Halaman

Wednesday 8 February 2012

Nota: Tangan

ANAK adalah anugerah daripada Allah kepada para hamba-Nya. Tanggungjawab ibu bapa pula ialah mendidik anak-anak supaya mengenal perkara haq dan bathil sebagai persiapan sebelum anak itu mencapai umur baligh. Apabila sudah akhil baligh, maka tiada lagi istilah budak-budak terhadap anak itu kerana anak itu telah cukup umur.

Memang benar kalau dikatakan semua orang melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang diulang-ulang tanpa sedikit pun rasa sedar, ia bukan lagi kesilapan, ia sebaliknya menjadi kesalahan. Kesilapan yang pertama kali dilakukan ialah kesilapan, tetapi apabila kesilapan itu berulang berkali-kali, maka ia adalah kesalahan. Apabila anak-anak melakukan kesilapan berulang kali, maka ia adalah kesalahan dan wajib dihukum sebagai memberi pengajaran.

“Sesiapa melihat sesuatu kemungkaran, maka HENDAKLAH (wajib) mencegahnnya dengan TANGAN, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” - (Hadis Riwayat Muslim)

Andai anak itu melakukan kesalahan (khususnya perkara mungkar), dia wajar dihukum dengan tangan andai nasihat (dengan lidah) sudah tidak memadai untuk mendisiplinkan kembali anak itu. Ia kerana Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda) memerintahkan kita supaya mencegah kemungkaran itu dengan tangan. Itu satu perintah.

Banyak perkara dapat diubah apabila kita melakukan perubahan itu dengan tangan kita sendiri, syaratnya perbuatan itu haruslah untuk menegakkan perintah Allah dan Rasul-Nya. Untuk mengembalikan seseorang kepada jalan Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak bererti memukul dengan tangan, tetapi memukul dengan tangan itu adalah sebahagian daripada pengertian mencegahnya dengan tangan.

“Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan PUKUL jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” - (Hadis Riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah berpesan kepada kita supaya memukul anak jika mereka enggan mendirikan solat. Pengertian hadis itu tidak hanya berkisar dalam hal solat. Tidak mendirikan solat itu adalah satu perbuatan mungkar. Apa pula pesan Nabi kepada kita apabila melihat kemungkaran? Pesan Nabi ialah HENDAKLAH mencegahnya dengan TANGAN. Pesanan mencegah dengan tangan itu pula ditujukan kepada semua umat, tidak hanya kepada ibu bapa yang dipertanggungjawab mendidik anak. Mencegah dengan tangan itu lebih utama dan sangat besar pengertian serta kesan baik yang akan kita terima. Maka, PUKUL itu juga selari dengan perbuatan menggunakan TANGAN.

Maka dengan itu, Rasululllah konsisten dalam setiap ucapannya (yang diungkap sebagai hadis). Apabila melihat kemungkaran, Nabi perintahkan kita supaya mencegah dengan TANGAN. Apabila anak-anak tidak solat, Nabi perintahkan kita supaya memukul, juga berkisar dalam maksud perbuatan dengan TANGAN. Nabi tidak suruh menendang atau sepak terajang, tetapi Nabi perintahkan supaya melakukannya dengan TANGAN.

Dalam dunia New World Order (NWO) hari ini, manusia terdedah kepada pelbagai anasir dan corak pemikiran yang menyesatkan kewarasan sehingga kita terlupa kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Modul-modul kesesatan rancangan kultus Illuminatus pula sedang ligat memutarkan akal-akal manusia supaya berpaling daripada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Anak-anak remaja Melayu yang beragama Islam pula semakin berubah, sedih melihat anak-anak orang Islam menjadi lebih kurang ajar daripada anak-anak orang kafir. Tidak menghormati ibu bapa dan menderhaka tanpa rasa bersalah. Lebih parah apabila ibu bapa langsung tidak menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan yang terang salah.

Apa pesan Nabi kalau kita melihat kemungkaran termasuk anak yang derhaka? HENDAKLAH mencegahnya dengan TANGAN. Maka, taatilah perintah itu, berilah pengajaran kepada anak-anak yang melakukan kesalahan, berilah pengajaran kepada anak kamu menggunakan TANGAN kamu sendiri.

