Halaman

Thursday 20 September 2012

Politik mind game: Maskot simpatisan


Maskot politik simpatisan


MASKOT ialah objek yang dijadikan lambang untuk mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lain. Dengan adanya maskot, minda orang ramai lebih mudah dihalakan ke arah perkara yang dimaksudkan itu termasuk segala definisinya (definisi perkara yang yang dirujuk itu) sekali. Apabila setiap kali maskot dipamerkan kepada orang ramai, minda mereka akan terus tertumpu kepada perkara itu tanpa perlu diulang ingat berkali-kali mengenai perkara yang sama.

Apabila dipamerkan si badut yang bernama Ronald, pemikiran dan minda orang ramai akan terus tertumpu kepada McDonald. Apabila dipamerkan Kolonel Sanders, minda orang ramai akan tertumpu kepada KFC. Begitu juga apabila dipamerkan imej kuda jantan (stallion) yang berdiri dengan dua kaki, orang akan ingat Ferrari. Imej lembu jantan sedang naik minyak mahu menanduk (raging bull) pula mengingatkan orang ramai kepada Lamborghini.

Maskot boleh jadi sebarang benda, logo, imej, binatang atau orang yang akan mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lain tanpa perlu diulang-ulang memberitahu bahawa itu ialah untuk memaksa anda mengingati McDonald, KFC, Ferrari atau Lamborghini.

Simpati pula ialah perasaan belas kasihan yang bermain atau dimainkan dalam kantung emosi yang ditujukan kepada seseorang, sekumpulan orang atau boleh jadi sebarang isu yang dijadikan perkara. Simpatisan pula ialah orang-orang yang mengharapkan simpati. Dalam konteks politik pula, ia bertujuan untuk mendapatkan undi simpati atas dasar simpati.

Manakala maskot simpatisan  merujuk kepada maskot yang sengaja dipergunakan untuk dipamerkan, dipopularkan atau ditonjolkan kepada orang ramai bagi tujuan mendapatkan simpati terhadap orang yang mempergunakan maskot tersebut atau terhadap maskot itu sendiri.

Katakan sebuah kempen menyelamatkan hutan yang menggunakan anak harimau (tiger cub) yang patah kaki atau yang kurus kering atau yang tidak terurus sebagai maskot. Minda orang ramai akan segera berputik rasa simpati terhadap anak harimau tersebut setiap kali maskot itu dipamerkan dan menggerakkan hati orang ramai supaya tidak memusnahkan hutan bagi memastikan habitat serta keselamatan pelbagai spesies haiwan liar termasuk harimau tidak terancam akibat kemusnahan hutan.

Itu dari segi kempen menyelamatkan hutan. Bagaimana pula kalau seseorang ahli politik mahu atau sedang menggunakan maskot dalam memastikan karier politiknya terjamin?

Sebenarnya, maskot politik simpatisan sudah lama digunakan. Perlu diingat sekali lagi, maskot itu boleh jadi apa sahaja. Boleh jadi orang, boleh jadi binatang, boleh jadi kereta, rumah, bas atau sebagainya.

Apa sahaja perkara, boleh dipergunakan bagi memutikkan rasa simpati orang ramai.
-------

Seperti biasa, anda yang selalu membaca Umat Terakhir sudah terbiasa dengan  kewajaran untuk meneliti kes-kes yang bersangkutan sebelum masuk kepada topik yang hendak dijelaskan.

Kajian kes (seelok-eloknya anda perlu membuat ulangkaji penelitian kes-kes dengan sendiri) wajar dibuat bagi membolehkan gambaran terhadap sesuatu perkara dapat timbul dengan lebih mudah.

Tanpa pembayang, anda tidak akan mampu membuat sebarang tekaan terhadap perkara-perkara yang tidak anda ketahui dengan jelas. Tetapi sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda sebenarnya tidak lagi perlu membuat tekaan kerana anda akan dapat jawapannya.

Tekaan hanya dibuat oleh orang-orang yang tidak tahu jawapan. Jika anda sudah dapat jawapannya, anda tidak perlu lagi membuat tekaan, sebaliknya anda sudah boleh mengangkat tangan dan memberikan jawapan.

Untuk menngetahui berapa biji kacang hijau yang bercampur dengan gula-gula dan juga bola tenis di dalam sebuah akuarium yang tidak diisi dengan air, anda pertama sekali harus tahu berapa jumlah tepat kacang hijau yang ada dalam setiap kubik.

