Halaman

Saturday 26 January 2013

Art of Con: Steal



“Steal”


Dalam bahasa kita, ia disebut mencuri. Mencuri adalah satu keperluan bagi seseorang conman semasa menjayakan sesuatu con-job. Seseorang conman tidak akan menggunakan sebarang sesuatu daripada miliknya semasa cuba menjayakan con-job. Kalau dia mencuri wang orang lain, wang itu akan digunakan untuk menjayakan job utamanya.

Ia kerana apabila ia menggunakan segala sesuatu daripada miliknya, ia akan menyebabkan con-job itu terbongkar atau blown-out. Malah ia juga akan menyebabkan sesuatu miliknya itu menjadi rosak sekiranya blown-out.

Maka daripada merosakkan barang atau sesuatu milik sendiri, adalah lebih baik dia mencuri milik orang lain, kemudian menggunakannya atau mempergunakannya untuk menjayakan con-job, dan jika blown-out sekali pun, dia tidak akan rugi apa-apa kerana barang miliknya masih tidak terusik atau terjejas.

Masih tidak faham? Baiklah, kita akan cuba menjadikan anda semua sebagai orang-orang yang faham. Mari kita bercerita bagaimana sesebuah con-job itu dilaksanakan oleh begitu banyak conmen di dalamnya. Di perenggan-perenggan bawah ini nanti, hanya diberi contoh-contoh sahaja. Jadi tidak perlu melatah jika ada di kalangan anda yang berasa diri telah dijadikan mark. Daripada melatah tidak tentu pasal, adalah lebih baik mula sedar diri.


“Let’s steal a planet.”


Dalam dunia conmen, semua benda boleh dicuri untuk menjayakan con-job, termasuklah mencuri sebuah planet sekali pun. Tidak percaya lagi? Mencuri sebuah planet itu tidak seperti yang anda sangka atau tidak seperti yang anda bayangkan dalam kotak minda anda.

Planet di angkasa lepas itu tidak dicuri dengan cara memasukkan sesebuah planet yang hendak dicuri itu ke dalam poket dan kemudian walk away sebagaimana mencuri gula-gula di pasar raya. Bukan begitu. Untuk mencuri sesebuah planet, terdapat seni-seni mencuri di peringkat tertinggi (con-art) yang perlu anda ketahui.

Tetapi, kita tidak akan memberitahu secara mendalam mengenai fundamentals yang terdapat dalam seni itu, kita tidak mahu mengajar seni jenayah kepada anda, kita juga tidak mahu anda bertukar daripada seorang yang baik kepada menjadi penjenayah, cukuplah sekadar anda mengetahui bagaimana untuk (how toblow out a con-job.

Anda tidak akan percaya bahawa anda boleh mencuri sebuah planet dalam dunia con-artist. Bukan sahaja sebuah planet, tetapi seluruh isi alam semesta pun boleh dicuri, malah sesebuah agama pun boleh anda curi jika anda benar-benar faham dengan semua kemahiran dalam bidang con-art. Inilah kehebatan yang keji dalam dunia con-artist. Anda boleh mencuri apa sahaja yang anda mahu dan menjadi sesiapa sahaja yang anda inginkan. Inilah con-art.

Tetapi, ia bukan seperti mencuri sesuatu dan memasukkan ia ke dalam kocek, kemudian walk away. Bukan juga seperti merompak sebuah bank atau sebagainya. Bukan begitu tuan-tuan, bukan begitu puan-puan, bukan begitu dato-dato, bukan begitu YB-YB. Bukan seperti yang anda fikirkan. Bukan.
--

Bagi sesebuah con job yang berskala besar, seseorang con-artist memerlukan ramai pembantu bagi menjayakannya. Sesebuah job tidak akan berjaya dilaksanakan secara bersendirian dan ia perlu dilakukan dengan koloborasi peranan yang dimainkan pihak-pihak. Pihak-pihak itu diberikan peranan dalam setiap job kecil, jika semua job kecil itu dilaksanakan dengan baik, ia akan menjayakan sebuah con yang besar. Ia dinamakan con role-playing game.


“It’s a role-playing game. Be it, enjoy it.” – The fundamentals of con


Katakan seorang conman mahu menguasai media. Secara teknikal dalam dunia con-artist, ia tidak disebut menguasai media, ia disebut ‘mencuri’ media. Bagaimana ia dilakukan? Untuk mencuri sesebuah atau semua organisasi media, seorang con-artist akan menempatkan orang-orangnya (role players) di dalam organisasi-organisasi media terlibat.

Perkara seperti ini pernah berlaku dalam persekitaran media massa di Malaysia pada sekitar 1990-an yang mana seorang yang bijak dalam con-art (menggunakan kuasa-kuasa yang ada padanya) melantik orang-orang media yang pro kepadanya untuk dijadikan role players dalam persekitaran media.

Bermula dengan itu, pihak-pihak yang tidak disukainya dalam bidang yang diceburinya (politik contohnya) akan diberi tekanan oleh pihak-pihak media supaya berundur daripada bidang itu. Pengunduran itu akan memberi peluang kepada orang yang bijak con-art itu untuk menduduki kedudukan yang ditinggalkan oleh orang yang berundur. (Walaupun tidak disebutkan secara jelas, kita tahu ada di kalangan anda yang ingat kisah ini).

Dalam permainan itu, mereka mencipta persepsi bahawa orang itu akan berundur walaupun mereka sendiri tidak tahu sama ada orang itu benar-benar mahu berundur atau tidak. Tetapi mereka tetap memainkan persepsi itu supaya orang ramai yakin bahawa orang itu akan berundur. Mereka kekal dengan permainan itu sehingga tercipta ruang tekanan untuk orangitu benar-benar berundur. Orang itu akhirnya berundur dengan rela, bukan ditendang keluar. Tetapi pengunduran itu adalah seperti ditendang dari depan sehingga terundur ke belakang.

Melalui permainan yang dimainkan oleh role players yang dilantik untuk menerajui organisasi-organisasi media, mereka memainkan permainan dengan sangat ‘kasar’. Kita (saya) masih ingat bagaimana permainan itu dilakukan. Fundamental untuk permainan itu pula ialah:


“Create a play, create a perception, does not matter whether it is true or false, make a story, stick with it, keep playing the story and it will slowly turn into fact like we want it to be.”


Selain itu, sesebuah organisasi juga boleh dicuri. Persatuan ibu tunggal, persatuan nelayan, malah parti politik juga boleh dicuri. Caranya juga sama, iaitu dengan memasukkan role players ke dalam organisasi-organisasi itu (istilah popular disebut parasit atau hijackers) supaya dapat menjalankan peranan-peranan yang diberikan kepada mereka.

Terdapat satu lagi fundamental yang perlu anda ketahui, iaitu keperluan peranan bagi seseorang role player ialah sesuatu peranan yang diberikan itu perlu berupaya membolehkan role player itu terlibat dengan kuasa-kuasa membuat keputusan dalam organisasi yang telah dicuri itu.

Contohnya kalau con-artist mencuri sebuah pusat kawalan udara di lapangan terbang, seseorang role player yang ditempatkan di pusat kawalan itu akan memainkan peranannya di ruang komunikasi antara pusat kawalan dengan setiap juruterbang yang melintasi pusat kawalan itu. Dia seboleh-bolehnya akan berusaha berada di posisi penting itu.