Andai ada orang lain yang berasa bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan anak kamu dengan mencegahnya dengan TANGAN mereka sendiri kerana mereka taat kepada perintah Nabi, maka apa pula dengan kamu yang tidak taat kepada perintah Nabi kerana tidak mencegah kemungkaran anak kamu dengan tangan kamu sendiri? Bukankah bermakna kamu ingkar perintah Nabi? Andai kamu pula memusuhi orang yang memukul anak kamu kerana mereka hanya melaksanakan perintah Nabi, maka wajarkah dikatakan kamu juga memusuhi orang-orang yang melaksanakan perintah Nabi. Atau, wajarkah dikatakan kamu juga memusuhi perkara yang telah Nabi perintahkan?

Anak-anak perlu dididik dengan agama supaya mereka mengenal Allah, mengenal serta taat segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Andai esok kamu mati, adakah anak kamu itu yang akan memandikan jenazah kamu? Adakah anak kamu itu yang akan mengkafankan kamu? Adakah anak kamu itu yang akan mendirikan solat kepada jenazah kamu? Adakah anak kamu itu akan mengebumikan kamu? Adakah anak kamu itu akan menghadiahkan bacaan al-Quran dan doa-doa untuk roh kamu? Atau, adakah anak kamu itu yang akan memalukan kamu dan terus memalukan kamu walaupun kamu telah mati?

“Setiap anak yang dilahirkan fitrah itu bagaikan kain putih, ibu bapalah yang MENCORAKKAN (kata kerja yang berkaitan dengan tangan) anak itu sama ada menjadi seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.”- (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud mencorakkan anak yang diumpamakan dengan kain putih itu juga selari dengan pengertian TANGAN. Ia kerana mencorakkkan itu juga perbuatan menggunakan TANGAN. Oleh itu, ucapan Nabi sentiasa konsisten kerana setiap yang keluar daripada mulut Nabi adalah datangnya daripada Allah. Maka, perintah Nabi itu juga datangnya daripada Allah.

Mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya akan membawa kita kepada keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Malukah kita apabila ditanya di hadapan Allah: “Apa yang kamu buat untuk mendidik anak kamu supaya taat kepada Allah, Rasul dan kamu sendiri sebagai ibu bapa?”

Tidak malukah untuk mengaku di hadapan Allah bahawa kamu langsung tidak berbuat apa-apa dalam mendidik anak kamu sedangkan Nabi-Nya memerintahkan kamu supaya mencegah kemungkaran dengan menggunakan TANGAN termasuk kemungkaran yang dilakukan anak kamu itu, kamu sudah diberi peluang oleh Allah, tetapi kenapa ingkar perintah Allah dan Rasul? Derhaka itu mungkar, meninggikan suara kepada orang lebih tua itu juga mungkar, tidak menghormati orang lebih tua itu juga mungkar, maka cegahlah ia dengan TANGAN.

Barat mengajar manusia hari ini dengan cara kononnya moden dalam mendidik anak-anak. Barat mengutamakan pendekatan yang tidak selari dengan perintah Nabi. Andai memukul anak, seseorang boleh dituduh mendera anak di mahkamah. Kesannya, kita langsung tidak boleh memukul anak kerana tidak mahu dituduh di mahkamah sebagai mendera atau melakukan kekasaran sehingga mendatangkan kecederaan teruk.

Hakikatnya, itulah yang kultus Illuminatus mahukan iaitu prejudis kepada perintah Allah dan Rasul-Nya meskipun dalam hal mendidik anak. Itulah salah satu catur yang mengehadkan kita daripada mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Namun, kita sekali lagi lupa bahawa kesederhanaan itu juga diajar dalam Islam. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara,memukul juga biarlah sederhana. Pun begitu, pastikan perbuatan memukul itu mampu meninggalkan pengajaran yang besar kepada si anak supaya dia faham bahawa dia dipukul kerana melakukan kesalahan dan supaya dia ingat bahawa kesalahan itu tidak wajar diulangi.

Memang benar semua orang melakukan kesalahan. Namun kesalahan itu tetap kesalahan dan ia wajar diberi pengajaran. Cukup sekadar member pengajaran dan lakukanlah ia dengan sederhana sebagaimana diperintahkan. Kalau sayangkan anak, tidak perlu dimanja-manjakan berlebih-lebihan kerana itu akan memusnahkan anak itu sendiri.

