Halaman

Saturday 23 November 2013

Tenaga: Stalking you

DALAM banyak topik mengenai tenaga, kita di Umat Terakhir sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai tenaga. Kita (kata nama ‘kita’ - merujuk kepada para penulis di blog ini) hanya memberitahu mengenai apa yang kita faham perihal tenaga.

Jika dikatakan mengenai apa yang kita faham, sudah tentulah pemahaman para penulis di Umat Terakhir ini berbeza-beza dengan tingkat kefahaman kamu semua. Sebab itulah kita mengatakan kita tidak tahu apa-apa.

Melainkan, kita hanya memberitahu mengenai apa yang kita faham berdasarkan pertalian-pertalian sesuatu kejadian dengan hikmah kejadian yang lain. Itu sahaja.

Namun, jika ada kalangan kamu yang menganggap setiap apa yang kita beritahu itu dapat memberi manfaat terhadap tingkat kefahaman kamu mengenai tenaga, maka manfaatkan ia.

Topik tenaga yang ditulis dalam blog ini bukanlah seperti menerangkan tenaga atom atau tenaga yang diterangkan secara ilmu fizik. Bukan. Kita mengkhabarkan perihal tenaga dari sudut yang keluar daripada fizik.

Pun begitu, kita sesekali mengutip hukum-hukum saintifik sebagai panduan atau hikmah untuk memahami sesuatu kejadian itu dengan lebih teratur. Ia kerana, Pencipta tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Maka, untuk memahami mengapa Dia menciptakan sesuatu itu dengan sifat-sifat tertentu, kita semua wajar belajar daripada hikmah kejadian itu sendiri. Kita perlu faham mengapa setiap satu molekul karbon itu mengikat dua molekul oksigen dalam satu ikatan. Mengapa diperlukan dua molekul oksigen. Mengapa tidak tiga atau empat.

Jadi, pasti ada hikmah mengapa dua molekul oksigen yang diikat dan mengapa pula oksigen tetapi tidak pula molekul-molekul gas lain selain oksigen. Itu juga ada hikmah di sebalik kejadian ikatan itu.

Kita pula bukan mahu mengajak kamu semua untuk mencari sebab-sebab ikatan itu dalam nota sambungan ini.

--



Dalam banyak kes pengalaman psikik paranormal di Amerika dan Eropah, seseorang psikik itu biasanya perlu hadir ke crime scene(lokasi berlakunya kejadian jenayah) untuk membolehkan seseorang psikik itu mendapatkan vision perihal kejadian itu.

Kaedah khidmat psikik biasanya digunakan FBI sebagai jalan alternatif untuk menyelesaikan kes-kes yang tergantung (unsolved), atau disebut sebagai x-files.

Jadi, mengapa seorang psikik itu perlu hadir ke tempat berlakunya jenayah. Salah satu sebabnya ialah karbon.

Mungkin psikik itu tidak menyedari bahawa dia perlu hadir ke situ kerana dia perlu menjejak tempat-tempat yang mempunyai karbon, iaitu karbon yang memerangkap mesej audio dan visual. Dia menganggap dia perlu hadir ke situ untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Barangkali tanpa dia sedari sebenarnya dia perlu ‘make contact’ dengan karbon-karbon tertentu untuk mendapatkan mesej mengenai kejadian.

Kamu semua sudah diberitahu bahawa karbon mempunyai keupayaan memerangkap audio dan visual. Malah, turut direkodkan mengenai penemuan tembikar di sebuah tinggalan purba (ancient ruin) milik sebuah tamadun lama (maaf, saya tidak ingat tamadun apa).

Tembikar itu kemudian dibawa pulang oleh para pengkaji dan mendapati tembikar tersebut mengeluarkan bunyi seperti muzik atau suara manusia (dalam frekuensi rendah) apabila dipusing secara perlahan menggunakan (sejenis alat pemutar) dalam bilik pameran muzium yang berkaca.

Sudah tentulah tembikar itu juga mempunyai bahan karbon. Bukan tembikar itu sahaja yang mempunyai bahan karbon, malah setiap kewujudan fizikal di dunia ini juga memiliki bahan karbon. Maka, karbon ada di mana-mana.

Katakan, selepas kejadian pembunuhan di sebuah kawasan semak. Karbon-karbon tertentu ‘memerangkap’ kejadian itu dalam bentuk audio dan visual. Selepas dirakam, karbon-karbon itu masih ada di situ, mungkin ia terlekat pada daun-daun pokok, terselit pada rumput atau terhampar atas tanah.

