Halaman

Sunday 10 July 2011

Umat Terakhir: Kembali


Assalamualaikum, sekapur sirih..

----------------------------------------


JATUH atau bangun Islam adalah terletak di atas pilihan dan tanggungjawab umat Islam sendiri. Di bumi Malaysia, tanggungjawab itu tergalas di atas bahu orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Majoriti orang Islam di Malaysia adalah berdasarkan majoriti orang Melayu yang beragama Islam. Maka dengan itu andai orang Melayu bersatu dan kuat, maka Islam juga bersatu dan menjadi kuat. Andai orang Melayu berpecah dan lemah, maka Islam juga berpecah dan lemah.

Dalam blog Umat Terakhir edisi ketiga dan terakhir ini, kita melihat bahawa kurang keperluan untuk menggali konspirasi dunia sebagaimana dalam dua edisi blog ini sebelum ini. Tumpuan bagi kali ini difikirkan wajar untuk melihat dan menilai keadaan negara kita terlebih dahulu melebihi faktor-faktor lain.

Kita tinggalkan sebentar konspirasi dunia walaupun dunia sebenarnya juga semakin tenat berkonflik, kita tumpukan masalah yang melanda negara kita dan masalah dalaman negara yang ada kaitan dengan agenda dari luar.

Namun, blog ini bukan sudah bertukar menjadi blog politik. Blog ini masih seperti dahulu yang membincangkan subjek-subjek pemikiran konspirasi dan sains teknologi yang berteraskan Islam.

Segala penulisan dalam blog ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik apabila ia menyentuh soal politik. Apabila blog ini bercakap mengenai Melayu, blog ini sebenarnya tidak bercakap mengenai UMNO dan apabila blog ini bercakap pula mengenai Islam, blog ini juga tidak bercakap mengenai PAS. Penulis-penulis di blog ini bukan dari kalangan UMNO atau PAS atau PKR, bukan juga orang UMNO atau PAS atau PKR, tetapi penulis-penulis blog ini adalah orang Islam.

Pola pemikiran sebilangan besar orang Melayu beragama Islam (Melayu-Islam) di Malaysia dicorakkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sama ada dari kalangan UMNO, PAS, PKR atau sebagainya parti politik yang ada di bumi Malaysia ini.

Corak pemikiran sebilangan besar Melayu-Islam di Malaysia dibawa ke arah yang menyebelahi pemimpin-pemimpin politik mereka, ia dibuat mengikut rencah demokrasi iaitu semakin ramai sokongan yang menyebelahi maka semakin besarlah kuasa untuk mendapatkan majoriti undi, membentuk kerajaan, membuat dasar dan mengemudi negara mengikut pertimbangan mereka yang berkuasa melalui demokrasi.

Dalam persekitaran demokrasi, bilangan undi yang tinggi dan besar terhadap parti-parti politik akan menentukan pemenang dalam membentuk kerajaan. Matlamat politik dalam persekitaran demokrasi adalah memenangi pilihanraya dan semua orang tahu akan perkara itu. Asalkan boleh menang, apa sahaja cara akan digunakan tidak kira sama ada cara itu baik atau tidak. Ia adalah satu permainan, jangan pula kita dipermainkan.

Melalui cara itu dalam meraih sokongan dan undi, maka pemikiran orang ramai harus dikawal supaya parti-parti politik mendapat sokongan majoriti pengundi. Menjadi masalahnya di sini ialah, pemikiran orang ramai dicorakkan oleh parti-parti politik melalui isu-isu tertentu dengan cara yang menjauhi kewarasan, melalui Mind Game, melalui taktik-taktik teknikal dan sebagainya.

Kewarasan bagi orang Islam ialah menilai segala pertimbangan yang datang dari semua arah dan segala pertimbangan itu pula harus dipadankan dengan perintah Allah dalam al-Quran andai ia bersangkut paut dengan hukum.

Andai pertimbangan itu selari dengan kehendak al-Quran dan Hadis yang sahih, maka ia yang dikaitkan dengan hukum itu boleh dipatuhi. Andai pertimbangan itu menjauhi perintah al-Quran dan Hadis, maka perlu disisih dan dijauhi. Harus bertindak mengikut kehendak perintah Allah dan Rasul, andai gagal menilai segala pertimbangan dari semua arah yang selari dengan al-Quran dan Hadis, maka tiada faktor pertimbangan yang dinamakan sebagai kewarasan di situ.

