Halaman

Friday 15 June 2012

Konspirator: Working class environment



“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”(Quran, al-Baqarah: 120)
-------

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi  menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". – (Hadis Riwayat Muslim)
-------

“Israel bukanlah sebuah sebuah negara Judaism yang didirikan oleh orang-orang Yahudi, tidak sebagaimana orang Arab mendirikan tanah mereka menjadi negara Islam seperti (Arab) Saudi, melainkan ia (Israel) adalah negara Zionis, negara pembunuh, sebuah negara sekular, kerana sekularisme itu adalah agama keduniaan bagi orang-orang Zionis Yahudi yang menjual nama Judiasm.

“Tidak perlu diikut jejak sekularis seperti mereka dalam apa juga cara, berbanggalah kamu sekiranya kamu adalah orang Islam yang tabah dan tidak sedikitpun tunduk kepada kemahuan (hawa nafsu) sekularis Zionis yang gila.”Rabbai Aaron Cohen, seorang pendeta Judaism, ucapan semasa majlis Dialog Yahudi-Arab di Jenin, Palestin (tarikh tidak dinyatakan). [Sumber: Catatan SHAHi semasa bermusafir di Palestin dan Israel].
------

Daripada Mughirah bin Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah. Mereka sentiasa berjaya.”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
-------

KEHENDAK hawa nafsu Yahudi dan Nasrani berbeza-beza mengikut jalan agama mereka. Orang Yahudi tidak berkenan berkongsi agama mereka dengan lain-lain bangsa. Orang Nasrani pula tidak henti-henti memujuk umat manusia memeluk agama mereka dari dahulu hingga ke hari ini, malangnya ada orang Islam yang terlalu dungu menafikan kenyataan ini.

Namun bagi golongan sekularis Yahudi dan Nasrani, mereka mahu seluruh umat manusia mengikut jalan mereka yang sekular. Dari segi agama, pandangan mereka berbeza. Tetapi melalui kaca mata golongan sekularis dari kalangan mereka (Yahudi dan Nasrani), tujuan mereka ialah sama iaitu mengheret umat manusia supaya terjerumus ke lembah sekular.

Menurut Aaron Cohen, sekularisme adalah (disifatkan sebagai) agama baharu bagi golongan Yahudi dan Nasrani yang menganut Zionism. Bagi golongan itu, sekularisme diangkat menjadi lebih tinggi daripada mana-mana agama.

Dalam ucapannya, Cohen meminta orang Islam (di Palestin dan seluruh dunia) supaya tabah menghadapi taktik jahat Zionis. Sekiranya anda mengenali dan pernah menemui Cohen secara bersemuka dan penuh jujur tanpa sebarang prejudis terhadap identiti bangsanya dan identiti agamanya, beliau tidak akan berahsia walau sedikitpun mengenai segala perancangan Zionis dan tidak segan silu menamakan proksi-proksi Zionis dari serata dunia. Zionis pula tidak tergamak untuk membunuhnya.

Demokrasi, salah satu senjata untuk membawa umat manusia ke arah kebebasan. Masing-masing menuntut hak (walaupun bertentangan dengan perintah agama) sehingga membawa kepada liberalisme dan akhirnya terjerumus kepada sekularisme yang membelakangi agama. Walhal, kebahagian yang dijanjikan demokrasi melalui laungan liberalisme hanya mitos semata-mata sehingga membawa manusia menjadi dungu.

Mitos bukanlah cerita bohong, tetapi ia adalah cerita yang tidak diketahui sama ada ia benar atau bohong. Benar pun tidak, palsu pun tidak. Status kebenaran cerita itu berada di tengah-tengah, di persimpangan antara yang benar dan palsu. Kebahagian yang dijanjikan demokrasi adalah mitos. Status mitos itu bergantung kepada penerimaan seseorang sama ada untuk menganggap ia sebagai satu kisah benar atau satu cerita palsu.

Mengikut tanggapan para pendokong demokrasi, ia adalah sistem membuat keputusan yang memberi kuasa membuat pilihan kepada majoriti untuk menentukan sesuatu keputusan bagi mewujudkan suasana pentadbiran yang diimpikan. Itu adalah mitos dalam demokrasi. Demokrasi yang keterlaluan pula mewujudkan keadaan melampau sehingga menjerumuskan manusia kepada sikap Machiavelism.

Dalam ruang lingkup demokrasi, akan selalu ada pihak yang kalah  dan pihak yang menang selepas majoriti membuat keputusan. Namun, (sedarlah bahawa) kita tidak perlu mencari pihak yang mempunyai risiko untuk kalah atau pihak yang mempunyai peluang untuk menang. Ia kerana kedua-dua pihak itu boleh sahaja jadi menang atau boleh juga jadi kalah. Kedua-dua pihak itu berada di tengah-tengah iaitu antara ketidakpastian sama ada akan menang atau kalah.

Konspirasi politik juga termasuk dalam ruang lingkup memilih diri sendiri untuk diangkat menjadi pilihan majoriti. Setiap orang yang diangkat (melalui jalan demokrasi) itu akan dipastikan dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Maka, orang-orang yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri itu juga perlu diangkat (seperti pemilihan jawatan dalam sesebuah parti politik secara demokrasi juga). Kesannya, semua orang yang diangkat itu akan berpusat kepada diri konspirator politik itu sendiri.

L mahu dirinya diangkat dan mahu kedudukannya terjamin. Maka L memastikan orang-orangnya (orang-orang pilihannya) seperti K, A, N, W,  T,  Z, C, X dan sebagainya juga diangkat bersama-samanya supaya orang-orang itu semuanya berpusat kepada arahan-arahannya. Apabila semua orang itu berpusat kepada arahan dan perintahnya, maka ia juga bermakna L mengangkat (memilih) dirinya sendiri kerana semua orang-orangnya (boneka-boneka) yang dipilih itu tunduk patuh kepada setiap arahannya untuk melaksanakan agenda kuasanya dan kawalan sosial.

Terma teori konspirasi dalam ruang lingkup politik bagaimanapun diperlihatkan sebagai mitos oleh para pendokong demokrasi yang tegar, teori konspirasi dikatakan sebagai entah benar dan entah tidak benar, walhal para pendokong demokrasi itu sendiri tidak menyedari bahawa mereka sendiri mendokong mitos demokrasi yang mereka sendiri tidak faham mengenai apa yang mereka perjuangkan. Sekejap suka dan sekejap tidak suka, lihatlah keadaan itu dalam pelbagai isu, macam-macam boleh jadi apabila pendirian bercelaru akibat dikelirukan mitos demokrasi liberalism yang sengaja dicipta untuk memusatkan kuasa konspirator yang sedang menguasai minda mereka yang lemah.

Teori konspirasi tidak dibina sebagaimana orang-orang politik membina sesuatu isu bagi memenangi sokongan pengikut. Teori konspirasi (sekadar menjelaskan menggunakan bahasa perlambangan) dibina dengan meneliti benang-benang halus yang tersirat, menyusun benang-benang itu dalam satu garisan, benang-benang diuji dengan fakta-fakta sokongan bagi mendapatkan pengesahan berketerangan, memadankan benang-benang itu dengan benang-benang lain bagi melihat adakah wujud keselarian atau kejanggalan, benang-benang yang tidak jelas ditolak ke tepi (sementara waktu) untuk dinilai melalui penelitian semula buat beberapa kali sebelum ia disahkan dengan penjelasan yang lebih masuk akal, benang-benang yang telah disusun itu pula dikumpul dalam satu garisan supaya tidak bercerai-berai, digulung kemudian ditenun untuk menjadi perca-perca kain, perca-perca itu pula dipadankan dengan perca-perca kain yang dijali daripada benang-benang yang lain, perca-perca itu kemudian dijalin mengikut susunan yang sepatutnya untuk melihat lembaran kain apakah yang akan dihasilkan, melihat corak sebenar kain itu selepas menyusun benang-benang yang sudah disahkan ‘sama jenis’ dengannya.

