Halaman

Thursday 21 July 2011

BLOG Umat Terakhir sudah masuk ke edisi ketiga disebabkan sudah dua kali ia ditutup sebelum ini. Sejak edisi pertama dan kedua, blog ini banyak menyelitkan pelbagai maklumat konspirasi untuk bacaan orang ramai secara dalam talian dengan percuma.

Artikel seperti Jejak Dajjal Dalam Sejarah yang menjelaskan kod-kod sejarah berkaitan Dajjal, Illuminati Dan Di Sebalik Hitler yang menjelaskan mengenai Bloodlines Illuminati dan blue print peperangan dunia juga sudah banyak tersebar di ruang internet sehingga ada yang tidak tahu artikel-artikel itu disalin dari blog Umat Terakhir. Namun, kita tidak ambil kisah atau ambil pusing akan semua itu. Artikel-artikel itu hanya sebagai alat pemanas minda untuk anda berfikir mengenainya.

Dalam blog Umat Terakhir edisi kedua (ksz-associate) sebelum ini pula, artikel-artikel itu disiarkan semula untuk bacaan para pembaca dan ia diambil dari fail arkib Umat Terakhir sendiri yang sentiasa disimpan oleh pihak Umat Terakhir. Malangnya, ada yang menuduh artikel-artikel itu di-copy paste dari blog-blog lain yang terlebih dahulu menyiarkan artikel-artikel itu sebelum Umat Terakhir edisi kedua dibuka semula.

Sepanjang empat tahun blog Umat Terakhir dibuka pada kali pertama (bermula dengan nama blog Konspirasi Sepanjang Zaman, 2007), ia tidak pernah melakukan copy paste sebarang artikel daripada mana-mana blog. Semua artikel yang disiarkan adalah hasil bacaan peribadi para panel penulis di blog ini yang dirujuk daripada pelbagai sumber teks bacaan dan lisan sebelum disusun melalui padanan maklumat. Bahan-bahan bacaan peribadi pula hanya sebagai alat untuk memadankan maklumat bagi menentukan kredibiliti sesuatu maklumat untuk memastikan ia benar-benar tepat.

Kami di blog ini tidak pernah melakukan copy paste terhadap mana-mana artikel daripada mana-mana blog dan apatah lagi untuk mengaku bahawa ia dihasilkan oleh kami sendiri, tidak pernah. Artikel-artikel yang disiar semula itu adalah dari arkib blog ini sendiri dan disiarkan semula untuk memudahkan pemahaman para pembaca.

Lima tahun lalu, Shahi (sebelum dijemput menjadi panel penulis blog ini) didatangi seorang yang menyatakan masalah kewangan yang dihadapinya sehingga menyebabkan orang itu menghadapi kesulitan dalam meneruskan pengajian di peringkat Sarjana (Masters) dan Kedoktoran Falsafah (Ph.D). Shahi didatangi kerana dia memang dikenali sebagai seorang pemikir dalam bidang kerjaya yang diceburinya.

Shahi kemudian menimbulkan persoalan besar untuk difikirkan oleh orang itu iaitu persoalan-persoalan mengenai ‘orang misteri’ yang disebut dalam al-Quran supaya ia dikaji secara ilmiah. Pengkajian terhadap ‘orang misteri’ itu pula akan membuka lebih banyak persoalan lain (orang-orang misteri yang lain) yang berputar bersama persoalan mengenai ‘orang misteri’ pertama itu.

Shahi tidak melakukan kajian ilmiah itu, sebaliknya meminta orang itu membuat kajian itu secara sendiri sekiranya dia mahu menolong dirinya sendiri dan demi perjuangan meluaskan skop pengkajian terhadap ayat-ayat Allah. Hasil daripada kajian itu pula amat Shahi hormati dan kagum, malah Shahi menumpang bangga setiap kali memetik beberapa perkara daripada hasil kajian itu untuk dipadankan dengan sumber-sumber fakta yang disimpan dalam simpanannya. Hubungan Shahi dengan orang itu (W) juga kekal baik tanpa iri hati atau sebagainya, dan orang itu juga kerap berkunjung ke Umat Terakhir edisi kedua terdahulu dan ketiga kini.

Meskipun dalam perkara itu, blog ini juga tidak pernah melakukan copy paste dan kekal menghormati hasil usaha yang diberikan untuk menyiapkan kajian ilmiah itu. Blog ini sentiasa menghormati batas-batas ilmiah, dan akan memberi penghargaan yang disertakan sebagai sumber rujukan sekiranya ada petikan yang dipinjam daripada mana-mana bacaan ilmiah.