Andai semua anak remaja melakukan kesalahan dan semua ibu bapa berkata: “Semua orang buat salah, lagipun dia tu budak lagi.” Maka boleh runtuh agama. Sampai bila-bila pun si anak itu tidak akan faham setiap butir kesalahannya dan tidak akan berasa insaf sebenar-benar insaf atas segala kesalahannya. Lebih parah, anak tidak melakukan perkara yang sepatutnya apabila ibu bapa telah meninggal dunia kerana tidak pernah diajar dengan TANGAN.

Saya tidak mahu cakap lebih dalam nota kali ini, ia hanya sebagai peringatan kepada kita semua supaya taat perintah Allah dan Rasul-Nya dalam hal mendidik anak.


Pepatah Melayu dalam hal mendidik anak juga berkisar dalam perbuatan dengan tangan.


MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.”(Perbendaharaan pepatah Melayu) Melentur itu perbuatan menggunakan tangan.


“Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak TANGAN-TANGANKAN.”(Perbendaharaan pepatah Melayu)



Andai kita melihat sesuatu kehancuran, ia juga disebabkan oleh TANGAN-TANGAN kita sendiri yang tidak memainkan peranan dengan sebaiknya. Anak yang hancur akidah dan masa depannya juga disebabkan oleh kegagalan kita sendiri yang gagal taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.


Apabila kita melihat akidah dan akhlak masyarakat hancur, maka ia salah kita kerana tidak mendidik masyarakat bermula dari rumah kita sendiri. Jangan hanya tahu geleng kepala kalau melihat kemungkaran anak sendiri, it is our own fault.


Apa yang kita buat, itulah yang kita dapat.



-

5 comments:

  1. Salam

    Petikan daripada Surah An Nisa, ayat 62 "Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri.."

    Keputusan/tindakan kita pada hari ini menentukan apa yang bakal berlaku pada diri kita pada masa hadapan (dengan izin ALLAH). Pilihlah jalan ALLAH yang diajar Rasul. Moga kita semua dihindari dan dilindungi daripada ditimpa 'kemalangan'.

    Menariknya, ayat diatas terkandung dalam kisah berkaitan taghut dan munafik. Baca, fahami, amalkan dan sampaikan.

    nua

    ReplyDelete
  2. HIDDEN HAND DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KAH; GURU-GURU DIBERI SENARAI PERBUATAN YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN TERHADAP PELAJAR YANG MANA BOLEH MENGGANGGU EMOSI MEREKA. aDAKAH DENGAN MENEGUR PARA PELAJAR DI DALAM KELAS BOLEH MENGGANGGU EMOSI PELAJAR?JANGANKAN TANGAN-TANGAN KAN PELAJAR, PERLI JUGA BOLEH JADI SATU KESALAHAN.
    BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU PADA ANAK-ANAK KITA DI MASA HADAPAN.
    ct

    ReplyDelete
  3. salam semua,

    terima kasih tuan rumah buat pengisian yang baik,

    cuba fikirkan apa yang saya katakan...

    "dunia penuh dengan riba',dgn riba' manusia terhimpit mencari wang seolah2 tak cukup2,kerana berkat tiada,yang kaya pun makin tamak,yang miskin makin kesian,si miskin,ibu bapa letih bekerja kerana tekanan hidup yang melampau,kuih pun da 40 sen,anak2 kecik2 da dihantar dididik oleh orang lain yang bukan sedarah,yang mungkin tak berapa nak mendidik,janji dapat duit,lagipun bukan anak aku,mungkin itulah pemikiran,bila da besar,hampir seharian dihantar untuk bersekolah,cikgu2 mengajar banyak murid,mana mampu beri fokus mendidik sgt,apatah lagi dgn beban tugas yang menggila,jadi anak2 liar,kurang kasih sayang,balik je umah,mak ayah da letih,asik2 marah,asik2 bebel,anak2 mana tahan,apatah lagi rumah kecil,biasala rumah besar kos mahal,gaji baru seribu lebih,mana mampu,jadi keluar dgn kawan2 lebih baik mereka rasa,kawan2 lain pun lebih kurang jugak nasib hidup,mereka berkongsi rasa,mereka nak bercakap dgn orang dewasa,nak marah mereka,tapi mereka mana daya,mereka budak hingusan lagi,jadi mereka pun brtindak agresif sebab nak tunjuk perasaan mereka,golongan yang katanya Islamik mana berani nak tegur,budak2 macam ni hati macam besi,kena ceramah sikit mengamuk,kena ceramah sikit,esok g pancitkan tayar kereta tok imam,mereka ada pemikiran sendiri,dunia yang membentuk mereka,sistem dunia yang membentuk mereka,bila mereka membentak,mereka dimusuhi,siapa yang faham jiwa mereka yang dizalimi?

    hadis nabi tentang petanda kiamat,hanya untuk menunjukkan betapa celarunya dunia di waktu itu,sistem yang membentuk mereka...sistemlah yang membentuk kekacauan seperti yang dinyatakan dari hadis...