Bahasa mudahnya, menyusun kepingan puzzle yang berselerak. Tetapi benang itu lebih halus daripada kepingan puzzle, ia perlu dicari, diperhalusi dan ditentukan jenis-jenisnya. Teori konspirasi dibina melalui penelitian dan ia tidak dibuat semberono, teori konpirasi dibina berbekalkan tekad untuk mencari jawapan yang sebenar tanpa memihak kepada mana-mana pihak, teori konspirasi dibina bukan untuk kepentingan pengkaji konpirasi itu sendiri, ia bukan lagi menjadi sekadar sebuah teori apabila segala penjelasan mempunyai keterangan yang berketerangan selepas mengikut segala bukti yang memandu kepada jawapan.

Apabila ia mempunyai keterangan yang berketerangan masuk akal, ia bukan lagi teori tetapi fakta yang mempunyai sekian banyak penjelasan. Atas sebab itu, Umat Terakhir pernah berpesan kepada pembaca semua melalui artikel Double Check sebelum ini, ia supaya penelitian terhadap sesuatu keterangan itu dalam membuktikan bahawa sesuatu yang dikatakan sebagai fakta itu terbukti jelas dapat berdiri dan layak disahkan sebagai fakta.

Apabila sesuatu itu dikatakan sebagai fakta, maka ia perlu disahkan dengan pelbagai keterangan dari semua arah. Malangnya dalam konteks pendokong demokrasi yang cuba menjadi pengkaji teori konspirasi, masih ada yang menganggap sesuatu yang ‘auta’ itu sebagai fakta iaitu gagal mencari kesahihan sesuatu ‘auta’ yang dikatakan sebagai fakta. Please, do double check, dua kali, tiga kali, atau berpuluh-puluh kali dari pelbagai arah. Jangan pernah bosan bagi mencari pengesahan terhadap sesuatu fakta sekiranya anda adalah orang yang benar-benar mahukan jawapan yang sebenar.

Orang politik pula (sebilangan) membina sesuatu isu itu berbekalkan teori konspirasi juga. Malangnya, teori konspirasi yang mereka bina itu mengikut selera politik mereka sendiri, bukan sebagai orang yang tekad mencari jawapan meskipun tidak diberikan jawapan atau petunjuk.

Teori-teori yang dibina orang politik (lihatlah di luar sana) tidak disertakan dengan keterangan yang mempunyai keterangan bagi menentukan atau membuktikan bahawa keterangan itu mempunyai kesahihan yang berpenjelasan dari semua arah. Fakta-fakta yang diperhebahkan pula tidak cukup kuat untuk dibuktikan sebagai fakta apabila terdapat ruang-ruang kosong (rujuk artikel Doube Check) yang tidak diisi dengan keterangan-keterangan yang masuk akal dan berkredibiliti. Apabila ditanya lebih-lebih (kepada orang politik), maka kantoi pula semasa memberikan jawapan dan mula menghalau keluar orang-orang yang mengajukan soalan.

Para pengikut pula setia mengangguk-angguk sedangkan mereka tidak diberikan pembuktian dari setiap arah yang bersangkutan terhadap sesuatu yang dikatakan sebagai fakta.  Kesannya, jadilah para pengikut sebagai pak angguk dan pak geleng yang kerjanya angguk-angguk dan geleng-geleng setiap kali diberikan ‘ilmu’ teori konspirasi oleh orang politik yang hanya menyebarkan propaganda melebihi penghujahan teori yang berkredibiliti. Para pengikut politik, cubalah sekali atau banyak kali, bertanyalah kepada orang politik melalui isi hati anda yang sangat mahukan jawapan setiap kali timbulnya kekeliruan, jadilah orang-orang yang gigih mencari kebenaran dan jadilah orang-orang yang gigih mencari jawapan, jangan hanya tahu angguk dan geleng sahaja.

Jujurnya, Umat Terakhir tidak suka kepada terma teori konspirasi kerana perkataan ‘teori’ itu sendiri bertindak melemahkan segala fakta yang sudah dibuktikan kesahihannya, ia juga menjadikan setiap orang boleh bermain dengan teori-teori mereka sendiri walaupun ia tidak dibuktikan dengan segala keterangan yang berketerangan dari semua arah bersangkutan, lalu simbol bulan sabit dan bintang di masjid-masjid pun  mereka kaitkan dengan simbol kultus Yahudi. Konspiratus Yahudi pun tersenyum riang kerana orang Islam mula was-was dan curiga dengan tempat ibadat mereka sendiri.

Dalam pengkajian konspirasi, Umat Terakhir pula hanya meninggalkan ‘peta’ kepada para pembaca supaya dapat mencari sendiri benang-benang itu semua dan hanya membantu pada pembaca menyusun benang-benang itu semua. Kit atidak meninggalkan jawapan, kita hanya menunjukkan jalan.
-------

Forensik Konspirasi

Terma ini sudah beberapa kali disebut dalam blog Umat Terakhir sejak dari edisi pertama dan edisi kedua. Dalam disiplin forensik jenayah, seseorang penyiasat tidak akan sesekali bersandar pada andaian atau teori. Penyiasat forensik juga tidak melulu meletakkan seseorang dalam senarai suspek bagi sesuatu kes jenayah. Dalam bentuk penyiasatan konvensional, semua orang yang mengenali mangsa adalah berpotensi menjadi suspek. Keadaan seperti itu tidak berlaku dalam penyiasatan forensik.

Sebaliknya, penyiasat forensik sentiasa mencari bahan-bahan bukti atau barang-barang kes yang boleh memandu beliau ke arah jawapan (rujuk artikel follow the evidence). Mereka hanya bersandar kepada satu perkara, iaitu setiap perlakuan jenayah itu tidak pernah dilakukan dengan sempurna dan pasti berlaku kecuaian di pihak penjenayah semasa melakukan sesuatu jenayah sehingga boleh menyebabkan penjenayah itu berjaya dikesan dan akhirnya tertangkap. Bahan-bahan kes itu akan selalu membantu penyiasat sehingga menemui pelakunya.

Menyelidik punca, penyebab, faktor dan keselarian adalah antara sekian banyak aspek penting dalam sesuatu penyiasatan forensik. Tidak hanya terpakai dalam penyiasatan jenayah, kaedah forensik juga digunapakai dalam pengkajian sejarah yang diperkuat dengan kaedah rujukan silang. Dalam pengkajian konspirasi, kaedah forensik juga antara prosedur yang kuat dalam membuktikan sesuatu fakta itu sebagai fakta yang sah. Ia diperkuatkan lagi dengan perbandingan silang.

Untuk mengkaji atau mengesan sesuatu konspirasi, seseorang tidak wajar meletakkan persepsi atau andaian peribadi sebelum memulakan pencarian jawapan. Perlu juga difahami bahawa bukan semua yang berlaku di luar sana itu adalah hasil kerja tangan konspirator. Proses mencari jawapan bagi mengurai konspirasi wajar dilakukan secara forensik juga, bukan seperti forensik jenayah, tetapi melalui kewajaran-kewajaran yang masuk akal bersandarkan keterangan yang berketerangan dan fakta yang dibuktikan sebagai fakta serta penjelasan yang mempunyai penjelasan-penjelasan, pembuktian dalam pembuktian, bukti yang dibuktikan. Maka, selidik betul-betul, forensik adalah antara kaedahnya daripada sekian banyak kaedah yang lain.