Kemudian datang psikik tadi meninjau kawasan untuk mendapatkan pembayang. Dia berjalan ke sana ke mari di sekitar kawasan kejadian jenayah itu tadi. Tiba-tiba dia mampu menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, berapa orang terlibat dan ke arah mana suspek pembunuhan itu melarikan diri, serta bagaimana rupa wajah suspek.

Walaupun maklumat psikik tidak boleh dijadikan asas atau saksi dalam perbicaraan mahkamah apabila suspek itu berjaya diberkas, sekurang-kurangnya psikik itu tadi telah membantu penguatkuasa menangkap suspek itu. Jadi, bantuan psikik dalam kes itu tadi tidak dimasukkan dalam proses siasatan.

Baiklah, kamu memang tahu karbon ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Ia pula ada yang bergerak bersama angin ke seluruh dunia. Jadi, simpan dulu kenyataan dalam perenggan ini.

Semasa perang dingin antara Amerika dan Rusia, kita ambil tempoh perang dingin ini untuk perenggan seterusnya. Amerika menggunakan khidmat antara enam hingga lapan orang psikik untuk mendapatkan maklumat mengenai Rusia pada sepanjang tempoh perang dingin tersebut.

Para psikik tersebut berkhidmat dengan CIA. Malah dalam satu rekod, salah seorang psikik tersebut berupaya menggambarkan serta melakar sebuah loji senjata milik Rusia secara tepat dari segi kiraan dan jarak antara setiap silo bangunan. Ketepatan itu hanya diketahui beberapa tahun selepas tamat perang dingin.

Mengapa psikik itu mampu mendapatkan gambaran tepat sedemikian? Sekarang, ambil semula perenggan yang kita suruh kamu simpan sebelum ini. Karbon ada di mana-mana. Barangkali, psikik itu tahu cara untuk menyusun maklumat itu dengan mengambil mesej daripada karbon-karbon tertentu dan menyusunnya sebagaimana dia menyusun kepingan jigsaw puzzle sehingga mendapat gambar yang besar.

Percayakah kamu sekiranya dikatakan kamu semua diintip sepanjang masa andainya khidmat psikik seperti itu masih digunakan sehingga hari ini? Di luar pemikiran, bukankah?
--

Kalau di Amerika kedengaran begitu ramai yang memiliki kebolehan psikik, tiada terdapatkah individu seperti itu di lain-lain negara seperti Malaysia ini?

Mungkin ada, ramai atau sedikit kita tidak tahu.

Kita ambil contoh beberapa kes orang hilang di Malaysia. Ada yang mengambil khidmat individu yang dipanggil bomoh untuk mengesan kedudukan orang hilang. Jika orang itu mampu mengesan kedudukan barang hilang atau orang hilang dengan tepat (bukan dengan cara menipu atau melakukan shamanscam untuk mendapatkan wang), maka kita tidak panggil dia bomoh, kita panggil dia psikik. Itu pun kalau dia tidak menipu.

Jadi, psikik memang ada di mana-mana dan bilangan mereka tidak ramai dan jumlah mereka pula tidak diketahui. Tetapi, adakah kebolehan mereka itu digunakan secara yang sepatutnya untuk keselamatan kita semua?
--

Pernah dengar mengenai semua makhluk yang ada atas muka bumi ini akan menjadi saksi terhadap perbuatan kita di Akhirat nanti?

Mungkinkah karbon-karbon itu juga yang akan mempersembahkan mesej audio dan visual mengenai setiap perbuatan kita di Hari Pengadilan nanti? Kita tidak tahu apa-apa.


Sesungguhnya, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


“Bertilik nasib itu haram hukumnya.”




-CLOVER-


.




Tenaga: Belajarlah daripada hikmah kejadian

TOPIK tenaga selalu mendapat perhatian setiap kali disiar di blog ini. Kadang-kala, kita sampaikan subjek yang sukar diterima akal mengenai tenaga, namun ada juga sebilangan kamu yang mampu memahami kerana pernah melalui pengalaman berkaitan tenaga yang disebutkan dalam nota-nota berkenaan.

Apabila ada yang pernah merasai pengalaman itu, maka ia bukanlah sesuatu yang dongeng atau rekaan. Andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian.

