemampuan yang digunakan.
--



Untuk memahami tenaga, ia wajar dimengerti dengan hikmah. Wajar juga dimengerti akan fitrah tenaga itu. Bagaimana ia berpindah dan kepada bentuk apa ia bertukar apabila ia berpindah atau bersinggah.

Katakan, terdapat satu kemalangan besar pada masa lalu di sebuah lokasi kira-kira 10 batu dari tempat kamu duduk atau berdiri sekarang. Dalam kemalangan itu, sudah tentu ia melibatkan tenaga yang banyak. Ia boleh sekali menjadi bangunan runtuh, kemalangan ngeri atau sebagainya yang dahsyat.

Akibat kejadian itu, ia menghasilkan tenaga yang kuat, terhasil daripada runtuhan bangunan atau rempuhan sesama kenderaan dalam kemalangan. Tenaga yang terbebas itu pula tidak habis di situ kerana ia tidak musnah. Ia sebaliknya bergerak bebas di udara yang bercampur-campur dengan pelbagai gas, helium, oksigen, hidrogen dan juga karbon.

Di sini, kamu wajar melihat secebis kejadian itu dari sudut metafizik. Namun begitu, metafizik itu juga sebenarnya wajar dilihat dari sudut hikmah. Manakala hikmah itu pula perlu dicari di pelbagai sudut yang boleh memberi keterangan berlandaskan kepercayaan (faith to religion) dan logik.

Mari kita fahami di sudut logik terlebih dahulu.

Unsur karbon dikenali sebagai mampu memerangkap rekod bunyi dan visual. Ia seperti piring hitam (vinyl disc) yang ‘memerangkap’ bunyi atau pita filem (filming tape) yang boleh ‘memerangkap’ visual. Kedua-dua material itu (piring hitam dan pita filem) juga mengandungi unsur karbon di dalamnya. Ia kerana karbon berupaya ‘memerangkap’ mesej audio dan visual.

Namun, karbon mempunyai sifat tersendiri iaitu lebih berat berbanding gas-gas lain. Ia tidak mudah terapung seperti hidrogen atau helium dan nitrogen. Jika kamu meniup belon dengan mulut, belon itu tidak akan berada lama di udara, belon itu akan jatuh ke lantai selepas beberapa saat ia dilepas ke udara. Ia kerana belon itu ditiup dengan karbon dioksida.

Malah, dalam teknologi pembuatan kenderaan berprestasi tinggi (Brabus contohnya), material karbon digunakan bagi memberi kesan pemberat kepada kenderaan itu. Apabila Brabus melakukan upgradeterhadap model-model tertentu Mercedes di bahagian enjin, sesebuah enjin itu mampu memberi tujahan berkali ganda daripada kapasiti tujahan asal.

Katakan, Brabus melakukan upgrade terhadap model W126 300SEL. Bahagian enjin diubah suai sehingga mampu memberi kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding kekuatan asal. Kalau dalam bahasa mudah, daripada kuasa 3000cc enjin V8 (W126 300SEL menggunakan enjin V8), ia akan memberi perubahan kepada 5200cc dengan enjin yang sama.

Dengan kekuatan baharu iaitu 5200cc, chasis (bahasa mudah; body kereta) menghadapi risiko untuk terapung di udara jika dipandu terlalu laju. Kalau dipasang sayap sebagaimana sayap kapal terbang, chasis W126 itu akan boleh terbang seperti pesawat. Bagi menyelesaikan masalah risiko terbang atau melayang ketika dipandu terlalu laju, Brabus tampil dengan penyelesaian.