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (golongan atau kumpulan lain) dengan perkara (seperti tuduhan atau fitnah) yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Quran, al-Hujurat: 6)

Konspirasi berlangsung dalam banyak jenis jalan. Antara sekian banyak jalan itu yang paling ampuh ialah politik. Politik pula mempunyai banyak jalan, paling ampuh ialah demokrasi. Demokrasi pula ada banyak jalan, paling ampuh ialah demokrasi liberal. Liberalisme bersandar nafsu-nafsi pula ada banyak jalan, semua jalan itu menuju sekularisme, jalan sesat, jalan mati (dead-end).

Dalam apa sahaja jenis sistem politik (terutama demokrasi liberal) yang mengejar kekuasaan mutlak dalam sesebuah struktur pemerintahan, aspek kerahsiaan dan keupayaan menguasai maklumat adalah perkara utama dalam menentukan mana satu yang betul dan mana satu yang salah terhadap pihak lain. Contohnya A menuduh B melakukan kesalahan atau pembohongan, tetapi A mengetahui perkara sebenar bahawa B tidak salah dan tidak berbohong, tetapi A merahsiakan kebenaran (kerahsiaan), sebaliknya A mempergunakan para pengikutnya untuk menyebarkan (melalui pelbagai cara) tuduhan tersebut (keupayaan menguasai maklumat) bagi mendapat kelebihan dalam persaingan politik demokrasi. A tahu B tidak salah, tetapi A mempunyai keupayaan menguasai maklumat (disebabkan beliau dipercayai oleh pengikutnya) untuk menentukan jenis maklumat yang mahu disampaikan kepada para pengikutnya.

Jadi, maklumat yang dihebahkan A itu adalah salah satu keterangan. Iaitu keterangan yang wajar dikaji secara forensik dan bersilangan. Keterangan itu biasanya pasti ada keselarian dengan sumber-sumber bukti yang lain dan perlu dipadankan. Sumber-sumber bukti itu pula wajar dibuktikan kredibilitinya. Setiap keterangan wajar dilihat dari pelbagai arah untuk dikaji kesahihannya. Jangan hanya tahu angguk apabila diberitakan mengenai sesuatu perkara, selidikilah ia terlebih dahulu.

Jika gagal menyelidik dan terus percaya semberono tanpa usul periksa, maka tidakkah kita melanggar perintah dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang memerintahkan kita supaya menyelidik setiap berita yang disampaikan orang lain  kepada kita?

Ingat, samikna wa’atoqhna (kami dengar dan kami percaya) itu hanya terhadap para nabi yang terbukti sebagai nabi yang diperintahkan membawa agama Allah dan kepada kitab suci yang diwahyukan.

Bukan samikna wa’atoqhna terhadap sesama manusia biasa, selidiklah terlebih dahulu apabila diberitakan mengenai sesuatu perkara daripada seorang manusia biasa yang lain.
--------

Konspirator dalam arena politik sentiasa bermain dengan emosi pengikutnya. Emosi pengikut disimbah dengan bahan bakar yang penuh kebencian terhadap musuh-musuh politik mereka. Ia juga dilakukan melalui keupayaannya menguasai maklumat-maklumat yang disampaikan kepada para pengikut tegarnya.

Ia disebut sebagai “creating a working-class environment” bagi menyemarakkan emosi para pengikut supaya mengikut telunjuknya dalam menuntut perkara-perkara yang dikatakan sebagai hak-hak mereka melalui slogan-slogan rakyat (terma slogan rakyat juga kerap disebut dalam blog ini).

Apabila working-class environment berjaya dihidupkan, maka minda para pengikut lebih mudah dikuasai (rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini) sebelum melakukan 50 langkah untuk meledakkan revolusi (mengikut garis prosedur anarkis, sosialis dan liberalis sekularis) bagi mengangkat orang yang mempermainkan emosi mereka menjadi pemerintah yang mereka impikan.

Revolusi yang digerakkan melalui huru-hara pula adalah langkah terakhir selepas gagal memperoleh kuasa secara jalan demokrasi yang diperjuangkan sebelum itu. Trend ini sama sahaja walau di mana-mana sudut dunia yang berperang saudara sekalipun.

Penyebab asas dalam menjayakan working-class environment(persekitaran golongan pekerja) ialah dengan mempergunakan kelemahan para pengikut. Kelemahan itu biasanya berkisar mengenai kemarau poket seluar pengikut mereka yang tidak mempunyai wang.

Maka, pengikut dijanjikan dengan janji-janji yang berkisar mengenai wang, sehingga beberapa perkara dijanjikan tidak akan perlukan wang lagi. Inti kepada kelemahan pengikut adalah sikap tamak yang diasuh dengan rentak tekanan kapitalisme apabila dijanjikan kesenangan.

Akibat terlalu mengejar kesenangan sebagaimana dijanjikan sekiranya berjaya mengangkat pemimpin mereka menjadi pemerintah, maka segala jalan akan digunapakai termasuk melalui cara yang tidak wajar. Mereka tahu setiap kelemahan para pengikut mereka dan mempergunakan kelemahan itu untuk mencapai cita-cita mereka.

Dalam memperlihatkan sistem kapitalisme yang ada sebagai tidak adil dalam pengagihan kekayaan kepada rakyat, maka rakyat perlahan-lahan menerima pakai sosialisme dan perlahan-lahan menelan liberalisme (ia tidak bermaksud Umat Terakhir mendokong absolute capitalisme).

Idea-idea sosialis diserap masuk ke dalam minda masyarakat yang diperkemas dengan idea-idea liberalisme dalam menuntut apa yang dikatakan sebagai hak rakyat dan hak kebebasan. Demi liberalisme, segala yang berkuasa mutlak (institusi raja-raja sebagai contohnya) dalam sesuatu pemerintahan akan dibuang kesemuanya sehingga terdiri republik yang diimpikan golongan sosialis. Maka, tiada lagi (entiti atau pihak) yang berkuasa penuh dalam pemerintahan walaupun untuk mentadbir urus hal ehwal agama kerana semua yang berkuasa mutlak akan dibuang demi mengangkat sosialisme dan liberalisme.

Para ahli panel Umat Terakhir ada kenal dengan golongan sosialis, malah ada panel kita yang pernah bekerja dengan golongan sosialis. Ada di kalangan golongan sosialis yang bekerja di penerbitan ‘akhbar’ tabloid-tabloid politik. Nama mereka ialah nama orang Islam, tetapi hidup mereka bukan seperti yang dianjurkan Islam. Makan di restoran bukan Islam yang terletak berhampiran dengan pejabat mereka di bulan Ramadan sambil menogok beer, manakala lidah mereka pula ligat bercakap mengenai hukum-hukum Islam seperti seorang tokoh agama terkemuka sambil merendah-rendahkan musuh politik mereka yang mereka kata tidak mengamalkan hukum Islam. Kita tahu siapa mereka, kita tahu apa yang mereka tulis.

Persekitaran golongan pekerja (working class) merupakan satu isu yang berkesan untuk dimainkan bagi mendapatkan sokongan pengikut yang kebanyakannya (bukan semua) gemar bertindak mengikut emosi. Justeru, persekitaran itu difahami untuk dimanipulasi oleh konspirator politik dengan mengaitkan segala-galanya dengan wang (termasuk memainkan emosi rakyat yang kesusahan, menjanjikan pemberian wang jika diangkat sebagai pemimpin, menjanjikan beberapa perkara diberikan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang sehingga menyebabkan rakyat tidak sabar untuk menikmati kesenangan itu semua).

Apabila wujud emosi tidak sabar, maka ia menjadi pencetus kepada tindakan selanjutnya yang membawa kepada huru-hara demi mengangkat konspirator politik menjadi pemimpin hanya semata-mata untuk menikmati kesenangan yang telah dijanjikan. Ia adalah permainan psikologi yang menjerat golongan yang lemah minda dan terlalu malas berfikir untuk menyelidik.