Apabila blog ini menyentuh tindak-tanduk sesebuah parti politik, blog ini juga sebenarnya tidak bercakap mengenai politik secara keseluruhannya. Sebaliknya blog ini hanya bercakap perihal tingkat kewarasan yang dimainkan parti-parti politik dalam mempengaruhi pemikiran orang melalui pengalihan isu, mensensasikan isu, teknikal fitnah dan sebagainya.

Untuk menilai segala pertimbangan yang datang dari semua arah, kita tidak pula wajar menjadi terlalu selektif terhadap mana-mana maklumat yang sampai kepada kita. Kita tidak wajar menolak keterangan satu pihak secara total dengan hanya menerima keterangan satu pihak sahaja secara total. Kita tidak boleh menjadi paranoid terhadap pihak lain, paranoia itu juga memberi masalah kepada tingkat kewarasan kita.

Menolak keterangan pihak lain secara total dan hanya menerima keterangan pihak yang kita sebelahi sahaja adalah perbuatan yang tidak adil terhadap tingkat kemurnian yang ada dalam diri, langsung tidak membantu kita untuk berfikir secara waras. Rosaknya pemikiran kita adalah disebabkan perbuatan kita sendiri, bukan disebabkan ia dirosakkan oleh pihak yang mahu merosakkan pemikiran kita, ia kerana kitalah yang memilih untuk hanya mempertimbang satu pihak sahaja.

Jiwa dan hati manusia diciptakan dengan kesucian. Walaupun hati dan jiwa berubah menjadi kotor apabila kita meningkat dewasa (akibat terdedah kepada persekitaran dan melakukan perbuatan jahat), namun kesucian yang dianugerahkan sejak kita lahir itu masih ada tersisa dan tidak musnah sepenuhnya. Kesucian akan tetap ada dalam hati dan jiwa manusia, ia terpulang kepada kita untuk menggilapnya semula dan menjadi sebaik-baik manusia yang waras (berfikir sebaik-baiknya), atau mengabaikannya dan terus hidup dalam kekeliruan yang tiada pertimbangan waras.

Dalam menilai segala pertimbangan yang datang dari semua arah, sisa kesucian yang ada dalam jiwa sangat diperlukan bagi membolehkan kita melihat kepada tingkat kewarasan yang sepatutnya. Kita lihat contoh bagaimana mahu mengenal orang yang menipu, dengan hanya melihat perbuatannya sahaja:

Kesucian hati dan jiwa akan tetap ada dalam diri manusia walaupun hanya sebagai sisa-sisa. Pernahkah jiwa kita memberontak untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang kita buat? Perasaan geram yang ada di tingkat nafsu mahu kita menyakiti seorang budak itu, lalu kita menamparnya sedangkan hati dan jiwa kita tidak membenarkannya. Apabila kita melakukan perbuatan itu, maka kita menipu terhadap perasaan kita yang sebenarnya. Nafsu mengarahkan kita menampar budak itu, tetapi hati dan jiwa kita tidak tergamak melakukannya. Andai kesucian masih tersisa, kita akan didatangi rasa kesal. Dan andai kita dipandu oleh kesucian yang ada tersisa dalam diri, kita akan mengabaikan arahan nafsu amarah dan tidak meneruskan kehendak nafsu untuk menyakiti budak itu tadi.

Sisa kesucian itulah yang membantu kita kembali waras untuk menilai segala pertimbangan yang datang dari setiap sudut. Ia adalah satu pertembungan tingkat kewajaran yang memperlihatkan pertelingkahan antara nafsu dan hati yang masih ada sisa kesucian.

Hati dan jiwa yang masih dibaluti sisa kesucian akan memprotes pemikiran setiap kali kita mahu melakukan kesalahan secara perbuatan atau membuat keputusan yang tidak wajar. Akan timbul pertanyaan kepada diri, adakah yang akan, sedang atau telah kita lakukan itu betul atau sebaliknya. Itu adalah tanda bahawa kesucian hati dan jiwa anda sedang berbicara dengan anda.