Role player tidak akan memainkan peranannya sebagai tukang sapu sampah di situ kerana adalah lebih baik untuk dia tidak langsung berada di situ jika hanya sekadar mampu berada di posisi tukang sapu sampah, dia akan memainkan peranannya sebaik mungkin dalam hal-hal berkaitan membuat keputusan. Itulah role player.

Apabila sesebuah organisasi itu telah dicuri, ia akan mempengaruhi keputusan dalam organisasi itu supaya dapat memberi keuntungan kepada conman yang menjadi mastermind dalam con-job itu. Segala keputusan dalam organisasi yang telah dicuri itu akan memastikan perjalanan con-job yang seterusnya berjalan lancar.

Untuk menjayakan sesuatu con-job, seseorang conman perlu mencuri sesuatu dan menggunakan hasil curi itu untuk melicinkan kerja-kerja seterusnya. Ia adalah sama sahaja dengan psikologi penjenayah yang lain. Tidak percaya? Sila faham, seseorang penyamun yang merompak bank itu tidak sesekali akan menggunakan keretanya sendiri untuk pergi ke bank tersebut untuk menyamun. Dia semestinya akan menggunakan kenderaan curi untuk mengelak identitinya dikenal pasti. Jika tidak percaya, sila semak rekod-rekod siasatan jenayah yang pernah dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa.

Jadi, samalah juga dengan conman yang melakukan con-job  mereka. Mereka tidak akan menggunakan organisasi mereka sendiri untuk melakukan sesuatu con. Mereka sebijaknya akan mencuri organisasi lain dengan bantuan role players dan memperkuda organisasi itu untuk menjayakan con-job.

Bagi contoh yang lain, sesuatu perarakan atau pertunjukan yang dijalankan oleh orang lain juga boleh dicuri oleh seseorang conman. Kita beri contoh lagi supaya anda faham bagaimana conmen melakukan kerja-kerja mereka.

Katakan, ada sebuah perarakan atau pertunjukan di tempat awam. Pertunjukan itu pula sebenarnya atau pada asalnya dianjurkan oleh sebuah syarikat perunding acara. Kemudian datanglah conman untuk mencuri perarakan itu bagi memberi keuntungan (tidak semestinya berkaitan wang) kepada dirinya.

Apa yang perlu conman itu lakukan ialah dia hanya perlu tampil di khalayak dan melakukan sesuatu supaya dia dilihat sebagai hero atau mangsa oleh orang-orang yang ada dalam perarakan itu. Kalau dia mahu ambil keuntungan dengan mencipta kekecohan, maka dia yang sudah dilihat sebagai hero atau sebagai mangsa hanya perlu keluarkan arahan sahaja kepada orang ramai yang ada di perarakan itu untuk memulakan kekecohan.

Manakala pihak penganjur yang menjalankan perarakan itu sudah tidak berdaya untuk mengawal sikap agresif orang ramai. Seterusnya, yang berubah menjadi dominan dalam mengawal perjalanan perarakan tersebut ialah conman itu tadi, penganjur perarakan itu pula sudah tidak dominan lagi. Dengan itu, conman itu telah pun mencuri perarakan itu daripada penganjurnya yang asal. Itulah serba sedikit mengenai fundamental of con walaupun kita tidak mahu anda tahu kesemuanya.

Semasa kekecohan berlaku, conman boleh berbuat apa sahaja yang dia mahu dengan cara mengambil kesempatan daripada kekecohan yang telah berlaku. Mungkin sekali akan  terus berlakon sebagai mangsa dalam role playing game yang penuh dengan deceptions. Atau boleh sahaja melakukan lebih banyak kecurian dengan mengambil kesempatan daripada kekecohan.
--

Semua yang diterangkan di atas adalah hanya sebagai contoh untuk memudahkan anda faham mengenai apa yang dimaksudkan dengan “steal”. Seseorang conman boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka selepas kepercayaan anda telah dicuri. Mereka boleh mencuri apa sahaja yang mereka mahu sekiranya mereka ada ramai role players.

Tetapi perkara yang paling berharga untuk dicuri ialah kepercayaan anda kepada mereka. Con-artist adalah orang-orang yang sangat faham dengan gelagat (traits) pemikiran manusia dan juga kelemahan-kelemahan manusia. Mereka tahu apa yang manusia mahu dan mereka juga tahu apa yang manusia fikir.

Dengan pengetahuan itu, mereka mencipta peluang supaya dapat memperdaya ramai manusia seperti anda di luar sana. Mereka tahu anda perlu wang, lalu mereka janjikan pemberian wang atau menjanjikan serba-serbi menjadi percuma yang tidak lagi perlukan wang. Anda adalah orang-orang yang mudah dimangsakan, easy to markeasy to coneasy to scam



Kebanyakan anda sangat senang ditipu dan sedang ditipu,
kerana anda sedang mendedahkan diri anda di level easy.





Con
Conscripted
Conspiracy




-STALKER-
I’m stalking you



.

Thursday 17 January 2013

Kunst der Con: The Play


“The role players”

Dalam menjayakan sesuatu tipu daya, seseorang con-artist tidak boleh bekerja sendirian. Dia perlu bekerja dalam kumpulan yang melibatkan ramai con-players. Semua players itu kemudian diberikan tugas dan tanggungjawab bagi menjalankan peranan masing-masing mengikut rancangan yang telah ditetapkan oleh the mastermind.

Apabila mereka semua diberikan watak, maka setiap daripada mereka akan menjalankan peranan masing-masing ketika menghadapi the marks (iaitu mangsa-mangsa mereka yang terdiri daripada orang awam yang naif seperti anda). Mereka bertindak sebagai the role players bagi menjayakan the play.

Role-playersadalah orang-orang lantikan the mastermind. Mereka bijak memainkan peranan dalam melakukan tipu daya kepada mangsa-mangsa. Pada masa tertentu, mereka mampu mempamerkan perwatakan yang sangat baik. Masa lain pula, mereka akan menjadi orang yang sangat mementingkan diri sendiri, serta mementingkan motif con yang sedang dijalankan dalam the play.
--


“The Play”



UNTUK memperdayakan (marks) mangsa-mangsa, ia tidak boleh dilakukan tanpa meyakinkan semua mangsa itu terlebih dahulu. Proses memperdayakan mangsa-mangsa itu memerlukan satu gerak kerja yang melibatkan ramai conmen. Manakala semua conmen terlibat itu akan mengikut segala skrip dan arahan yang diberikan oleh the mastermind atau the conman.

Mereka semua (role-players) akan melakonkan watak-watak yang diberikan mengikut skrip. Ia termasuk pengucapan yang mengikut skrip, juga melibatkan perbuatan serta perkara-perkara yang dirancang dalam usaha menjayakan ­con-job.

Ia dilakukan seperti melakonkan watak bagi membentuk sebuah kisah yang dipentaskan untuk tontonan orang ramai. Watak-watak yang dilakonkan pula tampak begitu meyakinkan walaupun pada sesuatu ketika ia kelihatan amat menjengkelkan.

Namun, itulah pementasan con-play­ atau kita namakan ia sebagai The Play. Pementasan wayang tanpa pentas oleh para conmen dalam usaha untuk mendapatkan keyakinan anda. Merekalah watak-watak, anda pula adalah mangsa-mangsa yang juga selaku penonton-penontonnya.