Dos-dos ‘khayal’ terhadap minda lemah yang dibuang segala kewajaran dan dimasukkan pemikiran sintetik diberikan dalam kuantiti yang banyak sehingga para pengikut menganggap khayalan itu sebagai realiti. Ia adalah permainan psikologi yang mengasuh nafsu untuk khayal terhadap kesenangan dunia tanpa perlu bersusah payah. Trend yang sama di semua sudut dunia yang berperang saudara. Persekitaran minda yang dihidupkan dengan slogan fight for your right menjadi pembakar semangat kepada para pengikut dungu untuk mencetuskan revolusi.

“Making an injury to one, will result an injury to all and the revolution will start.”Socialist Towards Anarchism.

Dalam jurnal digital Socialist Authors of Anarchism yang diharamkan di Amerika dan Eropah, gerakan Socialist Towards Anarchism menggariskan 50 langkah untuk memulakan revolusi di seluruh dunia bagi mencetuskan huru-hara untuk menegakkan ‘people’s power’. Huru-hara itu pula akan membuka jalan kepada golongan sosialis untuk menguasai pemerintahan ke arah liberalisme, segala-galanya menuju liberalisme sebelum semua ‘jiwa’ mereka maut dalam lubang hitam sekularisme.

Maka dengan itu, setiap gerakan (NGO atau parti politik) di seluruh dunia yang diresapi golongan sosialis akan menggunapakai 50 langkah tersebut demi mencapai cita-cita politik mereka dengan memperkudakan dan mempergunakan kesusahan hidup serta kedunguan orang ramai. Sebahagian langkah tersebut yang digerakkan gerakan aktivis sosialis ialah:

  1. Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menubuhkan pertubuhan (NGO) yang berorientasikan orang awam dan golongan sosialis harus membantu. (rujuk artikel The Pillars dalam blog ini).
  2. Siasat semua peluang untuk mencipta persepsi orang awam (golongan kelas pekerja), selidik bagaimana persekitaran mereka terbentuk dan pergunakan ia.
  3. Dedahkan mereka (orang awam) kepada kisah-kisah revolusi yang berlaku di serata dunia supaya dapat menaikkan semangan mereka untuk memulakan revolusi. (rujuk kenyataan golongan politik yang galak mengaitkan Revolusi Iran).
  4. Belajar daripada golongan pencetus revolusi di dunia hari ini, belajar bagaimana mereka mencetuskan revolusi. (rujuk golongan politik yang menyemai semangat Arab Spring untuk membangkitkan sikap memberontak di kalangan rakyat).
  5. Mengkaji bahan-bahan yang berkaitan dengan gerakan-gerakan subversif bagi menggulingkan pemerintah.
  6. Berterusan membangunkan, mengembangkan prinsip-prinsip serta teori-teori dan strategi mendapatkan pengaruh untuk meledakkan revolusi.
  7. Meningkatkan keupayaan bersuara di khalayak, beri ruang kepada semua pihak untuk bersuara bagi mempercepatkan revousi dengan cara menyemai semangat mereka untuk memberontak.
  8. Mendengar dan bercakap bagi pihak mereka supaya rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah akan lebih bersemarak.
  9. Melibatkan diri dalam perbincangan dengan orang awam sambil menunjukkan ketokohan diri dan pada masa sama cuba mempengaruhi mereka untuk bertindak agresif.
  10. Pergunakan kedudukan sekiranya mempunyai pengaruh untuk menjadikan mereka percaya bahawa sistem yang wujud sekarang adalah tidak adil.
  11. Eksploitasi kesetiaan orang awam supaya mengikut arahan.
  12. Berusaha mendominasi kawasan tumpuan awam dengan cara mengeksploitasi pengikut dan dengan cara itu akan tercetus provokasi bagi memulakan revolusi. (rujuk artikel Mission Occupy).
  13. Pamerkan semangat revolusi supaya para pengikut akan turut bersemangat. (rujuk artikel Infectious Slogans).
  14. Sentiasa bersikap menyalahkan pihak lain sekiranya melakukan kesilapan dan beritahu para pengikut bahawa itu adalah kesalahan pihak musuh yang sengaja menjatuhkan pihak pemberontak. (rujuk perkembangan semasa).
  15. Merendah-rendahkan dan memburukkan pihak musuh supaya mereka kelihatan tidak baik di mata pengikut.
  16. Mencipta budaya revolusi dengan cara membuat simbol-simbol atau bahan-bahan yang menyemai semangat revolusi. (rujuk demonstrasi jalanan yang menggunakan warna atau simbol atau slogan tertentu).
  17. Berhubungan dengan gerakan yang menyokong revolusi bagi menggulingkan pemerintah. (rujuk gerakan NED, NDI dan sebagainya yang bekerjasama dengan proksi-proksi mereka di seluruh dunia).
  18. Menggalakkan orang ramai supaya melibatkan diri dalam proses revolusi.
  19. Aturkan program-program yang menjadikan pengikut bersedia untuk melakukan revolusi subversif.
  20. Mulakan program itu dengan orang-orang yang setia (pengikut).
  21. Jika ada yang berpaling tadah, beri tekanan kepada mereka supaya wujud ketegangan baharu.
  22. Berhubungan dengan pengikut secara berterusan menggunakan medium teknologi. (rujuk konflik Tunisia tidak berapa lama dahulu yang digerakkan dengan teknologi telefon bimbit).
  23. Menggerakkan gerakan solidariti di kalangan muda-mudi yang berjiwa muda untuk memberontak.
  24. Apabila peluang mula wujud, berterusan melemahkan musuh dengan segala cara. (rujuk terma Machivellism).
  25. Jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, gunakan undang-undang kembali untuk menyalahkan pihak penguatkuasa undang-undang.
  26. Gunakan segala peluang untuk berkata-kata bagi menyemarakkan semangat pengikut apabila mereka digempur pihak penguatkuasa undang-undang.
  27. (Langkah ke-50) Berusaha dengan keras dan bijak serta berani, seluruh gerakan sosialis antarabangsa (bergerak dalam NGO) akan sedia membantu.

Jika diperhatikan, langkah-langkah tersebut dilaksanakan di seluruh sudut dunia yang bergolak. Semua itu dipengaruhi oleh usaha pihak-pihak tertentu dalam mendapatkan kuasa politik. Erti kata lain, ia digerakkan oleh konspirator politik.
------

Jadi, siapakah yang dimaksudkan dengan konspirator politik dan bagaimana mereka bekerja untuk menggerakkan agenda mereka?

Konspirator politik bergerak dalam lapangan politik. Ia adalah satu tanggapan biasa bagi sesetengah orang apabila disebut mengenai konspirator politik.

Secara teknikal, konspirator politik ialah orang yang terlibat di dalam lapangan politik yang bertindak mengatur sesuatu plot (plotter) bagi mencapai cita-cita politiknya dengan menggunakan segala cara atau langkah yang telah dirancang.

Dalam catatan sejarah dunia, Revolusi Perancis dicatatkan sebagai satu hasil kerja tangan konspirator politik dalam menggulingkan institusi diraja melalui cara menyemarakkan emosi rakyat kelas bawahan yang hidup tertekan serta mempergunakan tekanan hidup yang dialami rakyat supaya menolak institusi raja melalui cara kekerasan yang melampaui kemanusiaan. Begitu juga dengan tragedi pembunuhan keluarga diraja (Tsar) di Rusia. Asas kepada tindakan itu ialah untuk membina satu sistem pentadbiran baharu yang memusatkan hak rakyat selepas sistem pemerintahan terdahulu digulingkan.

Daripada kedua-dua peristiwa di Perancis dan Rusia, segala sistem yang digambarkan sebagai membelenggu masyarakat (termasuk sistem kepercayaan dan agama) telah disisihkan. Semua sistem itu dibuang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih liberal, bebas dan tidak terkongkong oleh mana-mana sistem yang membelenggu kehendak manusia.