Penyelesaian itu ialah memasang gentian karbon pada chasis W126 itu tadi. Karbon itu akan bertindak seperti pemberat yang akan memastikan kenderaan itu sentiasa berada di atas jalan, bukan terbang atau terangkat ketika terlalu laju. Kalau ada kereta Proton Wira atau Proton Saga yang berlagak seperti Evo, atau Honda Legend 3.0 atau Ferrari F288 mengajak W126 Brabus yang ‘nampak old school’ itu berlumba, memang tiada masalah kerana ia sangat laju. Pemasangan karbon itu pula menjadikan chasis itu kelihatan seperti muscle car dan lebih cantik daripada chasis asal. Saya suka model Mercedes ‘old school’ yang diberi sentuhan Brabus, my W126 Brabus for sale, no way!! : )

Daripada contoh itu, kamu dapat faham bahawa karbon mempunyai sifat pemberat, sifat merekod bunyi dan sifat merekod visual. Namun, ketiga-tiga sifat itu belum cukup untuk menyimpan mesej dalam kadar waktu yang lama, kita memerlukan satu sifat lagi untuk meneruskan maksud itu.

Sifat itu ialah kemampuan untuk menjadi beku dalam tempoh yang lama. Beberapa jenis gas boleh menjadi beku. Kawasan yang paling banyak terdapat pembekuan gas ialah Kutub Selatan. Karbon juga termasuk dalam gas yang berupaya membeku di kawasan kutub.

Gas karbon dioksida yang beku dipanggil ‘dry ice’. Ia membeku pada takat (negative) -78.5 darjah Celsius. Ia boleh digunakan untuk mengawet makanan dalam keadaan sejuk beku. Sebelum membeku, sudah tentulah gas itu mengembara ke sana dan ke sini sebelum ia membeku di sesuatu tempat.

Baiklah, kita sudah jumpa empat sifat karbon. Kemampuan merekod audio dan visual, kemampuan menjadi pemberat dan kemampuan membeku bagi tempoh yang lama.

Sekarang, kita masuk ke sudut metafizik.

Masih ingat lagi dengan kejadian dahsyat yang disebutkan dalam perenggan atas-atas tadi? Kejadian itu menghasilkan tenaga yang kuat. Lihat susun atur proses contoh ini mengikut nombor:

1.      Sebuah kilang meletup.
2.      Tenaga daripada letupan dibebaskan.
3.      Tenaga itu terperangkap dalam ikatan molekul zarah karbon, sama ada terperangkap dalam bentuk audio atau visual.
4.      Karbon itu kemudian bebas bergerak mengikut peredaran udara.
5.      Sampai satu tempat yang sesuai dengan suhu, ia membeku.
6.      Walaupun membeku, ia masih boleh diterbangkan angin kerana sifatnya seperti debu yang ringan apabila dihembus angin.
7.      Ia terbang atau diterbangkan angin selama bertahun-tahun di udara, mengikut perjalanan taufan (sesetengah taufan juga membawa ais seperti hujan batu-hujan ais) dan sebagainya.
8.      Kamu pula berdiri atau duduk di sebuah tempat pada beberapa tahun selepas itu, kemudian karbon beku yang mempunyai mesej itu menyentuh tubuh kamu.
9.      Mesej yang terkandung dalam karbon itu menerjah ke pemikiran kamu, menyebabkan kamu seperti menerima mesej secara paranormal.
10.  Kamu merasakan ia satu pengalaman yang aneh kerana dapat membayangi dengan jelas mengenai kejadian letupan kilang di sebuah lokasi pada beberapa tahun lalu.

Sama ada kamu berupaya mentafsir mesej daripada karbon beku yang menyentuh badan kamu atau tidak, ia adalah satu sudut yang lain. Kamu dapat mentafsirnya kerana Pencipta mengizinkan kamu mengalami sedemikian. Tanpa keizinan Pencipta, kamu tidak berdaya apa-apa.

Jadi, bukankah air sebagaimana dikatakan Socrates itu mengalir ke laut? Bukankah tenaga itu juga berpindah dari satu sifat kepada sifat yang lain?

Karbon beku juga boleh ada dalam peti sejuk di rumah kamu. Kamu menyimpan makanan di dalam ruang beku (aiskrim contohnya), kemudian semasa makan aiskrim yang diambil daripada peti sejuk, minda kamu diterjah oleh sesuatu mesej yang kamu tidak fahami, mungkin kerana mesej yang direkod oleh karbon itu tidak jelas. Ia boleh berlaku.