Inilah dunia con-artist. Dunia yang penuh dengan lakonan. Lakonan yang penuh tipu daya. Tipu daya yang sungguh meyakinkan. Meyakinkan anda yang sedang leka. Leka kerana mahukan penyelesaian mudah. Mudah sungguh menjadi mangsa. Mangsa itu adalah anda.
--


Dalam pementasan sebegini, skrip yang disediakan adalah atas kehendak the mastermind. Dia tahu kelemahan anda, dia tahu kemahuan anda, dia juga faham diri anda. Namun, dia bukan Tuhan. The masterminditu faham mengenai segala kemahuan dan kelemahan anda kerana dia sering belajar mengenai anda.

Panggung wayang tidak akan penuh dengan penonton kalau sesebuah filem itu tidak menarik atau hambar. Begitu juga dengan pementasan ‘teater’ oleh con-artist. Sesebuah pementasan itu mestilah mengandungi isu-isu yang sangat dekat dengan penonton, sensasi, ada unsur yang suspen, seksi dan sebagainya yang mampu memikat minat penonton.

Lalu, diciptakan watak-watak yang mampu menarik simpati penonton (boleh rujuk artikel: Politik Simpatisan), juga boleh menarik keghairahan penonton untuk terus setia mengikuti perjalanan sesebuah pementasan itu. Ia dilakukan sehingga penonton berasa yakin bahawa itulah realiti, walhal ia hanyalah sebuah pementasan yang mengikut skrip.

Penonton yang leka ialah penonton yang tidak berilmu dan malas berfikir. Tidak percaya? Cuba tonton filem Bollywood iaitu Disco Dancer yang dilakonkan Mithun Chakraborty pada sekitar awal 1980-an. Pelakon utama filem itu tidak pernah ‘memegang’ kord gitar dengan betul, malah fret gitar juga dipegang dengan begitu kekok sekali. Ia jelas menunjukkan pelakon itu langsung tidak tahu memetik gitar. Tapi, ada juga penonton yang percaya bahawa pelakon itu benar-benar tahu memetik gitar. Mengapa (sebilangan penonton) boleh ditipu dengan mudah? Ia kerana penonton tidak ada ilmu mengenai gitar.

Begitu juga dengan kebanyakan filem yang lain. Filem Fast and Furious sebagai contoh seterusnya, ada adegan di mana sebuah kereta meletup serta merta selepas ia terbabas apabila ditembak dengan pistol di bahagian tayar. Namun jika anda ada pengetahuan mengenai teknologi keselamatan dalam industri automotif, akan tidak akan mudah terpedaya dan bertegas mengatakan ia tidak logik sama sekali dari segi teknikal dan fizik. Begitulah bagaimana anda ditipu mengenai apa yang anda lihat.

Sama juga dengan The Play yang dipentaskan oleh con-artist. Jika anda rajin berfikir untuk mengesan penipuan yang tidak masuk akal, maka anda akan mampu menjumpai kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam pementasan itu. Ia termasuk kesalahan-kesalahan dari segi ilmiah, moral, kemanusiaan dan sebagainya. Apabila kesalahan-kesalahan itu dapat dikesan, maka con-job yang mereka usahakan itu akan blown out.

Kita mengambil pendekatan sains penjenayahan (science of crime) di mana sesuatu jenayah itu tidak pernah dilakukan dengan sempurna dan akan sentiasa terdapat kelemahan-kelemahan dalam sesuatu perlakuan jenayah itu sehingga membawa kepada penangkapan penjenayah yang melakukan sesuatu jenayah. Con-artist adalah penjenayah, maka mereka juga tidak terlepas daripada sains forensik jenayah ini.

Katakan seseorang itu amat galak memainkan isu melibatkan risiko radiasi kepada alam sekitar. Apabila sesuatu isu itu dimainkan, maka kita harus mengesan apakah jenis sesuatu isu itu. Adakah ia isu ilmiah, moral, kemanusiaan atau lain-lain. Walaupun ia melibatkan alam sekitar, ia sebenarnya tergolong dalam isu yang wajar dilihat secara ilmiah. Maka, isu itu harus dilihat dari sudut ilmiah dan bukan dari sudut sentimen atau keyakinan yang tidak berlandaskan fakta ilmiah.

Jadi, untuk mengesan pembohongan yang dilakukan con-artist, kita wajar menjadi lebih bijak daripada mereka.

Ini sekadar contoh yang tidak ada kaitan dengan apa yang berlaku di luar sana (really?). Contohnya, apabila diikaitkan dengan radiasi, maka ia wajar dilihat melalui kaca mata seorang saintis atom (tidak rugi jika anda rajin belajar banyak perkara). Dalam isu radiasi itu (anda juga tahu), tanah jarang (lanthanide/lanthanium) yang dikatakan berbahaya itu sebenarnya membebaskan sinar radiasi yang sangat rendah. Fakta sains tidak pernah silap.



Radiasi terdapat di mana-mana sahaja, malah dalam tubuh anda juga mengandungi radiasi (kalau anda masih ingat topik Tenaga), namun anda masih lagi hidup dan belum mati akibat radiasi. Membezakan radiasi yang membahayakan manusia ialah kadar risiko yang didedahkan kepada manusia. Tidak semua radiasi berbahaya, tetapi yang membezakan bahaya atau tidak ialah kadar sinar yang dibebaskan oleh sesuatu bahan yang mempunyai sinar radiasi. Kalau semua radiasi berbahaya termasuk yang membebaskan kadar radiasi yang kecil, maka kita semua sudah lama pupus dari muka bumi.

Malah, ada juga golongan mahasiswa yang tidak cerdik kerana malas menggunakan pendekatan ilmiah dalam membicarakan soal radiasi dan radioaktif, namun berterusan berlagak seperti tahu segala-galanya walaupun belum habis belajar. Kerana apa ia berlaku? Ia kerana tipu daya con-artist sangat hebat sehingga mampu menjadikan ‘fakta yang tidak berketerangan’ sebagai ‘alasan sintetik’ yang ‘meyakinkan’ dengan hanya memainkan elemen usikan perasaan (elemen suspen) dalam setiap plot pementasan.

Memang radiasi menyebabkan kanser, tetapi tidak semua kanser disebabkan radiasi, ada yang disebabkan genetik, ada juga yang disebabkan tabiat tidak sihat dan banyak lagi sebab-sebab yang lain. Katakan, ada radiasi di sesebuah tempat, kemudian ada pula orang yang meninggal dunia akibat kanser di situ. Kalau dikatakan radiasi di sesuatu tempat itu menyebabkan kanser, maka hamparkan laporan perubatan yang mengesahkan kanser itu adalah berpunca daripada radiasi yang berlaku di tempat itu, maka di mana laporan itu? Tiada laporan sedemikian? Kenapa tiada? Ia wajar dilihat secara ilmiah, ia tidak wajar dimainkan secara agak-agak.



Pada sekitar 1960-an hingga 1980-an, ramai rakyat di Malaysia (termasuk datuk nenek kita) menggunakan lampu gasolin. Kadar radiasi daripada sumbu gasolin itu sangat tinggi. Kalau diletakkan hampir dengan alat pengesan radiasi (bentuknya seperti telefon bimbit atau walkie talkie), maka ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan laju menandakan kadar radiasi daripada gasolin itu adalah sangat berbahaya kerana mengandungi thorium (sejenis bahan galian beradioaktif). Namun, datuk nenek kita terus hidup dan melahirkan ibu bapa kita tanpa sebarang kecacatan. Ia berkaitan kadar radiasi yang dibebaskan itu membahayakan manusia atau tidak kerana radiasi berada di mana-mana sahaja, cahaya matahari juga ada tahap radiasinya tetapi adakah kita semua dalam bahaya setiap kali terdedah kepada cahaya matahari di luar sana?