Selepas tamat revolusi, segala sistem itu tidak lagi mempengaruhi kehidupan masyarakat. Ia sebagai cara untuk menjadikan masyarakat berasa seronok untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka kerana telah mencapai nikmat kebebasan yang diinginkan. Lama-kelamaan, masyarakat mula berasa tertekan dengan sistem baharu yang menggantikan sistem lama apabila mula menyedari bahawa mereka sebenarnya kekal terkongkong dan lebih lalai daripada sebelumnya. Kemudian terciptalah zaman Reformation (pembaharuan agama) dan Renaissance (pembaharuan pemikiran) bagi memberi sinar baharu kepada dunia Eropah, namun keadaan tidak pernah bertambah baik kerana sudah tidak ada mekanisme sistem yang ampuh untuk mengemudi masyarakat.

Revolusi-Reformation-Renaissance itu adalah plot-plot yang sudah berlaku di barat, kesannya ialah masyarakat barat kini menjadi sekular dan ada juga menjadi ultra-sekular yang mana nilai-nilai baharu yang tidak mempunyai nilai itu sangat bertentangan dengan norma-norma golongan konservatif dan ortodoks.

Dalam keadaan hari ini juga, semua pihak dijanjikan kebebasan sekiranya mereka berjaya meruntuhkan sistem sedia ada. Sebuah pelan yang sama walau dalam apa zaman sekalipun. Dan, itulah salah satu daripada sekian banyak permainan yang dimainkan oleh konspirator yang bergerak dalam lapangan politik di setiap sudut dunia.

Politik itu menjanjikan kuasa. Itulah yang dipegang dan didokong oleh para pendokong demokrasi yang perlahan-lahan menyerap liberalisme yang kononnya menjanjikan hak kebebasan untuk semua, menyerap liberalisme seperti span yang menyerap segala kotoran dan kemudian membiakkan sekian banyak kuman.

Dalam memahami permainan konspirator politik, kita wajar melihat dari semua arah sebelum membuat sebarang kesimpulan yang tidak adil. Konspirator politik juga wajar difahami sebagai pemimpin atau orang yang berpengaruh dan mempunyai pengikut.

Pemimpin adalah orang yang mempunyai pengikut. Jika tidak mempunyai pengikut, maka dia bukanlah pemimpin kerana tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin disebabkan ketiadaan pengikut. Maka, seseorang tidak dikatakan sebagai pemimpin sekiranya tidak ada pengikut dan tidak mempunyai keberanian untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin yang mampu mendapatkan pengikut.

Disebabkan konspirator politik kebiasaannya bergerak atas kelebihannya mempunyai pengikut, maka peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk mencipta minda sintetik kepada para pengikutnya. Propaganda adalah salah satu antara sekian banyak taktik yang digunakan bagi menarik lebih ramai pengikut.

Konspirator adalah orang yang bijak memanfaatkan setiap peluang yang ada di persekitarannya. Peluang-peluang itu digunakan bagi mencipta propaganda yang mampu menyemai persepsi negatif di kalangan pengikutnya. Manakala propaganda pula selalunya berdiri di sebalik isu-isu yang sedang ditimbulkan untuk diselarikan dengan isu-isu sebelumnya supaya memasuki plot yang sudah dicipta sebelum itu.

Setiap yang berlaku di persekitaran akan selalu cubadiselarikan dengan setiap perkara atau isu yang telah berlaku. Maka secara tidak langsung, konspirator itu sendiri sedang bermain teori konspirasi dengan para pengikutnya bagi mencipta keraguan terhadap pihak yang tidak disukainya.

“Seperti seorang pencuri yang menuduh orang lain sebagai pencuri.”Peribahasa Parsi.

Konspirator adalah orang yang menggerakkan konspirasi. Bagi mengelak orang ramai daripada menghidu konspirasi yang digerakkannya, maka konspirator itu ada masanya yang tertentu akan menuduh orang lain pula sebagai mengadakan plot konspirasi terhadapnya (melalui kaedah red-herring dalam persekitaran politik). Dalam keadaan ini, dia bertindak seperti seorang pencuri yang menuduh orang lain sebagai pencuri. Ia adalah satu permainan yang sangat mudah dikesan sekiranya kita memahami permainan sesebuah konspirasi politik.

Lihat keadaan bagaimana negara haram Israel menuduh dunia Arab sebagai pihak yang sedang menganiaya Israel, walhal Israel yang sebenarnya menganiaya dunia Arab melalui taktik-taktik yang licik dan kotor. Lihat juga bagaimana Amerika memperlihatkan seolah-olah umat Islam menjadi pengganas yang menjejaskan keselamatan rakyat Amerika, walhal Amerika yang mengantar tentera-tenteranya untuk membunuh orang Islam di negara orang Islam sendiri. Taktik yang menuduh orang lain menganiaya mereka, walhal mereka itu sendiri yang melakukan penganiayaan terhadap orang lain. Kaedah yang sama ini digunapakai oleh konspirator politik yang diasuh Israel dan Amerika dalam persekitaran politik di mana-mana negara sekalipun. The plan is always identical, pelan itu sentiasa mirip.

Red-herring, kaedah yang kerap digunapakai dalam mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap sesuatu perkara pokok. Ia adalah kaedah yang disusuli blame game untuk meletakkan setiap kesalahan sendiri di atas bahu orang lain. Namun, pengertian terhadap red-herringdan blame game tidak wajar dilihat dalam perspektif politik semata-mata. Ia wajar dilihat dari semua arah supaya kita tidak terlepas setiap sisi yang wajar dipandang.

Untuk melihat siapa konspirator sebenar dalam persekitaran politik, kita harus bermula dengan angka kosong pada bacaan meter penilaian. Seseorang pengkaji atau pemerhati tidak wajar menjadi orang yang menyokong sebelah pihak dan membenci sebelah pihak yang lain. Jika anda adalah orang yang mencari kebenaran, maka mulakan pencarian itu dengan berada di titik tengah. Jika anda memulakan pencarian kebenaran dengan meletakkan sebelah kaki di sesebuah pihak, maka anda tidak perlu menjadi pengkaji atau pemerhati kerana anda memang tidak mempunyai kredibiliti sebagai pengkaji, anda hanya tidak lebih daripada seorang zombie yang cuba berlagak menjadi manusia yang berakal dan adil. Malah, anda sudah menyerah diri dan kepercayaan kepada sesebuah pihak yang berpotensi menjadi konspirator tanpa anda sedari.

Konspirasi digerakkan secara global bagi membolehkan kuasa membuat keputusan terpusat kepada satu pihak yang berkuasa di peringkat global. Individu yang mempunyai kuasa di peringkat global itu pula memainkan rentak yang sama sebagaimana diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas, iaitu melantik dirinya sendiri melalui lantikan terhadap orang-orang (boneka-boneka politik) yang boleh memberi manfaat terhadap kekuasaannya. Seperti yang diberitahu, the plan is always identical, pelan itu sentiasa mirip.

Maka, setiap rentak tari konspirator itu sentiasa melambangkan aspirasi kehendak hawa nafsu ‘ketuanya’ mengikut paluan gendang dan rentak tari global. Jika ketuanya itu mahu dunia mengiktiraf sesuatu perkara yang mereka perjuangkan, maka konspirator-konspirator penjilat kaki sekularis kelas lokal (di negara-negara yang mempunyai proksi) juga akan berusaha mempamerkan sokongan terhadap aspirasi pengiktirafan itu secara nyata atau secara tersirat.