Kalau anda malas mencari jawapan, anda hanya mampu membuat tekaan yang seperti melepaskan tembakan secara rambang, mangsa yang terkena tembakan pula boleh jadi sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya ditembak tetapi belum pasti anda dapat menembak sasaran yang sebenar. Tetapi jika anda tahu mengira dan mencari jawapan, anda tidak perlu lagi meneka, anda boleh terus memberi jawapan berapa biji kacang hijau semuanya.

Maka, akuarium yang diisi dengan campuran kacang hijau, bola tenis dan gula-gula itu harus dikecilkan skalanya kepada kubik-kubik kecil yang mengandungi sejumlah tertentu sebelum mendapatkan jumlah keseluruhan apabila didarab dan ditambah setiap pemboleh-ubah (mathematicalvariables) dalam persamaan kubik tersebut.

Katakan, dalam satu kubik itu terdapat 8 biji gula-gula dan sebiji gola tenis dan selebihnya ialah kacang hijau. Manakala dalam kubik yang lain pula terdapat 3 biji gula-gula dan tiada bola tenis dan selebihnya ialah gula-gula. Kubik yang lain pula, terdapat 2 bola tenis, tiada gula-gula dan selebihnya ialah kacang hijau. Dengan itu, difahami bahawa setiap kubik itu terdapat masalah-masalah (keadaan pemboleh-ubah) berlainan untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau. Maka, angka pemboleh-ubah terhadap setiap kubik itu berbeza-beza. Jawapannya pula akan muncul dengan sendiri apabila setiap masalahpemboleh ubah dalam setiap kubik itu dapat diselesaikan dan bilangan kacang hijau yang disandarkan kepada simbol Y itu memperoleh nilainya.

Walaupun kebiasaan persamaan kubik diguna dalam menghitung cecair, ia masih boleh digunapakai sekiranya anda bijak memanipulasi persamaan tersebut untuk dipadankan dengan masalah (pengiraan bahan pejal) yang dihadapi.

Kemahiran manipulatif adalah sangat diperlukan dalam meneliti serta memperhalusi untuk memahami perkara-perkara lain dengan lebih mudah. Ini sekadar contoh walaupun kita tidak perlu menggunakan persamaan kubik itu untuk memahami maskot politik simpatisan. Ingin menjadikan anda faham ialah mengenai kewajaran melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih dapat mendekatkan kita kepada jawapan.

Jadi, untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau tadi, anda wajar mempunyai kemahiran manipulatif dalam memanipulasi sebarang kaedah sesuai yang boleh membawa anda kepada jawapan. Mengapa perlu ada kemahiran manipulatif? Ia kerana orang yang menggunakan maskot dalam mencapai maksudnya juga (termasuk memperdaya orang ramai melalui maskotnya) ialah orang-orang yang manipulatif, iaitu orang yang bijak melakukan manipulasi dengan memanipulasi maskotnya bagi tujuan untuk mendapatkan simpati anda.



Anda adalah pawn, maskot juga adalah pawn.

Terlebih dahulu, mohon maaf kerana Umat Terakhir sekali lagi mengunakan senario Perang Dunia Kedua (WW2) untuk dijadikan bahan kes. Ia juga dipilih kerana WW2 adalah satu bencana besar akibat tangan manusia yang mana tarikh perang besar itu pula tidak terlalu jauh daripada latar masa kita hari ini.

Disebabkan tarikh masa WW2 tidak jauh daripada latar masa kita hari ini, maka bahan kes mind game dalam modul propaganda psywarfare daripada peristiwa itu diambil untuk memudahkan pemahaman anda.

Umum yang gemar menjejak plot konspirasi mengetahui, motif WW2 ialah untuk memberi laluan kepada Yahudi Zionis mendirikan negara haram Israel. Dalam kepentingan lain pula, ia adalah plot untuk memberi kuasa yang lebih besar (veto) kepada Amerika dalam merencanakan perjalanan urusan keduniaan (secara keseluruhan).

Ingat semula, maskot boleh jadi apa sahaja. Boleh jadi orang, binatang atau juga isu.