Setiap apa yang digali keluar dari perut bumi, ia akan bercampur dengan radiasi. Ia kerana setiap bahan radioaktif (plutonium, uranium, thorium) juga adalah merupakan bahan-bahan galian. [hujungan ium itu merujuk kepada bahan-bahan galian sebagaimana kalsium, magnesium, natrium, sodium, kalium, lithium dan sebagainya]. Maka, lombong bijih timah yang menggali keluar bijih-bijih juga akan bercampur dengan bahan-bahan radioaktif. Maka lombong dan bekas-bekas lombong juga mempunyai kadar radiasi.

Bekas lombong bijih timah mempunyai kadar sinar radiasi yang lebih tinggi. Malah, kadar kepekatan bahan logam juga tinggi. Maka itu jauh lebih berbahaya. Namun, ada pula cadangan daripada pihak yang kurang cerdik untuk menjadikan air bekas lombong sebagai sumber air ke rumah-rumah orang awam di sebuah negeri. Apakah itu tidak pula mendatangkan bahaya? Jika anda tidak berilmu, maka anda akan mengangguk sahaja ketika menonton wayang itu dan mungkin sekali anda juga akan meneguk air lombong yang mengandungi radiasi tinggi dan juga kepekatan logam yang tinggi.

Memang ia isu kemanusiaan (keperluan air bersih), namun ia juga harus dipandang melalui kaca mata ilmiah. Anda wajar mempunyai ilmu untuk mengesan pembohongan setiap pihak yang cuba menipu anda. Untuk mempunyai ilmu, anda tidak wajar mengambil jalan mudah atau penyelesaian mudah. Anda perlu rajin mendapatkan ilmu. Anda perlu jujur setiap kali membuat pertimbangan kalau tidak mahu menjadi mangsa. Bagi saya, perkara itu telah lama blown out, namun masih ramai yang rela terus ditipu.

Maka, dalam pementasan oleh con-artist, akan selalu terdapat kesalahan-kesalahan ilmiah kerana con-artistitu sendiri tidak menguasai segala ilmu yang terdapat di muka bumi untuk menyempurnakan pembohongannya. Jika ada kesalahan dari segi ilmiah, maka ia perlu dibincang secara ilmiah. Bukan secara memasukkan sentimen kebencian yang diselimuti kejahilan ke dalam jiwa-jiwa manusia untuk menjayakan con-job. Malangnya, masih terdapat sebilangan manusia yang lebih suka menjadi jahil dan mudah diperbodohkan dengan sentimen-sentimen yang langsung tidak ilmiah.

Bagi menjadikan pementasan con-play itu blown out, kita harus sedar bagaimana sesebuah isu atau perkara itu dimulakan. Iaitu bagaimana kisah (dalam pementasan) itu bermula. Kemudian, kita wajar mengenal pasti watak-watak yang muncul dalam pementasan itu dan mengenali kredibiliti mereka. Adakah mereka mempunyai kredibiliti (secara ilmiah) untuk mengulas sesuatu perkara atau hanya memperkatakan sesuatu perkara itu mengikut hawa nafsu semata-mata (tidak bersandarkan ilmiah).

 Kita juga wajar menyedari plot-plot (jalan cerita) yang bersusun atur dalam pementasan itu. Adakah plot-plot itu bersusunan mengikut padanan fakta atau berlalu secara lintang pukang dari satu plot kepada plot yang lain. Wajar diambil sebagai nota di sini ialah, sesuatu jenayah itu tidak pernah dilakukan dengan sempurna. Maka, jika terdapat kesalahan-kesalahan semasa plot-plot itu dimainkan, maka semua itu akan mampu dilihat dengan jelas. Syaratnya ialah anda wajar mempunyai ilmu yang serba cukup mengenai isu yang dimainkan dalam pementasan itu.
---

Apabila anda sudah memahami the role players dan juga the play, maka anda akan bersedia untuk memahami terma-terma seterusnya dalam dunia con-artist.

The playbukanlah suatu pementasan yang sempurna. Akan selalu terdapat kelemahan-kelemahan dalam sesebuah pementasan con. Jadi, anda tidak wajar menjadi pak angguk yang terus mengangguk tanpa ada usaha untuk mencari ilmu bagi mengelak diri anda daripada terus ditipu. Apabila anda terus angguk-angguk, makin lama makin laju pula anggukan itu hingga terpelanting akal dari tengkorak, maka anda akan menjadi mangsa yang sudah tidak berdaya untuk berfikir lagi.


Ingat con rule no. 4?

“You can’t con a statement perfectionist.”

Maka, jadilah seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam sesebuah pengucapan, iaitu orang yang tidak suka ditipu melalui ucapan-ucapan yang tidak sempurna dari segi fakta, ilmiah, moral, kemanusiaan dan kesusilaan.


-STALKER-
I’m stalking you



 .

Friday 11 January 2013

Kunst der Täuschung

Art of Con



BAGImereka yang sudah biasa dengan blog ini, mereka akan membaca setiap perkataan yang ditulis dalam setiap artikel sehingga habis, iaitu sehingga ayat terakhir yang ditinggalkan oleh mana-mana penulis sebelum nama samaran penulis itu dihitamkan (bold). Ayat terakhir yang ditinggalkan itu pula biasanya mengandungi maksud berlapis-lapis dan tersembunyi.

Mereka yang biasa membaca blog ini juga sudah sedia tahu mengenai kaitan sesuatu artikel itu dengan artikel-artikel akan datang atau yang terdahulu. Walaupun sesuatu artikel itu tidak mendedahkan sebarang kaitan konspirator, namun pembaca yang biasa membaca blog ini sudah sedia tahu bahawa artikel itu adalah subjek awal sebelum perkara sebenar diberitakan dalam artikel-artikel yang akan datang.

Artikel iringan yang dikeluarkan kemudian itu pula masih disampaikan dalam lenggok bahasa yang samar-samar, tetapi ia sebenarnya tidak samar-samar dan amat jelas maksudnya bagi pembaca-pembaca yang sudah terbiasa dengan lenggok bahasa di blog ini. [pembaca seperti OrgOrg dan Abatasa adalah antara yang sangat faham dengan gaya blog ini dalam menyampaikan sesuatu maksud].

Maka, sama juga dengan artikel kali ini. Ia adalah subjek awal sebelum menyampaikan perkara sebenar yang ingin difahamkan kepada pembaca. Umat Terakhir mahu anda menjadi orang yang faham dan tidak mudah terpedaya dengan segala tipu daya yang ada di luar sana. - ADMIN.

--

Art of Deception: Con-artist.

Con-artist (conmen & conwomen). Dalam bahasa kita, mereka dipanggil pendusta. Membezakan con-artist dengan penipu-penipu biasa ialah mereka sangat bijak dalam pendustaan. Namun, mereka itu sebenarnya  tidak terlalu bijak sekiranya anda menjadi orang-orang yang faham dengan taktik permainan mereka. Biasanya, wartawan (seperti kami di sini) adalah musuh utama con-artist. Ia kerana setiap con yang mereka lakukan boleh blown-out (terbongkar) apabila dijerat oleh wartawan.