Dengan itu, pengikut-pengikut akan diperbodohkan dan dipergunakan dengan pelbagai cara bagi mencapai aspirasi itu termasuk mengheret para pengikut terhadap pelbagai risiko yang tidak terhitung yang dilabelkan sebagai perjuangan menuntut apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka melalui slogan-slogan puaka yang dihiasi dengan mitos-mitos kesenangan bagi membangkitkan emosi. Pihak yang menghadapi risiko ialah pengikut, manakala konspirator pula sentiasa bermain dengan bijak untuk memastikan dirinya bebas daripada sebarang risiko dengan menukarkan risiko yang berkemungkinan menimpa dirinya sebagai peluang yang seterusnya untuk dia menggerakkan plot berikutnya.

Konspirator politik sentiasa menjadikan para pengikutnya sebagai alat untuk mencapai cita-citanya dan sebagai alat untuk menjayakan plot-plotnya. Setiap plot diatur dengan memainkan emosi para pengikut supaya segera bertindak secara agresif dalam sesetengah keadaan dan mengekalkan sokongan pengikutnya walaupun setiap plot yang disusunnya itu tidak kemas. Bermain dengan teori konspirasi yang tidak dibuktikan dengan pembuktian yang mengesahkan segala fakta sebagai fakta yang sah juga adalah antara kaedah yang digunakan konspirator politik.

Konspirator politik bukanlah konspirator yang sebenar-benarnya, ia kerana konspirator politik tidak terlalu bijak dalam menggerakkan konspirasi. Permainan konspirasi yang dimainkan konspirator politik hanya dalam ruang lingkup politik semata-mata dan setiap teori konspirasi yang dicipta bagi menyerang musuh politiknya merupakan teori-teori yang tidak cukup kuat untuk mengatakan sesuatu fakta itu sebagai fakta yang sah.

Ia bukan teori konspirasi, ia tidak lebih daripada usaha menimbulkan kekeliruan di kalangan para pengikutnya supaya mempercayai bahawa semua yang dikatakannya itu benar-benar sebagai bukti wujudnya konspirasi. Perlu difahami bahawa konspirasi itu dikaji dengan menyusun benang-benang halus dan memadankan setiap benang halus itu dengan penelitian yang tajam sehingga dapat disahkan bahawa setiap jenis benang itu terkelompok dalam jenis benang yang mana satu. Apabila dikatakan sesuatu itu sebagai bukti, maka bukti itu harus dibuktikan dalam pembuktian yang membunyai pembuktian dan keterangan-keterangan yang mempunyai keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan yang berjaya disahkan sebagai bukti yang sudah dibuktikan.

Perlu diketahui, konspirator tidak akan berjaya dan akan menemui titik kekalahannya kerana mereka bukanlah golongan yang sentiasa berjaya. Setiap perancangan mereka pasti ada kelemahan dan dapat dihidu pada setiap kali perancangan mereka itu terdapat kesilapan yang akan mengancurkan segala cita-cita mereka.
-------

Golongan yang sentiasa menang.

Daripada Mughirah bin Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah. Mereka sentiasa berjaya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengangkat seseorang pemimpin melalui cara politik demokrasi bukanlah cara untuk mencari golongan yang sentiasa menang. Ia kerana dalam demokrasi, pasti ada peluang untuk kalah. Sentiasa menang itu maksudnya tidak ada risiko untuk kalah. Kerana apa tiada risiko untuk kalah? Kerana Allah sentiasa bersama golongan itu dan Dia sentiasa menjamin kemenangan bagi golongan itu.

Golongan yang gagal pula ialah golongan yang tidak berjaya untuk mempertahankan perjuangan mereka. Kegagalan itu selalunya disebabkan mereka itu tersudut longlai mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang menggunakan proksi-proksi kaum kufur.

Golongan yang gagal juga adalah golongan yang tidak tetap pendirian mereka. Pendirian yang boleh berubah-ubah mengikut hawa nafsu mereka yang sedang dicorakkan oleh proksi-proksi sekularis Yahudi dan Nasrani.

Golongan yang gagal juga ialah golongan yang buruk sikap, buruk lidah dan buruk tingkah laku. Pada masa yang sama berusaha mempamerkan kepada orang ramai seolah-olah mereka adalah golongan terbaik, bersih dan suci daripada segala dosa. Tetapi apabila diamati dari semua arah (follow the evidence), lakonan mereka tidak pernah sempurna dan tidak pernah konsisten.

Kita tidak perlukan golongan yang gagal.
Carilah golongan yang sentiasa menang.
Kerana mereka yang sentiasa menang itu sentiasa ada.
Di celah-celah kamu semua.




-FATIMI MARYAM-
            Yerusalem.




.

Saturday 2 June 2012

The Pillars



AMERIKAsebagaimana diketahui, memang sedang dikuasai Yahudi Zionis sekular. Ada yang berpendapat penguasaan Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi dalam ekonomi Amerika, itu bukan jawapan tepat, tetapi kenyataan itu membantu kita menemui titik kepada satu perkara penyebab.

Adapula yang berpendapat, Yahudi Zionis menguasai Amerika dengan cara mengawal media-media utama di Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, tetapi kenyataan itu juga dapat membantu kita pergi kepada satu perkara penyebab.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa penguasaan Yahudi Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan individu-individu Yahudi dalam politik Amerika sehingga mempengaruhi dasar-dasar politik dan hubungan luar Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, kenyataan itu juga membantu kita untuk melihat perkara penyebab utama yang menyumbang ke arah penguasaan Yahudi Zionis di Amerika.

Penguasaan Yahudi Zionis di Amerika bukan disebabkan oleh perkara-perkara itu. Bagaimana syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi mampu mencengkam ekonomi Amerika itu ada faktor utama yang mendokongnya. Begitu juga dengan kemampuan media-media milik Yahudi dalam menguasai penapisan maklumat awam di Amerika, keadaan itu mampu berlaku disebabkan ada faktor pendokongnya.

Kepesatan pengaruh Yahudi Zionis dalam politik dan pentadbiran dasar-dasar Amerika juga tidak akan mampu dicapai sekiranya tidak ada faktor itu, faktor yang mendokong untuk memastikan Yahudi Zionis benar-benar menguasai Amerika supaya memberi manfaat kepada negara haram Israel.

Pasti sahaja ada tiang-tiang yang mendokong semua kemampuan Yahudi untuk menguasai Amerika. Tanpa tiang-tiang itu, syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi Zionis tidak akan mampu mempengaruhi ekonomi Amerika, media-media milik Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi tapisan maklumat sebaran am di Amerika, politikus-politikus Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi dasar-dasar pentadbiran Amerika, segala-galanya berkaitan kepentingan Yahudi tidak akan mampu menguasai Amerika sekiranya tidak ada tiang-tiang itu.

Tiang-tiang itu sentiasa memastikan segala-gala yang berkaitan Yahudi diangkat tinggi dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika. Tiang-tiang itu jugalah yang mengangkat negara haram Israel supaya dapat berdiri di tengah-tengah dunia Arab di Asia Barat selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Ia umpama tiang Joachim dan tiang Boaz sebagaimana dijadikan jata pertubuhan-pertubuhan rahsia, konspiratus Freemason dan lain-lain pertubuhan yang menjalankan operasi rahsia yang berkongsi cita-cita yang sama. Jata berupa tiang bagi setiap sesuatu yang rahsia untuk menjalankan setiap sesuatu yang tidak ada rahsia.