Seperti yang sudah banyak kali diberitahu, tenaga tidak musnah selagi Pencipta tidak berkehendak ia musnah. Disebabkan ia tidak musnah, maka ia berpindah daripada satu ‘bentuk’ kepada “bentuk” yang lain.

Atas sebab itu kita mengatakan “andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian” sebagaimana dalam perenggan kedua di atas. Tenaga itu singgah kepada kamu.

“Aku mungkin akan mati di mata kamu semua wahai murid-muridku, tetapi percayalah aku tidak mati seluruhnya. Umpama air (roh)  yang ada di dalam tangki (jasad), apabila tangki itu pecah atau dipecahkan (mati atau dibunuh), airnya tidak musnah, ia sebaliknya mengalir ke laut, kepada kehidupan yang lain, mungkin lebih baik,”Socrates.

Daripada petikan di atas, Socrates (ahli falsafah Athens) sudah memahami perkara itu.

Dia memahami dengan hikmah bahawa manusia itu tidak mati seluruhnya, melainkan hanya jasad yang beralih kaku tanpa nyawa. Sebaliknya, nyawa atau roh itu sebagaimana difahaminya, akan berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain.

 “Apa kamu mahu jadi bodoh seperti orang Athens yang lain yang mengatakan guruh petir itu kerja Zeus? Petir dan guruh itu wujud apabila awan-awan berat yang sarat dengan air bergeseran sesama mereka di atas sana (angkasa).

“Ambil contoh perut kamu yang kekenyangan, sudah tentu banyak angin di dalam perut kamu. Disebabkan isi dalam perut kamu itu bergelodak sesama mereka, kamu pun terkentut seperti guruh, kalau tak tertahan mungkin kamu akan tercirit.

“Itu cuma di dalam perut kamu, tidak bolehkah kamu bayangkan perkara yang sama berlaku di atas awan sana? Kalau perut kamu pun sudah boleh hasilkan kentut yang kuat, apatah lagi awan di atas langit yang luas itu?

“Sudah tentu pula guruh dan petir itu bukan sekali kentut atau cirit Zeus yang kekenyangan di atas langit (dialog Socrates menempelak seorang bapa di Athens mengenai kepercayaan karut pagan orang-orang Athens).”Socrates, dipetik dari laporan Xenophanes (The Symposium). Xenophanes - penulis bebas yang gemar menulis biografi Socrates dalam genre komedi, hidup sezaman dengan Socrates.

Apa pula yang kamu faham mengenai petikan kedua di atas ini?

--

Baiklah, topik tenaga kali ini bukanlah seperti topik tenaga sebagaimana yang terdahulu yang pernah disiarkan sebelum ini. Kita tidak mahu kamu semua terbuai dengan topik tenaga sebagaimana yang dahulu sedangkan sebilangan kamu tidak mampu memahaminya dengan baik.

Seperti kitab-kitab (buku) ilmu hisab karangan al-Khawarizmi, tiada terdapat langsung topik pengiraan matematik di dalamnya. Sebaliknya, al-Khawarizmi menceritakan bagaimana sesuatu nombor itu berganda atau bertukar nilai mengikut prinsip-prinsip hisab. Namun, walaupun tiada apa-apa contoh pengiraan, ia tetap menjadi rujukan para ahli matematik moden dalam membincangkan masalah linear, algebra dan alogaritma.

Dengan algebra, tentera Islam mampu membina teknologi balistik yang tepat dalam membuat sasaran balingan batu kepada musuh semasa era panglima Salahuddin al-Ayoubi. Melalui pengiraan yang tepat dalam pembinaan teknologi balistik, alat senjata yang digunakan mampu memberikan tenaga yang cukup untuk balingan batu, tepat dan mengena sasaran.

Ia kerana, kapasiti tenaga yang digunakan adalah secocok dengan beban (batu) yang mahu dilontar pada jarak tertentu menggunakan alat balistik. Kata lainnya, tenaga yang digunakan itu perlu cukup untuk menampung berat batu, melontar, tujahan daripada lentikan balistik pada paksi darjah tertentu pula mampu menghasilkan lontaran pada jarak tertentu.