Begitu juga dengan scammers (dari jenis penipu juga), wartawan juga adalah musuh utama mereka. Sama juga dengan griftersatau swindlers (jenis penipu juga), mereka juga sangat benci apabila wartawan mahu menjerat kegiatan mereka. Namun, tidak semua wartawan adalah musuh mereka. Dalam ruang (bidang) con yang lain, ada con-artist yang mempergunakan wartawan dari jenis naïve untuk kepentingan mereka. Bagaimanapun, sebilangan besar musuh mereka adalah wartawan.

Jadi, kami ingin menambah bilangan musuh mereka (para penipu itu). Kami mahu jadikan anda semua sebagai musuh-musuh baru mereka. Ia bagaimanapun bersyarat, iaitu anda (terutama yang selama ini diperdaya con-artist) terlebih dahulu harus sedar bahawa anda sedang ditipu. Anda akan sama-sama menjadi musuh baru kepada con-artist apabila anda mula menentang mereka sebagaimana the answer seekers (para wartawan) melakukannya selama ini.

Con-artist menyelinap di mana-mana sahaja dalam semua bidang yang ada dalam setiap bucu professionalism. Mereka wujud secara con dan secara profesional dalam semua bidang yang menjanjikan wang dan kuasa. Untuk mencapai matlamat, mereka meletakkan batu-batu tempat mereka berpijak itu sebagai ‘marks’.., malah kepercayaan anda, atau kepala anda, mayat anda sekali pun boleh juga menjadi mark-markitu asalkan matlamat con-men itu tercapai.

 Con atau deception adalah seni. Ia bukanlah satu jenis penipuan yang dikategorikan sebagai ‘tipu bodoh-bodoh’. Ia adalah ‘tipu daya yang dilakukan oleh bijak pandai’. Ia adalah perbuatan yang sudah berkurun wujud sejak manusia mula belajar menipu. Ia kemudian menjadi seni jenayah yang di-profesional-kan oleh para penjenayah bijak pandai sejak kurun ke-18 di kota London. Dalam kurun ke-21 ini, seni itu sudah menjadi sangat advance dengan pelbagai upgrade sehingga anda tidak terdetik sedar bahawa anda sedang ditipu dan diperbodohkan hidup-hidup.

Apabila blog ini mengeluarkan berbelas artikel dalam siri Mind Game, ia juga adalah subjek awal sebelum anda difahamkan mengenai Kunst der Täuschung atau Art of Con.

Siri artikel dalam Mind Game adalah tidak lain untuk mendidik minda anda supaya bersedia dari segi kekuatan psikologi untuk menghadapi segala permainan yang dimainkan oleh conmen yang sedang memperdaya kedunguan manusia-manusia. Kami mempersiapkan anda untuk menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmenyang ada di Malaysia.

Kami mempersiapkan anda untuk menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmen yang berkonspirasi di Malaysia. Anda hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang mahukan jawapan. Anda juga hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang tidak berat sebelah kepada mana-mana orang yang anda suka. Dengan kejujuran, anda mampu melawan sang conmen.


“You can’t con a conman.”Con rule no. 1   
    

Permainan con terwujud apabila  manusia mahu kepada penyelesaian yang mudah. Ia adalah permainan yang mengambil peluang kelemahan psikologi manusia. Ia adalah Mind Game. Ia adalah permainan yang hanya menjadikan manusia-manusia dungu lurus bendul yang malas berfikir sebagai mangsa. Namun, manusia jujur tidak sesekali akan menjadi mangsa.

Apabila seseorang manusia jujur itu merasakan ada orang mahu menipunya, dia tidak akan hanya duduk diam dan membiarkan dirinya ditipu hidup-hidup. Dia akan jujur kepada dirinya sendiri, dan mula melakukan sesuatu untuk menjadikan dirinya  tidak ditipu. Dia tidak akan mengkhianati dirinya sendiri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia tidak akan mengkhianati dirinya sendiri dengan hanya duduk diam.

Jika seseorang wartawan (yang bukan lurus bendul) merasakan ada orang mahu menipunya, maka dia akan mengajukan soalan tambahan untuk menguji kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu. Jika wartawan itu bertanya: “mana jam tangan?”. Kemudian dia diberikan jawapan: “jam itu ada pada isteri saya.” Tetapi wartawan itu tidak mahu dirinya ditipu dan dia tanya soalan tambahan: “boleh tunjukkan jam tangan itu sekarang?” sambil wartawan itu mengharapkan ada kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu. Dalam contoh jam tangan itu, anda boleh melihat bahawa betapa wartawan adalah kumpulan orang yang sentiasa mahu jawapan yang jujur daripada mana-mana orang yang memberikan jawapan. Atas sikap itu, maka wartawan jujur adalah musuh utama semua conmen yang ada di pelosok dunia. Tidak percaya?

Bagaimana seseorang conman melakukan penipuannya? Sebagaimana disebutkan di atas tadi, ia dimulakan apabila manusia mahukan penyelesaian mudah dalam setiap masalah yang mereka hadapi. Jadi, di situlah muncul peluang kepada conman untuk menawarkan ubat atau penyelesaian.

Katakan, golongan surirumah selalu ada masalah untuk membuat simpanan wang kerana  mereka tidak bekerja  dan mengharapkan wang diberikan suami sahaja, itu pun kalau bajet suami terganggu, maka tiadalah wang simpanan dihulurkan si suami kepada surirumah. Maka, di situ timbul peluang kepada con-artist untuk memanfaatkan peluang itu.

Mungkin ada con-artist yang tampil dengan penipuan berbentuk scam, mereka mungkin sekali menawarkan pinjaman yang serupa simpanan. Mungkin kalau con-artist itu terlibat dalam kegiatan yang menjanjikan kuasa, dia mungkin menawarkan janji untuk beri wang kepada surirumah yang kononnya berupa insentif tertentu sekiranya mengangkat dirinya menjadi orang paling berkuasa.

Katakan lagi, segolongan dungu manja yang malas belajar sudah tahu sikap malas dan dungu mereka itu tidak membantu mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas tamat belajar nanti. Mereka tahu yang bahawa mereka tidak mendapat keputusan terbaik kerana mereka malas dan kemalasan serta kedunguan itu juga akan menyebabkan mereka tidak pandai atau tidak tahu buat kerja apabila tamat belajar nanti.  Maka, mereka sedar bahawa mereka akan hadapi masalah untuk membayar semula pinjaman pelajaran kerana tidak cemerlang. Jadi, ia membuka peluang kepada conmen untuk menawarkan penyelesaian paling mudah kepada masalah yang dihadapi golongan dungu manja yang malas belajar itu. Apakah menyelesaian mudah yang ditawarkan kepada golongan dungu manja yang malas belajar dan hampir keciciran itu?

Namun, semua disebutkan di atas itu hanya contoh-contoh yang tidak pernah berlaku di luar sana (really?). Ia adalah contoh-contoh untuk menjelaskan mengenai bagaimana sesuatu peluang itu  tercipta bagi conmen untuk memulakan setiap ‘con-jobs’.  Peluang itu terwujud dengan menawarkan penyelesaian mudah kepada marks. Boleh jadi penyelesaian itu ialah tidak perlu bayar balik atau masuk universiti percuma walaupun akhirnya (sebagaimana majoritinya) tidak belajar bersungguh-sungguh selepas diberi peluang masuk universiti.