Tiang-tiang itu pula menggalakkan tiang-tiang lain tumbuh bersama asalkan tiang-tiang baharu itu juga membawa manusia ke arah sekularisme. Tiang-tiang itu pula bertindak memperkukuhkan tiang-tiang baharu supaya setiap tiang itu menjadi bilah-bilah besi penjara kepada manusia yang terperangkap dalam hawa nafsu mereka.
-----

Tiang-tiang yang menegakkan liberalisme dan sekularisme

Kemampuan Yahudi Zionis sekular menguasai Amerika mengikut hawa nafsu mereka adalah berpunca daripada kewujudan tiang-tiang itu dalam mendokong sekularisme dan liberalisme. Tanpa tiang-tiang itu, sekularisme dan liberalisme akan mudah runtuh akibat responddaripada golongan-golongan konservatif yang menolak kedua-dua nilai negatif tersebut supaya tidak merosakkan nilai moral masyarakat.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan tiang-tiang itu dan apakah fungsi-fungsinya? Kita tidak mahu ada yang pening-pening dengan fakta-fakta yang hanya boleh disusun bersilangan dengan melihat benang-benang halus, terma-terma atau jargon-jargon yang digunapakai dalam pengkajian konspirasi kritikal, Umat Terakhir akan cuba menyampaikan dengan terma-terma yang sesuai dengan tingkat pemahaman semua pembaca yang disayangi.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong kehendak hawa nafsu Yahudi Zionis sekular adalah tiang-tiang itu. Bagaimana tiang-tiang itu berfungsi? Sila fahami baik-baik. Kita lihat Amerika terlebih dahulu, kemudian baharu kita melihat dunia pula.

Yahudi Zionis sekular bergerak secara kolektif dan tersusun. Mereka menubuhkan NGO-NGO untuk mendokong kepentingan Yahudi di Amerika dan seluruh dunia. NGO-NGO itu bertindak memberi tekanan kepada pentadbiran Amerika supaya menjaga kepentingan Yahudi. Bukan kerana tekanan tauke-tauke Yahudi yang memberi wang kepada kerajaan Amerika, sebaliknya kerajaan Amerika yang terpaksa memberi wang kepada Yahudi (negara haram Israel) akibat tekanan NGO-NGO pro-Zionis.

Masyarakat Yahudi campuran telah beranak-pinak sehingga angka juta-juta di Amerika (Yahadut Caucasia melalui hubungan darah keturunan Gog Scythia yang berasimilasi dengan bangsa-bangsa yang tinggal di Padang Ragut Eurasia dan juga bangsa-bangsa Pergunungan Caucasia sebelum memasuki Eropah dan berhijrah ke Amerika), atas sebab bilangan mereka itu ramai, maka NGO-NGO yang digerakkan golongan berdarah Yahudi memainkan peranan mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan Amerika.

Kita lihat dari segi iklim politik Amerika. Setiap kali ada pilihan raya di negara itu, NGO-NGO pro-Zionis akan melakukan perang saraf (seperti kempen politik juga) supaya para pengundi Amerika memilih calon-calon yang menyebelahi kepentingan mereka. Kewujudan NGO-NGO Yahudi sekularis itu pula bukan rahsia dan sedia diketahui kewujudan mereka oleh masyarakat umum, namun mereka menjalankan operasi mengikut kehendak pertubuhan-pertubuhan rahsia. Gerakan mereka dalam perjalanan politik demokrasi Amerika pula amat terang nyata.

NGO-NGO itu akan bekerjasama sesama mereka dalam memastikan calon-calon pilihan raya yang pro-Zionis menjadi pilihan rakyat Amerika (walaupun bilangan pengundi di Amerika adalah sedikit kadar peratusannya). Mereka gigih bekerja dalam memastikan kepentingan mereka terjamin, sedangkan kita asyik gigih tidur dan bercakaran sesama sendiri.

Manakala dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika pula, setiap dasar yang dijalankan kerajaan Amerika dibuat berdasarkan tekanan-tekanan yang diterima daripada NGO-NGO pro-Zionis. Kita ambil contoh penguatkuasaan undang-undang anti-semitik di Amerika, undang-undang itu dibuat selepas kerajaan Amerika menerima tekanan daripada NGO-NGO Yahudi di sana. Nampak sedikit? Nampak maksud people’s power for the sake of the Jew and Zionism?

Dalam industri automotif di Amerika pula, syarikat permotoran General Motor (GM) milik Yahudi berjaya didokong sebagai kenderaan paling menjadi pilihan rakyat Amerika selepas NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka. NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka supaya setiap kenderaan keluaran GM menjadi pilihan rakyat Amerika. Bukan kerana Yahudi memiliki GM sudah bermakna Yahudi telah menguasai indiustri automotif di Amerika dan sebahagian dunia. Kalau tiada yang membeli kenderaan-kenderaan keluaran GM, maka GM tidak akan menjadi gergasi automotif di Amerika sana. GM mampu menjadi begitu adalah kerana ada faktor yang membuatkan rakyat Amerika memilih kenderaan-kenderaan keluaran GM. Faktor itu adalah wujudnya NGO-NGO Yahudi yang mendokong supaya kepentingan Yahudi diutamakan.

Kalau melihat politik, ekonomi dan dasar-dasar yang pro-Zionis, kita tidak akan mampu melihat bagaimana tiang-tiang itu membawa manusia ke arah liberalisme dan sekularisme. Tiang-tiang itu juga sentiasa memperkukuhkan tiang-tiang baharu.

NGO-NGO Yahudi sentiasa bergerak dengan melaungkan slogan-slogan yang dicipta oleh bangsa mereka. Paling popular ialah hak sama rata yang menjadi antara penyebab terciptanya istilah anti-semitik yang memusatkan bangsa Yahudi semata-mata dan meminggirkan keturunan-keturunan Semitik yang lain terutama bangsa Arab, sebaliknya mereka sentiasa menganggap bangsa mereka lebih superior melebihi bangsa-bangsa lain di dunia dan ketinggian kesombongan mereka itu sendiri tidak sama rata.

Hak sama rata pula menjadi antara penyebab terciptanya istilah liberalisme yang perlahan-lahan mengheret bangsa manusia Gentileske arah sekularisme. Bagaimana NGO-NGO Yahudi sekular bekerja untuk menegakkan sekularisme melalui cara memperkukuhkan tiang-tiang baharu yang lain?

Contoh, golongan lebian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) atau golongan ketagihan seks juga memperjuangkan hak-hak mereka untuk bebas melakukan kegiatan kotor tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Lalu, golongan ketagihan seks itu menubuhkan persatuan-persatuan NGO mereka sendiri untuk memperjuangkan hak songsang mereka itu.

Atas nama hak sama rata, maka NGO-NGO Yahudi sekularbertindak menyokong NGO-NGO ketagihan seks dalam memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Dalam masa yang sama, NGO-NGO Yahudi sekular bersama NGO-NGO ketagihan seks memberi tekanan kepada pemerintah supaya mengiktiraf hak-hak seksualiti mereka. Itulah yang telah berlaku di negara-negara Eropah.

Gereja-gereja Nasrani di beberapa buah negara Eropah akhirnya terpaksa akur kepada kehendak hawa nafsu golongan ketagihan seks akibat daripada usahasama tekanan yang diberikan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi dengan NGO-NGO ketagihan seks. Dalam kes itu, Jerman sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga hari ini sentiasa berwaspada dengan NGO-NGO sekularis Yahudi kerana Jerman sentiasa menyedari akan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi itu dalam mencorakkan hala tuju dunia melalui jalan slogan hak sama rata dan people’s power.

Daripada memetik contoh di Amerika, kita sudah pergi ke sedikit contoh di Eropah pula. Sekarang kita lihat pula dunia yang sudah dipasang dengan modus operandi NGO-NGO sekularis Yahudi pro-Zionis.

Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di beberapa buah negara di dunia juga didokong oleh tiang-tiang yang sama. Negara-negara Islam bergolak dan berperang saudara kerana tergila-gilakan cinta demokrasi, karya agung kisah cinta politik berdarah yang dikarang dalam bentuk puisi-puisi cinta yang diperindahkan dengan slogan-slogan yang menyemarakkan resah di jiwa manusia-manusia yang dungu.