(Kita ambil di permukaan / surface sahaja) Menjadi maskot untuk tatapan dunia (khususnya Eropah, pada waktu WW2 itu) ialah nasib Yahudi (kononnya tidak kira siapa sahaja asalkan menepati definisi Yahudi termasuk Yahadut Mizrah) yang dilaporkan menderita akibat penindasan yang dilakukan Nazi Jerman. Yahudi dijadikan maskot simpatisan dalam WW2.

Apabila sebutir pawn menduduki petak yang sebaris dengan buah-buah bangsawan (elites: king, queen, bishops, knights, castles), buah pawn tadi akan berubah bentuk menjadi buah catur yang lebih berkuasa.

Pawn ialah buah catur yang mana pemain catur berasa tidak kisah sangat kalau ia terkorban. Namun, apabila kedudukan pawn berjaya bergerak sehingga berada di petak yang sebaris dengan buah-buah bangsawan, ia akan menguntungkan si pemain catur.

Dalam WW2, Yahudi (dijadikan pawn dalam konteks ini) yang turut dijadikan maskot itu telah berjaya bergerak ke petak objektif dan menjadi lebih berkuasa. Jadi, siapakah yang menjadikan Yahudi semasa WW2 sebagai maskot dan pawn? Yahudi sendiri yang menjadikan diri mereka sebagai maskot? Kalau jawapan ya, Yahudi yang macam mana?

Cukup sahaja di situ kita mengambil contoh daripada senario WW2. Ingin dijelaskan ialah bagaimana maskot itu digunakan dalam mencapai objektif pihak-pihak yang mempergunakan maskot-maskot demi kepentingan mereka. Dalam kawah busuk politik, maskot turut diguna pakai secara meluas.

Maskot politik simpatisan ialah maskot yang dipergunakan untuk mendapatkan undi simpati orang ramai.

Maskot tersebut perlu dijalankan (dipergunakan) dengan amat baik dalam memastikan sang manipulator tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang menjatuhkan kredibilitinya. Kesilapan mengawal mascot akan menyebabkan kerugian besar kepada manipulator.

Adamanipulator yang membawa atau menjaja kebaikan isterinya, suaminya atau keluarganya supaya mendapat kepercayaan orang lain. Ada manipulator menjaja segala ancaman yang dihadapinya kononnya akibat hasad dengki sang musuh politiknya supaya mendapat simpati daripada orang ramai. Itu adalah maskot-maskotnya. Dalam politik machiavelli, semua perkara akan sanggup dilakukan demi mendapat kepercayaan serta undi.

Dalam keadaan tertentu, setiap ahli politik juga akan muncul dengan isu masing-masing. Maka, isu itu juga adalah maskotnya. Bukan hanya orang yang boleh dijadikan maskot, malah setiap perkara boleh dijadikan maskot sekiranya seseorang itu bijak melakukan manipulasi untuk melancarkan propaganda dalam psy-war. Ia tentu sekali berkaitan isu-isu yang boleh menimbulkan simpati orang ramai.

Simpati adalah kata kuncinya. Maskot pula adalah subjek atau pada waktu lain pula menjadi objeknya.

Kalau diperhalusi dengan cermat, anda akan dapati bahawa diri anda juga dijadikan maskot. Sekurang-kurangnya pernah dijadikan maskot sekalipun sudah tidak diperkudakan untuk dijadikan maskot. Kerana apa? Kerana anda juga adalah pawn.

Ingat, pawn ialah buah catur yang jenisnya tidak kisah sangat apabila ia terkorban. Ada manipulator yang menggunakan orang ramai sebagai maskotnya. Kesusahan hidup yang dialami oleh orang ramai pula ialah ‘modal’ untuk menarik simpati supaya dapat memberi kepercayaan kepada manipulator.

Katakan manipulator itu mendekati anda dan menunjukkan sikap seolah-olah mahu memahami kesusahan yang anda alami. Kemudian, manipulator itu menegaskan bahawa masalah yang anda alami itu adalah disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan orang lain sehingga mengakibatkan anda menanggung derita.

Manipulator itu kemudian mengajak anda melawan orang yang dikatakan penyebab kepada kesusahan yang anda alami, untuk menyingkirkan orang yang dikatakan sebagai penyebab kepada kesusahan yang anda sedang alami. Apabila itu berlaku, ia bermaksud si manipulator itu sedang berusaha untuk memanipulasi diri anda.