Peluang-peluang itu wujud kerana mangsa atau ‘marks’ tidak menggunakan masa mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta berkaitan sebelum memutuskan untuk menyebelahi hasrat seseorang conman. Ia kerana mangsa sentiasa mahu penyelesaian mudah, mangsa-mangsa conmenjuga selalunya merupakan orang yang sangat malas dan tidak jujur kepada diri sendiri walaupun ada juga orang bijak dan rajin turut menjadi mangsa con-artist. Ia kerana orang bijak itu kekurangan satu nilai penting.

Pernah juga Umat Terakhir nyatakan kepada pembaca di sini bahawa ‘orang bijak ialah orang yang kaya dengan maklumat dan fakta’. Jadi, anda hanya perlu tambah satu nilai lagi dalam diri anda supaya tidak menjadi mangsa, nilai itu ialah kejujuran. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri, itu adalah antara nilai penting untuk menghadapi conmen. Seseorang conmanboleh tipu apa sahaja kepada anda, namun jika anda jujur untuk tidak mahu ditipu, anda berupaya membuat conman itu melarikan diri daripada anda, anda boleh menjadikan sesuatu job yang dijalankan conman itu ‘blown-out’.

Risiko yang sedang dihadapi oleh semua orang, termasuk yang bijak pandai ialah mudah terpedaya dengan penyelesaian mudah yang cuba ditawarkan oleh seseorang con-artist atau conman. Untuk menangkis cubaan memperdaya itu, anda perlu upgrade nilai pada diri anda dengan menambah kejujuran yang 100 peratus tulus. Kejujuran juga adalah nilai yang dibenci iblis. Jadilah musuh kepada conman, dan jadilah musuh kepada iblis dengan menjadikan diri anda jujur.


“You can’t con honest people.”Con rule no. 2


Dalam cara lain, seseorang conman melakukan penipuannya dengan teori-teori konspirasi yang mana teori itu seboleh-bolehnya cuba menampakkan dirinya itu dimangsakan oleh konspirator. Namun, conman itu tahu bahawa dia boleh menipu semua orang, tetapi dia tidak boleh menipu mana-mana orang yang betul-betul faham dengan perjalanan sesuatu benang dalam teori konspirasi. Oleh itu, sejak kurun ke-18 lalu sudah digariskan peraturan ketiga ini, iaitu:


“You can’t con a true theorist.”Con rule no. 3

                                                   
Apa yang dimaksudkan dengan teori dan konspirasi? Apa pula yang dimaksudkan dengan true theorist? Tidak perlu kita panjang lebar, sebab ini hanya episod pengenalan, konspirasi mengikut konteks con-artist dalam bahasa mudahnya ialah ‘the things they (the cons) want you to know about the things that they created for you not to know about’. Kali ini kita tidak mahu mengalih ayat Inggeris itu ke bahasa Melayu kerana ia mungkin membawa pengertian yang kurang tepat. Manakala true theorist dalam konteks con-artistialah orang-orang yang sangat arif dalam mengetahui dengan betul setiap penipuan-penipuan (jobs) yang mereka cuba jalankan.

Oleh itu, true theorist ialah orang-orang yang sentiasa membuat jangkaan tepat mengenai setiap cubaan con. Malah, true theorist juga pada masa tertentu membuat teori-teori tertentu dalam mengenal pasti permainan conmen dan teori-teori itu menggunakan kaedah penyelidikan (research tools) yang sama sebagaimana dibuat ahli-ahli teori konspirasi.

Tahukah anda yang mana Revolusi Perancis, Revolusi Rusia, Revolusi Iran, Revolusi Arab, Perang Dingin, Perang Dunia, tragedi WTC 11 September, kejatuhan Palestin, penubuhan negara haram Israel dan bermacam lagi itu adalah kerja yang dibuat oleh beratus-ratus ribu con-artists yang memperdaya seluruh isi dunia? Jadi, dalam kes-kes konspirasi besar yang melibatkan con-artists seperti itu, pembongkaran kegiatan mereka sudah tentu dibongkarkan oleh ahli-ahli teori konspirasi (ada juga kalangan wartawan dan bekas wartawan ternama di Barat dan Eropah). Menggunakan kaedah-kaedah yang sama, mereka tidak berupaya menipu  true theorist yang jujur. True itu adalah memaksudkan ikhlas dan jujur. Wartawan pula ialah kumpulan manusia yang berurusan dengan terlalu banyak fakta dan maklumat pada setiap hari.

Wartawan dari agensi berita Boston Globe, Drake Bennet menjelaskan bahawa seseorang con-artistmampu mendapatkan kepercayaan ‘marks’ iaitu mangsa-mangsa mereka dengan cara bahasa badan terutama ekspresi wajah. Menurut Bennet, kehebatan seseorang conmanialah bergantung kepada keupayaan menipu diri sendiri.

Berdasarkan pendekatan dalam pengajian gelagat semulajadi manusia (natural human behaviours), setiap perbuatan yang melanggar nilai moral akan menyebabkan tubuh melakukan protes. Jika seseorang itu menipu, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon sebagai tanda protes, akibatnya manusia yang menipu itu akan berasa gatal di muka atau terkelu lidah untuk beberapa saat atau sebagainya ketika dia berkata-kata dengan penipuan.

Namun, seseorang conman mampu mengatasi itu semua, dia tidak akan menggaru di mukanya meskipun terasa sedikit gatal yang lain daripada biasa dan sentiasa memastikan tutur katanya mempunyai selangan masa yang konsisten sehinggakan ‘mark’ yang sensitif terhadap body language juga tidak akan menyedari conman itu sebenarnya sedang terkelu lidahnya buat beberapa saat.

Kajian yang dilakukan Jabatan Psikologi Princeton mendapati, punca ‘marks’ menjadi mangsa ialah sikap mangsa-mangsa itu sendiri yang gemar melakukan ‘penyelesaian mudah’ dalam memilih orang-orang yang boleh dipercayai.

Penyelesaian mudah itu ialah mangsa-mangsa hanya memandang dari segi luaran iaitu penampilan seseorang conman yang ditampilkan kepada masyarakat. Berlaku ‘bargain’ di situ iaitu mangsa ‘membeli’ kepercayaan terhadap conman dengan hanya melakukan ‘tawar menawar’ selepas melihat luaran sahaja. Walhal untuk mengenali seseorang, kita boleh melakukan banyak siasatan peribadi dan kaedah-kaedah lain, namun lebih ramai suka melihat luaran sahaja. Itulah kelemahan iaitu mahu penyelesaian mudah.

Jadi, boleh dilihat dengan jelas bahawa kelemahan itu (mahu penyelesaian mudah) adalah peluang terbaik kepada seseorang conmanuntuk memperdaya semua marks mereka. Bahkan, anda sendiri tidak jujur kepada diri sendiri iaitu mudah mempercayai orang yang anda tidak kenal secara peribadi, tidak faham?

Katakan anda kenal seorang pelakon terkenal yang sudah lama tidak berlakon. Kemudian anda terserempak dengannya. Pelakon itu beritahu anda bahawa dia sedang menjalankan perniagaan pelaburan. Anda pun percaya sebab wajah pelakon itu memang nampak baik. Selepas itu, anda pun melabur sama. Sebulan kemudian, baru anda sedar yang anda ditipu. Lebih buruk, anda tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kepada pelakon itu kerana kegiatannya sangat licik tanpa meninggalkan apa-apa barang kes yang boleh dibawa ke mahkamah. Mengapa ia berlaku? Ia kerana anda sudah memulakan permainan dengan tidak jujur kepada diri sendiri. Sebaik sahaja ada keraguan yang timbul apabila sesuatu perkara itu dikhabarkan, maka keraguan itu perlukan jawapan. Jadi, mulakan bertanya. Malangnya anda tidak jujur kepada diri sendiri dan tidak mahu bertanya.