Katakan pula kamu sedang berjalan di taman, kemudian kamu berasa seperti seram sejuk kerana cuaca yang dingin. Dalam kedinginan itu, kamu secara tidak semena-mena diterjah bayangan mengenai perkara yang akan berlaku kepada orang yang kamu kenali. Bagaimana pula kamu mendapat mesej mengenai masa depan?


Cukuplah setakat ini.

Harap nota sekerat ini dapat mengubat kerinduan sebilangan kamu terhadap topik tenaga di blog ini.
  
Karbon itu sifat asasnya hitam.

Belajarlah daripada hikmah kejadian.

-CLOVER-




.

7 comments:

  1. It happened to me and still. But still couldnot understand it.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Clover,

    Saya salah seorang pembaca tenaga-tenaga artikel yang lalu. Pada masa itu, saya tidak memahami. Kini saya telah mengalami beberapa pengalaman berkaitan dengan tenaga... Benar... apa yang UT sampaikan.

    Bagi seorang yang cetek ilmu secara amnya dan tidak berguru... saya mengucapkan berbanyak terima kasih... kerana menolong perjalanan ini. Setakat ini, tiada siapa yang boleh menjawap pertanyaan saya...dulu....apa, mengapa, kenapa dan bagaimana....

    Sekarang saya masih lagi mencari jawapan yang lebih.. harapan saya teruskan lah penulisan yang menjadi salah satu sumber ilmu bagi saya

    Benarlah... mereka merancang... tapi perancangan Allah lagi hebat....

    Salah satu pengajaran yang saya pegang dari pengalaman saya... Allah lah tempat saya mengadu, Allah lah tempat saya meminta pertolongan... Allah sajalah tempat saya berlindung

    neu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Hurmm, ada jumpa artikel2 lama pasal tenaga oleh UT kat link ni.
    http://asalmelayu.blogspot.com/2013/09/tenaga.html
    Tak pernah baca plak artikel2 tenaga dari UT sebelum ni.

    Saya faham tenaga dari sudut lain. Dan dari sudut yang saya lihat, saya mampu selesaikan teori2 tenaga asas yang ada dalam fizik seperti magnet, elektrik, graviti dan radiasi. Saya juga mampu selesaikan masalah cahaya yang bersifat duality(wave dan partikel). Soalan cahaya ni, hatta Einstein pun mengatakan dia tak faham walaupun dah lihat selama 50 tahun.

    Dengan pendekatan saya, kita(Malaysia) mampu untuk membina mesin2 terbang dan membuat alkimia untuk mendapat besi2 dan kristal2 bernilai. Radiasi yang terkawal juga mampu untuk menyuburkan pepohon dan menyembuhkan segala penyakit. Segala krisis tenaga dan penyakit mampu ditangani.

    Dah tengok klip video Pressure by Ylvis?
    "Put the right amount of pressure{energy} on it".

    - Space Dude B-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam SD
      kawan nak tanyo ekao bab
      ...'Radiasi yang terkawal juga mampu untuk menyuburkan pepohon'...
      kwa nih kerejo kebon,baguih jugo dapat kwn jimat kos bajo.
      mcm manno cagho??

      Delete
  5. Space Dude ,

    Bila masa cahaya menjadi pertikel dan bila masa pula ia menjadi wave.?? Particles of various colours moving like speckled of even sized dust and when does it turns into waves of various colours????

    ReplyDelete
  6. Anonymous 23:53,

    Terima kasih kerana berminat untuk bertanya.

    Menurut pandangan saya, adalah salah untuk melihat cahaya sebagai wave. Dengan hanya melihat dari graph sine wave, tak bermaksud cahaya tu bergerak naik dan turun.

    Lihat balik Y-axis bagi sine wave. Ia selalunya bermaksud density, jumlah atau tenaga. Jadi ia sepatutnya bergerak sama macam sound wave. Cuma sound wave berbentuk tersebar.

    Jadi, kenapa cahaya bergerak lurus, tapi ia sebenarnya konsep mampat dan regang seperti sound wave? Sebab cahaya, ia seperti satu wayar. Cahaya adalah objek real.

    ReplyDelete