Kesucian dalam diri itu adalah faktor. Faktor yang mempengaruhi keputusan tepat yang akan kita lakukan jika kita memanfaatkannya, faktor yang akan mendatangkan penyesalan jika kita mengabaikannya, faktor yang membuatkan kita berfikir dua kali akan kesan akibat, faktor yang membantu kita menjadi manusia yang mampu berfikir secara waras. Namun, ia bersyarat. Kesucian itu datangnya dari Allah, maka ingatlah dan berserahlah kepada-Nya dan akal fikiran akan menemui kewarasan yang sewajarnya.

Environmental Distortion (E-Dist) adalah masalah asas dalam mempengaruhi cara kita berfikir. E-Dist kebiasaannya datang daripada segala jenis persekitaran maklumat yang melingkari proses awal penilaian, datang dalam bentuk ucapan individu yang ditujukan kepada kita, datang dalam bentuk doktrin-doktrin pemikiran, datang pelbagai bentuk berlainan yang kerap berubah-ubah seperti perubahan fakta, perubahan perkataan, perubahan pernyataan, perubahan kenyataan, perubahan penegasan dan perubahan penafian. Ia adalah sebahagian kecil pertimbangan yang datang dari sesuatu arah.

Pertimbangan itu harus diteliti dan difahami sebelum menghamparkan pemikiran kita di atas lantai kewarasan yang rata. Setiap maklumat yang diterima harus diproses dengan waras, membandingkan perbezaan maklumat awal dengan maklumat terkini, menilai sekiranya ada kesalahan paling kritikal dalam setiap maklumat yang diterima, melihat perselisihan kenyataan daripada individu yang sama iaitu individu yang cuba mempengaruhi kita, menilai dari pelbagai arah yang mempunyai keterangan ‘bersambung-sambung’ dan ‘tidak terputus-putus’.

Keterangan individu yang mahu mempengaruhi kita mesti bersambung-sambung dan tidak terputus-putus. Selain itu, setiap keterangan seseorang individu itu pula tidak wajar ada bersalahan secara kritikal antara setiap satu keterangannya yang sebelum itu. Kebiasaannya, apabila individu yang mahu mempengaruhi kita itu melakukan kesalahan terhadap keterangannya (iaitu berlaku kesalahan kritikal terhadap mana-mana keterangannya sebelum itu), maka individu itu akan cuba mengalihkan perhatian kita terhadap perkara lain bagi menutup kesalahan dalam keterangannya yang bersalahan sesama keterangannya sebelum itu.

Begitulah cara pemikiran sebilangan daripada kita dipermainkan. Dalam tingkat kewarasan, wujud satu titik kecil dalam pemikiran. Titik itu adalah titik leka. Andai tumpuan kita terleka walaupun seminit terhadap koleksi kenyataan-kenyataan seseorang individu sebelum ini, maka kita akan terus menjadi leka untuk beberapa tempoh yang lama lagi dan kita terdedah kepada risiko untuk diperbodohkan.

Koleksi-koleksi kenyataan atau ucapan seseorang yang disimpan dalam minda (memori) harus disimpan dengan kadar kebolehcapaian semula yang baik dan optimum. Kata mudahnya ialah jangan jadi pelupa. Lupa itu adalah sebahagian daripada titik leka. Apabila individu B itu menyebut sebelah kasutnya yang kiri tertinggal dalam hood kereta Si A, maka kita simpan kenyataan itu. Kita tunggu pula apa kata Si A, adakah ia benar seperti yang dikatakan. Kemudian Si A kata kasut sebelah kiri itu memang ada dalam hood keretanya, keterangan itu mula menunjukkan kesinambungannya. Kita simpan pula kata-kata Si A, kita tunggu pula perkembangan terhadap dua keterangan itu.

Kemudian, ada orang minta Si A menunjukkan kasut itu. Si A gagal menunjukkannya, maka keterangan itu mula terputus dan tiada bersambung-sambung. Kemudian pula, individu B cuba menyambung keterangan dengan mengatakan tidak ada keperluan untuk A mempamerkan kasut itu. Bagi mereka yang patuh kepada B, maka mereka akan akur bahawa tiada keperluan untuk melihat kasut itu dan mengabaikan perihal kasut itu, seterusnya hidup seperti biasa.