NGO-NGO Yahudi sekular pro-Zionis menyusup masuk ke negara-negara (terutama negara-negara Islam) di dunia untuk menyemarakkan semangat cinta demokrasi. Dana-dana luar adalah lebih mudah disuntik melalui gerakan NGO yang bekerjasama dengan golongan pemberontak pencinta demokrasi politik keduniaan di negara-negara sasaran (rujuk penjelasan perkara sama dalam artikel Money Laundering dalam blog ini).

Slogan-slogan bermotif politik demokrasi yang merenggangkan hubungan umat sehingga mencetus perang saudara atau percakaran sesama umat, slogan-slogan itu disemarakkan melalui dokongan NGO-NGO Yahudi sekular yang membantu NGO-NGO bermotif politik di negara-negara sasaran. Ia adalah modul sama seperti yang dilakukan dalam taktik politik di Amerika. Kejayaan mengawal politik di Amerika memberi keyakinan besar kepada NGO-NGO Yahudi untuk melebarkan modus operandi ke serata dunia.

Menurut laporan risikan yang disebarkan kepada umum di negara-negara Islam bergolak, gerakan NGO-NGO Yahudi sekular mula menyusup masuk ke negara-negara Islam sejak lima tahun yang lalu, tempoh yang sangat singkat itu telah memberi kesan yang besar terhadap segala kekacauan yang berlaku di sudut-sudut dunia. Slogan demokrasi ditiup oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang bekerjasama dengan NGO-NGO dari luar untuk menyemarakkan jiwa rakyat yang memberontak supaya tercipta kekacauan untuk meruntuhkan keamanan sedia ada.

Sesunggunya iblis itu sentiasa membisikan keraguan ke dalam hati manusia. Akibat slogan-slogan itu yang disulam bersama maklumat yang bercampur aduk antara yang benar dan palsu, maka keraguan di hati rakyat berjaya disuburkan untuk melakukan pemberontakan dan kebencian terhadap kepimpinan sesama umat sedia ada. Akibatnya juga, muncul golongan yang dungu menuntut apa sahaja yang dikatakan sebagai hak-hak mereka tetapi pada masa yang sama menafikan hak-hak orang lain.

Dalam modus operandi global yang digerakkan NGO-NGO Yahudi sekular untuk menjadikan manusia fokus kepada demokrasi sehingga tercetusnya huru-hara, berdampingan dengan parti-parti politik tempatan atau gerakan-gerakan radikal tempatan atau gerakan-gerakan NGO tempatan adalah satu kemestian bagi NGO-NGO sekularis Yahudi untuk memastikan rancangan mengheret bangsa manusia ke arah sekular sebagai satu kenyataan.

Parti-parti politik tempatan, kumpulan-kumpulan radikal tempatan atau golongan-golongan pemberontak tempatan diberi tunjuk ajar berkenaan taktik-taktik ampuh untuk menggulingkan pemerintah sedia ada. Laporan rasmi di Mesir dan beberapa negara di Asia Barat (dilaporkan kepada umum, sila rujuk sumber-sumber laporan rasmi) juga mengesahkan penglibatan NGO-NGO asing seperti NED dan NDI dalam plot kekacauan yang berlaku di Mesir suatu masa dahulu. Mission Occupy, menduduki Dataran Tahrir (mercu landmark utama di kawasan tumpuan) sebagai penggalak tekanan kepada orang ramai untuk memulakan pemberontakan dan provokasi. Sama juga seperti yang pernah berlaku di China(1989) yang mana golongan pelajar dan muda-mudi Chinaberkampung (occupy) di Dataran Tiananmen untuk memberi tekanan kepada pemerintah China(sila rujuk sejarah Chinamoden). Semuanya (mission occupy) bermula di dataran-dataran awam yang menjadi landmarksesebuah kawasan. Paten mission occupy yang sama walau di mana sudut dunia sekali pun.

Apabila misi itu tercapai (biarpun ada yang terkorban kerana nyawa Gentiles tidak mempunyai apa-apa harga di kaca mata Zionis), maka langkah seterusnya ialah memastikan nilai-nilai sekular dapat occupy di negara itu sebelum runtuhnya bangsa itu akhibat mengikut hawa nafsu sekularis Yahudi. Apabila sudah runtuh segala nilai moral dan akhlak, maka langkah seterusnya akan menyusul.

Semuanya runtuh. Mesir masih kacau bilau walaupun pemerintahan lama sudah digulingkan, rakyat juga yang terngadah terhuyung-hayang mencari jalan lurus selepas terhantuk kerana pemimpin pilihan mereka masih tidak dapat menikmati kuasa pemerintahan sebagaimana yang diharapkan sebelum terciptanya huru-hara. Pemimpin harapan mereka belum mendapat kuasa, lebih menderita ialah mereka sendiri kerana terumbang-ambing dibadai ombak dunia demokrasi tajaan sekularis Yahudi Zionis melalui NGO-NGO yang sebelum itu pernah mengajar mereka untuk memberontak.

Semuanya runtuh. Rakyat negara China berubah perlahan-lahan memeluk sekularisme, nilai moral runtuh sama sekali didorong kemajuan dan pemodenan selepas China mengubah dasar ekonomi kepada polisi ekonomi yang lebih liberal sebagaimana yang dikehendaki oleh golongan ‘terpelajar’ yang berkampung di Dataran Tiananmen. Slogan liberal sangat berpengaruh, kesannya ialah runtuh. Memang China hari ini berubah menjadi negara maju dan progresif, namun kos melepas (opportunity cost, istilah ekonomi) yang ditanggung China ialah keruntuhan nilai moral masyarakatnya yang semakin teruk sebagai bayaran kepada slogan liberal yang dicintai sebilangan manusia, kos melepas yang sama sebagaimana sedang ditanggung Amerika dan negara-negara Eropah akibat tangan-tangan yang mendirikan tiang-tiang yang sama.

NGO-NGO Yahudi sekular sudah sedia wujud di kebanyakan negara di dunia memainkan mind game untuk meniupkan semangat demokrasi secara psikologi ke arah hak sama rata yang liberal dan akhirnya menjerumuskan manusia ke kancah sekular tanpa disedari. Mulanya mereka meniup semangat melalui slogan-slogan untuk memperjuangkan demokrasi, kemudian atas nama demokrasi kebebasan bersuara maka keluarlah golongan lain pula untuk bersuara galak menuntut kebebasan masing-masing, semuanya diliberalkan dan akhirnya semua dipaksa terjerumus ke lembah sekular yang menyesatkan.
-----

Tiang-tiang itu sedang berdiri di celah-celah kita semua. Tiang-tiang itu sedaya upaya mahu menongkat ‘langit gelap’ di atas papan catur supaya ‘langit gelap’ tidak runtuh dan supaya catur dapat terus dimainkan dalam kecerahan cahaya buatan yang bukan daripada cahaya yang sebenar (cahaya, nur yang lurus).

Berdirilah tanpa berpaut pada tiang-tiang itu. Runtuhkanlah tiang-tiang itu supaya ‘langit gelap’ itu juga turut sama runtuh. Apabila langit gelap itu runtuh, baharulah kita akan dapat melihat langit yang sebenar dan menikmati cahaya yang sebenar. Apabila cahaya yang sebenar sudah mula menerangi, maka cahaya buatan tidak akan mempengaruhi apa-apa manfaat lagi.

NGO-NGO Yahudi sekularis sentiasa memerhatikan peluang apabila kita berselisih dan bersengketa sesama sendiri, mereka kemudian mendirikan tiang-tiang (bersekongkol dengan NGO-NGO tempatan yang bermotif mencipta huru-hara) untuk kita supaya kita hanya mampu berdiri dengan berpaut pada tiang-tiang itu.



Kita tidak perlukan tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu untuk berpaut.



Kita ada tiang-tiang kita sendiri.
Tegakkanlah tiang-tiang kita.
Tiang-tiang agama yang mengajar kita untuk berfikiran waras dan bersatu padu.



-STALKER-



.