Tentera musuh yang pada masa itu masih tiada ‘pengetahuan’ mengenai algebra, menerima akibatnya kerana tidak mampu membina senjata yang boleh membuat bidikan tepat (accurate shots). Jadi, apa pula yang kamu faham mengenai semua ini?  Tenaga fizikal itu berbeza mengikut kemampuan yang digunakan.
--



Untuk memahami tenaga, ia wajar dimengerti dengan hikmah. Wajar juga dimengerti akan fitrah tenaga itu. Bagaimana ia berpindah dan kepada bentuk apa ia bertukar apabila ia berpindah atau bersinggah.

Katakan, terdapat satu kemalangan besar pada masa lalu di sebuah lokasi kira-kira 10 batu dari tempat kamu duduk atau berdiri sekarang. Dalam kemalangan itu, sudah tentu ia melibatkan tenaga yang banyak. Ia boleh sekali menjadi bangunan runtuh, kemalangan ngeri atau sebagainya yang dahsyat.

Akibat kejadian itu, ia menghasilkan tenaga yang kuat, terhasil daripada runtuhan bangunan atau rempuhan sesama kenderaan dalam kemalangan. Tenaga yang terbebas itu pula tidak habis di situ kerana ia tidak musnah. Ia sebaliknya bergerak bebas di udara yang bercampur-campur dengan pelbagai gas, helium, oksigen, hidrogen dan juga karbon.

Di sini, kamu wajar melihat secebis kejadian itu dari sudut metafizik. Namun begitu, metafizik itu juga sebenarnya wajar dilihat dari sudut hikmah. Manakala hikmah itu pula perlu dicari di pelbagai sudut yang boleh memberi keterangan berlandaskan kepercayaan (faith to religion) dan logik.

Mari kita fahami di sudut logik terlebih dahulu.

Unsur karbon dikenali sebagai mampu memerangkap rekod bunyi dan visual. Ia seperti piring hitam (vinyl disc) yang ‘memerangkap’ bunyi atau pita filem (filming tape) yang boleh ‘memerangkap’ visual. Kedua-dua material itu (piring hitam dan pita filem) juga mengandungi unsur karbon di dalamnya. Ia kerana karbon berupaya ‘memerangkap’ mesej audio dan visual.

Namun, karbon mempunyai sifat tersendiri iaitu lebih berat berbanding gas-gas lain. Ia tidak mudah terapung seperti hidrogen atau helium dan nitrogen. Jika kamu meniup belon dengan mulut, belon itu tidak akan berada lama di udara, belon itu akan jatuh ke lantai selepas beberapa saat ia dilepas ke udara. Ia kerana belon itu ditiup dengan karbon dioksida.

Malah, dalam teknologi pembuatan kenderaan berprestasi tinggi (Brabus contohnya), material karbon digunakan bagi memberi kesan pemberat kepada kenderaan itu. Apabila Brabus melakukan upgradeterhadap model-model tertentu Mercedes di bahagian enjin, sesebuah enjin itu mampu memberi tujahan berkali ganda daripada kapasiti tujahan asal.

Katakan, Brabus melakukan upgrade terhadap model W126 300SEL. Bahagian enjin diubah suai sehingga mampu memberi kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding kekuatan asal. Kalau dalam bahasa mudah, daripada kuasa 3000cc enjin V8 (W126 300SEL menggunakan enjin V8), ia akan memberi perubahan kepada 5200cc dengan enjin yang sama.

Dengan kekuatan baharu iaitu 5200cc, chasis (bahasa mudah; body kereta) menghadapi risiko untuk terapung di udara jika dipandu terlalu laju. Kalau dipasang sayap sebagaimana sayap kapal terbang, chasis W126 itu akan boleh terbang seperti pesawat. Bagi menyelesaikan masalah risiko terbang atau melayang ketika dipandu terlalu laju, Brabus tampil dengan penyelesaian.

Penyelesaian itu ialah memasang gentian karbon pada chasis W126 itu tadi. Karbon itu akan bertindak seperti pemberat yang akan memastikan kenderaan itu sentiasa berada di atas jalan, bukan terbang atau terangkat ketika terlalu laju. Kalau ada kereta Proton Wira atau Proton Saga yang berlagak seperti Evo, atau Honda Legend 3.0 atau Ferrari F288 mengajak W126 Brabus yang ‘nampak old school’ itu berlumba, memang tiada masalah kerana ia sangat laju. Pemasangan karbon itu pula menjadikan chasis itu kelihatan seperti muscle car dan lebih cantik daripada chasis asal. Saya suka model Mercedes ‘old school’ yang diberi sentuhan Brabus, my W126 Brabus for sale, no way!! : )

Daripada contoh itu, kamu dapat faham bahawa karbon mempunyai sifat pemberat, sifat merekod bunyi dan sifat merekod visual. Namun, ketiga-tiga sifat itu belum cukup untuk menyimpan mesej dalam kadar waktu yang lama, kita memerlukan satu sifat lagi untuk meneruskan maksud itu.