Tidak susah untuk bertanya “betulkah, boleh anda buat saya jadi yakin dengan jawapan itu?” kemudian ia pasti akan dijawab atau tidak dijawab dengan jawapan yang akan membuka lebih banyak soalan-soalan baru yang turut memerlukan jawapan. Akan timbul soalan-soalan baru yang terbit daripada kekaburan dalam jawapan-jawapan sebelum itu. Untuk menilai kejujuran jawapan itu, maka lihatlah keterangan-keterangan yang bersambung-sambung dan tidak terputus-putus. Anda tidak perlu menjadi prejudis untuk memerangkap seseorang conman, anda hanya perlu jadi jujur.
---

Bagaimana seseorang conman memulakan permainan.

Dalam psikologi jenayah, seseorang penjenayah (termasuk conman) akan melihat segenap peluang yang ada bagi melakukan sesuatu jenayah. Seorang penyeluk saku akan melihat peluang beg tangan wanita terbuka luas yang tanpa ditutup dengan zip untuk menyeluk mengambil telefon bimbit, beg duit atau sebagainya yang terdapat dalam beg tangan.

Seorang peragut akan mengambil peluang meragut beg, laptop atau sebagainya apabila mangsa mereka leka ketika berada di tempat yang terdedah kepada risiko dan peluang. Begitu juga dengan seseorang conmanyang turut mengaintai peluang untuk memangsakan orang lain.

Mahu penyelesaian termudah, malas untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali secara peribadi dan jahil dalam persekitaran maklumat adalah peluang yang dimanfaatkan seseorang conman dalam mencari mangsa.

Permainan con bermula apabila ada peluang-peluang ini, sama juga seperti jenayah-jenayah yang lain. Dalam permainan con, mangsa akan diistilahkan sebagai mark.


“You can’t con a statement perfectionist.” - Con rule no. 4


Modal untuk seseorang conman dalam memperdaya mangsa-mangsa adalah kebolehan untuk meyakinkan mangsa-mangsa dengan tutur kata yang meyakinkan. Tutur kata itu pula biasanya tidak diperlengkapkan dengan tindakan yang sewajarnya.

Bahasa mudah, cakap tidak serupa bikin, atau juga tutur kata itu hanya diperlengkapkan dengan tindakan yang sekadar seperti melepas batuk di tangga.

Kebijaksanaan conman ialah meyakinkan mangsa dengan kaedah con persuasion untuk menjayakan matlamat pertama iaitu to steal trust (untuk mencuri kepercayaan dan keyakinan orang lain). Orang yang mudah percaya dan mudah berasa yakin tanpa melakukan usul periksa dengan bantuan pelbagai maklumat dalam persekitaran maklumat, orang seperti itu adalah mark yang sangat mudah diperdaya. Sekali conman mengeluarkan kata-kata, mark akan terus percaya tanpa dibuat sebarang usul periksa daripada pelbagai maklumat.

Mangsa biasanya akan diberikan maklumat terpilih yang disediakan sendiri oleh conman itu. Sekiranya mangsa mahu merujuk kepada sumber lain, conmanitu akan sedaya upaya menjauhkan mangsa mereka daripada berbuat demikian. Dalam strategi penguasaan maklumat, ia dipanggil monopoli maklumat sebagaimana dalam istilah konspirasi yang disebut monopoli propaganda.

Akibat merujuk kepada sumber maklumat terpilih yang disediakan oleh conman, mangsa akan menjadi mudah percaya dengan hanya merujuk kepada maklumat yang diberikan itu sedangkan mangsa boleh merujuk kepada lain-lain sumber, tetapi tidak berbuat demikian kerana malas.

Jika mangsa tidak merujuk kepada pelbagai maklumat yang selain daripada maklumat yang disediakan oleh conman itu, maka mangsa itu bukanlah seorang statement perfectionist, tetapi hanya sebagai seorang yang terdedah kepada risiko menjadi mark.

Untuk menjadi seorang statement perfectionist, seseorang perlu merujuk kepada pelbagai maklumat bagi melihat jika ada percanggahan dengan set maklumat yang diberikan oleh seseorang conman kepada anda. Semua maklumat dari semua sumber terlibat harus diteliti untuk dipadankan dengan maklumat-maklumat yang disediakan oleh conman itu.

Bagi seorang statement perfectionist, dia melihat keselarian dalam setiap kenyataan apabila setiap kenyataan itu dipadankan satu persatu untuk dibandingkan bagi melihat persamaan atau perbezaan bagi setiap keterangan. Setiap maklumat pula mempunyai satu sumber utama dan sumber utama itu juga perlu dirujuk serta diperhalusi dengan berhati-hati. Itulah yang dilakukan oleh seorang statement perfectionist.

Kalau ada percanggahan maklumat, anda perlu menjadi bijak dan bertanya semula kepada conman itu, tabiat suka mengangguk tanpa ada usaha untuk mencari maklumat daripada sumber berbeza adalah sikap yang patut dibuang ketika menghadapi orang-orang yang tidak dikenali secara peribadi kerana orang itu mungkin sekali adalah conman.

Namun, sudah menjadi resam bagi setiap conmanuntuk menjawab setiap soalan yang ditanya dan sebilangan conman pula memilih untuk tidak mahu menjawab kerana khuatir con-job yang dilakukannya itu akan blown-out.

Jadi, untuk anda menjadikan sesuatu con-job  itu blown-out, seseorang perlu menutup segala peluang yang ada (rujuk perenggan berwarna merah) ketika menghadapi orang-orang yang berpotensi menjadi conman. Rujuk contoh pertanyaan mengenai jam tangan sebagaimana dalam perenggan di atas dan lihat bagaimana soalan-soalan tambahan itu berjaya menimbulkan jawapan yang tidak lagi bersambung-sambung.


“You can’t con a skeptic.”Con rule no. 5


Orang yang menyimpan rasa curiga (skeptic) adalah tidak sama dengan orang yang prejudis. Orang yang skeptic tidak menyimpan persepsi negatif terhadap orang yang dia curigai, melainkan hanya menyimpan rasa berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mempercayai.

Berlainan dengan orang yang prejudis. Orang prejudis menyimpan persepsi negatif terhadap orang yang belum dipercayainya dan ia adalah sangat tidak baik dalam hubungan dua hala kerana tidak semua orang yang baru dikenali itu ialah conman.

Namun, kedua-dua jenis orang ini (skeptic dan prejudice) adalah sangat tidak disukai oleh mana-mana conman. Bagaimanapun, ada dari jenis conman yang dapat menterbalikkan risiko itu (menghadapi mark yang skeptic dan prejudice) kepada peluang dengan cara reversal con. Ia adalah kaedah (kemahiran) con yang bertaraf tinggi dalam dunia con-artist.