Manakala bagi mereka yang mahu menilai adakah kata-kata B dan A tu benar, mereka tetap mahu melihatnya. Mereka mahu keterangan itu disokong dari semua arah dan tidak terputus-putus, mereka tidak memutuskan B dan A itu menipu, sebaliknya mahu keterangan itu disokong dari semua arah yang tidak boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, itu hanya contoh rambang yang memberi kefahaman mengenai ‘kenyataan yang bersambung-sambung’ dan ‘kenyataan yang terputus-putus’. Melihat kepada kesinambungan keterangan adalah salah satu alat untuk membantu kita membuat keputusan yang wajar serta membantu kita berfikir dengan waras.

Pendirian blog ini jelas, kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik kerana kita bukan orang UMNO, PAS atau PKR. Sebaliknya dan tetapinya, kita adalah orang Islam. Kita tidak bercakap seperti orang UMNO, PAS atau PKR, tetapi kita hanya bercakap sebagai orang Islam.

Kita di blog ini pernah didatangi rasa kesal dan tidak lagi mahu menulis selepas dua kali blog ini ditutup. Rasa kesal itu bukan kerana sudah dua kali ditutup, tetapi kesal kerana tidak ramai yang mahu berusaha berfikir secara waras dalam membuat pertimbangan.

Kesal kerana ada pembaca yang berfikir mengikut kongkongan emosi kepartian. Kesal kerana ramai yang mementingkan politik kepartian daripada tujuan hidup yang sebenar. Kesal kerana ada yang tegar melatah tanpa sebab apabila ada parti politik cinta hati mereka ditegur di blog ini. Kesal kerana ada yang menganggap sesuatu parti yang mereka perjuangkan itu maksum daripada kesalahan duniawi dan tidak boleh ditegur walau dengan apa cara sekalipun.

Kenalilah kenyataan ini, Democracy is human, political parties are also human. Manusia biasa tiada yang sempurna.

Kami bukan orang UMNO atau PAS atau PKR, tetapi kami hanya orang Islam. Itu pendirian dan pegangan kami di blog ini apabila menyentuh perihal politik.

Blog ini akan masih seperti dahulu dalam beberapa subjek utamanya.



UMAT TERAKHIR edisi ketiga.


Jika anda ada menyimpan artikel-artikel Umat Terakhir sebelum blog lama ditutup, sila sertakan link untuk rujukan semula.


-ADMIN-

14 comments:

  1. Salam, selamat kembali sahabat semua. Teruskan perjuangan sehingga nafas terhenti demi Allah dan RasulNya. Ini satu tugas yang sangat mulia walaupun sebahagian dari pembaca tidak gemari. Niat di hati kita sahaja yang Allah lihat, usah dihiraukan apa kata manusia. Semoga Allah restui perjuangan ini dan menilainya sebagai satu ibadah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam.antara blog yang sering saya kunjungi.Bagaimanapun boleh juga disentuh berkaitan dengan parti2 yang diterajui oleh orang Islam mana yang wajarnya mungkin sekadar perkongsian kepada pembaca.Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam kembali,

    Jasa baik Abatasa sangat dihargai. Tanpa pertolongan Abatasa, mungkin blog ini tidak akan dibuka semula dan penulis-penulis blog ini mungkin akan membuat urusan masing-masing tanpa menghiraukan kekeliruan manusia-manusia di luar sana, seribu penghargaan buat Abatasa.

    Anon 6:15,

    Insya-Allah, perkara politik yang membelenggu kewarasan umat Islam akan disentuh secara subjek pemikiran.

    ReplyDelete
  4. aLhamduLiLLah... mudah2aN kita perolehi manfaat bersama.
    dah lama saya tggU kemuncULan semuLa uMat teRakhir.. saLah 1 bL0g tempat sy timBa iLmu...

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali Tuan Umat terakhir. kami ingim mencadangkan bacaan yang boleh tuan guna untuk tuan guna dalam bidang berkaitan mind control.yang mana tuan dapat extend pemahaman berkaitan mind control, red herring, blame game, synthetic mind dan brainwash propaganda

    http://www.pakalertpress.com/2011/07/06/14-propaganda-techniques-fox-news-uses-to-brainwash-americans/

    ReplyDelete
  6. terima kasih Red Herring,

    14 teknik media-mind-game itu kami sedia ketahui kerana kami juga bekerja dalam bidang yang sama, terima kasih atas cadangan itu.