    Islam akan jatuh terjelepuk dan bergolek2 di Malaysia ni sampai semua menangis2,menggigil2,barulah Islam akan kembali semula mentadbir dunia...

    penduduk Malaysia masih dalam keadaan bergelak tawa,semua pun masih lalai,maka nantikanlah akan sesuatu yang bakal membuat kita semua menangis2,menggigil2...baru Islam akan naik semula...insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. ibu bapak hari ni dah tak berani pukul anak. wpun anak tu jelas buat salah, ibu bapak tetap buat tak kisah & tak mau menghukum. akibatnya, anak-anak jadi lebih teruk perangai dari hari ke hari.

    nabi pesan kpd kita, kalau lihat perkara mungkar, cegahlah dengan tangan. kalau anak buat perkara mungkar, cegahlah dengan tangan. jangan sampai anak itu jadi penderhaka yang bukan saja derhaka kpd ibu bapa sendiri, tapi turut dehaka kpd agama.

    ibu bapa semua, janganlah kita jadi orang-orang yang rugi.

    ReplyDelete
  5. anony 06:23 AM... u have same thinking as me...

    its about system...yg pentingkan dunia tanpa fikirkan nilai kemanusiaan...

    fokus skor exam>dapat kerja hebat2>gaji banyak2>jadi kaya

    kita dah dibentuk dgn sistem tu dari kecik..boleh guna apa2 cara sekalipun asalkan dapat str8 A's n 4 flat...thats called creative dan hebat? dapat str8 A's dia dikira hebat...dia dikira cemerlang?jadi kaya...manusia paling berguna? nilai kemanusiaan?takdak dalam sistem tu... kemanusiaan boleh dapat melalui agama,setiakawan ngan family...tp bila dah semua fokus ke arah nk jd kaya...nilai tu dah smakin terhakis..

    yang pasti sistem barat semakin menghampiri kehancuran..menjelang taun 201*-20**...akan ada kuasa baru yg akan naik...sistem matawang baru menggantikan sistem wang kertas...punca gadaffi dijatuhkan dan dibunuh oleh US dan Israel...sebab perkenalkan dinar emas...hakikatnya Israel sendiri kumpul emas untuk hadapi kejatuhan wang kertas...akan datang satu masa wang kertas dah takdak nilai..

    hakikatnya nilai hidup takdak pada duit...tapi pada agama dan amal...Yahudi dan Kristian asalnya agama yang benar...tapi dah diseleweng atas kepentingan sendiri..sedangkn Nabi Isa yang diorang sanjung sekarang pun diorang berani buru untuk bunuh dlu...apa ntah lg bangsa lain yg diorang anggap lebih rendah taraf dari anjing...Islam datang untuk perbetulkan balik akidah manusia...Allah dah janjikan akan jaga kesucian Al-Quran sampi hari kiamat..maksudnya ayat Al-Quran takkan dapat diubah dan diseleweng sampi hari Kiamat...kita wajib percaya dan menghormati Nabi Isa...dan harus menghormati penganut agama lain seperti yg dilakukan para sahabat pada zaman Nabi Muhammad di Madinah dulu...

    Yahudi selamanya tidak akan senang dengan Umat Islam...antara bangsa yg paling bnyk disebut dalam A-Quran adalah bani Israel..dah boleh tau sikit2 perangai diorang mcm mana...Asia Timur task dah hampir selesai...tinggal Asia Tenggara jak...satu demi satu negara Islam akan kena ganggu...adakah malaysia terkecuali?pasti tak...dalam filem Im Number 4...ada code2 matrx Malaysia diletakkan dlm list bersama London Africa dan Florida..cuba cari kalo rajin..Malaysia sepopular London?apa yg popularnya?malaysia kecik jak...adakah kebetulan?janji Allah itu pasti...hanya masa menentukan

    ada boleh konfirmkn benda ni betoi ka tak?

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=276779932391072&set=pu.106812712721129&type=1&theater

    *maaf tuan punya tanah...agak lari topik...

    *DSAI my Idol n i luv him*

    ReplyDelete