Sifat itu ialah kemampuan untuk menjadi beku dalam tempoh yang lama. Beberapa jenis gas boleh menjadi beku. Kawasan yang paling banyak terdapat pembekuan gas ialah Kutub Selatan. Karbon juga termasuk dalam gas yang berupaya membeku di kawasan kutub.

Gas karbon dioksida yang beku dipanggil ‘dry ice’. Ia membeku pada takat (negative) -78.5 darjah Celsius. Ia boleh digunakan untuk mengawet makanan dalam keadaan sejuk beku. Sebelum membeku, sudah tentulah gas itu mengembara ke sana dan ke sini sebelum ia membeku di sesuatu tempat.

Baiklah, kita sudah jumpa empat sifat karbon. Kemampuan merekod audio dan visual, kemampuan menjadi pemberat dan kemampuan membeku bagi tempoh yang lama.

Sekarang, kita masuk ke sudut metafizik.

Masih ingat lagi dengan kejadian dahsyat yang disebutkan dalam perenggan atas-atas tadi? Kejadian itu menghasilkan tenaga yang kuat. Lihat susun atur proses contoh ini mengikut nombor:

1.      Sebuah kilang meletup.
2.      Tenaga daripada letupan dibebaskan.
3.      Tenaga itu terperangkap dalam ikatan molekul zarah karbon, sama ada terperangkap dalam bentuk audio atau visual.
4.      Karbon itu kemudian bebas bergerak mengikut peredaran udara.
5.      Sampai satu tempat yang sesuai dengan suhu, ia membeku.
6.      Walaupun membeku, ia masih boleh diterbangkan angin kerana sifatnya seperti debu yang ringan apabila dihembus angin.
7.      Ia terbang atau diterbangkan angin selama bertahun-tahun di udara, mengikut perjalanan taufan (sesetengah taufan juga membawa ais seperti hujan batu-hujan ais) dan sebagainya.
8.      Kamu pula berdiri atau duduk di sebuah tempat pada beberapa tahun selepas itu, kemudian karbon beku yang mempunyai mesej itu menyentuh tubuh kamu.
9.      Mesej yang terkandung dalam karbon itu menerjah ke pemikiran kamu, menyebabkan kamu seperti menerima mesej secara paranormal.
10.  Kamu merasakan ia satu pengalaman yang aneh kerana dapat membayangi dengan jelas mengenai kejadian letupan kilang di sebuah lokasi pada beberapa tahun lalu.

Sama ada kamu berupaya mentafsir mesej daripada karbon beku yang menyentuh badan kamu atau tidak, ia adalah satu sudut yang lain. Kamu dapat mentafsirnya kerana Pencipta mengizinkan kamu mengalami sedemikian. Tanpa keizinan Pencipta, kamu tidak berdaya apa-apa.

Jadi, bukankah air sebagaimana dikatakan Socrates itu mengalir ke laut? Bukankah tenaga itu juga berpindah dari satu sifat kepada sifat yang lain?

Karbon beku juga boleh ada dalam peti sejuk di rumah kamu. Kamu menyimpan makanan di dalam ruang beku (aiskrim contohnya), kemudian semasa makan aiskrim yang diambil daripada peti sejuk, minda kamu diterjah oleh sesuatu mesej yang kamu tidak fahami, mungkin kerana mesej yang direkod oleh karbon itu tidak jelas. Ia boleh berlaku.

Katakan pula kamu sedang berjalan di taman, kemudian kamu berasa seperti seram sejuk kerana cuaca yang dingin. Dalam kedinginan itu, kamu secara tidak semena-mena diterjah bayangan mengenai perkara yang akan berlaku kepada orang yang kamu kenali. Bagaimana pula kamu mendapat mesej mengenai masa depan?


Cukuplah setakat ini.

Harap nota sekerat ini dapat mengubat kerinduan sebilangan kamu terhadap topik tenaga di blog ini.
  
Karbon itu sifat asasnya hitam.

Belajarlah daripada hikmah kejadian.

-CLOVER-




.