Bagi mengelak tuduhan seperti itu berulang, maka tidak akan ada siaran semula terhadap mana-mana artikel daripada edisi terdahulu melainkan diminta oleh pembaca sendiri bagi memudahkan rujukannya. Pihak kami juga akan menyediakan link arkib untuk rujukan anda apabila ada artikel baru yang memerlukan pembaca merujuk artikel asal. Biarlah link arkib itu terpisah daripada blog ini sebagai mengelak tuduhan atau fitnah yang mengatakan bahawa sesebuah artikel yang disiarkan di blog ini hasil ciplak atau sebagainya daripada blog-blog dan sumber-sumber lain.

Sukacita dimaklumkan bahawa Shahi akan bersama kita semula selepas membuat keputusan untuk memberitahu kepada kita semua mengenai setiap apa yang beliau tahu. Intuisi ESP yang berlingkar dalam fikirannya akan cuba disampaikan untuk difikirkan oleh semua, bersama-sama memikirkannya.

Beliau pernah memberitahu saya mengenai huruf ‘SK’ melenyapkan perkataan ‘Artificial Intelligent’ yang kerap bermain di fikirannya sejak dua tahun lalu dan beliau menganggap jawapan terhadap persoalan huruf itu sudah kita semua ketahui. Dia juga pernah memberitahu kepada saya mengenai kekerapan ‘pedang samurai separuh lebur’ yang bermain di fikirannya, dan dianggap jawapan itu telah kita semua terima pada kira-kira tiga bulan lalu.

Namun, ada perkara penting yang ingin diberitahu oleh beliau supaya kita dapat berfikir bersama-sama. Kita sama-sama tunggu. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada blog ini terutama Abatasa. Tanpa Abatasa, mungkin blog ini akan terus terkubur dan kami masing-masing akan membuat urusan peribadi seperti sedia kala dalam keadaan memikul bebanan kerana tidak menyampaikan kepada pembaca semua.

Andai ada yang mahu menyertai kami, kami sentiasa terbuka. Syaratnya mudah, bebaskan minda daripada setiap perkara yang menyekat kewarasan dan sedia menerima kebenaran meskipun ia pahit untuk ditelan, dihadam mahupun diludah.

Kami mencari PRODIGY ESP.. yang boleh menyambung kerja-kerja ini sebelum kami semua dijemput mati. We know these people, they are among us as we can feel their energy.

-ADMIN-

9 comments:

  1. Salam, ESP tu apa? Saya budak baru blaja.Salam, ESP tu apa? Saya budak baru blaja.

    ReplyDelete
  2. satu pemikiran diluar jangkauan atau lingkungan manusia biase

    ia bole dibentuk melalui penelitian dan kefahaman akan konsep kehidupan, ibarat lihat dinding boleh tembus...

    kuasa tu adakalanya digunakan secara tak sedar ketika klau saudara tgk meter minyak dah abis, tapi apabila kita melupakan pasal minyak abis ternyata keta anda pergi lebih jauh dari kiraan asal

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Al Ankabuut - Ayat 19
    Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

    http://scripters.ning.com/forum/topics/bumi-sebelum-nabi-adam-as

    link di atas adalah dari kitab (blog) lama umat terakhir

    seperti ada satu konspirasi merahsiakan MANUSIA sebaik baik KEJADIAN ..

    http://wup-forum.com/viewtopic.php?f=71&t=11867&start=40

    ReplyDelete
  4. Salam kembali wahai sahabat. :)

    ReplyDelete
  5. puas aku mencari blog ganti ksz-associate tu akhirnya jumpa juga..terubat sikit hati ni dah la blog mistisfiles tu tengah berehat...aku harap pihak umat terakhir dapat menyiarkan artikel2 yang pernah disiarkan di blog yang terdahulu.

    Ezam

    ReplyDelete
  6. Siapa W dalam artikel ni?saya seakan tau siapa dia.boleh admin bagitau dia kat negara mana sekarang?hint sikit jer.

    Sylar KL

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,

    maaf lari topik. Banyak yang saya teringin nak membaca lagi di blog mistisfile.blogspot, tetapi hanya terhad kepada jemputan sahaja. Macammana nak join?

    terima kasih.

    ReplyDelete