Bilamana anda terpengaruh dan menurut segala kemahuan manipulator, ia membawa erti bahawa anda sedang dimanipulasi.

Ia seperti manipulator itu masuk ke dalam perahu yang ada sedang berada di atasnya. Sama seperti cuba memahami masalah anda, kononnya. Manipulator itu hanya memberi kata-kata terpilih untuk mempengaruhi minda anda.

Apabila anda terpengaruh, ia juga sama seperti anda mula mengayuh perahu itu untuk pergi ke tebing di seberang sana dengan meninggalkan tebing di seberang sini. Ia kerana pergi ke tebing di sebelah sana adalah matlamat yang dimahukan manipulator ke atas anda. Sang manipulator itu pula menikmati keseronokan apabila menaiki perahu yang anda kayuh. Anda mengayuh perahu untuk kesenangan manipulator. (rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini).

Manipulator pula melakukan perkara yang sama ke atas orang lain. Jadi, kesusahan yang dialami oleh anda dan orang lain dijadikan modal seboleh-bolehnya, dijadikan maskot, untuk mendapatkan simpati. Apabila anda bersimpati terhadap diri anda dan orang lain akibat persepsi yang ditaburi oleh manipulator supaya membenci atau memusuhi sekelompok individu yang lain yang pada kiasannya memberi kelebihan kepada manipulator itu sendiri, bukan disebabkan oleh faktor lain yang lebih masuk akal, ia bermaksud anda sedang di-maskot-kan, seluruh hidup anda sedang dijadikan maskot yang akan mengingatkan anda kepada manipulator, iaitu manipulator yang memberi jaminan untuk kononnya mengubah hidup anda sekiranya anda bersama-samanya.

Walhal, anda tidak memerlukan manipulator itu kerana anda boleh menolong diri anda sendiri supaya tidak mudah dipergunakan oleh manipulator yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan setiap kekurangan yang anda miliki.
----

Ingat, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bekerja keras untuk kebaikan semua orang. Bukan pemimpin yang mahu anda menjadi alat (maskot) untuk mencapai kepentingan cita-citanya semata-mata.

Pemimpin yang baik juga ialah pemimpin yang mengajar nilai-nilai murni kepada pengikut-pengikutnya supaya tidak melampaui batas dalam berkelakuan. Bukan pemimpin yang mengajar pengikut-pengikutnya menjadi orang-orang yang melakukan kerosakan dan membenci orang lain.

Lihatlah kelakuan luar batas yang dilakukan dan pernah berlaku di luar sana, fikir sejenak, adakah itu yang diajar oleh ketua-ketua mereka? Tidak mustahil anak-anak anda juga akan berubah menjadi kurang ajar sekiranya dirasuk pemikiran mereka oleh ketua-ketua seperti itu. Adakah anda mahu anak-anak anda nanti menjadi orang yang kurang ajar akibat dirasuk pemikiran mereka oleh hasutan-hasutan ketua-ketua seperti itu?

Ingat, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengajar pengikutnya menjadi manusia yang baik. Ia kerana sudah jelas mana yang baik dan mana yang buruk.

Pemimpin yang tidak baik akan sentiasa mengharapkan maskot-maskotnya untuk menjadi alat meraih simpati supaya dapat terus ‘hidup’ dalam periuk nasi politik. Tanpa simpati, ia akan mati.


Maskot...

Perhatikan di sekeliling anda, lihat, apakah yang sedang dijadikan maskot.

It is a mind game..

 Watch out



-STALKER-


.

4 comments:

  1. Salam.. tumpang lalu

    http://semangkukcawan.blogspot.com/

    blog tuan ada dalam link blog saya.
    jemput singgah.

    ReplyDelete
  2. bas saya kena simbah cat
    kenderaan saya kena simbah cat

    cat adalah maskot mereka..

    saya suka catur, pawn selalu jd mangsa dikorbankan
    hehe

    ReplyDelete
  3. Salam..

    untuk lebih mudah faham dengan maskot politik simpatisan, cuba tonton siri drama Leverage episod The San Lorenzo Job (season 3) di AXN. itu cuba sebahagian kecil politik simpatisan yang ditonjolkan. Leverage ialah siri 'art-of-conmen'.

    drama hanya fiksyen, tapi taktikal di dalamnya bukan fiksyen.

    : )

    _WAQQAS

    ReplyDelete