    ReplyDelete
  7. saya penggemar umat terakhir. tulisan-tulisan dalam blog ini sangat membantu membuka hati dan akal saya agar semakin hati-hati dalam mengarungi fitnah dunia akhir zaman, juga membangkitkan semangat jiwa saya agar tegar dalam memegang teguh agama Islam. jika ada pembaca yang marah terhadap tulisan anda, abaikan saja, karena pasti lebih banyak lagi pembaca senyap yang setuju dan sadar karena tulisan anda. salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..selamat kembali blog umat terakhir...akhirnya muncul juga...

    ReplyDelete
  9. Blind Sheep, Wolf, Sheepdog, Shepherd and Master of Shepherd. Boleh Tuan huraikan dalam blog tuan berkenaan istilah ini. Tuan mungkin arif berkenaan istilah ini kerana berkaitan mind control

    ReplyDelete
  10. as salam Blog Umat-Akhir, alhamdulillah segala Puji dan Syukur hanya untuk Yang Maha Esa, Allah SWT serta selawat dan salam kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.

    Tahniah!! hadiah terbaik untuk kami semua bersempena Nisfu Sya'ban 1432H bila Allah izinkan blog kesayangan kami beroperasi semula:)

    terima kasih juga kepada sdr Abatasa yg menjadi online library kami:)

    kami tetap akan menjadi pembaca setia dan menyebar luaskan ilmu & maklumat dr para blogger Umat-Terakhir kepada yg lain.

    selamat berjuang !!

    ReplyDelete
  11. salaam

    saya seorang pembaca baharu. pada saya blog owner semuanya sama. they have very high opinion of themselves.

    akan cuba membaca jika ada artikal yang sesuai

    ReplyDelete
  12. - "they have very high opinion of themselves"

    Aren't we all? But what we need is to have very high opinion on others' opinion too.

    Alhamdulillah. Best blog is back.

    ReplyDelete
  13. salam..

    Blog kesayangan is back. Aku setuju dgn bromo, blog ni sentiasa hormat pendapat org lain.

    Kowloon, blog ni takde high opinion of themselves..ni bkn blog politik hehe..aku galakkan ko cari entri2 lama dari blog ni.

    ReplyDelete
  14. as salam

    saya petik penyataan berikut:

    "Kita di blog ini pernah didatangi rasa kesal dan tidak lagi mahu menulis.....
    Kesal kerana ada pembaca yang berfikir mengikut kongkongan emosi kepartian....dan mementingkan politik kepartian daripada tujuan hidup yang sebenar"

    inilah REALITI SEBENAR keadaan masyarakat kita DIMASA INI.
    sahabat saya hampir2 mahu lari kehutan dan hidup saja disana bersendirian tak mahu jumpa orang (serius..tak tipu) dek kerana hampir putus asa dah tak tahu macamana lagi nak menerangkan dan memahamkan rakan2 yg fikiran mereka masih diselaputi AWAN JAHAT BIRU KEHITAMAN bernama demokrasi.

    siapa yg tidak berparti & anti-demokrasi, nescaya anda menongkah arus, dipandang serong & tak betul. anda akan DITENTANG HABIS2SAN hingga ke HUJAH/DEBAT TERAKHIR. yg sadisnya, lepas habis debat, kemudian tu balik rumah masing2 dan sebuk meneruskan kehidupan seperti biasa...hu..hu..berjihad menang debat kat kedai kopi je..

    saya kata padanya - beri masa pd mereka utk berubah. tugas awak ialah cetuskan dan 'trigger' seberapa banyak percikan2 ilmu/maklumat ttg kebobrokan demokrasi kepada mereka. insyaAllah, pastinya ada diantara percikan2 cahaya/nur ilmu/maklumat yg benar/haq itu akan terkena neuron2 dlm batu jemala mereka dan dgn itu dpt pula mencetuskan nur2 ilmu lain dlm fikiran pendokong demokrasi tersebut utk dpt melihat sendiri tipu daya politik acuan zionis itu.

    dan sesungguhnya, ia juga bukanlah sesuatu yg mudah utk dilakukan tetapi insyAllah IA BOLEH DILAKUKAN.

    terima kasih kerana blog UT kembali seperti biasa. kami amat2 menghargainya!!

    ReplyDelete