Sekiranya kemahiran itu mampu dikuasai seseorang conmanberdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya sepanjang melakukan con-jobs, maka dia akan mampu melanggar kesemua peraturan (con rules) dan menjadi conman lagenda sepanjang zaman. Kemahiran itu hanya dipelajari melalui pengalaman-pengalaman seseorang conman kerana tiada universiti atau buku rujukan yang boleh dipelajarinya untuk menguasai kemahiran itu.

Kita tidak akan memberitahu atau mengajar anda mengenai kemahiran itu. Pengetahuan itu biarlah disimpan supaya tidak pula dipelajari oleh mana-mana conman dari jenis bodoh-bodoh alang yang ada di Malaysia ini. Kita tahu semua conmen itu (dalam pelbagai bidang) dan apa perkembangan jobsyang sedang mereka jalankan. Yang perlu anda tahu ialah mereka itu akan mendapat musuh-musuh baru iaitu anda semua dan kita di sini mahu mempersiapkan anda semua supaya menjadi musuh-musuh yang digeruni.

Jadi, untuk menjadikan con-jobs itu blown-out, maka anda wajar menjadi seorang yang skeptical dalam menghadapi orang-orang penipu itu. Antara sikap orang yang skepticialah suka mencari jawapan terhadap apa-apa kesamaran yang timbul atas tujuan yang tidak jelas. Orang skepticselalu bertanya untuk mendapatkan jawapan, maka apabila berhadapan dengan orang yang anda sangsi, banyakkan pertanyaan sehingga hilang semua curiga atau sehingga anda tahu orang itu cuba menipu anda.

Conmen adalah lebih bijak daripada sekelian penipu-penipu yang ada di dunia. Lebih bijak daripada scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities dan sebagainya yang dari jenis penipu-penipu profesional. Conman tidak berdaya untuk menipu conman yang lain, tetapi mereka mampu menipu semua scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities, madolinos dan sebagainya.

Bagaimanapun, mereka tidak berdaya menipu orang-orang yang ada dalam peraturan-peraturan itu, bukan disebabkan ia dijadikan peraturan, tetapi orang-orang itu termasuk dalam peraturan kerana boleh menyebabkan sesuatu con-job itu blown-out. Maka untuk tidak mudah ditipu, seseorang perlu menyimpan curiga dan menjadi skeptic.

Namun dalam sains penjenayahan dan pemikiran penjenayah, tidak semua jenayah itu dilakukan dengan sempurna oleh penjenayah. Akan ada kecacatan-kecacatan dalam setiap con-job yang dijalankan dan dengan itu anda harus menjadi seorang yang cermat dalam membaca pemikiran mereka. Paling perlu difahami ialah kesungguhan mereka mencari peluang dan mencipta peluang. Jika tiada peluang, maka seseorang conman akan mencipta peluang. Di sini anda perlu lebih waspada, ia kerana walau anda sudah melakukan langkah berhati-hati, anda masih terdedah kepada peluang untuk dijadikan mark.
--

Dalam persekitaran semasa, terdapat terlalu ramai conmenyang bergerak bebas dalam persekitaran ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Mereka ini (conmen) tampil dengan karisma yang tersendiri seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan meskipun kerap kali telah blown-out disebabkan tersalah menyusun kata akibat kelalaian mereka sendiri.

Namun, masih terdapat marks yang terus dibuai dengan taktik-taktik para conmen  meskipun telah terdapat terlalu banyak clash of statements yang dibuat oleh conmen. Ia kerana tidak ramai yang mampu menjadi statement perfectionist dalam mengenal pasti tipu daya conmen.

Sebenarnya agak sulit untuk menceritakan bagaimana sang conmenmelakukan con-jobs mereka, ia sukar untuk diceritakan kerana segala jobsitu dilakukan dengan cara yang sangat tersusun walaupun kadang kala terpampang jelas kecacatan dalam jobs itu sehingga terburai segala kerja kotor mereka itu.

Membongkar cara bagaimana conmen melakukan jobs mereka adalah hampir lebih kurang sama dengan membongkar kerja-kerja konspirator. Dalam membongkar jobs yang dilakukan mereka, kita tidak wajar bermain teori konspirasi, sebaliknya ia wajar dilakukan secara forensik jenayah.

Forensik jenayah bukan hanya mengenai siasatan di lokasi jenayah. Tetapi forensik jenayah dalam konteks menyiasat conmen wajar dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di kawasan berlakunya kejadian jenayah.

Apabila anda dikhabarkan oleh sesuatu kenyataan, maka siasatlah kenyataan yang diucapkan itu dengan memadankan kenyataan itu dengan sumber-sumber lain. Kemudian ikuti perjalanan kenyataan-kenyataan itu dan lihat ke mana sambungan-sambungan kenyataan itu membawa anda, kita pernah mengajar anda untuk follow the evidence.

Kenyataan yang konsisten akan selalu bersambung-sambung dengan kenyataan lain, jika kenyataan itu terputus tanpa ada sambungan-sambungannya, maka pasti ada yang tidak kena dan perlu disiasat lebih rapi, itulah sikap orang skeptic yang jujur mencari jawapan.

Kalau anda dikhabarkan air di dalam gelas itu berwarna ungu, maka pastikan ia benar-benar ungu, iaitu bukan biru gelap, atau bukan merah gelap, siasat juga adakah ia sedia kala berwarna ungu sebagaimana ia dituang masuk ke dalam gelas atau disebabkan campuran warna berbeza iaitu merah bercampur biru yang  menjadikan ia ungu.

Jika air itu menjadi ungu disebabkan campuran warna biru dan merah, maka pastikan warna mana yang dituang masuk ke dalam gelas terlebih dahulu, adakah merah dituang dahulu atau biru yang dituang dahulu. Mestilah teliti dan rapi dalam mencari jawapan.

Jika masih tidak tahu warna mana yang dituang dahulu meskipun sudah puas memerhati sifat warna air itu di dalam gelas, maka cubalah merujuk kepada sumber-sumber lain yang mengetahui siapa orang yang menuang air di dalam gelas itu. Adakah orang yang menuang air merah dan air biru itu adalah orang yang sama atau pun dua orang yang berbeza. Teliti dengan cermat.

Orang yang cermat dalam membuat penelitian dan jujur pula semasa melakukan pemerhatian, adalah orang yang dapat menjadikan kerja-kerja jahat si conmenitu blown-out walau orang yang baru mula hendak jujur itu sudah lama ditipu conmen.

Kejujuran kepada diri sendiri dalam mencari jawapan adalah kunci kepada menggagalkan kerja jahat penipu-penipu aktif di luar sana. Jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan sesuatu perkara yang dilakukan orang berpengaruh yang cuba mempengaruhi kepercayaan anda, maka jujurlah kepada diri anda dan bertindaklah mengikut perbuatan yang sesuai dengan kehendak hati anda yang mahukan kepastian, mulakan hari baru anda dengan menjadi jujur.

Ada ramai conmen di luar sana. Mereka berpakaian segak bergaya, bertutur dengan penuh yakin untuk mempengaruhi anda, bijak pula bermain dengan perasaan anda kerana mereka tahu itulah kelemahan anda yang mahukan penyelesaian mudah bagi setiap masalah yang anda hadapi.

Mereka menawarkan ubat untuk anda. Mereka menawarkkan penyelesaian untuk anda. Mereka sebenarnya sedang menipu anda. Mereka adalah conmen.



“Remember con rule no.1?”
 "You can't con a conman."
"But, you can make their jobs blown out."



-STALKER-
I’m stalking you

.